Monday, 26 May 2014

zzzzzzz

Kenapa tetiba bila tengok gambar pompuan pakai seluar nampak buruk? :O
Padahal diri sendiri pun suka jeans. Kalau keluar selaen pi kelas mesti pakai jeans. Hmmm nak tukar taste maybe :3

Boring senanya. Esaimen ada tapi tak de rasa trigger lagi nak siapkan. So esei apa yang kita nak tulis hari ni? Nothing. Pakat tulis apa yang terpikiaq je deh.

Semalam umi call, duk best mengumpat pasal kakak, umi tetiba ubah topik. Umi tanya aku dah ada ke? Krikkk. Tetiba. Tapi memang masa balik hari tu lagi umi tanya tak de ke sape sape yang special sikit dari orang laen. Sabiaq je la. Tak dak umi. Serius tak de. Da kenapa tetiba cakap pasal ni? Sebab teringat minggu lepas ada akak senior tanya, betul ke aku ni tak de pakwe. What theee. Pastu bole pulak cakap aku tipu bila cakap tak dak. Dulu lagi masa tamhidi, ramai jugak kawan yang masa mula mula kenal kita tanya i ni dah berpunya ke? Muka macam dah ada kata diorang. Macam mana tu muka yang dah ada? Ada cop ke apa? Masa SN tanya paling tak leh bla. Haha rindu SN. Soalan sama, "Amalia ade doh an?" "Mana ado." "Bohong la tak de! Haha" "Siyes takdop!" "Ahh ana boleh kenal sape ada ke dop. Muka macam Amalia biasanya ado doh. Hahaha" "TAKDOP LAH!" Stress. Lama jugak gaduh ngan dia hari tu. Tak caya sampai ke sudah. Muka matured sangaddd ke haku ni? Ke muka nakal? Ke sebab tudung pendek? Ke sebab gedik? =.= 

K. I TAKDE. DAN TAK PERNAH ADA. SEKIAN TERIMA KASIH.

Ok nak balik. Nak balik jugak sebelum pro exam. Tak kira. Balik sengsorang macam tahun lepas pon takpe. I rela T.T

Tuesday, 20 May 2014

Shoes .

"Salam. Amalia, ni kak M yang nak buat bridge untuk awak. Awak bole datang tak esok pagi dan isnin pukul 9 pagi?"

"Wsalam. Memang hari tu je ea, akak? Sebab dua-dua masa optech. Bridge kena bayar bape ye?"

"Bridge awak tu kalau kiri kanan banyak jugak sebenarnya. Tapi kalau kita kongsi bayar sama-sama bole? Akak rasa sorang kena bayar RM300. Tapi awak tak masuk optech tak pe ke? Optech untuk subjek ape?"

"Operative Technique. Macam tak leh je sebab saya pun banyak lagi tak siap kerja lab prostho. Huhu. Akak memang dah tak de patient ea?"

"Haah. Itu la akak pun rasa macam tak sedap pulak kalau awak kena ponteng optech."

"Hmm sorry tau akak, tak leh tolong."

"Awak sekarang optech prostho tengah buat apa?"

"Wire bending partial denture. Sempat ke? Belajar dah sampai processing denture, tapi saya yang lambat buat kerja. Haha."

"Dr W advice awak mintak kebenaran Dr T untuk keluar waktu optech pastu akak bagi time slip. Boleh tak? Banyak ke wire bending tak siap lagi? Gigi dah susun?"

"Tak start langsung lagi wire bending. Ohh. Kalau esok habes pukul bape ea? Sebab pukul 10.30 maybe ada test assessment bhsc tapi tak confirm lagi."

"Kalau Dr suruh restore maybe lambat sikit. Tapi kalau amek primary impression sekejap je."

"Saya kena tanya Dr T dulu dia bagi ke tak. Kalau bole oke kot."

"Ok. Thank you."
-----------------------------

Nangesssss. Kena ponteng dua-dua sesi lab. Dah la aku ni orang paling slow buat kerja. Merangkak. Complete denture pun belum siap apatah lagi partial denture :(

Patient asal akak tu tetiba outstation so tak sempat habeskan kes. Lagi 5 minggu nak habes sem ni. Kalau akak tu tak de patient, tak leh habeskan requirement so tak leh graduate.

Dilema.

Nak tolong orang tapi kita pun perlukan pertolongan. 

Imagine diri sendiri 3 tahun akan datang. Masa dah suntuk. Takde patient. Sudi bayarkan separuh harga treatment asalkan orang sudi jadi patient. Ya Allah. Sanggup ke diri ni?

Sunday, 11 May 2014

To The Top !

I can't move. Just lying down on my bed. 11 hours non-stop walking. My body still can't accept it T.T

"Nak join hiking Gunung Ledang tak?"
"Nakkk !"
"Bole jugak."

Hey you. Awak tu indoor person. Bole ke? Takpe. Kita cuba. Mula praktis bina stamina. Ler sangat kan. Ok naek Bukit Saga. Tiga kali mata berpinar nak pengsan. Setiap kali stop tetiba rasa macam tu. Da pikir betul ke nak join daki Gunung Ledang? It is three time higher than Bukit Saga! It's okay. Kita cuba. Avoid icecream and any cold drink for a week. No ice in my Milo for breakfast. Banyak kali Mikin offer juice dia yang berais tu, I said, "No! Stamina Mikin! Stamina! haha." Macam over pulak. Tapi at least ada usaha kan? Then, start doing rope skipping at home. So minggu ni dalam tiga hari camtu aku lompat tali 500 kali. Stop each 100 or 50 times jumping. Tak leh paksa diri. Aim aku cuma satu, tak nak pengsan masa hiking nanti ><

:)

10th May 2014. Semua barang da siap dipack. Warm-up. Snap some pics. Semua muka happy tak tahan.



1276m altitude we aimed for. Ada lapan checkpoints kalo tak silap. Ntah, lupa. Nevertheless, one by one checkpoint we succeed to pass. Yeayy go USIMians !

Sampai satu checkpoint sebelum simpang. Guider tanya kitorang nak KFC ke shortcut? KFC stands for Killing Fitness Centre. Yang ada halangan mencabar berliku-liku. Majoriti nak KFC. Tapi me and a few others nak shortcut. Tak nak lalu kot panjat batu panjat tangga tinggi bagai tuuu. Masa tu da pikir nak balik puhlisss. Tengok-tengok sebab awal lagi, lalu kot KFC jugak. Rasa nak mengamuk baling batu.

Start masuk KFC. Ada satu bukit yang lebih kurang 60 degree steep. Masa tu aku nak naek batu lebih tinggi dari tuan empunya badan. Kat tepi ada gaung. Berpaut kat akar. Letak kaki kat batu dengan konfidennya. Then panjat. Tapi kasut buruk ni buat hal. Maka jatuhlah menggelongsor dalam position meniarap camtu ke bawah. Naseb baek ada guider sambut. Sempat dia pegang aku, tahan dari belakang. Kalo tak, ya Allah :( Dah cakap bahayaaa tak dengaqqq. Bahu kiri rasa macam dislocate tapi lama-lama alhamdulillah hilang saket tu.

Teruskan perjalanan, then tiba lah satu tempat yang rasa macam rela turun balik dari terus naek. Tadaaaaaaa

Panjat batu 70 degree steep. Dah la tinggi. Dua kali pulak tu. Tapi yang kedua lagi scary. Sebab kalo kita jatuh probability jatuh gaung tinggi, setinggi Gunung Ledang. Sekerat jalan tangan dah letih. Masa tu memang fikir pasal umi je. Ya Allah, kuatkanlah aku. Umi nak aku selamat. Tak nak jatuh. Please pleaseeee. Naseb baek ada guider sokong belakang kaki aku dengan kaki dia. Yang sambut aku tadi jugak. Tangan da saket teramat. Tapi dia cakap takpe sikit lagi sikit lagi kat depan da landai. Aku pun naek la tapi rasa tak larat sangat sangat. Memang tawakkal sepenuhnya masa tu. Last effort, nak tarik tali orang sebelah ahahaha. Sorry abam senior. Sebab malu, tetiba larat pulak naek sampai atas -_____-

Pukul tiga petang, tiba lah kami semua kat puncak. Alhamdulillah :')

Lepas makan, puas selfie, mula gerak turun. Sampai satu tempat air, stop solat jamak takhir kejap. Lepas tu, turun dengan 2 orang guiders. Aku paling belakang grup tu. Pukul 6.30, stop dua minit kat satu tempat, tapi guider tu rehat lama pulak. Kitorang gerak dulu sebab da lapiaqq. Gerak 7 orang. Aku, Shima, Piji, Kak Tien, Kak Ain, Hanim 1st year ngan sorang lagi junior i tak ingat nama ihiks. Masuk maghrib. Headlight yang malam tadi tak jadi, tetiba jadi. Kuasa Allah. Alhamdulillah nampak jalan guna headlight tu. Tengok papan tanda ada 200 meter lagi to go. Kasut sebelah kiri aku tercabut tapak separuh. Banyak kali nak tersadung. Huuu. Sampai check point dua. Jalan depan sikit then tetiba ada simpang. Tak de penunjuk arah kat pokok. Simpang pulak dua-dua macam tak pernah lalu. Jalan kiri ada kayu balak tumbang yang still elok tapi ada banyak semut besaqqq. Jalan kanan ada kayu balak yang dah reput. Piji yang guide kitorang dari tadi pun konfius. Semua try call kawan masing-masing tapi line kurang clear. Hujan mula turun. Cehh suspens tak? Ahaha. Try call Anne, member grup belakang yang ada guider. Anne angkat tapi dia tak dengar suara aku. Lepas dia "Hello" sekali then terputus talian. Call Salman tak angkat jugak. Shima call Moni, suruh bagi telfon kat guider, tapi line tak clear. Call lagi sekali, macam tu jugak. Diorang tak berapa dengar suara kitorang. Dah cuak. Pikiaq macam-macam. Nauzubillahminzalik, tampar pipi sendiri. Aku nak call kawan yang dah sampai bawah, tapi macam takut ganggu diorang tengah rehat. Piji pun call kawan dia. Naseb baek kawan dia tu ingat jalan. Alhamdulillah. Ikut kanan, jalan terus, and jumpa check point satu. Finally pukul 8.15 malam sampai bawah. Solat, makan, telfon umi then tidoq zzzzzzzz. Habes lenguh satu badan. Spot some bruises. Tak pernah dapat lebam sebanyak ni. Takpe. No pain no gain orang kata.

I did it ! Tak sangka. A very precious experience for me. Mission aku pun accomplished. Tak de rasa nak pengsan macam kat Bukit Saga minggu lepas :)
Mount Ophir a.k.a Gunung Ledang is the 6th most adventurous hiking track in Malaysia ^___^
Terbaekkk la korang ! Thank you everyone :3

Tapi ni last time hiking. Siyesss tak nak dah. Kalo suami ajak pun aku tak nak. Hahaha kaitan?

K assalamualaikum.

*all the pics credit to Nabilah Nuairy and le photographers :)

Thursday, 8 May 2014

Reflection .

"Hahahaha lawoknyo. Tengok tu weh," satu tangan ke arah tv, satu lagi letak kat perut tahan gelak.
"Hahahahahahahahahahahahaha"
"Hahahaha... Eh."

Ok. Buat malu je. Ingatkan dia gelak sebab aku tunjuk benda kelakar kat tv, rupanya duk tengok ipad dia, headphone tutup telinga. Daddy ni kannnnnn -______-

Sorang lagi dengan headphone jugak. Duk depan lappy kat meja makan.

Okai takpe dah banyak kali cakap sorang-sorang macam tu :)

Aku pun apa lagi, bukak laptop, earphone on.

Pernah terfikir tak? Generasi muda sekarang semua sama. Termasuk aku la of course. Aku muda lagi. Kot. Apa yang kot, memang muda lagi pon =.= Kita memang nak hidup macam ni ke? Anak cucu kita pon? Handphone, tablet selalu kat tangan. Facebook, twitter, instagram, whatsapp. Scroll scroll. Refresh page. Scroll lagi. Then ulang balik benda sama. Kadang-kadang baca benda sama. Pastu bukak page yang masing-masing minat. Korea dengan dramanya. Blogwalker dengan blognya. Bola dengan berita bolanya. Gamer dengan gamenya. Busybody dengan gosip artisnya. Tengok-tengok sejam habes camtu jek. Dingdongdaengggg dah pukul 12 malam. Ngantuk. Masuk tido. Tak sempat study. Tak sempat revise Pathology. Esoknya pi kelas, Dr Mohit tanya soalan "What is Cushing Syndrome?", semua krikkrikkkk. Dr tanya lagi, "Under what topic it is about?" Sunyi sepi kelas. Telan ayaq liuq pon dengaq. Huuu maybe orang yang paling stress masa ni student yang aktif, yang selalu jawab apa Dr tanya, yang selalu bertanya Dr bila tak paham. Orang laen? Termasuk aku? K. Aku tak nak tipu. Aah, dalam hati memang berharap kawan yang hebat-hebat tu je jawabkan. Kita sendiri tak usaha. Tak nak usaha sikit pun. Kenapa malas sampai macam ni sekali Amalia? :(

Hari ni ada dengar satu berita yang tak best. Huhu. Pernah terfikir tak? Bila kita masuk kelas lewat, apa perasaan Dr yang datang tepat pada masanya? Dr datang dari jauh. Cepat-cepat dia drive mai sini nak ajar kita. Tengok-tengok bila bukak pintu, nampak kelas kosong :( Tak semestinya Dr luar, lecturer kat sini pun sama. Ada yang buat tak heran. Pergi kafe pukul 10.25 walaupun tahu 10.30 ada kelas. Makan kat situ pulak. Baca surat khabar, goyang-goyang kaki. Ada pulak yang tahu dia perlukan masa lebih sikit untuk solat, tilik cermin saja pun 30 minit, tapi pergi surau lambat-lambat jugak. Ada yang dia memang aim masa subjek tertentu tu je untuk buat dental treatment dengan senior. Asyik-asyik subjek sama dia ponteng kelas. Then, ada yang berbual-bual kat surau, tak masuk kelas. Bila Dr tanya kawan dia pi mana tak masuk kelas, kawan jawab tak tahu. Dr tanya lagi, "Oh tanpa sebab la ni?" Kawan tersepit tak tahu nak angguk ke geleng kepala. Kalau betul-betul tak sihat bole cakap dekat lecturer rasanya, beliau tak kejam, insyaAllah dia bagi kita pi rehat :)

Waktu kelas, bukak handphone, bukak tablet. Poyo sorok bawah meja walaupun duk barisan depan sekali. Confirm Dr nampak cuma dia buat-buat tak nampak. Ada yang tak silent handphone, tetiba dengar lagu Korea tengah-tengah lecture. Baru kalut cari handphone nak turn on vibrate mode. Dr still teruskan lecture, buat-buat tak dengar apa-apa. Ada yang angkat call dalam kelas. Emm dalam hati Dr, "It's okay, mesti urgent call tu." Ada pulak yang tertido masa kelas. Dr bagi lecture non-stop for two hours. Talking and standing for two hours, while we are sitting, snoozing, and sleeping cozily. Dr fikir, "Mereka letih agaknya."

Korang rasa macam tu ke cikgu-cikgu kita fikir? Siyesssss? They are still human-being like us. Kalau kita duk kat tempat diorang agaknya kita rasa macam mana ea?

Pernah terfikir tak? Hmmmmm

Maaf kalo ada yang terasa. Ni la salah satu sebab nak tutup blog. Suka membebel. Tapi nak cakap jugak ngahahaha

Also for self-reminder. Lebih separuh benda ni yang aku sendiri buat :(

We need to change. Seriously.

Sunday, 4 May 2014

Spam .

Assalamualaikum, and hello :B

Yeee. Memang tak nak aktif blogging dah.
Tapi bukak balik ni, sebabbb.
Sebab saja nak bukak balik.
K senyum :)

Meh nak cerita. Tak nak cerita sangat pun. Nak post gambaq je banyak banyak.

Tajuk esei kita hari ni. Two unstoppable weeks. Maksudnya sibuk. Sibuk sangat. Kelas letak tepi sat. Program luar kelas banyakkk tak terkiraaa. K. Empat je pun padahal.

Jom start story mory.

First weekend, kitorang ada dental seminar at zoo negara. Pusing zoo jenguk meow meow besaq, pingu, binturung, gajah, girin, bulgogi, hippo etc
Belajar dentition mamalia, reptilia, meowlia dan laen-laen lia lagi lah. Bestbest




K. Tak amek gambaq animals pun.
---------------

Hari Khamis. Cuti hari pekerja. Kami naek Bukit Saga. Praktis sebelum naek Gunung Ledang hujung minggu depan. For the first time in forever, aku masuk benda outdoor macam ni. Biasanya aktiviti outdoor aku meronggeng shopping selfie geng cermin. Tu je :) Bunyi kasaq la meronggeng. Mikin yang ajar perkataan tu haha oke tukar. Derak. Eh bunyi kasar jugak hmm



Lepas tu mula lah tulang rasa seakan-akan retak tatkala sujud, bangun berdiri, dan naek turun tangga 0.0

---------------

The second weekend. Semalam. Dinner kolej kediaman. Malam Perdana Siswa. Kenyang alhamdulillah.


K banyak muka gedik. Scroll bawah cepattttt
---------------

Todayyyyy. CTPS day-out! Eh betul ke nama program tu? Biaq dia. Melawat tempat kraftangan dan seni visual artistik yang memang bila tengok gambaq tu tak paham awat gamba tu bole masuk jadi pameran. Hmmmm kite tak kreatif :(

Pastu kat situ ada pameran kerja kawen. Berpinar mata tengok baju kawen cantik cantik. Duk pikir nak baju kaler apa ea nanti, tetiba ada orang suggest biru turqoise. Ayah tak bagi kaler biru la hakhak




Oke. Muka sama je. Krikkkkk

Tata :3

#why i look so round? makin debab agaknya. k.
#whyyyy chemi banyak terselit dalam gambar kitorang? -___-
#and why there are so many 'k' in this entry? =..=