Monday, 28 July 2014

Eid .

Eid Mubarak uolls. Maaf zahir dan batin.

Tahun ni takde pahala hari raya :(
Tak solat hari raya. Tak pakai baju baru. Tak ziarah orang. Tak jumpa saudara mara. 

No biskut raya atas meja. No rendang. No nasi himpit ngan kuah kacang. No nasi dagang. Completely a close house.

Tiga hari lembik. Cepat sangat. Mula mula Hakim sorang je demam. Aku gelakkan dia duk berkerut dahi tahan saket kepala dari tengahari sampai petang. Tiba tiba petang tu aku pulak panas bahagian kepala dan mata. Saket kepala. Lenguh satu badan. Umi cakap lepas makan panadol okay la tu. Bukak puasa terus makan ubat. Malam tu dah oke sikit tapi pi tido dalam aircond lak. Banyak kali terbangun sebab sejuk sangat sampai ke tulang. Tak leh tido. Ketaqqq. Kakak kejut tanya aku buat buat ketar ke memang ketar -____- Bangun pukul 4 pagi dah tak leh tahan lenguh, umi pun bangun, cakap dia pun rasa macam nak demam. Sahur tak lalu makan. Pagi tu rasa macam panas lebih. Whatsapp kakyong bagitau pasal badan panas tambah pulak jiran rumah sekeliling ramai kena denggi. Kakyong terus call umi suruh pi hospital. Baru la pi hospital amek darah. Kalo kakyong tak call memang umi suruh duk rumah makan panadol je. Sampai je hospital abam nurse tu check suhu, nak dekat 40 darjah celsius, abam tu cakap, "Dik bukak puasa la deh. Makan ubat. Suhu tinggi sangat ni." Aku angguk je. Pastu dia bagi ubat ngan air. Bukak depan orang ramai lol.

Hari raya. Pagi tadi panas still tak turun. Rasa macam masa duk hospital semalam. Seram jugak. Pastu amek tuala basah letak atas dahi sampai bole tidoq. Bangun nak dekat tengahari. Alhamdulillah demam dah kebah. Suhu dah turun. Bangun je terus pi minum air. Dr pesan minum air banyak banyak. Ada la dalam 4 litres sehari. Kenyang dengan minum air je. Tak leh makan pape makanan sebab lidah rasa pahit dan masin. Sume makanan rasa masin. Air teh rasa pahit. 100+ pun dah tak leh telan. So isi perut ngan air kosong je. Setiap 15 minit minum segelas. Lepas zohor tadi perasan ada ruam merah penuh kat dua belah pipi. Memang tak kena hari raya dia pi serang muka. Habes muka kitaaa huuu

Esok pi hospital lagi. Amek darah. Pastu nak tunjuk ruam merah kat Dr. Doakan semoga semua oke T.T

Sakit tanda penghapusan dosa. Amin fuhh. Tolong lah bersyukur dengan nikmat sihat Allah bagi. Kita manusia mudah alpa dan lupa. Baju raya bila ntah bole pakai. Jeles tengok gambaq raya orang laen kat instagram. Sume melawo. Yang penting muka diorang tak dak merah merah cam aku ni hah. Sadis sadissss

Sabiaq ea yuyu. Nanti sihat jadi la normal balik tu insyaAllah. Jangan ada parut sudahhh T_____T

Plan nak pergi Kuantan jumpa Sarah ngan Adam macam tak jadi je. Nak jumpa babyfruitsss itewwww sadisnyaaa hari raya tahun ni hukhukhuk cobaannnn

2 comments:

Anonymous said...

syafakillah kak amalia

erma

NikAmaliaNasrulliana said...

thank youuu erma selamat hari raya :)