Wednesday, 19 February 2014

Drama

Assalamualaikum :)

Okai kali ni nak update pasal drama hidup aku hari ni. Biasalah hidup i kan selalu je ada konflik ala ala drama korea gitewwww :3


Tapi ni drama panjang nih. Sape sayang itew baca sampai habes ahaha

Bismillah.


Hari ni pergi kampus naek bas. Alhamdulillah sempat naek bas yang pukul 7.30. Kira awal la sebab biasanya naek yang kul 7.45. Kelas kul 8 pagi just like everyday. On the way to the campus, Allah kata kunfayakun, maka berlaku lah accident yang tak dijangka. Ecece suspens je lebih hiks. Bas kitorang naek tu terlanggar kereta depan. Alhamdulillah kemalangan kecik je, takde sesape cedera. Pakcik driver pun senyum je masa bincang dengan pemilik kereta yang kena langgar tu. Last-last sampai kul 8 jugak kat kampus. Turun bas, bagitau Yaya, "Pagi lagi Allah dah uji. Petanda hari malang ni. Haha."


Optech time. Hari ni sambung buat gigi palsu. Tapi baru belajar step yang awal-awal. Dengan tak breakfastnya, dengan harapan dapat habeskan kerja lab pukul 10 pagi sebab nak pi sarapan, start lah buat kerja. Bukannya apa, aku ni ada gastrik. Bahaya sikit kalo tak jaga waktu makan. Tengok tengok plan tu memang hancur lebur jadi debu. Huhuhu


Mula-mula semua progress elok je. Sampai la rendam air panas nak bukak flask tu, dah rasa macam something wrong. Awat laju je aku buat kali ni. Biasanya ada je masalah or slack kat mana mana. Kalo tak memang bukan Amalia namanya. Optech lagi lah. Memang aku perlukan kesabaran dua kali ganda orang laen disebabkan clumsiness aku. Then, lepas bukak flask, haaaa tu diaaaa. Kes pelik pelik memang selalunya aku la yang pegang ahaha. Eh terbangga lak =.= POP model dalam flask aku tu dua-dua belah flat and sama tinggi. Sepatutnya bentuk impression denture satu timbul satu tenggelam. Yang aku punya pecah. Bahagian yang patut timbul pi melekat kat dalam yang bahagian yang berlubang. Biasanya aku cuak. Tapi dalam kepala aku tadi macam redha je. Kena re-do lagi la ni, oke fine. Dah terbiasa give up maybe. Hmm. Bagitau Puan Ros. Puan Ros semangat nak selamatkan benda tu. Dia kata bole lagi ni, tak payah susah-susah buat balik. Kawan-kawan semua dah ke step seterusnya. Aku tengok je diorang. Lepastu alhamdulillah benda tu nak hidup lagi, buat itu buat ini, then lekatkan bahagian yang tercabut guna gam yang sememangnya kuat, sampai rasa macam hilang habes cap jari aku. So selamatlah dia dengan pertolongan Puan Ros. Jazakillahukhairanjazaa T^T


Masa semua tengah sibuk-sibuk tu, wax knife hilang la pulak, dah la tak tulis nama. Cari semua tempat tak jumpa jumpa jadi amek je yang ntah sape punya tinggal atas meja hoho. Tapi kat atas dia penuh ngan wax, so aku nak buang wax yang keraihh tu manually guna kuku ibu jari kiri yang diharap dapat berbakti. Tengok tengok hamek kau darah keluar kot kuku, kalo tambah sikit lagi force aku rasa bole tercabut kuku tu =_= Tak pasal-pasal pi tambah masalah. Lepastu buat la step seterusnya. Tak habes lagi drama aku ni haha. Ada kawan nak ketatkan something guna sejenis hammer. Aku tolong pegang. Disebabkan kecacatan tukul tu, tengah syok dia pukul kuat-kuat, kepala tukul tu tercabut dan terbang kena bahu kanan aku. Reflex action aku tak kuat sangat. Maybe sebab dah tua. Tak sempat nak mengelak. Sesungguhnya sangat sedap rasanya kena pukul dengan benda tu.


But nevertheless, Allah tolong, alhamdulillah akhirnya siap jugak kerja special tray bahagian maxillary :) Dengan pertolongan kawan-kawan yang siap awal sikit dari aku. Diorang tunggu aku kot. Terharu gilaaa. Sayang korang! Thanks Liana, Suha, Nab, Moni, Afi, Mus, Ain, Fateen :') Padahal da pukul 1.30 tengahari. Aku belum makan apa-apa since bangun tidoq. Kul 2 ada kelas Microbiology. Kebetulan pulak kul 1 sampai 2 hari ni kena amek darah untuk test Hepatitis B. So lepas keluar lab terus pi tempat amek darah. Kena beratur pulak tunggu turn. 1.45 settle semua, then solat Zohor and proceed terus with Microbiology class. And finally, selepas tempuh segala ujian hari ni, nampak terus hikmahnya, hihi. Kitorang dapat lecturer baru, hensem macam korea. Chinese with double eye-lid. Ce imagine ngahaha k gurau je. Woohyun lagi hensem hohoho


K back to the story. Alhamdulillah fi kulli hal. Setiap ujian Allah bagi tanda Allah masih ingat kita insyaAllah :')


*sem ni aku jadi penolong ketua kelas. omputeh panggil class representative assistant. orang pilih, kita terima. tapi tak janji bole buat kerja dengan baek. sebab aku ni tak suka orang kenal aku senanya. kalo jadi penolong of course lecturer kenal sebab tu macam rasa krohkrohhh sikit. so aku try je lah ea zzzzz. amanah tetap amanah. tapi ada kurang kat mana mana, harap maafkan.


**eh u baca sampai habes la. i love you too. bhahaha

No comments: