Sunday, 28 December 2014

The bad me .

Semalam. Ada family day dekat air terjun serendah. Rasa berat hati nak pergi tapi tetap gagahkan diri. Haha over sangad. Takde lah. Cuma duk terfikir family kat Kelate. Huuuu. Banjir tahun ni bukan banjir biasa. Allah nak uji rakyat Kelantan. Kubang Kerian antara kawasan tertinggi negeri, memang dikenali kawasan kalis banjir la. Termasuk rumah kuning. Tapi tahun ni Kubang Kerian pun banjir. Semalam air paras lutut. Hari ni tak tahu la. Sejak banjir selalu keep updating dengan kakak. Rumah kuning dalam bahaya katanya. Sebabtu sekarang kakak, ayah, atim, abe, kak liya, sarah semua balik rumah che kat pasir puteh. Rumah che pun selalu kalis banjir. InsyaAllah rumah che tak banjir jugak kali ni. Ramai lari pi sana. Sampai bekalan makanan dah habes. Makanan asas macam roti dah habes, duit mesin atm pun dah habes. Ya Allah bantulah mereka T.T

Sebab tu la semalam mula mula aku rasa oke lagi. Think positive family semua selamat insyaAllah. Masa senamrobik, Dalila mai tarik aku keluar padang tu and then dia bisik tolong dia jaga checkpoint untuk game treasure hunt. Aku cakap oke lah. Sebab aku tak de mood nak maen sedangkan kepala duk fikir family kat kampung. Game goes on.


Habes game, masa untuk kemas kemas. We prepared 10 balloons for each group. So there were approximately 100 balloons. I choose to pecahkan belon pastu kutip sisa dia. Takkan nak buang belon dengan air camtu kan. Ramai tengok pastu duk jerit dari seberang sungai, "jangan lah pecah belon lagi, bole maen pasni!" Banyak la kau. Macam la korang nak bersihkan lepas maen. Mesti lagi kotor nanti. Silap aku pakai kasut kain yang bertutup dan bertali. Sebab aku ingat aku maen game so tak pakai selipar. Habes la basah kasut dan stokin. Mood aku dah start bertukar. Sebab rasa tak selesa. Sampai petang duk pakai kasut basah macam tu. Duk tepi sungai tengok air laju teringat banjir. Kasut basah je pun dah merungut. Orang yang kena banjir lagi lah teruk. Baju seluar semua basah. I hate myself for complaining. Aku jadi down tetiba. Call kakak nak update keadaan. Nak bukak group whatsapp family tak bole, tak de line internet. K. Nak balik Kelate. I miss my family so much. My mood slowly became worse. No smile at my face at all. I feel like crying. And everyone was happy. Semua duk bergambar hepi hepi. Like everything's fine. I kept my feeling myself. Nak amek gambar group, aku lari. Satu, sebab nak avoid someone. Dua, aku tak maen buat apa amek gamba sekali. Tiga, diorang tak kisah pun aku ada ke tak. Macam pelik aku sorang duk berdiri kat situ, orang lain semua duk makan hamper. Mood aku masa tu macam, lonely nya. Lepastu ada amek gamba untuk ajk jaga checkpoint. Oh wait. Aku tolong je, bukan aku yang jaga. Orang yang ajak aku tolong dia bukannya ajak aku amek gamba pun. Dia pergi sorang sorang dengan ajk yang lain. Aku rasa setan duk hasut aku masa tu. "aku ni tunggul kayu ke. mana mana tempat pun sume orang tak nak aku. oke fine" Mood nak bergamba 100% hilang. I feel like a loser. Aku pun pi tepi group Yaya. Just sebab ada Yaya. Cuba bergurau dengan Ajim. Nak hilangkan mood loser yang overwhelming tu. I keep repeating "nak balik" over and over again. I hate my wet shoes. I hate when I feel like I am nothing to everyone. People saw me. And asked "what's wrong?" I replied, "saket belakang" "letih". People keep snapping the pictures. Mikin ngan Yaya duk tarik aku amek gamba sama. "Buat apa datang kalo tak nak amek gamba sekali?" "SAPE KATA AKU NAK DATANG?! AKU CAKAP TAK NAK, TAK NAK LA. JANGAN SAMPAI AKU NANGIS KAT SINI" They're shocked. Diorang lepas tangan aku. Diorang kenal aku, kalau mood aku tak baek, leave me alone before I turn into a monster. And yeay masa untuk balik. Naek je bas semua orang dah tidur. Rain started pouring. Mood aku macam hujan, just can't stand it anymore. Nanges terus kat situ. Peduli apa orang tengok. Aku dah letih pura pura kuat. Sampai gv, aku tak expect orang yang aku rasa penting untuk aku cakap dia lupa pasal aku. Makin teruk rasa saket hati. Oke solat, calm down, sleep. Fin.

And there you go. Itu la sebab aku down semalam. Maaf kalau tak balas senyuman sesape :)

Sunday, 14 December 2014

Omnomnom

Tak suka tengok cermin dua tiga hari ni =.=

Lambatnya burn nak hilang =__________=

Bukti suka maen air. Rela burn muka asalkan boleh mandi swimming pool lama-lama lagi-lagi bebass sebab dia kolam tertutup. Ada kitorang je kat situ. Best sangaaaaddddd. Biasanya aku ni paling pantang duk tempat panas, mesti bawak payung, tak nak muka burn la konon. Sebab tu tak masuk sukan hahah. Sekali burn memang teruk aku kena. Kulit gelap kan banyak melanocytes. Sekali kena Vitamin D haaaa habeslah legam pastu lambat hilang. Tapi sebab boleh maen kolam, rela burn weh hebat takkk hahahaha. Suka berendam je senanya. Berenang tak reti. Hari tu Moni, Shima, Daddy, Khairine ngan Mikin duk ajar aku berenang. Bersungguh diorang ajar. Moni paling tak leh tahan dia tarik aku pi tempat dalam pastu ajar aku balancekan diri. Basic la sebelum belajar berenang kena tau mengapungkan diri. Betul ke term "mengapungkan"? zzzzz tapi yang tu pun aku tak leh buat haha. Rasa je Moni lepas aku, terus gelabah, nak lemas banyak kali kot naseb baek Moni tarik T______T Takut senanya. Nak belajar berenang tapi penakut, so memang takleh buat pape dahhh zzzzzzzzzzz

Anyway seronok sangat main air. Nak dekat 4 jam rasanya kahkahkah thanks Mira bawak kitorang mandi kolam. And opekos mekaseh Khairine bawak geng kembara as usually. Dah la minggu ni paling banyak habes duit jalan-jalan cari makan sana sini haha tapi makan sedap berbaloiiiii apaaa :)

Haaa aku dah treat first patient. Dah tampal gigi orang betul. Ya Allah macam tak percaya, alhamdulillah things went well. Tapi ni baru start-up, panas-panas badan dulu. Banyak lagi benda kena belajar. Takpe kita belajar slow-slow ye. Be strong Amalia, Allah kan ada ^^

---------------------------------

"Lelaki ni senang je. Jangan ada apa-apa relationship pun dengan lelaki. Bila dia nak serius, dia datang jumpa parents terus." 

Ingat tu. Jangan ikat apa-apa dengan mana-mana lelaki. Depa ni bukan boleh percaya sangat pun. Harap sangat kawan yang couple tak amek serius dengan so-called-boyfriend diorang tu hmmm. Semoga Allah bagi hidayah dekat kita semua insyaAllah.

Final dah dekat. Fokus Amalia fokus !

Thursday, 4 December 2014

Asdfghjkl

Jap ea nak membebel jap.

Aku ni bukanlah pembersih sangat pun, bukan rajin sangat pun, tapi seriously aku tak leh duduk kat tempat yang messy dan kotoqqq T.T Nak nanges tau dak tak tahu nak tegur orang laen macam mana. Ingatkan semua dah besaq semua dah boleh pikiaq sendiri. Common sense je senanya. Tapi macam tak leh pikiaq je. Dah cakap kat whatsapp, and semua dah balas "oke :) terima kaseh bagi peringatan" bagai tu. Aku bukan tak appreciate tapi lagi appreciate kalau orang baiki apa yang kita tegur. Tapi anak orang ni, kita tak leh nak membebel depan2, kalau anak kita sendiri memang kena la kalau tak jaga kebersihan rumah. Rumah penting kot. Balik2 penat kelas semua pastu nampak rumah kemaen lagi bersepah, rasa nak baling je meja ke luar tingkap. Faham sibuk, faham sangattt tapi orang laen pun sibuk oke je buat tugas masing2 hmmm. Susah lah. Sabar itu sebahagian dari iman. Kebersihan pun sebahagian dari iman jugak. Jadi tak tahu nak sabar biar je orang tak jaga kebersihan rumah, ataupun jadi tak sabar pi tegur depan2 biar melekat dalam kepala semua orang jalankan tugas masing2 sampai rumah jadi sentiasa bersih. Haaaa dilema tau dakkk huwaaaaa. K dah tidoq esok ward round pastu lab pastu klinik. Thursday please be nice to me :3

Saturday, 29 November 2014

Superheroes saya

18 tahun berkepit dengan umi ayah. Bukan mudah bagi mereka lepaskan aku merantau seorang diri di negeri orang. 18 tahun umi ayah jaga depan mata. Agak-agak senang ke?

Masa kecik-kecik, boleh main dalam kawasan halaman rumah je. Luar pagar bahaya, banyak motor. Petang-petang memang tak main dengan kawan-kawan, main dengan kakak dan adik je. Umi tak bagi aku masuk apa-apa sukan pun dekat sekolah. Sebab umi tahu aku ni lembik. Tak boleh jatuh sikit, kalau tak patah tangan, pengsan. Pernah masuk hospital sebab jatuh pengsan masa main kejar-kejar dengan adik. Umi tak bagi kami buat kerja rumah. Basuh baju, gosok baju sekolah, masak, kemas rumah, semua umi buat. Dari kecik sampai habes SPM, semua umi buat. Umi kata, kerja kami adik-beradik hanya belajar, tuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sampai besar, semua benda buat dengan umi. Shopping baju, beg, semua umi pilih. Pergi klinik tak kira klinik biasa ke klinik gigi ke, umur dah 17 tahun pun mesti umi masuk bilik doktor jugak, bagitau chief complaint dekat dokter. Pergi medical check-up nak masuk universiti pun umi temankan. Masuk bilik X-ray pun umi teman. Test JPJ pun umi ayah datang teman. Sejak dapat lesen sampai sekarang, aku nak drive sendiri pun umi still tak bagi-bagi. Teringat masa tamhidi, masa umi ayah hantar aku kat stesen bas Kota Bharu, nak balik Nilai. Masa tu tengah tunggu bas. Ayah solat Isyak dekat masjid tepi stesen bas. Kami bukak semua pintu kereta, bagi angin masuk. Nampak umi duduk termenung je kat tempat tepi driver. Umi duk lap air mata. Mungkin umi tengah fikir, sorang demi sorang anak umi pergi belajar jauh-jauh. Umi :(
Sejak duk jauh, setiap hujung minggu umi akan tanya aku duduk dengan sape kat asrama? Makan apa? Ada orang teman tak? Yaya balik tak? Sebab umi nak pastikan aku tak duk sorang-sorang, ada orang jagakan aku untuk dia.

Ayah. Orang yang paling mementingkan pelajaran dan pendidikan agama kami adik-beradik. Ayah hantar kami kat tadika Pasti masa kecik, make sure pelajaran pertama kami dapat ialah alif ba ta, bukan setakat ABC. Ayah hantar kami kelima-lima adik beradik bersekolah di Maahad walaupun umi ayah bukan berasal dari keluarga yang mengutamakan pendidikan agama. Masa umur bawah tujuh tahun, setiap malam ayah cerita kisah sang arnab dan kura-kura buat bedtime story. Cerita sama setiap hari pun kami tak pernah rasa bosan. Ayah ajar kami baca Quran mula dari umur 6 tahun. Ayah wajibkan anak-anak perempuan ayah pakai tudung sejak umur 8 tahun. Maghrib solat berjemaah jadi rutin harian keluarga kami. Ayah buat kelas tuisyen malam ajar kami Matematik dan Sains dekat ruang tamu. Pendidikan seni pun ayah ajar supaya anak-anak dia pandai melukis. Ayah bina rumah kami dengan titik peluh sendiri. Buat wiring elektrik rumah pun ayah sendiri. Setiap kali kami saket, ayah lah yang berulang alik ke hospital atau farmasi, sampai anak dia sihat balik. Masa kami kecik, kalau umi saket, ayah lah yang akan masak untuk kami adik-beradik. Sweet kan ayah? Bila Dato' cakap dalam kelas, 60 tahun ke atas dikira warga emas, sekeras-kerasnya aku jawab taaaaak! Ayah saya masih muda! Dan ayah saya tetap akan muda! Setiap kali cuti, ayah tunjuk gigi dia, tanya sempat ke Yuyu cabut gigi ayah. Aku jawab of course la sempat ayah. 3 tahun lagi. Nanti Yuyu cabut gigi ayah ye :) 

Empat bulan sekali baru berkesempatan jumpa dengan mereka, boleh nampak mereka makin hari makin berusia. Rindu. Nak jadi macam dulu lagi. Nak putar balik masa biar boleh tengok umi ayah hari-hari lagi. Tapi apakan daya tanggungjawab aku makin besar. And life must go on. Peliharalah mereka dalam rahmatMu sentiasa ya Allah.

Ingat, walaupun diri kita tak de maknanya pun dekat seseorang tu, do remember our parents who always think us as a precious thing which not anyone can touch easily. Otherwise, that person should be guilty enough and apologize to our parents for playing with their children's precious heart. Sepatutnya lah kan :)

Ok. Nak jadi macam umi. Dan nak suami macam ayah, insyaAllah :3

Rindu Umi. Rindu Ayah. Fi hifzillah ^_^

Monday, 17 November 2014

Am I ?

Am I too easy?
That's why no one take seriously about me :(
Kalau fikir balik memang pun hmmm
Haha dah kenapa tetiba
Sebab perasan la orang layan aku macam budak
Kena buli ekceli T.T
Suka usik aku
Orang lain pun kena usik jugak
Tapi tak la bergurau macam dengan aku =.=
Aku pun perempuannnn
Hahahahahahaha k nak berubah la
Kalau jadi lemah lembut gemalai tak gelak kuat macam hantu mesti diorang tak usik aku lagi :3

Ok kita dah start klinik. Benda yang aku takut sejak tahun 1. Do not have any patient yet. Tapi dah jadi assistant minggu lepas. Tak lah seteruk aku sangka. Cuma tak tahu la bila giliran kita jadi operator oke ke tak. Hopefully everything will be fine insyaAllah ^^

Sape nak rawatan gigi free meh la jadi patient kita heeee :D

Sunday, 19 October 2014

Sometimes .

Sometimes.
I want to hide.
I want to be in an empty room.
Or in a cave.
Just with me and myself.
Crying out loud.
Let out all of things in my heart.
I'm tired of smiling.
Keeping a fake smile.
I'm tired of laughing.
Like I am fine here.
"Don't care about me.
I'm fine.
Look.
I'm laughing.
I'm happy ^^"
It's tiring.
Sometimes.
I hope there's someone.
Who knows me well.
Who understands me.
And comes to me saying,
"Everything will be fine, Amalia."

Saturday, 11 October 2014

Talent .

"Amalina. Emm. Ada orang tu memang dilahirkan dengan skill. Dia memang sekali buat, terus jadi. So kita yang tak dapat skill tu kena usaha sikit lah. Takpe. Re-do banyak kali sampai jadi. Kita belajar kan. Saya pun masa belajar dulu sama jugak. Jadi kita kena rajin sikit lah." Dr Zalina senyum.

Takpe. Saya tak kesah Dr panggil saya Amalina pun. Dah ramai orang panggil saya Amalina :)

Ayat tu. Menusuk kalbu tau. Nak jatuh ayaq mata dah masa tu. Naseb baek kat belakang dah tak de orang. Aku ni kalo duk dalam lab, dari dulu, asyik buat ikut suka je. Bila tengok orang cepat, kita nak buat cepat cepat jugak. Masalahnya skill kita tak sama dengan orang tu. So memang failure la hasilnya. Haha. Lagi satu yang aku perasan, aku suka sangat bagi peluang kat orang laen dulu. Walaupun Dr duk dekat cubicle aku sendiri, still, "Takpelah bagi diorang dulu la mintak sign Dr." Kekadang menyampah jugak dengan diri sendiri. Berani la sikit makcikkkk. Nak kata baek, aku ni jahat. Ntah tak paham. Sikap pentingkan diri perlu jugak dalam belajar :(

Rasa bersalah dekat partner. Dia terpaksa tunggu aku yang slow. Mintak maaf saja memang tak cukup. Nak belanja makan macam over pulak. Sorry ye partner. Tahun ni je ye bertahan dengan saya ea. Makacihhh hiks :3

K. Ada orang cakap kawen ni part terbesar dalam hidup seorang perempuan. Hahahahahahahahaha memang jauh lari tajuk ni tapi biaq la nak cakap jugak. Kadang kadang tengok kawan yang nak kawen ke dah kawen ke mesti terpikir, "Buruk sangat ke aku ni? Kenapa tak de laki approach aku? Kenapa tak de orang suka aku? blablablabla" Perempuan kan suka pikir. Meleret fikir benda itu la ini la. "Nanti kalau aku jadi andartu acano?" Haaaa sampai ke situ fikir tak tahan. Tapi ce pikiaq balik. Diri ni dah cukup bersedia ke? Orang laen tiga kali seminggu bangun malam tahajud. Dia bangun tahajud kita baru nak tido lepas habes tengok Running Man. Hmmm betul jugak. Tengok orang memang la "Sweetnyaaa. Jelesnyaaaaa. Nak jugakkkkk" tapi tak fikir Allah belum bagi kita jumpa orang tu sebab kita sendiri belum sedia. Baiki diri tu dulu. Weh Amalina apa kau buat niiii menyempat hapdate blog. Tadi internet problem kata nak buat esaimen macam mana ni internet tak dak pastu video pitching belum start lagi dah tu journal Dato' pun tak cari lagi haaa esaimen OPOM pun tak buat lagi pastu internet dah okai kau update blog pulak yeeeee eeeeiiiii kbye :)

Friday, 19 September 2014

Bananabananana

Main symptom of homesick. Bila tengok gambar umi ngan ayah, rasa nak nanges. Bila call, rasa nak nanges. When I'm writing about them, nanges dah pun. I need to boost up my spirit. Makin hari makin dekat dengan klinik. Takut. I don't know anyone's else feeling, but mine, I know that I'm scared. I keep telling myself, "I can't do this", "I don't like to do this," "Why I have to do this?" I'm not fully prepared yet. Belum nampak flow dia macam mana. Bila dapat patient tu, kita nak buat apa? I have no idea. I learnt it, but then I forget about it. So read please! Haihh, don't know where to start. How to build interest in what we are doing? Or. Is it just because me myself keep whispering I can't do this and that? O Allah, please give us strength in whatever we are doing.

Monday, 8 September 2014

Tips .

Wakakaka. Bukan tips sangat pun. Kita bukan best student nak bagi tips bagai nih. Cuma bila ramai adek junior tanya "Tahun 2 ni macam mana ea akak?" Meh la nak cerita sikit. Tak tahu la ada orang baca ke tak. Tapi masa diorang mula mula masuk dulu ramai jugak tegur, "Akak yang ada blog tu eh?" hihihi aah akak lettew. K sorry tergedikkk

Korang kena bersyukur tau berjaya masuk second year. Bukan senang :) Tahun 2 ni sibuk tapi tak sesibuk tahun 3. Tahun 2 ni scary tapi tak sescary tahun 3. Tahun 2 tak banyak presentation tapi banyak kerja luar kelas. Eh yeke. Ntah tapi selalu sibuk la. Ke aku yang menyibukkan diri hmm

Subjek paling best tak laen tak bukan ialah Patho. Sebab macam Physio. Dia macam cerita dongeng gitu. Ada plot cerita. Cuma physio watak baek baek. Patho watak antagonist banyak. Kena rajinkan diri baca buku reference Robbin, baru bole faham. Dictionary kena letak tepi buku. Banyak bombastic words. Ehehek. Lecture dengar leklok. Fokus betul betul Dr Mohit cerita. Pendek kata patho besttt. Soalan exam pun terjangka la jugak alhamdulillah :3

Microbiology. Pasal kuman bakteria kulat yang comey lotey tu. Rupa diorang lebih kurang. Tapi nama diorang panjang, kalah nama akak. Kena hafal. Tapi bole la tahan. Ingat yang popular popular je. Akak tak minat sangat tapi bila study nak dekat exam tu baru berminat sikit. Best la bole tau diorang sebabkan penyakit apa, dia suka duk kat mana. Belajar virus dalam microbiology tetiba buat akak jadi particular sikit bila nak makan kat tempat orang ramai. Takut virus hepatitis. Lol. Lecture tak fokus sangat pun sebab belajar laju zzzzz

Pharmacology. Tatottt. Pasal ubat. Bila dalam body kita dia bergerak macam mana, dia bagi effect acano. Mula mula sem 1 oke lagi. Still bole ikut. Akir sem 1 sampai habes tahun 2. Kah! Allah saja bole tolong kita masa tu. Nasehat akak, cewah akak sangaddd, korang jangan la study pharmaco last minute. Siksa tauuu. Nak paksa otak copy paste masa nak dekat exam, jangan harap hewhew. Ikut cara kawan akak, dia buat nota pharmaco setiap kali habes lecture. Semua tajuk dia buat. Pastu baca berkali kali. Pro exam hari tu dia dapat A. Selamat mencuba :) Akak tak leh cuba, saya sangat malasss T.T

Optech. Sem 1 scary. Sem 2 best. Walaupun dua dua banyak cobaan dan rintangan bhahah over. Sem 1 tebuk tebuk gigi, belajar restore gigi. Sem 2 buat denture. Dalam lab optech ni satu je kena ingat. Korang jangan tengok kawan yang laen. Biar je diorang cepat dari kita. Kita dah usaha tapi kita memang slow worker, so kita tak leh nak buat apa, just proceed dengan kerja kita. Akak pernah nanges dua tiga kali dalam lab sebab kerja tak diapprove Dr heee. Belum klinik dah nanges pffttt. Sebenarnya dalam belajar, kita compete dengan diri kita sendiri, bukan orang laen. Kita kena lawan diri kita yang satu lagi, yang selalu mudah give up tu. Lawan dia. Cakap kita bolehhhh. Kita slow pun slow lah. Tapi jangan slow sangat. Tertinggal kereta api susah pulak nak kejar, memang kena tunggu kereta api seterusnya la jawabnya. Dapat masuk gerabak yang paling last pun tak pe, asalkan kita bole masuk jugak kereta api tu. Dengar dengar batch korang ada perubahan sikit, tapi takpe, move on jekkk.Good luck korang ! ^____^

K subjek apa lagi? Dmdt? Kena baca McCabe punya story book. Buat bed time story insyaAllah bole skor :D Tapi akak tak skor pun huuu. Kawan akak ada yang skor. Dia study macam mana i pun tak tahu. Tapi dia rajin baca buku lah. Akak ni terima lecture notes je bulat bulat. Buku reference tak berapa paham. So akak tak baca, padan la muka tak dapat skor hikhik. Dmdt penting untuk klinik nanti. Akakss pun kena baca nak masuk klinik nih. Dr mesti tanya balik material ni properties dia macam mana? Kenapa guna material ni? Kalo patient tertelan nak buat apa? Haaaaaa. K kena prepare ni huwaaaa

CD, ingat index baek baek. Penting tu. Bhsc, baca dan guna logik akal.

DNI simple je. Ingat konsep. Hahah poyonya aku

Pastu tahun dua ni sem last belajar Arab dan English. Uishhhh rindu nak belajar Arab :(

Aku ni sedap bagi ceramah kat orang tunjuk hebat, padahal diri sendiri hampeh. Tengah cuak jugak ni. Senior pakat kata "Welcome to the busiest year as a dental student!" Hah sudahhh. Aku rasa dah tiba masa kena cari supporter setia. Kalau tak acano nak struggle sorang sorang kat sini huhuhuhuhu. K saja buat alasan mintak umi carikan orang untuk kita hihi pffttt aku harap tak dak orang baca sampai habes :p

Saturday, 6 September 2014

Baru .

Semester baru. 3rd year already. Kejap sangatt. Rasa macam baru masuk hari tu. Hmm

Dari dulu ayat blog aku guna sama je kan, mesti uolls boring baca hoho

1st day.


Oke. Masuk klinik. First time check gigi orang. First time maen dengan air liur orang. Surprisingly aku tak geli weh. Alhamdulillah :) Ke sebab mulut partner oke sebab tu oke je ntah la. Sebab pakai glove kot rasa protected gitewww

Menarik la jugak check gigi kawan. Ada yang caries free, ada yang takkk, such as myself bhahaha, ada yang restoration banyak which means that dia selalu jumpa dentist. Cewahhh. Oke laaa. Dapat partner hebat, bole mintak tolong dia ajarkan. Klinik dengan patients sebenar start bulan 1 tahun depan, selepas mid sem. Do pray for us :'D

K. Rumah tak berubah. Bilik je berubah. Dapat meja study dalam bilik. Tahun lepas bilik sempit, meja kat tingkat bawah. Buku memang bersepah tepi katil =.= So tahun ni oke la sikit kahkah




Serumah dengan lima orang junior. Semua kelate kecuali sorang selangor. Menarik jugak. Selamat berkenalan. Harap harap diorang tak kenal blog ni. Segan kitaaaa hiks

K. Tataa

Sunday, 24 August 2014

Jaulah Utaghaaaa

Day 1 :

Turun rumah pukul 8.50 pagi. Bas pukul 9.30. Umi dah start bagi ceramah, "Ingat dekat ko tesco tuh? Jauh nga rumoh kito. Doh la nok beli makanan lagi, dey ko dop tahu!" Ok dah tau perangai kalut aku dapat dari mana. Haha. Sampai stesen bas tesco pukul 9.05. Cari Moni, Afi dan Suha. Hoyeahh 9.45 gerak pi Sungai Petani. Mula mula semua hepi. Bising bas kami duk cerita macam macam. Dari result hingga ke skandal. Gelak kuat kuat tak pandang orang kiri kanan dah. Tapi sekejap je. Sampai Gerik semua mula pening kepala, semua senyap tetiba. Tak sesuai naek bas dua tingkat lalu jalan tu. Terhuyung hayang. First time rasa macam nak mabuk naek bas. Takpe buat experience. Hahah

Alhamdulillah selamat tiba di Kedah, kakak Moni, Kak Meni jemput kami kat stesen bas. Kitorang menumpang rumah Kak Meni sepanjang duk situ. Meet Ika, anak buah Moni baru umuq 4 tahun tapi petah cakap kalah oghang tua. Comeyyy betoi. Petang tu Hani bawak kami pi CMart Sg Petani, belanja kami Marry Brown. Thanks Honey ! :3

Dinner pulak Kak Meni bawak kami makan kat restoran special. Kenyang dan sedappp tehee ^__^

Day 2 :

Hari Puan Shima kawen. Konvoi ramai ramai dengan classmates and some Medical students. Berkumpul di RnR mana ntah da lupa kahkah. Keluar kereta saja amek angin. Datang dua mamat yang memang sangat lah kenal. "Weh tebalnyo make-up! Hahahahaha", "Tebalnyaaa make-up hang! hahaha", serentak diorang cakap =.= Nyampah aihh. Bukan nak tanya sihat ke tak lama tak jumpa, yang tu dulu diorang nak tegur. Pang kanggg


Basic je pun. Eyeliner tambah lipstick. Nanti bini korang pakai jugak. Kalo bukan selalu, masa kawen confirm pakai hmmm k abaikan. Tiba majlis betul betul masa rombongan laki sampai. So tak sempat nak snap picture banyak banyak. Sobsss. Masa cari parking, lalu jalan sempit sampai jatuh makcik yang lalu tepi kereta. Serius bukan kami yang langgar. Maybe makcik yang tersalah langkah hehe. Maaf makcik. Pastu ada orang ketuk tingkap kereta kita, pandang macam nak cari gaduh. Scaryyyy :O

Congratulation to our classmate, Shima and her husband. Kembar kita da kawen. So yang ni bila lagi? huwaaaa Allahualam. Takpe selagi takde orang mintak ni, duk puas puas ngan umi dulu, makan masakan umi dulu sampai gemok, gosip puas puas dengan umi dan kakak dulu, tak gituuuu? :)


Balik kenduri konvoi geng perempuan lak. Solat then pekena cendol. Aku tak berapa suka cendol, itu yang kongsi ngan Suha je hee. Lepastu baru pi Padang Besar. Tak puas lagi shopping tapi sebab dah lewat kena balik cepat. Huuuu

Day 3 :

Hani jemput kami breakfast di rumah dia sambil melawat Muhammad, adik Hani. Omey sangat. Laen kali kita jumpa lagi ye Muhammad? :)


Lepastu, Hani bawak kami jalan jalan pi Penang. Naek feri, amek gambaq dengan graffiti chantek kat bandar, lunch kat Queensbay. Seronokkkk :D



Malam, kitorang gerak balik Kelate. Alhamdulillah esoknya selamat sampai sebelum subuh.

Thank you Kak Meni, Hani dan kawan kawan. I'd such a good time there ! :)

Semalam lagi sorang classmates dah kawen. Mabruk Bihah ! Sorry tak dapat datang. Hadiah nanti ye :3

Barakallahulakum Shima, Bihah dan pasangan masing masing. Ok next turn sape pulak? Hehe jangan lupa jemput. Dah tua ghupenya kita ni. Huwaaaa tak nak tuaaaaa

Thursday, 14 August 2014

Terussss

Pertama kali dalam sejarah sejak masuk degree aku ada perasaan bila tengok result. Biasanya macam tak kisah. Redha je. Tapi kali ni rasa macam tak puas hati lebih dengan result. Sedeh, patah hati, kuciwa, dan macam macam lagi lah. Aku cuba buat macam biasa. Tengok orang bawah kita, abaikan diorang yang kat atas. Rezeki orang laen jangan amek kisah. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tapi kan kali ni rasa laen macam. Awat hang rasa lagu ni Amaliaaaa? Bila scan result sendiri tu, hancus berkecai jugak hati ni. Macam tak percaya. Gred C beratur dalam result. Subject core weyyy. Sayang. Tak pernah ada gred tu dalam result final sem atau pro exam sejak tamhidi. Emm Allah nak uji. Ujian kecik je nih. Allah nak bagi peringatan. Kau dah lagha sangat ni Amalia. Usaha kau makin tua makin ciput. Pharmaco aku bole terima lagi. Sebab memang aku tak paham subjek tu, study last minute, and both OBA and essay banyak yang tak leh buat haha. Tapi DMDT rasa macam pro hari tu essay macam bole buat. Aku target dalam B macam tu ahaks. Ni mesti sebab OBA teruk sangat sobs. Nampak tak Amalia? Kau banyak sangat main sem ni. Banyak sangat main tab :/ Nak salahkan pegang jawatan penolong kelas pun, tak de la sibuk sangat sampai tak sempat study. Kah!

Ce muhasabah diri balik. Hubungan dengan Allah? Hubungan dengan hamba Allah? Huuu. Sebab banyak bazir masa for sure. Suka menangguh. Suka makan. Zzzzz. K yang lepas biaq dia lepas. *lap ayaq mata* Apepon alhamdulilllah still lulus dan dapat teruskan perjuangan kat sini. Ntah la tak tahu nak rasa suka ke tak. Tawakkal :')

Cumaaa harapan aku selama ni nak maintain result sederhana sepanjang duk sini dah tak tercapai huwaaa. Result jatuh. Jadiii pro seterusnya kau kena bangunnnn. Usaha lebih sikit sem baru nanti. Jangan takut dengan klinik. Belum rasa dah over downnya == Pikiaq positif yaaaa

K congrats kawan kawan for your marvellous result. All the best for the next sem ! Go 6th batch go ! :3

Ok dah habes merapu baru rasa lega sikittt, assalamualaikum, tak jawab dosa jawab tanda sayangggg tata

Monday, 11 August 2014

hanadulset

Hello.

Baru balik jumpa Yan ngan Aisyah. Still maintain omei semuanya. Ahaks. Weh nak dengar satu cerita dak. I makin gemok uolls. Dalam tiga hari sebelum raya aku naek penimbang perghhhh 3 kilo bak hang naek dari hari tu. Hari tu bila? Lebih kurang awal sem 2. Aku bahagia sangat ke apa sem ni makan tak jaga. Puasa pun bole naek camtu. Ishish. Tengok gambo baru perasan awat bulat sangat aku sejak dua menjak ni. Kena buat turun balik tapi duk rumah acano nak turun huwaaaa hari ni pun lunch dua kali sobsob alhamdulillah rejeki

Tadi syiokkkk story mory. Ingat balik kenangan lama. Tapi ada kenangan tak nak ingat pun. Buat saket hati je, tak gituuu? Buang yang keruh amek yang jernih. Gigi tak pi kumpul lagi ni. Lagi kurang sebulan cuti. Follow the flow je la. Nampak macam bole penthouse gak sem baru ni. Letihnya nak naek turun tangga lagi -..- Senanya patut bagi adek adek je rumah dua tingkat ni sebab diorang muda muda lagi. Tak saket lutut, larat maen tangga ahaha

Tak sebilik dengan Yinyin dah la sem depan. Dah dua tahun sebilik. Walaupun selalu balik Gombak, tapi bila dia ada kat bilik, dia la pendengar setia. Ada cerita yang just bole share dengan Yinyin je. Kadang kadang kalau cakap pasal hati memang roomate je paham kita. Sebab bed time story sebelum tido automatically jadi heart to heart talk. Aku memang jadi serius kalo cakap bab hati. Ececece. Ada orang yang aku suka bergurau, layankan je gosip tu sume, tapi ada certain orang aku bole cakap benda serius. Sebab tu diorang tak paham aku. Budak ni serius ke gurau ntah :p Lagi pun sem depan dah tak dak housemate kelate. Yinyin paham kalo kita story mory kot kelate, Nasuha pun dah tak serumah, ottoke aku nak story mory ngan syapeeeee. Ni bukan racist nor assabiah. Cuma I still kena susun ayat kalo nak bercerita kot bahasa keyell kahkah ok it's time to be more serious. No more story telling time and focus to dentistry. Pffttttt

K. Motif apa entri kali ni tak tau. Saja nak update nak cakap aku makin gemok tu je bhahaha k annyeong nak pi makan

Monday, 28 July 2014

Eid .

Eid Mubarak uolls. Maaf zahir dan batin.

Tahun ni takde pahala hari raya :(
Tak solat hari raya. Tak pakai baju baru. Tak ziarah orang. Tak jumpa saudara mara. 

No biskut raya atas meja. No rendang. No nasi himpit ngan kuah kacang. No nasi dagang. Completely a close house.

Tiga hari lembik. Cepat sangat. Mula mula Hakim sorang je demam. Aku gelakkan dia duk berkerut dahi tahan saket kepala dari tengahari sampai petang. Tiba tiba petang tu aku pulak panas bahagian kepala dan mata. Saket kepala. Lenguh satu badan. Umi cakap lepas makan panadol okay la tu. Bukak puasa terus makan ubat. Malam tu dah oke sikit tapi pi tido dalam aircond lak. Banyak kali terbangun sebab sejuk sangat sampai ke tulang. Tak leh tido. Ketaqqq. Kakak kejut tanya aku buat buat ketar ke memang ketar -____- Bangun pukul 4 pagi dah tak leh tahan lenguh, umi pun bangun, cakap dia pun rasa macam nak demam. Sahur tak lalu makan. Pagi tu rasa macam panas lebih. Whatsapp kakyong bagitau pasal badan panas tambah pulak jiran rumah sekeliling ramai kena denggi. Kakyong terus call umi suruh pi hospital. Baru la pi hospital amek darah. Kalo kakyong tak call memang umi suruh duk rumah makan panadol je. Sampai je hospital abam nurse tu check suhu, nak dekat 40 darjah celsius, abam tu cakap, "Dik bukak puasa la deh. Makan ubat. Suhu tinggi sangat ni." Aku angguk je. Pastu dia bagi ubat ngan air. Bukak depan orang ramai lol.

Hari raya. Pagi tadi panas still tak turun. Rasa macam masa duk hospital semalam. Seram jugak. Pastu amek tuala basah letak atas dahi sampai bole tidoq. Bangun nak dekat tengahari. Alhamdulillah demam dah kebah. Suhu dah turun. Bangun je terus pi minum air. Dr pesan minum air banyak banyak. Ada la dalam 4 litres sehari. Kenyang dengan minum air je. Tak leh makan pape makanan sebab lidah rasa pahit dan masin. Sume makanan rasa masin. Air teh rasa pahit. 100+ pun dah tak leh telan. So isi perut ngan air kosong je. Setiap 15 minit minum segelas. Lepas zohor tadi perasan ada ruam merah penuh kat dua belah pipi. Memang tak kena hari raya dia pi serang muka. Habes muka kitaaa huuu

Esok pi hospital lagi. Amek darah. Pastu nak tunjuk ruam merah kat Dr. Doakan semoga semua oke T.T

Sakit tanda penghapusan dosa. Amin fuhh. Tolong lah bersyukur dengan nikmat sihat Allah bagi. Kita manusia mudah alpa dan lupa. Baju raya bila ntah bole pakai. Jeles tengok gambaq raya orang laen kat instagram. Sume melawo. Yang penting muka diorang tak dak merah merah cam aku ni hah. Sadis sadissss

Sabiaq ea yuyu. Nanti sihat jadi la normal balik tu insyaAllah. Jangan ada parut sudahhh T_____T

Plan nak pergi Kuantan jumpa Sarah ngan Adam macam tak jadi je. Nak jumpa babyfruitsss itewwww sadisnyaaa hari raya tahun ni hukhukhuk cobaannnn

Thursday, 24 July 2014

Just a moment .

21st July 2014. Nik Sarah was born. Alhamdulillah anak buah baru :)


In semester break. Lagi tiga hari sebelum raya. Sekian update dari saya haha

Tadi aku scroll facebook and twitter. Macam biasa tengok apa benda lagi orang Malaysia tak puas hati. Memang hobi aku kalau boring sangat pi baca komen kat post gamba dari mana mana page yang dilike oleh kawan facebook. Aku sendiri like page meow je, yang isu semasa selalunya tahu dari kawan share or like lol. Berdasarkan pemerhatian aku, cett pemerhatian tak tahan kahkah k abaikan, orang kita ni kenapa suka kutuk orang ea? Suka menganjing la, mengata la, siyes tak paham. Takleh ke kalau nak tegur kesalahan orang pun guna perkataan elok sikit hmmm. Dah jadi tabiat kot. Ce try letak diri sendiri kat tempat orang yang dikutuk. Tak pun fikir kalau dia mak ayah kita ke adek beradek kita ke, apa perasaan kita bila orang duk mengata. Suka share benda yang tak tahu betul ke tak. Suka cari kesalahan orang. Suka guna perkataan kesat. Kalau aku dengan kawan sendiri pun tak de nya nak guna kata kesat tu, apatah lagi orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Bukan nak cakap aku baek ke apa, ramai macam tu tapi yang bukan macam tu ni yang jadi problem. Mana budi bahasa? Kata orang Islam. Islam tak ajar umatnya cakap benda benda teruk. Yang jenis suka share and RT kesalahan orang. Dia pakat share je. Tak tahu pun sahih ke tidak. Tak tahu awat orang tu buat macam tu. Tak tahu ea kalau cerita tu salah dah jadi fitnah. Cepat je share. Tak paham korang ni jenis pakat compete sape post isu hot dulu ke apa. Pfftttt. Lepastu bila ada sumber laen cakap "saya saksi kejadian tu, sebenarnya dia tak salah blablablabla", haaaa habes semua pi share yang tu pulak. Baru duk backup "aku tahu dah budak ni baek orangnya, tak mungkin buat macam tu blablablabla". Mudah sangat percaya orang. Betul ke tak orang tu saksi ntah. Puasa pun duk sibuk kutuk orang. Tak paham dengan keyboard warriors =.=

Apa kata husnuzzhon awal awal lagi? Jangan lepas habes kutuk baru tarik balik. Padahal dah share kat orang laen. Pastu orang yang dah dapat berita tu still tak tahu cerita tu salah, dosa fitnah masih lagi berpanjangan. Do change, Malaysians :) Kat Palestin sana hari hari kena bom, berjuang menentang zionis laknatullah. Kita buat apa? Dari duk sibuk gelakkan orang, kutuk orang, caci orang, lebih baek doakan untuk saudara saudara kita kat Gaza. Ada jugak tak puas hati pasal boikot. Awak tak nak boikot sudah. Tapi tak yah persoalkan berhasil ke tak boikot. At least kami ada jugak usaha nak lingkupkan Israel walaupun kecik je usaha tu. Awak bukan nak amek tahu pun ekonomi Israel macam mana lepas boikot, duk mengomen je tau hmmm insaflah kawan T.T

Eh ni memang tak de kaitan ngan Sarah hahahahaha k byeee

Wednesday, 16 July 2014

Fly .

