Wednesday, 18 December 2013

We are with you .

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sedeh gila bila dapat tahu adek2 junior tak dapat JPA. 17 orang daripada 35 orang tak dapat. Dan dengar2 yang tak dapat ni semua yang pointer bawah 3.7 tamhidi dulu. Aku pun. Akak 3.6 je dek. Sebab tu akak bagi harapan macam tu dulu kat korang. Sebab biasanya kalau dapat masuk dentist or medic, automatik dapat JPA. Tak tahu pulak JPA tukar polisi start tahun ni. Kata mereka, medik dan dentistry dah bukan course kritikal sekarang. Huuu seriously? Bila jadi macam ni, serius rasa bersalah gila. Kalau akak tak bagi harapan macam tu of course korang da apply biasiswa laen jugak hari tu. Huhuhu

Lebih kurang dalam seminggu selepas adek2 ni dapat result bole masuk dentistry, diorang mesej aku, pm aku. Ada la lebih kurang lima nam orang. Tapi aku pun lupa sape hmm. Ingat yang aktif kat twitter je la =_____= Diorang tanya, "Akak, kenapa JPA letak syarat nak pointer 3.75, kalau kitorang dapat bawah daripada tu tak dapat ke?" Dengan niat nak sedapkan hati diorang dan berdasarkan pengalaman sendiri aku pun jawab, "Rilek rilek. Ce baca balik. Itu untuk course selaen medik dan dentist. Kalau kita da bole masuk tu confirm dapat biasanya." Dengan tak matured nya aku jawab macam tu. Tak fikir panjang. Tak fikir apa komplikasinya kalau apa yang kita harapkan tak jadi. Ya Allah. Mana nak letak muka sekarang bila jumpa adek2 yang tanya kita, mintak tunjuk ajar kita selama ni. Huhu

Akak mintak maaf. Maaf sangat-sangat :(

Kuatkan semangat ye adek2. Rezeki Allah ada kat mana2. Akak paham, kita perlukan biasiswa sebab tak nak susahkan parents kita. Kat sini semua benda mahal. Apa lagi yuran. Yuran da 2000. Yuran korang pun lebih mahal berbanding kitorang. Akak pun tak tahu kenapa. Memang. Senang cakap dari rasa sendiri apa yang korang rasa. Tapi kami nak korang tau kami ada dengan korang. Kalau ada masalah, bole cakap heart to heart. Dengan senior mana2 pon bole. Huuu tapi siyes tak tahu nak buat apa sekarang. Just pray. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah.

Eeeiiii rasa nak marah pun ada ni ><

4 comments:

Anonymous said...

salam akak sme la nasib sye dgn junior akak tu... alhamdulillah sy dapat medic ukm tp result matrik just 3.72 je.. sdih sngt2 x dpt jpa... trus rse glap mse dpn.. ap2 pn nice post akak.. thanks..

NikAmaliaNasrulliana said...

owhhhh yeke. huhu. kesiannya korang.

takpe. nanti habes tahun 1 try apply jpa balik. kalo ada rezeki insyaAllah dapat punya!

congrats dapat medic ukm btw, study leklok ea :)

Anonymous said...

insyaallah kak...
sy akn cbe... :)
thanks akak you've motivated me so much... may Allah bless u..

NikAmaliaNasrulliana said...

most pleasure. may Allah bless both of us insyaAllah ^___^