Saturday, 22 February 2014

ESTP

Yup. That's my letters :)

Semalam, time subjek CTPS, Creative Thinking and Problem Solving, maen benda ni. Macam pasal psikologi la jugak. Mula-mula lukisan jiwa. Aku pernah terbaca pasal macam mana lukisan kita tu menggambarkan diri kita, tapi semalam baru first time try sendiri. Menarik jugak hewhew. Lepas tu maen huruf-huruf ni. Setiap orang ada huruf-huruf yang berbeza. Aku punya ESTP. Extrovert. Sensing. Thinking. Perceiving. 

  • Extrovert maksudnya orang yang suka berkawan, love sharing, dan tak suka duk sorang-sorang. Lawan dia introvert, suka buat kerja sorang-sorang.
  • Sensing, lebih suka tengok dan fikir dari segi fizikal je, tak nak pikir dalam-dalam. Lawan dia intuitive, suka tanya 'kenapa'. 
  • Thinking maksudnya skema, selalu ikut peraturan, lurus macam senduk, straight-forward. Lawan dia feeling, fikir perasaan orang laen sebelum cakap something.
  • Perceiving. Suka menangguh kerja, selalu kelam-kabut dan banyak enjoy dari buat kerja. Lawan dia judging, buat kerja dari awal, ada perancangan dan cara kerja dia teratur. Yang ni aku ingat contoh Dr bagi. Kalau perceiving dia selalu iron baju pagi sebelum pi kelas tu yakni aku, kalau judging pulak malam Isnin dia iron terus lima helai baju nak pakai seminggu yakni housemates aku. Hahahaha kena batang hidung der

Tapi aku paling tertarik dengan extrovert vs introvert. Kenapa? Sebab orang yang tak rapat dengan aku mesti akan cakap aku ni introvert, suka menyendiri. Padahal takde maknanya hahaha. Habes semua benda nak ceghita kat belog dan twitter, nampak sangat la suka buat bising. Ekceli, environment aku yang buat aku nampak macam introvert. But as Dr said, we know ourselves the best. And yes, aku paling kenal diri aku. Hihi. Aku rasa housemates aku semua introvert. Sebab tu kat rumah ni, aku selalu mengadap lappy ngan tab. Berbeza dengan aku masa tamhidi. Housemates tamhidi semua extrovert kecuali sorang. Sebab tu tak boring walaupun takde tab, takde internet. Secara tak sedar, gadgets made us becoming introvert. Balik kelas memang krikkrikkk, semua dengan gadget masing-masing. Masa makan je bercakap. Kelakar pun ada. Haha

Semalam aku terdengar ada sorang kawan tegur kawan aku, "Mesti kau extrovert kan? Nampak sangat. XD" Sebab dia memang happy go lucky kalo tengok dia sekali pandang. Aku pulak jadi pemalu gitewww kalau kat tempat yang ramai orang kekeke. Kawan yang kena tegur tu senyum je. Sebab aku tau dia pun introvert senanya. And I looked at her paper, and yes, she wrote 'I' in the first column :) 

Takde buruk pun jadi 'E' atau 'I' ni. Both complete each other. Macam aku la. Aku ni 'E', memang suka sangat pi ganggu 'I'. Duk potpetpotpet, paksa jugak 'I' ni dengar cerita dia. Naseb baek 'I' ramai dalam rumah ni, boleh je aku serang sape-sape bhahaha

And yeah of course they are still awesome just the way they are :3

So, what are your letters? :D

*krikkrikkkkkkkk

No comments: