Thursday, 8 May 2014

Reflection .

"Hahahaha lawoknyo. Tengok tu weh," satu tangan ke arah tv, satu lagi letak kat perut tahan gelak.
"Hahahahahahahahahahahahaha"
"Hahahaha... Eh."

Ok. Buat malu je. Ingatkan dia gelak sebab aku tunjuk benda kelakar kat tv, rupanya duk tengok ipad dia, headphone tutup telinga. Daddy ni kannnnnn -______-

Sorang lagi dengan headphone jugak. Duk depan lappy kat meja makan.

Okai takpe dah banyak kali cakap sorang-sorang macam tu :)

Aku pun apa lagi, bukak laptop, earphone on.

Pernah terfikir tak? Generasi muda sekarang semua sama. Termasuk aku la of course. Aku muda lagi. Kot. Apa yang kot, memang muda lagi pon =.= Kita memang nak hidup macam ni ke? Anak cucu kita pon? Handphone, tablet selalu kat tangan. Facebook, twitter, instagram, whatsapp. Scroll scroll. Refresh page. Scroll lagi. Then ulang balik benda sama. Kadang-kadang baca benda sama. Pastu bukak page yang masing-masing minat. Korea dengan dramanya. Blogwalker dengan blognya. Bola dengan berita bolanya. Gamer dengan gamenya. Busybody dengan gosip artisnya. Tengok-tengok sejam habes camtu jek. Dingdongdaengggg dah pukul 12 malam. Ngantuk. Masuk tido. Tak sempat study. Tak sempat revise Pathology. Esoknya pi kelas, Dr Mohit tanya soalan "What is Cushing Syndrome?", semua krikkrikkkk. Dr tanya lagi, "Under what topic it is about?" Sunyi sepi kelas. Telan ayaq liuq pon dengaq. Huuu maybe orang yang paling stress masa ni student yang aktif, yang selalu jawab apa Dr tanya, yang selalu bertanya Dr bila tak paham. Orang laen? Termasuk aku? K. Aku tak nak tipu. Aah, dalam hati memang berharap kawan yang hebat-hebat tu je jawabkan. Kita sendiri tak usaha. Tak nak usaha sikit pun. Kenapa malas sampai macam ni sekali Amalia? :(

Hari ni ada dengar satu berita yang tak best. Huhu. Pernah terfikir tak? Bila kita masuk kelas lewat, apa perasaan Dr yang datang tepat pada masanya? Dr datang dari jauh. Cepat-cepat dia drive mai sini nak ajar kita. Tengok-tengok bila bukak pintu, nampak kelas kosong :( Tak semestinya Dr luar, lecturer kat sini pun sama. Ada yang buat tak heran. Pergi kafe pukul 10.25 walaupun tahu 10.30 ada kelas. Makan kat situ pulak. Baca surat khabar, goyang-goyang kaki. Ada pulak yang tahu dia perlukan masa lebih sikit untuk solat, tilik cermin saja pun 30 minit, tapi pergi surau lambat-lambat jugak. Ada yang dia memang aim masa subjek tertentu tu je untuk buat dental treatment dengan senior. Asyik-asyik subjek sama dia ponteng kelas. Then, ada yang berbual-bual kat surau, tak masuk kelas. Bila Dr tanya kawan dia pi mana tak masuk kelas, kawan jawab tak tahu. Dr tanya lagi, "Oh tanpa sebab la ni?" Kawan tersepit tak tahu nak angguk ke geleng kepala. Kalau betul-betul tak sihat bole cakap dekat lecturer rasanya, beliau tak kejam, insyaAllah dia bagi kita pi rehat :)

Waktu kelas, bukak handphone, bukak tablet. Poyo sorok bawah meja walaupun duk barisan depan sekali. Confirm Dr nampak cuma dia buat-buat tak nampak. Ada yang tak silent handphone, tetiba dengar lagu Korea tengah-tengah lecture. Baru kalut cari handphone nak turn on vibrate mode. Dr still teruskan lecture, buat-buat tak dengar apa-apa. Ada yang angkat call dalam kelas. Emm dalam hati Dr, "It's okay, mesti urgent call tu." Ada pulak yang tertido masa kelas. Dr bagi lecture non-stop for two hours. Talking and standing for two hours, while we are sitting, snoozing, and sleeping cozily. Dr fikir, "Mereka letih agaknya."

Korang rasa macam tu ke cikgu-cikgu kita fikir? Siyesssss? They are still human-being like us. Kalau kita duk kat tempat diorang agaknya kita rasa macam mana ea?

Pernah terfikir tak? Hmmmmm

Maaf kalo ada yang terasa. Ni la salah satu sebab nak tutup blog. Suka membebel. Tapi nak cakap jugak ngahahaha

Also for self-reminder. Lebih separuh benda ni yang aku sendiri buat :(

We need to change. Seriously.

No comments: