Friday, 24 January 2014

Fikir

Alhamdulillah selamat tiba di Kota Bharu, Kelate pagi semalam :)

I am a happy girl evaaaaaa ^___________^

Huuuuuu kalo boleh senanya memang nak lari dari tempat yang horror tuh. Serius dah tak nak pi keyell lepas grad. Nak duk kelate sampai bila-bila. Harap-harap dapat posting kat USM Kubang Kerian je nanti fuh fuhhhhh. Cari jodoh pun kat situ jewww hewhew

Hari ni nak membebel pasal benda gedik sikit. Aku rasa dah lama tak cakap benda2 macam ni kat laman sosial. Sebab malas nak amek peduli. But today let me okay :3

Hmmm kite bukan nak memburukkan orang ke apa. Cuma sebenarnya ce tanya diri kita balik, buat apa tulis isi hati kita kat twitter, facebook or blog? Lagi2 benda pasal cinta hati. Kita perempuan, sayang. Kalau kadang2 tak pe. Ini tidak semua post macam berbaur benda tu. Selalu pasal kawen. Nak kawennnnnnnnnnnn je memanjang. Tak manis tau dak. Ini buat orang laen fikir eh dia ni setiap masa duk fikir pasal benda ni je ke. Lepas tu bila rindu nanges. Bila nanges cakap kat media sosial. Bagitau semua orang. Buat apa? Nak suruh semua orang nanges sama2 ke awat? Nanges kalau sebab yang sepatutnya tak pe jugak. Tapi ini sebab someone yang belum tentu milik kita. Bazir ayaq mata je :( Benda2 yang pasal hati ni seeloknya simpan sorang2. Biar jadi rahsia dengan Allah. Kalau tak tahan sangat, tak leh simpan sorang2, bole share dengan kawan yang bole percaya, tak pun dengan adek beradek. Tak perlu heboh dekat semua orang :) Sebabnya kenapa? Sebab ramai orang bole salah faham. Orang akan letak tanggapan negatif kat kita. Lagi2 kawan yang tak rapat dengan kita. Aku tak suka bila sorang kawan kutuk kawan yang laen depan aku sendiri. Padahal dia tak tahu masalah sebenar orang tu. Kita nak explain pun takut jadi macam pecahkan rahsia orang pulak. Huhu

Aku pun pernah je buat macam tu. Lagi2 kat blog. Ramai je buat. Tapi lama2 rasa malu dengan diri sendiri. Awat cakap kat semua orang pasal benda macam tu -__________- Hmmmm so pikir ye apa sebab nak heboh kat orang? Kalau nak kawen, ye boleh, tapi janji dengan orang tu sudah, pastu duk diam2 sampai tiba masa. Sampai masa baru bagi kad jemputan kat semua orang bagitau kita dah nak kawen jemput la datang :)

Oke dah, nak pi sambung tengok cerita I Hear Your Voice. Dah episod 7. Hee. Sedeh tengok Park Soo Ha saket hati. Itu la sape suruh tak confess awal2, kan Lawyer Cha dah kebas Hye Seong tu T^T 

K bye :p

Saturday, 18 January 2014

Suka

Susah sebenarnya paksa diri buat benda kita tak suka.

Ada apa kat sini? Kenapa aku sanggup seksa diri aku paksa diri duduk kat sini? Kenapa paksa diri jadi robot kat sini? Study. Lecture. Lecture. Lab. Lecture. Lecture. Tutorial. Lab. Lecture. Weekend. Rutin ni berterusan again and again sampai study week. Then final exam. Cuti. Bukak semester baru. Repeat the cycle. This is not funny.

Aku tengok orang laen. Diorang happy dengan apa diorang buat. At least diorang ada matlamat. Ada cita-cita. Nak jadi dentist. Aku tak. Itu bukan cita-cita aku. Benda yang aku suka jauh sekali. Kenapa aku pilih masuk sini? Kenapa aku dengan clumsy nya pilih Tamhidi Pergigian USIM jadi top choice dalam UPU aku? Kenapa tak pilih benda yang aku suka? Kalau dapat straight A SPM memang kena jadi doktor ke? Kena jadi doktor gigi ke? Kenapa tak pikir panjang? Apa yang aku suka? Aku suka Matematik. Seriously I was in love with Mathematics since primary school. The feeling when we can solve a Mathematical question is the best feeling ever and everrr. And I love drawing. Walaupun takde bakat melukis, yang penting kita happy bila buat benda tu. Happy means rasa suka gila-gila. But why Amalia, why did you choose a hard yet very complicated path? Aku tahu kalau masuk course laen susah jugak, tapi at least kalau benda tu kita suka, kita still bole survive and happy bila survive.

Aku tak nak termasuk dalam golongan orang yang tak bersyukur dengan nikmat Allah. Allahu. Tapi aku takut kalau aku dah termasuk dalam golongan tu :( Nauzubillah. Orang kata kita kena belajar terima takdir Allah. Dengan cara bersangka baek dengan apa yang Allah bagi, insyaAllah everything will gonna be fine. Allah bagi benda baek, buat apa mengeluh? Tapi cakap senang, nak buat bukan senang. I am trying. No. I must. Yakin dengan Allah. Dia Maha Mengetahui :)

Naseb baek ada family. Ada kawan-kawan. Support diorang sangat membantu aku. Kalau tak, dah lama aku keluar dari sini. Takpe. Empat tahun lagi. Walaupun aku tahu baki tahun-tahun last kat sini banyak lagi air mata akan jatuh. Ini kacang je. Belum masuk clinical years. Buat rilek sudah. Jangan duk kejar dunia sangat.

Bila-bila kalau nak buat keputusan yang melibatkan hidup kita, baek pikir masak-masak. Jangan pilih melulu. Kalau tak jadi macam ni. Kena buat apa yang kita tak suka. Kena buat-buat suka sebenarnya tak suka. Terpaksa. Dah tak de pilihan laen :')

Ni semua DMDT punya pasal =.= Dental Material. Selasa ni exam. Stresnya hidup. Huuu

Sabar Amalia. Keep that fake face. Senyum :)

Monday, 13 January 2014

Future

Haihaihai n________n

Pathology done ! Enam paper lagi hoyeahhh

Salam maulidurrasul btw :) Esok cuti sebab tu sempat lagi mengapdate jap. Huuuu

Tetiba terpikir. Empat tahun lagi duk sini. Kurang empat tahun ekceli. InsyaAllah kalau ada umur yang panjang, still dengan lecturemates yang sama, classmates sama, housemates pun orang sama. Kalau lima tahun selalu duk sekali mesti semua jadi rapat sangat nanti. Sebab bilangan kita sikit, hari2 jumpa orang sama, cakap ngan orang sama. Dah macam adek-beradek. Hari-hari gurau, hari-hari maen pukul-pukul. Omey je haha. Jap ni memang tetiba betoi nih == So apa point aku? Hargailah sahabat-sahabat sekeliling kita sekarang. Serius nanti dah habes belajar mesti dah tak leh rasa duk hepi ngan kawan-kawan macam ni :) Mana lah hala tuju kita nanti ea? Bole jadi tiga puluh empat orang ni disperse ke tempat laen-laen. Dah tak duk sekali. Ada haluan masing2. Mesti rindu gila dengan korang masa tu. Dah tak leh maen sama-sama, borak sama-sama. Walaupun ada social network, macam lah masa tu ada masa sangat nak contact with each other huhu. Lagipun dah ada family masing-masing mesti sibuk. Eh

Sekolah dulu pun pernah rapat dengan kawan lepastu habes sekolah lalu jalan masing-masing. Tapi aku rasa sebab aku tak duk asrama, jadi tak rasa sedeh sangat bila berpisah dengan kawan lepas habes UPSR or SPM tu :3 Laen la kalau kat sini 24 jam menghadap muka sama. Mesti kalo berpisah rasa laen. Hmmmmmm

Oraitttt kawen nanti jangan lupa jemput. Eh tetiba :p InsyaAllah tiga puluh lima kali kita bole buat reunion lepas graduate nanti. Kat majlis kawen setiap sorang ahakssss

Wednesday, 8 January 2014

Down

Private belog musim exam ni memang dah jadi hobi aku ahaha

Awat private ada la sebabnya. Nanti habes exam itew unprivate la balik :3

Okai ni da macam cakap sorang sorang hmmm biaq pi je la

Tinggal empat hari je lagi nak final. Khamis Jumaat Sabtu Ahad. Lebih separuh study week aku study patho tak habes2 lagi. Teringat anatomy dulu aku buat macam ni gak. 3 hari last baru start sentuh subjek laen -_______- Ini la orang cakap tak reti utilize masa. Hampeh betoi bila nak berubah aku pun tak taw. Maybe ni dah ditakdirkan cara study aku sampai bila bila. Study last minute. Grrrr

Adam kena admit hospital. Pneumonia. Syafakallah sayang. Tapi senanya tak jadi masuk wad pun sebab tak leh masuk air kot jarum. So dibenarkan balik, dibekalkan dengan antibiotik secara oral. Adam kuat ! Hoyeahhh yeahhhh

Nak cerita benda. Hari tu first time dalam hidup aku rasa down sangat sangat sangat sangat. Biasanya down sangat sangat je. Ini empat kali sangat. I don't know why tapi memang Allah je tau macam mana aku rasa. Awal study week hari tu ada family gathering. Umi ngan ayah datang sini sebab nak jumpa Adam balik dari Sarawak, lepas 4 bulan tak jumpa. Masa tu aku pun tak tau awat aku tengah fragile sangat. Da habes gathering, time to say goodbye. Then selepas aku salam je ngan umi, sebak dia laen macam. Biasanya sebak jugak tapi tak sesebak hari tu. Umi pesan, "Study molek. Jawab exam molek." Pastu say byebye, naek kereta abe and his wifey hantar aku balik GV. Hmmm. Aku rasa diorang dengar je aku duk sobsob kat belakang sebab tu rasa macam awkward sangat sepanjang perjalanan -____- Sampai GV masuk bilik try study. Bukak buku. Tutup. Bukak balik. Tutup. Istighfar. Bukak buku balik. Geram. Sebab aku tau apa yang aku nak. Aku tau aku tak suka duk sini. Aku tau aku tak suka optech yang sememangnya benda basic kena belajar kalau nak jadi dentist. Aku nak sangat bagitau umi ngan ayah aku tak suka duk sini. Nak sangat. Tapi aku tak boleh. Akuuuu takkkk boleeehhhh ceghitaaa katttt umiiiii akuuuuu taaaakkkkk ssuuuukaaaa belajaaaaaqqqq dentisssttttttt niihhhhh tau dakkkkkkkkkkkkkk

And I told Him the story.

Apa aku nak buat ni, ya Allah?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bukak whatsapp. 'Meraung' dekat Yan. Yan bagi kata semangat. And finally zzzzzzzzzz

Dan aku baru sedar kenapa aku rasa lonely jugak duk sini sebab aku memang takde best friend pengganti Yan and Affaf lagi setakat ni. Titik.