Sunday, 11 May 2014

To The Top !

I can't move. Just lying down on my bed. 11 hours non-stop walking. My body still can't accept it T.T

"Nak join hiking Gunung Ledang tak?"
"Nakkk !"
"Bole jugak."

Hey you. Awak tu indoor person. Bole ke? Takpe. Kita cuba. Mula praktis bina stamina. Ler sangat kan. Ok naek Bukit Saga. Tiga kali mata berpinar nak pengsan. Setiap kali stop tetiba rasa macam tu. Da pikir betul ke nak join daki Gunung Ledang? It is three time higher than Bukit Saga! It's okay. Kita cuba. Avoid icecream and any cold drink for a week. No ice in my Milo for breakfast. Banyak kali Mikin offer juice dia yang berais tu, I said, "No! Stamina Mikin! Stamina! haha." Macam over pulak. Tapi at least ada usaha kan? Then, start doing rope skipping at home. So minggu ni dalam tiga hari camtu aku lompat tali 500 kali. Stop each 100 or 50 times jumping. Tak leh paksa diri. Aim aku cuma satu, tak nak pengsan masa hiking nanti ><

:)

10th May 2014. Semua barang da siap dipack. Warm-up. Snap some pics. Semua muka happy tak tahan.



1276m altitude we aimed for. Ada lapan checkpoints kalo tak silap. Ntah, lupa. Nevertheless, one by one checkpoint we succeed to pass. Yeayy go USIMians !

Sampai satu checkpoint sebelum simpang. Guider tanya kitorang nak KFC ke shortcut? KFC stands for Killing Fitness Centre. Yang ada halangan mencabar berliku-liku. Majoriti nak KFC. Tapi me and a few others nak shortcut. Tak nak lalu kot panjat batu panjat tangga tinggi bagai tuuu. Masa tu da pikir nak balik puhlisss. Tengok-tengok sebab awal lagi, lalu kot KFC jugak. Rasa nak mengamuk baling batu.

Start masuk KFC. Ada satu bukit yang lebih kurang 60 degree steep. Masa tu aku nak naek batu lebih tinggi dari tuan empunya badan. Kat tepi ada gaung. Berpaut kat akar. Letak kaki kat batu dengan konfidennya. Then panjat. Tapi kasut buruk ni buat hal. Maka jatuhlah menggelongsor dalam position meniarap camtu ke bawah. Naseb baek ada guider sambut. Sempat dia pegang aku, tahan dari belakang. Kalo tak, ya Allah :( Dah cakap bahayaaa tak dengaqqq. Bahu kiri rasa macam dislocate tapi lama-lama alhamdulillah hilang saket tu.

Teruskan perjalanan, then tiba lah satu tempat yang rasa macam rela turun balik dari terus naek. Tadaaaaaaa

Panjat batu 70 degree steep. Dah la tinggi. Dua kali pulak tu. Tapi yang kedua lagi scary. Sebab kalo kita jatuh probability jatuh gaung tinggi, setinggi Gunung Ledang. Sekerat jalan tangan dah letih. Masa tu memang fikir pasal umi je. Ya Allah, kuatkanlah aku. Umi nak aku selamat. Tak nak jatuh. Please pleaseeee. Naseb baek ada guider sokong belakang kaki aku dengan kaki dia. Yang sambut aku tadi jugak. Tangan da saket teramat. Tapi dia cakap takpe sikit lagi sikit lagi kat depan da landai. Aku pun naek la tapi rasa tak larat sangat sangat. Memang tawakkal sepenuhnya masa tu. Last effort, nak tarik tali orang sebelah ahahaha. Sorry abam senior. Sebab malu, tetiba larat pulak naek sampai atas -_____-

Pukul tiga petang, tiba lah kami semua kat puncak. Alhamdulillah :')

Lepas makan, puas selfie, mula gerak turun. Sampai satu tempat air, stop solat jamak takhir kejap. Lepas tu, turun dengan 2 orang guiders. Aku paling belakang grup tu. Pukul 6.30, stop dua minit kat satu tempat, tapi guider tu rehat lama pulak. Kitorang gerak dulu sebab da lapiaqq. Gerak 7 orang. Aku, Shima, Piji, Kak Tien, Kak Ain, Hanim 1st year ngan sorang lagi junior i tak ingat nama ihiks. Masuk maghrib. Headlight yang malam tadi tak jadi, tetiba jadi. Kuasa Allah. Alhamdulillah nampak jalan guna headlight tu. Tengok papan tanda ada 200 meter lagi to go. Kasut sebelah kiri aku tercabut tapak separuh. Banyak kali nak tersadung. Huuu. Sampai check point dua. Jalan depan sikit then tetiba ada simpang. Tak de penunjuk arah kat pokok. Simpang pulak dua-dua macam tak pernah lalu. Jalan kiri ada kayu balak tumbang yang still elok tapi ada banyak semut besaqqq. Jalan kanan ada kayu balak yang dah reput. Piji yang guide kitorang dari tadi pun konfius. Semua try call kawan masing-masing tapi line kurang clear. Hujan mula turun. Cehh suspens tak? Ahaha. Try call Anne, member grup belakang yang ada guider. Anne angkat tapi dia tak dengar suara aku. Lepas dia "Hello" sekali then terputus talian. Call Salman tak angkat jugak. Shima call Moni, suruh bagi telfon kat guider, tapi line tak clear. Call lagi sekali, macam tu jugak. Diorang tak berapa dengar suara kitorang. Dah cuak. Pikiaq macam-macam. Nauzubillahminzalik, tampar pipi sendiri. Aku nak call kawan yang dah sampai bawah, tapi macam takut ganggu diorang tengah rehat. Piji pun call kawan dia. Naseb baek kawan dia tu ingat jalan. Alhamdulillah. Ikut kanan, jalan terus, and jumpa check point satu. Finally pukul 8.15 malam sampai bawah. Solat, makan, telfon umi then tidoq zzzzzzzz. Habes lenguh satu badan. Spot some bruises. Tak pernah dapat lebam sebanyak ni. Takpe. No pain no gain orang kata.

I did it ! Tak sangka. A very precious experience for me. Mission aku pun accomplished. Tak de rasa nak pengsan macam kat Bukit Saga minggu lepas :)
Mount Ophir a.k.a Gunung Ledang is the 6th most adventurous hiking track in Malaysia ^___^
Terbaekkk la korang ! Thank you everyone :3

Tapi ni last time hiking. Siyesss tak nak dah. Kalo suami ajak pun aku tak nak. Hahaha kaitan?

K assalamualaikum.

*all the pics credit to Nabilah Nuairy and le photographers :)

4 comments:

Anonymous said...

I lurve one of da pic..so niceeeeeeee

NikAmaliaNasrulliana said...

oke thanks i know i'm hot :p

Anonymous said...

welkems..anyway, not referring to u..

NikAmaliaNasrulliana said...

cetttt i know u refer to who, but do i care? :3