Tetiba feel nak update blog jap. Haiiii :)

Today will be D-day for viva. Petang ni lahai. Microbiology. Pathology. Please be nice to me. Baru nak start study ni. Orang laen tengah tido bestnyaaaaaa. Ala macam tak biasa exam hari tu pun diorang semua tido aku sorang yang insomnia. Siyes kesian liver aku minggu exam hari tu. Aku rasa dia tak leh nak detox untuk empat hari sebab aku tido sejam dua je setiap malam. Mata pun dah macam Feng Yi. Harapnya laen kali jadual exam tak sepack hari tu tapi tahun depan dah tahun tiga huwaaaa

Malam ni flight. Balik kelate yeayyy

Ok study. Good luck uolls :D

Friday, 4 July 2014

Move on .

"Please. Move on la."

Haha dah banyak kali orang nasehat. Yeye nak move on dah ni. I have to. InsyaAllah I'm still trying :)

Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan rasa nikmat Ramadhan tahun ni. Walaupun separuh bulan puasa dihabeskan kat bumi gv ni, takpelah best jugak puasa dengan kawan kawan. Kita tak tahu Ramadhan seterusnya bole rasa lagi ke tak, ye dak?

Pro exam. Alhamdulillah done two papers. 6 more papers are waiting for next week. 2 days break sebelum pertempuran diteruskan. Cewah

Cakap pasal exam ni kan pernah tak rasa fed up or frust gila gila selepas keluar dewan exam, sebab masa nak jawab soalan exam tu lupa apa yang dah dibaca. Blank. Keyword jawapan tu macam dah dikambus rapi. Recall punya la lama tapi still tak mai mai. Rasa macam nak tawakkal tapi orang kata jangan tawakkal buta, usaha dulu sampai boleh. Tapi sampai masa habes masih tak dapat apa yang dicari. Hantar kertas jawapan kosong macam tu je. Keluar dewan, bincang jawapan dengan member, tetiba baru sampai benda yang direcall tu. Haha lumrah. Dah banyak kali macam tu. Semalam pun ada. Hari ni lagi la ada. Dah la soalan esei zzzzz. Mungkin balasan study last minute. Hafal ikut masuk otak je, tapi tak paham apa benda. Mungkin jugak balasan dosa sendiri, pernah saketkan hati orang ke, amek barang orang ke, lama tak tanya khabar umi ayah ke. Pengajaran ye. 6 paper lagi ni tak tahu la apa nak jadi. Tak start study langsung lagi ohoi yang kau menyempat menghapdate blog tu bole pulak. Suha yang suruh saya update ehehek -__-

Ok move on. Move on weh. Tolong la kalau aku lagho lagi tolong balas "move on" hahahaha. Bila banyak kali orang doa move on move on mesti tak lama lagi dah bole move on. Kahkahkah mesti uolls tak paham whateverrr k annyeong wish me luck :)

Sunday, 22 June 2014

D-11

Alhamdulillah selamat sampai Kelate sebelum subuh tadi. Gonna have a self-short break for five days. Orang laen study week diam diam kat gv, kita balik. Hopefully jadi study week jugak lah duk rumah pun. Hmm. Semester depan dah start masuk klinik. Scary tahu tak? Tahap scary aku sampai kadang kadang terpikir kalau aku buat tak study pastu kena repeat bole lah gap setahun lagi sebelum klinik. Sebab rasa macam tak sedia lagi. Ilmu sikit. Praktikal lemah. Tapi Amalia, kau tahu tak Allah tak suka orang yang berputus asa awal awal? Belum cuba lagi tapi dah lembik. Gap pun gap tapi nanti kena jugak. Baek kena teruih awal awal pastu habes cepat. Tak de gunanya lari dari masalah. Dia datang jugak nanti. Okay stop with that negative thinking. InsyaAllah semua dapat grad hari yang sama nanti. InsyaAllah angka kita takkan berkurang lagi tahun ni. So just do our best, let Allah do the rest. Alone we go faster, together we go further. Go go 6th batch ! ^^

Btw, kita dah resign. Rasa macam sekejap je satu sem. Happy tapi ntah macam sedeh =.= Neverminddddd yang penting dah legaaaa. A big congratulation to our new representatives, Zuhair and Dalila :)

Kbye nak tidoq ngan umi. Bad dreams, please go away ~

Wednesday, 18 June 2014

?

Terimalah sahabat kita seadanya. Orang kata berkawan biar seribu. Kawan dengan semua orang. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Tutuplah mata kita bila nampak keburukan dia. Lupakan kesilapan lalu dia. Dan cubalah ajak dia ke arah kebaikan setakat kita mampu. Sebaliknya pandanglah kelebihan dia. Ingat kebaikan dia. Kalau dia buat benda yang lagha, tariklah dia sebelum jadi lagi lagha. Bukan turut lagha sama. Bukan biarkan dia terus lagha sengsorang.

Ada kawan pernah kata, "Setakat ni ada dua orang yang aku tak pernah nampak diorang nanges, Yaya dan Yuyu."

Sebenarnya bukan kami tak pernah nanges, kami takde lah kental sangat pun haha, tapi maybe awak masih tak kenal kami. Macam mana nak cinta kalau tak kenal? Macam mana nak kenal kalau tak pernah dekat? :)

Monday, 16 June 2014

Pfffftttt

I can't focus.
I know.
My desire to return home this upcoming weekend is too high.
Damn.
I want to run away.
From this miserable life.
I hate exam mood very very much.
Everyone is like pressuring me with their behavior unconsciously.
But I know that is not their attention to do so.
You can't blame them Amalia -_-
They love studying.
Like 24 hours per day.
It's a normal thing.
Study is the priority right now.
When our second professional exam is just around the corner.
It's just.
I don't want to be at this situation.
Alone.
I haven't start anything yet.
Yes I'd opened Pathology book for three days.
But I didn't read it.
I want.
But I can't.
Today I just managed to read plus minus one over eighteen portion of a topic.
Pfftttt.
I want to go home !
Nangessssss
Two days ago me joining friends' liqa with their anak buah.
Adek adek first year juniors.
At dominos.
They asked for some advice for their first pro exam.
I did give them some randomly.
The peculiar thing here is my own friends' explanation about me -___-
Quite shocking duhhh.

"Kak Amalia macam nih. Dia study last minute. Tapi dia jenis bole masuk banyak banyak benda sekaligus. Non-stop. Dekat dekat exam dia sampai tahap tak tido sampai pagi sebab nak habeskan syllabus."

Am i like that?
Haha funny.
Actually i am procrastinator.
Do not be like me, adek adek.
Study just like the way you are.
Siksa tau nak cover banyak nihhhhh huwargghhhhh nak makan orangggg
I'm quite stressed and got a headache over nothing when seeing them studying hard.
But I know.
They also feel the same when seeing me with my korean stuff almost all the time kahkahkah
Fair and square.

Tapi tolong Amalia. Kau dah ketinggalan kot. Pharmaco. Microbe. Ko jangan maen maen T^T Please be rajin please. Pleaseeeeeee. Nanti anak anak perangai sejibik macam kau tak boleh salahkan orang laen. Inche suami, I hope you do complete me. Harapnya tak pemalas macam aku kalo tak habes hancusssss keturunan ><

Erk kaitan?
Kbye love u :3

Tuesday, 10 June 2014

Post title

Yeay alhamdulillah denture dah siap. My very first complete and partial dentures :)


Goodbye lab for a time being. I will miss you. Yeeee la tu hihi never evaaaa k

Baekkk. Ayuh fokus pro. Seram tengok semua kawan dah start dating dengan lecture notes, dah start study group. Our class was only till 10am today, but this hot weather made me having a non-stop headacheeee jadi mampu tidoq je dari tengahari tadi tak study pun :(

Sebelum nak start jadi introvert duk dalam bilik sorang sorang kononnya study ni pfftttt, from deep of my heart, nak mintak maaf banyak banyakkk kat semua orang yang kenal saya especially my classmates. Sejak jadi penolong kelas nih lagi banyak buat silap kat korang. I know that I am a bad person, have an ugly heart and did many mistakes. But do forgive me. Huhu. Abaikan mulut jahat saya, abaikan perangai childish saya, abaikan kegedikan saya, abaikan cerita mengarut saya, halalkan ilmu yang pernah awak bagi kat saya, halalkan makan minum saya. Please bear with me until a few more years. Hehe. Lepastu dah tak jumpa dah. Lepastu tak cerita dah pasal crush yang tak dicrush ni. Lepastu dah tak ganggu awak dah. Lepastu tak amek masa awak dah terpaksa dengar kita merapu apa ntah meleret leretttt


Good luck to all of you. Kawan kawan di usem ataupun bukan usemmm. You still have my du'a with you as long as you acknowledge me as your friend :)

I miss umi. I miss ayah. I miss nasi kerabu. Cewah

Haaa. Suha, kalu nok stalk blog i turn off volume laptop dulu deh nanti kantoi lagi hahahaha k tata :p

Saturday, 7 June 2014

No good .

Aku rasa minggu ni paling banyak tengking orang. Kelate panggil jerkoh. Setiap hari mesti ada je yang kena marah dengan aku. Dari Ahad lepas sampai hari ni. What happened to me? Nangessss

Tapi dalam banyak banyak hari, hari Isnin paling banyak. Maybe sebab hari tu tak berapa sehat. Maybe sebab hari tu buat kerja lab dari pagi sampai petang. Maybe sebab hari tu paling banyak kena cari Dr tanya ada kelas ke tak. Ditambah lagi kawan kawan sekelas pressure tanya pasal kelas. Ye tau memang tu kerja aku. Tak salahkan korang. Cuma sedeh la jugak. Masa tu aku duk sibuk buat denture yang jauh ketinggalan dari korang, tapi sorang demi sorang tanya kelas ada ke tak. Rasanya semua tahu, selagi tak de orang cakap kelas cancel, kelas still go on. Kat kelas dapat soalan tu, kat rumah pun sama. Mesej, whatsapp. Ada yang call. Bila aku cakap tak tahu, dia kata "Kenapa kau tak tahu? Kau penolong patut tahu." Menyirap. Then nah amek bom dari aku. Ntah berapa minit aku membebel dekat dia tanpa fullstop. Sampai housemates duk tingkat atas dengaq turun jenguk aku kat bawah tanya dah kenapa dengan aku.

Malam sebelum tu, tertinggi suara jugak dekat sorang kawan. Dia suruh aku bagi ucapan kat depan masa jamuan makan dengan ustaz Khalil. Sebab aku penolong katanya. Ketua takde, penolong la kena. And yes it is one of the things that I hate very much. Tapi pelik kenapa sampai aku tengking dia depan orang ramai :(

Bad temper is not good. Seriously.

Btw, just for a warning, please do not mock someone based on her/his physical look. You're not my siblings. Adek beradek je boleh gurau pasal ni. Aku paling tak suka orang gelakkan aku sebab appearance. I know I'm ugly. I know I'm weird. But please, kalau rasa orang tu tak suka dengan apa yang dia bakal dengar or tengok, jangan buat lawak dengan benda tu dan tolong buat benda laen ea.

Mood aku masih tak baek. Aku tahu kenapa tapi aku tak tahu bila dia nak stop. Being a woman is not easy, sebab kita tak boleh kawal mood kita pada masa tertentu. Macam Ustaz Adil cakap masa ziarah baby ustaz dua hari lepas, "Kena faham pompuan ni, ada masa dia tengah gelak sakan tu tetiba je nanges sengsorang. Kita pun tak tahu kenapa, so bole pujuk je la."

Kesimpulannya maaf bebanyak kalau awak adalah salah sorang yang terkena tempias mood swing saya :)

Gamba ni omey ngattt. Kbye


Monday, 26 May 2014

zzzzzzz

Kenapa tetiba bila tengok gambar pompuan pakai seluar nampak buruk? :O
Padahal diri sendiri pun suka jeans. Kalau keluar selaen pi kelas mesti pakai jeans. Hmmm nak tukar taste maybe :3

Boring senanya. Esaimen ada tapi tak de rasa trigger lagi nak siapkan. So esei apa yang kita nak tulis hari ni? Nothing. Pakat tulis apa yang terpikiaq je deh.

Semalam umi call, duk best mengumpat pasal kakak, umi tetiba ubah topik. Umi tanya aku dah ada ke? Krikkk. Tetiba. Tapi memang masa balik hari tu lagi umi tanya tak de ke sape sape yang special sikit dari orang laen. Sabiaq je la. Tak dak umi. Serius tak de. Da kenapa tetiba cakap pasal ni? Sebab teringat minggu lepas ada akak senior tanya, betul ke aku ni tak de pakwe. What theee. Pastu bole pulak cakap aku tipu bila cakap tak dak. Dulu lagi masa tamhidi, ramai jugak kawan yang masa mula mula kenal kita tanya i ni dah berpunya ke? Muka macam dah ada kata diorang. Macam mana tu muka yang dah ada? Ada cop ke apa? Masa SN tanya paling tak leh bla. Haha rindu SN. Soalan sama, "Amalia ade doh an?" "Mana ado." "Bohong la tak de! Haha" "Siyes takdop!" "Ahh ana boleh kenal sape ada ke dop. Muka macam Amalia biasanya ado doh. Hahaha" "TAKDOP LAH!" Stress. Lama jugak gaduh ngan dia hari tu. Tak caya sampai ke sudah. Muka matured sangaddd ke haku ni? Ke muka nakal? Ke sebab tudung pendek? Ke sebab gedik? =.= 

K. I TAKDE. DAN TAK PERNAH ADA. SEKIAN TERIMA KASIH.

Ok nak balik. Nak balik jugak sebelum pro exam. Tak kira. Balik sengsorang macam tahun lepas pon takpe. I rela T.T

Tuesday, 20 May 2014

Shoes .

"Salam. Amalia, ni kak M yang nak buat bridge untuk awak. Awak bole datang tak esok pagi dan isnin pukul 9 pagi?"

"Wsalam. Memang hari tu je ea, akak? Sebab dua-dua masa optech. Bridge kena bayar bape ye?"

"Bridge awak tu kalau kiri kanan banyak jugak sebenarnya. Tapi kalau kita kongsi bayar sama-sama bole? Akak rasa sorang kena bayar RM300. Tapi awak tak masuk optech tak pe ke? Optech untuk subjek ape?"

"Operative Technique. Macam tak leh je sebab saya pun banyak lagi tak siap kerja lab prostho. Huhu. Akak memang dah tak de patient ea?"

"Haah. Itu la akak pun rasa macam tak sedap pulak kalau awak kena ponteng optech."

"Hmm sorry tau akak, tak leh tolong."

"Awak sekarang optech prostho tengah buat apa?"

"Wire bending partial denture. Sempat ke? Belajar dah sampai processing denture, tapi saya yang lambat buat kerja. Haha."

"Dr W advice awak mintak kebenaran Dr T untuk keluar waktu optech pastu akak bagi time slip. Boleh tak? Banyak ke wire bending tak siap lagi? Gigi dah susun?"

"Tak start langsung lagi wire bending. Ohh. Kalau esok habes pukul bape ea? Sebab pukul 10.30 maybe ada test assessment bhsc tapi tak confirm lagi."

"Kalau Dr suruh restore maybe lambat sikit. Tapi kalau amek primary impression sekejap je."

"Saya kena tanya Dr T dulu dia bagi ke tak. Kalau bole oke kot."

"Ok. Thank you."
-----------------------------

Nangesssss. Kena ponteng dua-dua sesi lab. Dah la aku ni orang paling slow buat kerja. Merangkak. Complete denture pun belum siap apatah lagi partial denture :(

Patient asal akak tu tetiba outstation so tak sempat habeskan kes. Lagi 5 minggu nak habes sem ni. Kalau akak tu tak de patient, tak leh habeskan requirement so tak leh graduate.

Dilema.

Nak tolong orang tapi kita pun perlukan pertolongan. 

Imagine diri sendiri 3 tahun akan datang. Masa dah suntuk. Takde patient. Sudi bayarkan separuh harga treatment asalkan orang sudi jadi patient. Ya Allah. Sanggup ke diri ni?

Sunday, 11 May 2014

To The Top !

I can't move. Just lying down on my bed. 11 hours non-stop walking. My body still can't accept it T.T

"Nak join hiking Gunung Ledang tak?"
"Nakkk !"
"Bole jugak."

Hey you. Awak tu indoor person. Bole ke? Takpe. Kita cuba. Mula praktis bina stamina. Ler sangat kan. Ok naek Bukit Saga. Tiga kali mata berpinar nak pengsan. Setiap kali stop tetiba rasa macam tu. Da pikir betul ke nak join daki Gunung Ledang? It is three time higher than Bukit Saga! It's okay. Kita cuba. Avoid icecream and any cold drink for a week. No ice in my Milo for breakfast. Banyak kali Mikin offer juice dia yang berais tu, I said, "No! Stamina Mikin! Stamina! haha." Macam over pulak. Tapi at least ada usaha kan? Then, start doing rope skipping at home. So minggu ni dalam tiga hari camtu aku lompat tali 500 kali. Stop each 100 or 50 times jumping. Tak leh paksa diri. Aim aku cuma satu, tak nak pengsan masa hiking nanti ><

:)

10th May 2014. Semua barang da siap dipack. Warm-up. Snap some pics. Semua muka happy tak tahan.



1276m altitude we aimed for. Ada lapan checkpoints kalo tak silap. Ntah, lupa. Nevertheless, one by one checkpoint we succeed to pass. Yeayy go USIMians !

Sampai satu checkpoint sebelum simpang. Guider tanya kitorang nak KFC ke shortcut? KFC stands for Killing Fitness Centre. Yang ada halangan mencabar berliku-liku. Majoriti nak KFC. Tapi me and a few others nak shortcut. Tak nak lalu kot panjat batu panjat tangga tinggi bagai tuuu. Masa tu da pikir nak balik puhlisss. Tengok-tengok sebab awal lagi, lalu kot KFC jugak. Rasa nak mengamuk baling batu.

Start masuk KFC. Ada satu bukit yang lebih kurang 60 degree steep. Masa tu aku nak naek batu lebih tinggi dari tuan empunya badan. Kat tepi ada gaung. Berpaut kat akar. Letak kaki kat batu dengan konfidennya. Then panjat. Tapi kasut buruk ni buat hal. Maka jatuhlah menggelongsor dalam position meniarap camtu ke bawah. Naseb baek ada guider sambut. Sempat dia pegang aku, tahan dari belakang. Kalo tak, ya Allah :( Dah cakap bahayaaa tak dengaqqq. Bahu kiri rasa macam dislocate tapi lama-lama alhamdulillah hilang saket tu.

Teruskan perjalanan, then tiba lah satu tempat yang rasa macam rela turun balik dari terus naek. Tadaaaaaaa

Panjat batu 70 degree steep. Dah la tinggi. Dua kali pulak tu. Tapi yang kedua lagi scary. Sebab kalo kita jatuh probability jatuh gaung tinggi, setinggi Gunung Ledang. Sekerat jalan tangan dah letih. Masa tu memang fikir pasal umi je. Ya Allah, kuatkanlah aku. Umi nak aku selamat. Tak nak jatuh. Please pleaseeee. Naseb baek ada guider sokong belakang kaki aku dengan kaki dia. Yang sambut aku tadi jugak. Tangan da saket teramat. Tapi dia cakap takpe sikit lagi sikit lagi kat depan da landai. Aku pun naek la tapi rasa tak larat sangat sangat. Memang tawakkal sepenuhnya masa tu. Last effort, nak tarik tali orang sebelah ahahaha. Sorry abam senior. Sebab malu, tetiba larat pulak naek sampai atas -_____-

Pukul tiga petang, tiba lah kami semua kat puncak. Alhamdulillah :')

Lepas makan, puas selfie, mula gerak turun. Sampai satu tempat air, stop solat jamak takhir kejap. Lepas tu, turun dengan 2 orang guiders. Aku paling belakang grup tu. Pukul 6.30, stop dua minit kat satu tempat, tapi guider tu rehat lama pulak. Kitorang gerak dulu sebab da lapiaqq. Gerak 7 orang. Aku, Shima, Piji, Kak Tien, Kak Ain, Hanim 1st year ngan sorang lagi junior i tak ingat nama ihiks. Masuk maghrib. Headlight yang malam tadi tak jadi, tetiba jadi. Kuasa Allah. Alhamdulillah nampak jalan guna headlight tu. Tengok papan tanda ada 200 meter lagi to go. Kasut sebelah kiri aku tercabut tapak separuh. Banyak kali nak tersadung. Huuu. Sampai check point dua. Jalan depan sikit then tetiba ada simpang. Tak de penunjuk arah kat pokok. Simpang pulak dua-dua macam tak pernah lalu. Jalan kiri ada kayu balak tumbang yang still elok tapi ada banyak semut besaqqq. Jalan kanan ada kayu balak yang dah reput. Piji yang guide kitorang dari tadi pun konfius. Semua try call kawan masing-masing tapi line kurang clear. Hujan mula turun. Cehh suspens tak? Ahaha. Try call Anne, member grup belakang yang ada guider. Anne angkat tapi dia tak dengar suara aku. Lepas dia "Hello" sekali then terputus talian. Call Salman tak angkat jugak. Shima call Moni, suruh bagi telfon kat guider, tapi line tak clear. Call lagi sekali, macam tu jugak. Diorang tak berapa dengar suara kitorang. Dah cuak. Pikiaq macam-macam. Nauzubillahminzalik, tampar pipi sendiri. Aku nak call kawan yang dah sampai bawah, tapi macam takut ganggu diorang tengah rehat. Piji pun call kawan dia. Naseb baek kawan dia tu ingat jalan. Alhamdulillah. Ikut kanan, jalan terus, and jumpa check point satu. Finally pukul 8.15 malam sampai bawah. Solat, makan, telfon umi then tidoq zzzzzzzz. Habes lenguh satu badan. Spot some bruises. Tak pernah dapat lebam sebanyak ni. Takpe. No pain no gain orang kata.

I did it ! Tak sangka. A very precious experience for me. Mission aku pun accomplished. Tak de rasa nak pengsan macam kat Bukit Saga minggu lepas :)
Mount Ophir a.k.a Gunung Ledang is the 6th most adventurous hiking track in Malaysia ^___^
Terbaekkk la korang ! Thank you everyone :3

Tapi ni last time hiking. Siyesss tak nak dah. Kalo suami ajak pun aku tak nak. Hahaha kaitan?

K assalamualaikum.

*all the pics credit to Nabilah Nuairy and le photographers :)

Thursday, 8 May 2014

Reflection .

"Hahahaha lawoknyo. Tengok tu weh," satu tangan ke arah tv, satu lagi letak kat perut tahan gelak.
"Hahahahahahahahahahahahaha"
"Hahahaha... Eh."

Ok. Buat malu je. Ingatkan dia gelak sebab aku tunjuk benda kelakar kat tv, rupanya duk tengok ipad dia, headphone tutup telinga. Daddy ni kannnnnn -______-

Sorang lagi dengan headphone jugak. Duk depan lappy kat meja makan.

Okai takpe dah banyak kali cakap sorang-sorang macam tu :)

Aku pun apa lagi, bukak laptop, earphone on.

Pernah terfikir tak? Generasi muda sekarang semua sama. Termasuk aku la of course. Aku muda lagi. Kot. Apa yang kot, memang muda lagi pon =.= Kita memang nak hidup macam ni ke? Anak cucu kita pon? Handphone, tablet selalu kat tangan. Facebook, twitter, instagram, whatsapp. Scroll scroll. Refresh page. Scroll lagi. Then ulang balik benda sama. Kadang-kadang baca benda sama. Pastu bukak page yang masing-masing minat. Korea dengan dramanya. Blogwalker dengan blognya. Bola dengan berita bolanya. Gamer dengan gamenya. Busybody dengan gosip artisnya. Tengok-tengok sejam habes camtu jek. Dingdongdaengggg dah pukul 12 malam. Ngantuk. Masuk tido. Tak sempat study. Tak sempat revise Pathology. Esoknya pi kelas, Dr Mohit tanya soalan "What is Cushing Syndrome?", semua krikkrikkkk. Dr tanya lagi, "Under what topic it is about?" Sunyi sepi kelas. Telan ayaq liuq pon dengaq. Huuu maybe orang yang paling stress masa ni student yang aktif, yang selalu jawab apa Dr tanya, yang selalu bertanya Dr bila tak paham. Orang laen? Termasuk aku? K. Aku tak nak tipu. Aah, dalam hati memang berharap kawan yang hebat-hebat tu je jawabkan. Kita sendiri tak usaha. Tak nak usaha sikit pun. Kenapa malas sampai macam ni sekali Amalia? :(

Hari ni ada dengar satu berita yang tak best. Huhu. Pernah terfikir tak? Bila kita masuk kelas lewat, apa perasaan Dr yang datang tepat pada masanya? Dr datang dari jauh. Cepat-cepat dia drive mai sini nak ajar kita. Tengok-tengok bila bukak pintu, nampak kelas kosong :( Tak semestinya Dr luar, lecturer kat sini pun sama. Ada yang buat tak heran. Pergi kafe pukul 10.25 walaupun tahu 10.30 ada kelas. Makan kat situ pulak. Baca surat khabar, goyang-goyang kaki. Ada pulak yang tahu dia perlukan masa lebih sikit untuk solat, tilik cermin saja pun 30 minit, tapi pergi surau lambat-lambat jugak. Ada yang dia memang aim masa subjek tertentu tu je untuk buat dental treatment dengan senior. Asyik-asyik subjek sama dia ponteng kelas. Then, ada yang berbual-bual kat surau, tak masuk kelas. Bila Dr tanya kawan dia pi mana tak masuk kelas, kawan jawab tak tahu. Dr tanya lagi, "Oh tanpa sebab la ni?" Kawan tersepit tak tahu nak angguk ke geleng kepala. Kalau betul-betul tak sihat bole cakap dekat lecturer rasanya, beliau tak kejam, insyaAllah dia bagi kita pi rehat :)

Waktu kelas, bukak handphone, bukak tablet. Poyo sorok bawah meja walaupun duk barisan depan sekali. Confirm Dr nampak cuma dia buat-buat tak nampak. Ada yang tak silent handphone, tetiba dengar lagu Korea tengah-tengah lecture. Baru kalut cari handphone nak turn on vibrate mode. Dr still teruskan lecture, buat-buat tak dengar apa-apa. Ada yang angkat call dalam kelas. Emm dalam hati Dr, "It's okay, mesti urgent call tu." Ada pulak yang tertido masa kelas. Dr bagi lecture non-stop for two hours. Talking and standing for two hours, while we are sitting, snoozing, and sleeping cozily. Dr fikir, "Mereka letih agaknya."

Korang rasa macam tu ke cikgu-cikgu kita fikir? Siyesssss? They are still human-being like us. Kalau kita duk kat tempat diorang agaknya kita rasa macam mana ea?

Pernah terfikir tak? Hmmmmm

Maaf kalo ada yang terasa. Ni la salah satu sebab nak tutup blog. Suka membebel. Tapi nak cakap jugak ngahahaha

Also for self-reminder. Lebih separuh benda ni yang aku sendiri buat :(

We need to change. Seriously.

Sunday, 4 May 2014

Spam .

Assalamualaikum, and hello :B

Yeee. Memang tak nak aktif blogging dah.
Tapi bukak balik ni, sebabbb.
Sebab saja nak bukak balik.
K senyum :)

Meh nak cerita. Tak nak cerita sangat pun. Nak post gambaq je banyak banyak.

Tajuk esei kita hari ni. Two unstoppable weeks. Maksudnya sibuk. Sibuk sangat. Kelas letak tepi sat. Program luar kelas banyakkk tak terkiraaa. K. Empat je pun padahal.

Jom start story mory.

First weekend, kitorang ada dental seminar at zoo negara. Pusing zoo jenguk meow meow besaq, pingu, binturung, gajah, girin, bulgogi, hippo etc
Belajar dentition mamalia, reptilia, meowlia dan laen-laen lia lagi lah. Bestbest




K. Tak amek gambaq animals pun.
---------------

Hari Khamis. Cuti hari pekerja. Kami naek Bukit Saga. Praktis sebelum naek Gunung Ledang hujung minggu depan. For the first time in forever, aku masuk benda outdoor macam ni. Biasanya aktiviti outdoor aku meronggeng shopping selfie geng cermin. Tu je :) Bunyi kasaq la meronggeng. Mikin yang ajar perkataan tu haha oke tukar. Derak. Eh bunyi kasar jugak hmm



Lepas tu mula lah tulang rasa seakan-akan retak tatkala sujud, bangun berdiri, dan naek turun tangga 0.0

---------------

The second weekend. Semalam. Dinner kolej kediaman. Malam Perdana Siswa. Kenyang alhamdulillah.


K banyak muka gedik. Scroll bawah cepattttt
---------------

Todayyyyy. CTPS day-out! Eh betul ke nama program tu? Biaq dia. Melawat tempat kraftangan dan seni visual artistik yang memang bila tengok gambaq tu tak paham awat gamba tu bole masuk jadi pameran. Hmmmm kite tak kreatif :(

Pastu kat situ ada pameran kerja kawen. Berpinar mata tengok baju kawen cantik cantik. Duk pikir nak baju kaler apa ea nanti, tetiba ada orang suggest biru turqoise. Ayah tak bagi kaler biru la hakhak




Oke. Muka sama je. Krikkkkk

Tata :3

#why i look so round? makin debab agaknya. k.
#whyyyy chemi banyak terselit dalam gambar kitorang? -___-
#and why there are so many 'k' in this entry? =..=

Friday, 11 April 2014

Pause .

The cycle is running wildly. Tuptup dah midsem break. Dah separuh kottt. Lagi berapa bulan nak masuk clinical years. Tawtowttttttttttttttttttttt gilewwwwwwwrhhh. Oke yek

Skang ni duk rumah kak Liya. Dengan classmates, Anne and Afi balik sekali. Esok pagi abe ngan kak Liya hanto kitorang pi LCCT :) Tak saba nya nak balik Kelate heee tak saba nak makan makanan Kelate ekceli

Oke today I will conclude about first half of this semester.

Sem ni best sikit bagi aku. Sebab optech best sikit. Best sikitttt la kot. Tak sestress dulu banyak kena siap on the spot, bole buat dalam lab je. Yang sekarang bole bawak balik asrama kalo tak siap dalam lab :3 Semester ni buat denture. Gigi palsu. Besttt walaupun terlampau banyak step. And complicated. Bestttt walaupun banyak kali buat silap situ sini. Orang laen da ramai siap sebab due date memang sebelum mid sem break pun. Tapi aku macam biasa. Top 10 the slowest worker ngahaha. Lambat sebab banyak buat error. Satu lagi malas. Tak serajin orang laen selalu masuk lab bila masa kosong. Awal awal sem dulu aku cepat jugak. Sebab selalu balik kul 7 buat kerja lab. Rajin tak? Ececece but ottoke, human changes ahaha

Bila cerita kat ayah kite paling lambat buat kerja, paling banyak buat silap. Ayah cakap, "Takpo lah slow pun. Bilo banyok buat saloh kito la paling hebat. Buleh belajar banyak bendo. Ore laen dop tau, kito tau. Pastu buleh buat banyok kali. Bilo praktis ulang banyok kali, mesti lagi biso." :')

Peduli apa orang kata. Just be yourself, and move on :3

Saturday, 5 April 2014

I Love U .



Allah loves us. Although we have committed countless sins everyday. MashaAllah.

O Allah, I love you.

#mid term exam is coming. hoping for the best :)

Saturday, 15 March 2014

Solved .

Hai uolls.

Setelah seminggu bertapa, sekarang baru dapat idea hahaha
Aku private dulu dalam sebulan, lepas tu bukak balik.
Dengan cara tu bole detect mana reader sebenar,
mana reader yang nak cari kesalahan orang laen je kejenya.
So tetamu tak diundang tak payah la bukak blog ni ea :p
Ye ah. Blog aku padahal, tapi ramai pulak sibuk.
Tak suka tak yah baca la.
Lagi elok buat hobi blogging and blogwalking selaen buat benda yang lebih lagho.
Blog ni just untuk suka-suka.
Dah 3 tahun dia jadi diari online aku.
Bukan apa. Nanti tua bole baca balik semua entri-entri lama.
Best kottttt hihihihi

Kbye :3

Friday, 7 March 2014

The end .

I think I should stop.
For my own good sake.

I should stop blogging.
I should stop complaining here and there.
I should stop hurting other's feeling either intentionally or not.
I should stop talking behind their back.
I should stop selling my daily stories to everyone.
I should stop wasting other's precious time who were reading my blog.

Instead,
I should learn being grateful for what I had.
I should act more than talking.

I started writing after SPM.
Just to occupy my leisure time.
Just for fun.

But nowadays I realize that my writing is too open for everyone.
How many hearts that I have scratched?
And how should I apologize to the heart owners?

So here I want to say that I am truly sorry.
For what I have written or told that might be hurt you.
I apologize from deep of my heart.
I am sorry.
Please forgive me.

A very big thank you for all the visits. Goodbye peeps :)

Saturday, 22 February 2014

ESTP

Yup. That's my letters :)

Semalam, time subjek CTPS, Creative Thinking and Problem Solving, maen benda ni. Macam pasal psikologi la jugak. Mula-mula lukisan jiwa. Aku pernah terbaca pasal macam mana lukisan kita tu menggambarkan diri kita, tapi semalam baru first time try sendiri. Menarik jugak hewhew. Lepas tu maen huruf-huruf ni. Setiap orang ada huruf-huruf yang berbeza. Aku punya ESTP. Extrovert. Sensing. Thinking. Perceiving. 

  • Extrovert maksudnya orang yang suka berkawan, love sharing, dan tak suka duk sorang-sorang. Lawan dia introvert, suka buat kerja sorang-sorang.
  • Sensing, lebih suka tengok dan fikir dari segi fizikal je, tak nak pikir dalam-dalam. Lawan dia intuitive, suka tanya 'kenapa'. 
  • Thinking maksudnya skema, selalu ikut peraturan, lurus macam senduk, straight-forward. Lawan dia feeling, fikir perasaan orang laen sebelum cakap something.
  • Perceiving. Suka menangguh kerja, selalu kelam-kabut dan banyak enjoy dari buat kerja. Lawan dia judging, buat kerja dari awal, ada perancangan dan cara kerja dia teratur. Yang ni aku ingat contoh Dr bagi. Kalau perceiving dia selalu iron baju pagi sebelum pi kelas tu yakni aku, kalau judging pulak malam Isnin dia iron terus lima helai baju nak pakai seminggu yakni housemates aku. Hahahaha kena batang hidung der

Tapi aku paling tertarik dengan extrovert vs introvert. Kenapa? Sebab orang yang tak rapat dengan aku mesti akan cakap aku ni introvert, suka menyendiri. Padahal takde maknanya hahaha. Habes semua benda nak ceghita kat belog dan twitter, nampak sangat la suka buat bising. Ekceli, environment aku yang buat aku nampak macam introvert. But as Dr said, we know ourselves the best. And yes, aku paling kenal diri aku. Hihi. Aku rasa housemates aku semua introvert. Sebab tu kat rumah ni, aku selalu mengadap lappy ngan tab. Berbeza dengan aku masa tamhidi. Housemates tamhidi semua extrovert kecuali sorang. Sebab tu tak boring walaupun takde tab, takde internet. Secara tak sedar, gadgets made us becoming introvert. Balik kelas memang krikkrikkk, semua dengan gadget masing-masing. Masa makan je bercakap. Kelakar pun ada. Haha

Semalam aku terdengar ada sorang kawan tegur kawan aku, "Mesti kau extrovert kan? Nampak sangat. XD" Sebab dia memang happy go lucky kalo tengok dia sekali pandang. Aku pulak jadi pemalu gitewww kalau kat tempat yang ramai orang kekeke. Kawan yang kena tegur tu senyum je. Sebab aku tau dia pun introvert senanya. And I looked at her paper, and yes, she wrote 'I' in the first column :) 

Takde buruk pun jadi 'E' atau 'I' ni. Both complete each other. Macam aku la. Aku ni 'E', memang suka sangat pi ganggu 'I'. Duk potpetpotpet, paksa jugak 'I' ni dengar cerita dia. Naseb baek 'I' ramai dalam rumah ni, boleh je aku serang sape-sape bhahaha

And yeah of course they are still awesome just the way they are :3

So, what are your letters? :D

*krikkrikkkkkkkk

Wednesday, 19 February 2014

Drama

Assalamualaikum :)

Okai kali ni nak update pasal drama hidup aku hari ni. Biasalah hidup i kan selalu je ada konflik ala ala drama korea gitewwww :3


Tapi ni drama panjang nih. Sape sayang itew baca sampai habes ahaha

Bismillah.


Hari ni pergi kampus naek bas. Alhamdulillah sempat naek bas yang pukul 7.30. Kira awal la sebab biasanya naek yang kul 7.45. Kelas kul 8 pagi just like everyday. On the way to the campus, Allah kata kunfayakun, maka berlaku lah accident yang tak dijangka. Ecece suspens je lebih hiks. Bas kitorang naek tu terlanggar kereta depan. Alhamdulillah kemalangan kecik je, takde sesape cedera. Pakcik driver pun senyum je masa bincang dengan pemilik kereta yang kena langgar tu. Last-last sampai kul 8 jugak kat kampus. Turun bas, bagitau Yaya, "Pagi lagi Allah dah uji. Petanda hari malang ni. Haha."


Optech time. Hari ni sambung buat gigi palsu. Tapi baru belajar step yang awal-awal. Dengan tak breakfastnya, dengan harapan dapat habeskan kerja lab pukul 10 pagi sebab nak pi sarapan, start lah buat kerja. Bukannya apa, aku ni ada gastrik. Bahaya sikit kalo tak jaga waktu makan. Tengok tengok plan tu memang hancur lebur jadi debu. Huhuhu


Mula-mula semua progress elok je. Sampai la rendam air panas nak bukak flask tu, dah rasa macam something wrong. Awat laju je aku buat kali ni. Biasanya ada je masalah or slack kat mana mana. Kalo tak memang bukan Amalia namanya. Optech lagi lah. Memang aku perlukan kesabaran dua kali ganda orang laen disebabkan clumsiness aku. Then, lepas bukak flask, haaaa tu diaaaa. Kes pelik pelik memang selalunya aku la yang pegang ahaha. Eh terbangga lak =.= POP model dalam flask aku tu dua-dua belah flat and sama tinggi. Sepatutnya bentuk impression denture satu timbul satu tenggelam. Yang aku punya pecah. Bahagian yang patut timbul pi melekat kat dalam yang bahagian yang berlubang. Biasanya aku cuak. Tapi dalam kepala aku tadi macam redha je. Kena re-do lagi la ni, oke fine. Dah terbiasa give up maybe. Hmm. Bagitau Puan Ros. Puan Ros semangat nak selamatkan benda tu. Dia kata bole lagi ni, tak payah susah-susah buat balik. Kawan-kawan semua dah ke step seterusnya. Aku tengok je diorang. Lepastu alhamdulillah benda tu nak hidup lagi, buat itu buat ini, then lekatkan bahagian yang tercabut guna gam yang sememangnya kuat, sampai rasa macam hilang habes cap jari aku. So selamatlah dia dengan pertolongan Puan Ros. Jazakillahukhairanjazaa T^T


Masa semua tengah sibuk-sibuk tu, wax knife hilang la pulak, dah la tak tulis nama. Cari semua tempat tak jumpa jumpa jadi amek je yang ntah sape punya tinggal atas meja hoho. Tapi kat atas dia penuh ngan wax, so aku nak buang wax yang keraihh tu manually guna kuku ibu jari kiri yang diharap dapat berbakti. Tengok tengok hamek kau darah keluar kot kuku, kalo tambah sikit lagi force aku rasa bole tercabut kuku tu =_= Tak pasal-pasal pi tambah masalah. Lepastu buat la step seterusnya. Tak habes lagi drama aku ni haha. Ada kawan nak ketatkan something guna sejenis hammer. Aku tolong pegang. Disebabkan kecacatan tukul tu, tengah syok dia pukul kuat-kuat, kepala tukul tu tercabut dan terbang kena bahu kanan aku. Reflex action aku tak kuat sangat. Maybe sebab dah tua. Tak sempat nak mengelak. Sesungguhnya sangat sedap rasanya kena pukul dengan benda tu.


But nevertheless, Allah tolong, alhamdulillah akhirnya siap jugak kerja special tray bahagian maxillary :) Dengan pertolongan kawan-kawan yang siap awal sikit dari aku. Diorang tunggu aku kot. Terharu gilaaa. Sayang korang! Thanks Liana, Suha, Nab, Moni, Afi, Mus, Ain, Fateen :') Padahal da pukul 1.30 tengahari. Aku belum makan apa-apa since bangun tidoq. Kul 2 ada kelas Microbiology. Kebetulan pulak kul 1 sampai 2 hari ni kena amek darah untuk test Hepatitis B. So lepas keluar lab terus pi tempat amek darah. Kena beratur pulak tunggu turn. 1.45 settle semua, then solat Zohor and proceed terus with Microbiology class. And finally, selepas tempuh segala ujian hari ni, nampak terus hikmahnya, hihi. Kitorang dapat lecturer baru, hensem macam korea. Chinese with double eye-lid. Ce imagine ngahaha k gurau je. Woohyun lagi hensem hohoho


K back to the story. Alhamdulillah fi kulli hal. Setiap ujian Allah bagi tanda Allah masih ingat kita insyaAllah :')


*sem ni aku jadi penolong ketua kelas. omputeh panggil class representative assistant. orang pilih, kita terima. tapi tak janji bole buat kerja dengan baek. sebab aku ni tak suka orang kenal aku senanya. kalo jadi penolong of course lecturer kenal sebab tu macam rasa krohkrohhh sikit. so aku try je lah ea zzzzz. amanah tetap amanah. tapi ada kurang kat mana mana, harap maafkan.


**eh u baca sampai habes la. i love you too. bhahaha