Monday, 28 July 2014

Eid .

Eid Mubarak uolls. Maaf zahir dan batin.

Tahun ni takde pahala hari raya :(
Tak solat hari raya. Tak pakai baju baru. Tak ziarah orang. Tak jumpa saudara mara. 

No biskut raya atas meja. No rendang. No nasi himpit ngan kuah kacang. No nasi dagang. Completely a close house.

Tiga hari lembik. Cepat sangat. Mula mula Hakim sorang je demam. Aku gelakkan dia duk berkerut dahi tahan saket kepala dari tengahari sampai petang. Tiba tiba petang tu aku pulak panas bahagian kepala dan mata. Saket kepala. Lenguh satu badan. Umi cakap lepas makan panadol okay la tu. Bukak puasa terus makan ubat. Malam tu dah oke sikit tapi pi tido dalam aircond lak. Banyak kali terbangun sebab sejuk sangat sampai ke tulang. Tak leh tido. Ketaqqq. Kakak kejut tanya aku buat buat ketar ke memang ketar -____- Bangun pukul 4 pagi dah tak leh tahan lenguh, umi pun bangun, cakap dia pun rasa macam nak demam. Sahur tak lalu makan. Pagi tu rasa macam panas lebih. Whatsapp kakyong bagitau pasal badan panas tambah pulak jiran rumah sekeliling ramai kena denggi. Kakyong terus call umi suruh pi hospital. Baru la pi hospital amek darah. Kalo kakyong tak call memang umi suruh duk rumah makan panadol je. Sampai je hospital abam nurse tu check suhu, nak dekat 40 darjah celsius, abam tu cakap, "Dik bukak puasa la deh. Makan ubat. Suhu tinggi sangat ni." Aku angguk je. Pastu dia bagi ubat ngan air. Bukak depan orang ramai lol.

Hari raya. Pagi tadi panas still tak turun. Rasa macam masa duk hospital semalam. Seram jugak. Pastu amek tuala basah letak atas dahi sampai bole tidoq. Bangun nak dekat tengahari. Alhamdulillah demam dah kebah. Suhu dah turun. Bangun je terus pi minum air. Dr pesan minum air banyak banyak. Ada la dalam 4 litres sehari. Kenyang dengan minum air je. Tak leh makan pape makanan sebab lidah rasa pahit dan masin. Sume makanan rasa masin. Air teh rasa pahit. 100+ pun dah tak leh telan. So isi perut ngan air kosong je. Setiap 15 minit minum segelas. Lepas zohor tadi perasan ada ruam merah penuh kat dua belah pipi. Memang tak kena hari raya dia pi serang muka. Habes muka kitaaa huuu

Esok pi hospital lagi. Amek darah. Pastu nak tunjuk ruam merah kat Dr. Doakan semoga semua oke T.T

Sakit tanda penghapusan dosa. Amin fuhh. Tolong lah bersyukur dengan nikmat sihat Allah bagi. Kita manusia mudah alpa dan lupa. Baju raya bila ntah bole pakai. Jeles tengok gambaq raya orang laen kat instagram. Sume melawo. Yang penting muka diorang tak dak merah merah cam aku ni hah. Sadis sadissss

Sabiaq ea yuyu. Nanti sihat jadi la normal balik tu insyaAllah. Jangan ada parut sudahhh T_____T

Plan nak pergi Kuantan jumpa Sarah ngan Adam macam tak jadi je. Nak jumpa babyfruitsss itewwww sadisnyaaa hari raya tahun ni hukhukhuk cobaannnn

Thursday, 24 July 2014

Just a moment .

21st July 2014. Nik Sarah was born. Alhamdulillah anak buah baru :)


In semester break. Lagi tiga hari sebelum raya. Sekian update dari saya haha

Tadi aku scroll facebook and twitter. Macam biasa tengok apa benda lagi orang Malaysia tak puas hati. Memang hobi aku kalau boring sangat pi baca komen kat post gamba dari mana mana page yang dilike oleh kawan facebook. Aku sendiri like page meow je, yang isu semasa selalunya tahu dari kawan share or like lol. Berdasarkan pemerhatian aku, cett pemerhatian tak tahan kahkah k abaikan, orang kita ni kenapa suka kutuk orang ea? Suka menganjing la, mengata la, siyes tak paham. Takleh ke kalau nak tegur kesalahan orang pun guna perkataan elok sikit hmmm. Dah jadi tabiat kot. Ce try letak diri sendiri kat tempat orang yang dikutuk. Tak pun fikir kalau dia mak ayah kita ke adek beradek kita ke, apa perasaan kita bila orang duk mengata. Suka share benda yang tak tahu betul ke tak. Suka cari kesalahan orang. Suka guna perkataan kesat. Kalau aku dengan kawan sendiri pun tak de nya nak guna kata kesat tu, apatah lagi orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Bukan nak cakap aku baek ke apa, ramai macam tu tapi yang bukan macam tu ni yang jadi problem. Mana budi bahasa? Kata orang Islam. Islam tak ajar umatnya cakap benda benda teruk. Yang jenis suka share and RT kesalahan orang. Dia pakat share je. Tak tahu pun sahih ke tidak. Tak tahu awat orang tu buat macam tu. Tak tahu ea kalau cerita tu salah dah jadi fitnah. Cepat je share. Tak paham korang ni jenis pakat compete sape post isu hot dulu ke apa. Pfftttt. Lepastu bila ada sumber laen cakap "saya saksi kejadian tu, sebenarnya dia tak salah blablablabla", haaaa habes semua pi share yang tu pulak. Baru duk backup "aku tahu dah budak ni baek orangnya, tak mungkin buat macam tu blablablabla". Mudah sangat percaya orang. Betul ke tak orang tu saksi ntah. Puasa pun duk sibuk kutuk orang. Tak paham dengan keyboard warriors =.=

Apa kata husnuzzhon awal awal lagi? Jangan lepas habes kutuk baru tarik balik. Padahal dah share kat orang laen. Pastu orang yang dah dapat berita tu still tak tahu cerita tu salah, dosa fitnah masih lagi berpanjangan. Do change, Malaysians :) Kat Palestin sana hari hari kena bom, berjuang menentang zionis laknatullah. Kita buat apa? Dari duk sibuk gelakkan orang, kutuk orang, caci orang, lebih baek doakan untuk saudara saudara kita kat Gaza. Ada jugak tak puas hati pasal boikot. Awak tak nak boikot sudah. Tapi tak yah persoalkan berhasil ke tak boikot. At least kami ada jugak usaha nak lingkupkan Israel walaupun kecik je usaha tu. Awak bukan nak amek tahu pun ekonomi Israel macam mana lepas boikot, duk mengomen je tau hmmm insaflah kawan T.T

Eh ni memang tak de kaitan ngan Sarah hahahahaha k byeee

Wednesday, 16 July 2014

Fly .

Tetiba feel nak update blog jap. Haiiii :)

Today will be D-day for viva. Petang ni lahai. Microbiology. Pathology. Please be nice to me. Baru nak start study ni. Orang laen tengah tido bestnyaaaaaa. Ala macam tak biasa exam hari tu pun diorang semua tido aku sorang yang insomnia. Siyes kesian liver aku minggu exam hari tu. Aku rasa dia tak leh nak detox untuk empat hari sebab aku tido sejam dua je setiap malam. Mata pun dah macam Feng Yi. Harapnya laen kali jadual exam tak sepack hari tu tapi tahun depan dah tahun tiga huwaaaa

Malam ni flight. Balik kelate yeayyy

Ok study. Good luck uolls :D

Friday, 4 July 2014

Move on .

"Please. Move on la."

Haha dah banyak kali orang nasehat. Yeye nak move on dah ni. I have to. InsyaAllah I'm still trying :)

Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan rasa nikmat Ramadhan tahun ni. Walaupun separuh bulan puasa dihabeskan kat bumi gv ni, takpelah best jugak puasa dengan kawan kawan. Kita tak tahu Ramadhan seterusnya bole rasa lagi ke tak, ye dak?

Pro exam. Alhamdulillah done two papers. 6 more papers are waiting for next week. 2 days break sebelum pertempuran diteruskan. Cewah

Cakap pasal exam ni kan pernah tak rasa fed up or frust gila gila selepas keluar dewan exam, sebab masa nak jawab soalan exam tu lupa apa yang dah dibaca. Blank. Keyword jawapan tu macam dah dikambus rapi. Recall punya la lama tapi still tak mai mai. Rasa macam nak tawakkal tapi orang kata jangan tawakkal buta, usaha dulu sampai boleh. Tapi sampai masa habes masih tak dapat apa yang dicari. Hantar kertas jawapan kosong macam tu je. Keluar dewan, bincang jawapan dengan member, tetiba baru sampai benda yang direcall tu. Haha lumrah. Dah banyak kali macam tu. Semalam pun ada. Hari ni lagi la ada. Dah la soalan esei zzzzz. Mungkin balasan study last minute. Hafal ikut masuk otak je, tapi tak paham apa benda. Mungkin jugak balasan dosa sendiri, pernah saketkan hati orang ke, amek barang orang ke, lama tak tanya khabar umi ayah ke. Pengajaran ye. 6 paper lagi ni tak tahu la apa nak jadi. Tak start study langsung lagi ohoi yang kau menyempat menghapdate blog tu bole pulak. Suha yang suruh saya update ehehek -__-

Ok move on. Move on weh. Tolong la kalau aku lagho lagi tolong balas "move on" hahahaha. Bila banyak kali orang doa move on move on mesti tak lama lagi dah bole move on. Kahkahkah mesti uolls tak paham whateverrr k annyeong wish me luck :)