Saturday, 18 January 2014

Suka

Susah sebenarnya paksa diri buat benda kita tak suka.

Ada apa kat sini? Kenapa aku sanggup seksa diri aku paksa diri duduk kat sini? Kenapa paksa diri jadi robot kat sini? Study. Lecture. Lecture. Lab. Lecture. Lecture. Tutorial. Lab. Lecture. Weekend. Rutin ni berterusan again and again sampai study week. Then final exam. Cuti. Bukak semester baru. Repeat the cycle. This is not funny.

Aku tengok orang laen. Diorang happy dengan apa diorang buat. At least diorang ada matlamat. Ada cita-cita. Nak jadi dentist. Aku tak. Itu bukan cita-cita aku. Benda yang aku suka jauh sekali. Kenapa aku pilih masuk sini? Kenapa aku dengan clumsy nya pilih Tamhidi Pergigian USIM jadi top choice dalam UPU aku? Kenapa tak pilih benda yang aku suka? Kalau dapat straight A SPM memang kena jadi doktor ke? Kena jadi doktor gigi ke? Kenapa tak pikir panjang? Apa yang aku suka? Aku suka Matematik. Seriously I was in love with Mathematics since primary school. The feeling when we can solve a Mathematical question is the best feeling ever and everrr. And I love drawing. Walaupun takde bakat melukis, yang penting kita happy bila buat benda tu. Happy means rasa suka gila-gila. But why Amalia, why did you choose a hard yet very complicated path? Aku tahu kalau masuk course laen susah jugak, tapi at least kalau benda tu kita suka, kita still bole survive and happy bila survive.

Aku tak nak termasuk dalam golongan orang yang tak bersyukur dengan nikmat Allah. Allahu. Tapi aku takut kalau aku dah termasuk dalam golongan tu :( Nauzubillah. Orang kata kita kena belajar terima takdir Allah. Dengan cara bersangka baek dengan apa yang Allah bagi, insyaAllah everything will gonna be fine. Allah bagi benda baek, buat apa mengeluh? Tapi cakap senang, nak buat bukan senang. I am trying. No. I must. Yakin dengan Allah. Dia Maha Mengetahui :)

Naseb baek ada family. Ada kawan-kawan. Support diorang sangat membantu aku. Kalau tak, dah lama aku keluar dari sini. Takpe. Empat tahun lagi. Walaupun aku tahu baki tahun-tahun last kat sini banyak lagi air mata akan jatuh. Ini kacang je. Belum masuk clinical years. Buat rilek sudah. Jangan duk kejar dunia sangat.

Bila-bila kalau nak buat keputusan yang melibatkan hidup kita, baek pikir masak-masak. Jangan pilih melulu. Kalau tak jadi macam ni. Kena buat apa yang kita tak suka. Kena buat-buat suka sebenarnya tak suka. Terpaksa. Dah tak de pilihan laen :')

Ni semua DMDT punya pasal =.= Dental Material. Selasa ni exam. Stresnya hidup. Huuu

Sabar Amalia. Keep that fake face. Senyum :)

No comments: