Saturday, 22 February 2014

ESTP

Yup. That's my letters :)

Semalam, time subjek CTPS, Creative Thinking and Problem Solving, maen benda ni. Macam pasal psikologi la jugak. Mula-mula lukisan jiwa. Aku pernah terbaca pasal macam mana lukisan kita tu menggambarkan diri kita, tapi semalam baru first time try sendiri. Menarik jugak hewhew. Lepas tu maen huruf-huruf ni. Setiap orang ada huruf-huruf yang berbeza. Aku punya ESTP. Extrovert. Sensing. Thinking. Perceiving. 

  • Extrovert maksudnya orang yang suka berkawan, love sharing, dan tak suka duk sorang-sorang. Lawan dia introvert, suka buat kerja sorang-sorang.
  • Sensing, lebih suka tengok dan fikir dari segi fizikal je, tak nak pikir dalam-dalam. Lawan dia intuitive, suka tanya 'kenapa'. 
  • Thinking maksudnya skema, selalu ikut peraturan, lurus macam senduk, straight-forward. Lawan dia feeling, fikir perasaan orang laen sebelum cakap something.
  • Perceiving. Suka menangguh kerja, selalu kelam-kabut dan banyak enjoy dari buat kerja. Lawan dia judging, buat kerja dari awal, ada perancangan dan cara kerja dia teratur. Yang ni aku ingat contoh Dr bagi. Kalau perceiving dia selalu iron baju pagi sebelum pi kelas tu yakni aku, kalau judging pulak malam Isnin dia iron terus lima helai baju nak pakai seminggu yakni housemates aku. Hahahaha kena batang hidung der

Tapi aku paling tertarik dengan extrovert vs introvert. Kenapa? Sebab orang yang tak rapat dengan aku mesti akan cakap aku ni introvert, suka menyendiri. Padahal takde maknanya hahaha. Habes semua benda nak ceghita kat belog dan twitter, nampak sangat la suka buat bising. Ekceli, environment aku yang buat aku nampak macam introvert. But as Dr said, we know ourselves the best. And yes, aku paling kenal diri aku. Hihi. Aku rasa housemates aku semua introvert. Sebab tu kat rumah ni, aku selalu mengadap lappy ngan tab. Berbeza dengan aku masa tamhidi. Housemates tamhidi semua extrovert kecuali sorang. Sebab tu tak boring walaupun takde tab, takde internet. Secara tak sedar, gadgets made us becoming introvert. Balik kelas memang krikkrikkk, semua dengan gadget masing-masing. Masa makan je bercakap. Kelakar pun ada. Haha

Semalam aku terdengar ada sorang kawan tegur kawan aku, "Mesti kau extrovert kan? Nampak sangat. XD" Sebab dia memang happy go lucky kalo tengok dia sekali pandang. Aku pulak jadi pemalu gitewww kalau kat tempat yang ramai orang kekeke. Kawan yang kena tegur tu senyum je. Sebab aku tau dia pun introvert senanya. And I looked at her paper, and yes, she wrote 'I' in the first column :) 

Takde buruk pun jadi 'E' atau 'I' ni. Both complete each other. Macam aku la. Aku ni 'E', memang suka sangat pi ganggu 'I'. Duk potpetpotpet, paksa jugak 'I' ni dengar cerita dia. Naseb baek 'I' ramai dalam rumah ni, boleh je aku serang sape-sape bhahaha

And yeah of course they are still awesome just the way they are :3

So, what are your letters? :D

*krikkrikkkkkkkk

Wednesday, 19 February 2014

Drama

Assalamualaikum :)

Okai kali ni nak update pasal drama hidup aku hari ni. Biasalah hidup i kan selalu je ada konflik ala ala drama korea gitewwww :3


Tapi ni drama panjang nih. Sape sayang itew baca sampai habes ahaha

Bismillah.


Hari ni pergi kampus naek bas. Alhamdulillah sempat naek bas yang pukul 7.30. Kira awal la sebab biasanya naek yang kul 7.45. Kelas kul 8 pagi just like everyday. On the way to the campus, Allah kata kunfayakun, maka berlaku lah accident yang tak dijangka. Ecece suspens je lebih hiks. Bas kitorang naek tu terlanggar kereta depan. Alhamdulillah kemalangan kecik je, takde sesape cedera. Pakcik driver pun senyum je masa bincang dengan pemilik kereta yang kena langgar tu. Last-last sampai kul 8 jugak kat kampus. Turun bas, bagitau Yaya, "Pagi lagi Allah dah uji. Petanda hari malang ni. Haha."


Optech time. Hari ni sambung buat gigi palsu. Tapi baru belajar step yang awal-awal. Dengan tak breakfastnya, dengan harapan dapat habeskan kerja lab pukul 10 pagi sebab nak pi sarapan, start lah buat kerja. Bukannya apa, aku ni ada gastrik. Bahaya sikit kalo tak jaga waktu makan. Tengok tengok plan tu memang hancur lebur jadi debu. Huhuhu


Mula-mula semua progress elok je. Sampai la rendam air panas nak bukak flask tu, dah rasa macam something wrong. Awat laju je aku buat kali ni. Biasanya ada je masalah or slack kat mana mana. Kalo tak memang bukan Amalia namanya. Optech lagi lah. Memang aku perlukan kesabaran dua kali ganda orang laen disebabkan clumsiness aku. Then, lepas bukak flask, haaaa tu diaaaa. Kes pelik pelik memang selalunya aku la yang pegang ahaha. Eh terbangga lak =.= POP model dalam flask aku tu dua-dua belah flat and sama tinggi. Sepatutnya bentuk impression denture satu timbul satu tenggelam. Yang aku punya pecah. Bahagian yang patut timbul pi melekat kat dalam yang bahagian yang berlubang. Biasanya aku cuak. Tapi dalam kepala aku tadi macam redha je. Kena re-do lagi la ni, oke fine. Dah terbiasa give up maybe. Hmm. Bagitau Puan Ros. Puan Ros semangat nak selamatkan benda tu. Dia kata bole lagi ni, tak payah susah-susah buat balik. Kawan-kawan semua dah ke step seterusnya. Aku tengok je diorang. Lepastu alhamdulillah benda tu nak hidup lagi, buat itu buat ini, then lekatkan bahagian yang tercabut guna gam yang sememangnya kuat, sampai rasa macam hilang habes cap jari aku. So selamatlah dia dengan pertolongan Puan Ros. Jazakillahukhairanjazaa T^T


Masa semua tengah sibuk-sibuk tu, wax knife hilang la pulak, dah la tak tulis nama. Cari semua tempat tak jumpa jumpa jadi amek je yang ntah sape punya tinggal atas meja hoho. Tapi kat atas dia penuh ngan wax, so aku nak buang wax yang keraihh tu manually guna kuku ibu jari kiri yang diharap dapat berbakti. Tengok tengok hamek kau darah keluar kot kuku, kalo tambah sikit lagi force aku rasa bole tercabut kuku tu =_= Tak pasal-pasal pi tambah masalah. Lepastu buat la step seterusnya. Tak habes lagi drama aku ni haha. Ada kawan nak ketatkan something guna sejenis hammer. Aku tolong pegang. Disebabkan kecacatan tukul tu, tengah syok dia pukul kuat-kuat, kepala tukul tu tercabut dan terbang kena bahu kanan aku. Reflex action aku tak kuat sangat. Maybe sebab dah tua. Tak sempat nak mengelak. Sesungguhnya sangat sedap rasanya kena pukul dengan benda tu.


But nevertheless, Allah tolong, alhamdulillah akhirnya siap jugak kerja special tray bahagian maxillary :) Dengan pertolongan kawan-kawan yang siap awal sikit dari aku. Diorang tunggu aku kot. Terharu gilaaa. Sayang korang! Thanks Liana, Suha, Nab, Moni, Afi, Mus, Ain, Fateen :') Padahal da pukul 1.30 tengahari. Aku belum makan apa-apa since bangun tidoq. Kul 2 ada kelas Microbiology. Kebetulan pulak kul 1 sampai 2 hari ni kena amek darah untuk test Hepatitis B. So lepas keluar lab terus pi tempat amek darah. Kena beratur pulak tunggu turn. 1.45 settle semua, then solat Zohor and proceed terus with Microbiology class. And finally, selepas tempuh segala ujian hari ni, nampak terus hikmahnya, hihi. Kitorang dapat lecturer baru, hensem macam korea. Chinese with double eye-lid. Ce imagine ngahaha k gurau je. Woohyun lagi hensem hohoho


K back to the story. Alhamdulillah fi kulli hal. Setiap ujian Allah bagi tanda Allah masih ingat kita insyaAllah :')


*sem ni aku jadi penolong ketua kelas. omputeh panggil class representative assistant. orang pilih, kita terima. tapi tak janji bole buat kerja dengan baek. sebab aku ni tak suka orang kenal aku senanya. kalo jadi penolong of course lecturer kenal sebab tu macam rasa krohkrohhh sikit. so aku try je lah ea zzzzz. amanah tetap amanah. tapi ada kurang kat mana mana, harap maafkan.


**eh u baca sampai habes la. i love you too. bhahaha

Saturday, 15 February 2014

Limitation

Why is everyone pressuring me? Rasa macam duk kat tengah dua pihak yang dua2 aku nak tolong tapi tak leh tolong.

Yes. Everyone is a da'ie. Tapi berdakwah ada banyak cara. Banyak sangat. Semua ada cara masing-masing. Ada yang berani berdakwah depan-depan. Ada yang berdakwah melalui laman sosial. Ada yang tulis buku. Ada yang jadi role model. Ada yang target orang terdekat je. Bahkan kalau duk borak dengan kawan, kadang-kadang ada termasuk banyak jugak elemen dakwah tanpa kita sedar.

Tapi, mestilah tak de orang yang semua medium tu dia bole buat. Ada yang hebat, ada yang biasa-biasa je. Amek contoh aku la. Seriously kalau nak bagi tazkirah depan-depan teramat lah tidak reti. Sebabnya. Sebab first sekali aku memang tak suka presentation. Tak suka semua orang yang ramai tu pandang aku. Rimas tau dak. Seriously tak suka amek perhatian orang. Kat group facebook or whatsapp apa-apa pun aku ni sangatlah pasif. Walaupun sebenarnya ada je benda nak menyampuk. Kenapa? Sebab ramai orang. Tak sukaaaaaa >:(

Second. Sebab ada laki. Yeeeeeee. As a dentist kita tak leh pilih nak patient sama gender atau tak. Tapi patient tu dia sorang je dengan kita. Bukannya berpuluh orang duk tengok kita buat apa. Dah memang perempuan ni ada sikap malu tebal sikit dari laki nak buat macam mana. Korang tak paham. Nak explain panjang-panjang pun mesti tak paham jugak.

Memang kagum dengan kawan-kawan yang berani. Tak kira laki ke pompuan. And ilmu yang korang kongsikan amatlah kami hargai. Tak de istilah boring kalau pasal ilmu agama. We appreciate it and thank you for sharing :')

Sememangnya akhowat Mesir, Indon and mana-mana negara dah biasa dengan benda-benda macam ni. Kat u kita pon ramai. Mereka sangatlah beruntung ada keberanian dan tahap konfiden yang tinggi.

Tabik spring buat mereka. But seriously I am not one of them.

Nak membebel tadi senanya tapi ada orang tu membebel dulu sebelum aku. Terpaksa blog jadi mangsa bebelan.

Friday, 7 February 2014

Break

This semester break :)

Meronggeng kat kbmall. Pika belanja pizza hut hehehe. Mekaseh cik pika :3



___________________________________

Kenduri. Hampir setiap hari kot. Aigooooo
Tapi ni amek gamba kat depan rumah sendiri jek hohoho


___________________________________

Reunion sekolah rendah. BBQ kat rumah Shahrina. Thanks budak cun and family ehehe. Lama tak jumpa diorang ni. Reunion kelas last masa cuti habes SPM rasanya. Tu pun sikit je pompuan yang datang. Laki majoriti mai =.= Last last dapat jugak jumpa hari tu. Perangai still tak berubah. Huuu sekolah rendah hidup paling hepi kot. No stress no pressure. Dulu selalu tak sabar nak pi sekolah setiap hari. Skang dah masuk U jangan harap nak rasa cenggitu pfftt. Btw, naseb baek ex-scandal tak datang. Tapi ex-crush datang. Eh. Kahkahkah


___________________________________

Kenduri kat rumah Anne. Thanks Cekmi sudi drive amek kami sorang demi sorang, walaupun kaki bengkak huhu. Hari tu macam hari raya, bole kenal rumah geng Kelate hee. Pi rumah Afi dan Mirul. Sahran ngan Zack tunggu kat rumah Mirul. Then baru pi rumah Anne. Thanks Anne jemput kitorang datang ;) Lepas tu pi rumah Moni, tengok cite korea ahaha. Lepas Asar, Moni pun hantar aku ngan Afi balik. Mekaseh uolls :D



________________________________

Pantai :)



__________________________________

Maen masak masak dengan Kakak. Oreo cheese cake. Pavlova. Chocolate Cake :3



Oke fine. Pavlova tanpa strawberi dan kiwi memang nampak camtu ahaha. Lupa nak amek gamba cheese cake. Haihh
__________________________________

Today's nasi dagang by Umi.


Rasa macam dah makin gemok cuti ni. K dah. Bye :p

Saturday, 1 February 2014

Day and Night

Where are you, what are you doing?
Thoughts of you have switched my days and nights
I get dizzy, my head spins
Whenever I see you even for a moment

How much more do I have to love for you to know my heart?
How much more time has to pass for you to love me?
Because I always have a lot of tears, because I’m a fool who can’t even speak
My heart hurts
Today feels a bit longer than yesterday

Wherever you are, whatever you’re doing
We can’t meet, just like day and night
My steps away and I quiet my breath in case you notice
Whenever even my finger tips touch you

Even when tomorrow comes and
I have to look at you from behind alone
I’m still ok with it, I can still be happy



Takde idea nak membebel hewhew :p
Just fall in love with this song. OST Master's Sun. Baru habes tengok semalam. Best la jugak. Tapi banyak tutup mata dari bukak mata. Biasa lah aku mana boleh tengok cite hantu =.= Tengok sebab nak tengok hero hensem je kekeke

Dua tiga hari ni sibuk dengan kenduri makcik makcik. Dari semalam sampai hari isnin penuh kenduri zzzzzzzzzzzzzz