Wednesday, 25 December 2013

Go go go !

Nak pecut nihhhhh. Terpaksa pecuttttt. Da last minute sangat kot. Aku belum start revise lagi macam biasa =.= Sebab aku ni memang jenis kalau baca awal2 dia lenyap macam tu jek. Blank jawab exam. Kalau baca or hafal nak dekat exam insyaAllah ingat. Hehe. Tapi cuak jugak la. Tengok semua housemates bangun awal study, pastu tido lewat study. Aku pulak plan minggu ni nak siapkan esaimen dulu. Esaimen tertunggak. Minggu depan start study. Tapi tetiba da exam yang bukan core subjects pulak next week. Nampak macam tinggal study week je la untuk study. Hmmmmmm nak buat acano go on je la. Go go go !

Good luck semua. Behave well macam benign tumour ye. Hohohoho


Bye precioussss :)

**tak sabar nak jumpa umi, ayah, adam, ngan semua minggu depan hehehe (^____^)

Wednesday, 18 December 2013

We are with you .

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sedeh gila bila dapat tahu adek2 junior tak dapat JPA. 17 orang daripada 35 orang tak dapat. Dan dengar2 yang tak dapat ni semua yang pointer bawah 3.7 tamhidi dulu. Aku pun. Akak 3.6 je dek. Sebab tu akak bagi harapan macam tu dulu kat korang. Sebab biasanya kalau dapat masuk dentist or medic, automatik dapat JPA. Tak tahu pulak JPA tukar polisi start tahun ni. Kata mereka, medik dan dentistry dah bukan course kritikal sekarang. Huuu seriously? Bila jadi macam ni, serius rasa bersalah gila. Kalau akak tak bagi harapan macam tu of course korang da apply biasiswa laen jugak hari tu. Huhuhu

Lebih kurang dalam seminggu selepas adek2 ni dapat result bole masuk dentistry, diorang mesej aku, pm aku. Ada la lebih kurang lima nam orang. Tapi aku pun lupa sape hmm. Ingat yang aktif kat twitter je la =_____= Diorang tanya, "Akak, kenapa JPA letak syarat nak pointer 3.75, kalau kitorang dapat bawah daripada tu tak dapat ke?" Dengan niat nak sedapkan hati diorang dan berdasarkan pengalaman sendiri aku pun jawab, "Rilek rilek. Ce baca balik. Itu untuk course selaen medik dan dentist. Kalau kita da bole masuk tu confirm dapat biasanya." Dengan tak matured nya aku jawab macam tu. Tak fikir panjang. Tak fikir apa komplikasinya kalau apa yang kita harapkan tak jadi. Ya Allah. Mana nak letak muka sekarang bila jumpa adek2 yang tanya kita, mintak tunjuk ajar kita selama ni. Huhu

Akak mintak maaf. Maaf sangat-sangat :(

Kuatkan semangat ye adek2. Rezeki Allah ada kat mana2. Akak paham, kita perlukan biasiswa sebab tak nak susahkan parents kita. Kat sini semua benda mahal. Apa lagi yuran. Yuran da 2000. Yuran korang pun lebih mahal berbanding kitorang. Akak pun tak tahu kenapa. Memang. Senang cakap dari rasa sendiri apa yang korang rasa. Tapi kami nak korang tau kami ada dengan korang. Kalau ada masalah, bole cakap heart to heart. Dengan senior mana2 pon bole. Huuu tapi siyes tak tahu nak buat apa sekarang. Just pray. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah.

Eeeiiii rasa nak marah pun ada ni ><

Saturday, 14 December 2013

Awak .

Pengalaman dah jadi cikgu. Lidah tu sememangnya tajam. Sebab tu dua tiga hari ni aku rasa sebak semacam. Nak nanges tapi tak ternanges. Sebak bukan sebab aku terasa dengan kata-kata orang laen ke apa. Tapi aku takut suatu masa nanti aku hilang sabar, aku yang mengeluarkan kata-kata tajam tu, buat orang laen rasa saket. Walaupun memang aku perasan banyak kali jugak aku da buat. Tapi siyes terrrbuat sebenarnya. Bila da terbuat, terus rasa something wrong dalam hati. Seriously aku nak mintak maaf kat sesape aku terkasar bahasa selama ni. Huhu

Berlapang dada dengan kawan sendiri. Ingat kebaekan dia. Terima kelemahan dia. Macam biasa benda ni paling susah nak buat. Susah. Dalam hati rasa macam, "Laaaaa, awak tu da besar takkan ini pun tak bole pikir." Ish jahatnya aku. Bila da ada something tak kena dengan someone, terus rasa tak kena dengan semua orang. Benda kecik jadi besar. "Sink tu da tersumbat, da kenapa korang gosok gigi basuh muka dalam sink tu lagiiiiii," siyesss ni benda kecik. Tapi sebab benda sekecik ni pun bole buat aku rasa nak nanges. Macam mana nak tegur kawan2 ni? Nak tegur direct, aku tak berani. Takut termarah, padahal tak marah. Okai zaman moden. Nak tweet, public sangat, nanti terasa pulak kawan2 aku. Nak tulis kat blog, semua orang da tau blog aku. Pembaca setia pun bole tahan ramai. Eh hahaha

Aku rasa ni semua syaitan punya kerja. Dia nak buat kita berpecah. Nak kita jadi tak suka kawan sendiri. Nauzubillah :(

Kerja yang bakal kitorang buat esok ni memang benda kecik je. Sikit je pun bole menyumbang kat tabung DAN or LA tu. Tapi kita buat apa yang kita mampu. Orang laen lagi sibuk. Orang laen tak free macam kita. Maybe. Kalau yang betul2 sibuk aku tak kesah. Tapi kalau kita nampak dia tengah study bila kita buat banyak benda yang sebenarnya kalau lagi ramai buat lagi cepat siap, masa tu rasa macam nak jatuh air mata innocent ni. Huhuhu. Kalau lagi cepat siap kerja, bole sama2 study sebenarnya. Lagi2 aku yang tak hebat ni. Seriously aku kena study banyak lagi dari korang.

Aku tak kesah. Korang buat benda berfaedah. Tapi at least kalau turun dapur, buat2 jenguk kitorang buat apa, da bole masuk balik air mata tu rasanya. Hmmm

Takpe. Benda da lepas. Doakan jualan kitorang laku esok ea. Aku tau korang sokong dari belakang kan? :)

Kadang2 termengadu jugak kat orang yang aku percaya kalau ada benda yang tak puas hati camni. Tetiba terfikir pulak aku duk sibuk mengadu pasal orang, aku ni tak perfect jugak, bahkan lagi teruk perangai. Mesti ada jugak apa2 yang aku buat, buat orang laen rasa tak puas hati. Hmmmm susahnya nak jaga hati kita. Hmmmmm nak jaga hati orang lagi la hmmmm

Friday, 6 December 2013

Dear .

Dear myself,

Boleh tak hidup ni jangan selalu buat masalah?
Boleh tak hidup ni jangan selalu buat benda yang akan menyusahkan orang laen?
Boleh tak hidup ni jangan selalu kalut tak tentu arah tak tahu buat apa?
Boleh tak hidup ni, please stop being clumsy ! Enough !

You're 20 years old already. Old enough. To stand with your own feet. Dah 20 tahun pun tak boleh pikir risiko letak air dekat dengan laptop apa jadi. Bila benda yang kita tak nak jadi dah jadi, bukan ke dah menyesal sampai tak boleh tengok muka sendiri? Tapi bila dah berlaku baru nak menyesal takde gunanya. Benda mahal tu jaga la betul betul. Kau tu bukan kaya, boleh beli benda mahal banyak banyak kali. Ini tidak. Tak sampai dua minggu beli, boleh pulak dah rosak. Duit tu bukan untuk bazirkan beli or baiki benda macam ni. Tapi untuk guna buat apa yang patut. Banyak lagi benda nak buat guna duit. Kalau barang macam ni pun tak boleh jaga, bila umi ayah boleh berhenti risaukan kau? Bila umi ayah tanya, ada masalah tak? Berapa kali lagi nak tipu diorang cakap "No problem." "Okay je kat sini." Padahal selalu buat masalah. Selalu ada masalah. Huuuuu

Astaghfirullah...