Thursday, 24 July 2014

Just a moment .

21st July 2014. Nik Sarah was born. Alhamdulillah anak buah baru :)


In semester break. Lagi tiga hari sebelum raya. Sekian update dari saya haha

Tadi aku scroll facebook and twitter. Macam biasa tengok apa benda lagi orang Malaysia tak puas hati. Memang hobi aku kalau boring sangat pi baca komen kat post gamba dari mana mana page yang dilike oleh kawan facebook. Aku sendiri like page meow je, yang isu semasa selalunya tahu dari kawan share or like lol. Berdasarkan pemerhatian aku, cett pemerhatian tak tahan kahkah k abaikan, orang kita ni kenapa suka kutuk orang ea? Suka menganjing la, mengata la, siyes tak paham. Takleh ke kalau nak tegur kesalahan orang pun guna perkataan elok sikit hmmm. Dah jadi tabiat kot. Ce try letak diri sendiri kat tempat orang yang dikutuk. Tak pun fikir kalau dia mak ayah kita ke adek beradek kita ke, apa perasaan kita bila orang duk mengata. Suka share benda yang tak tahu betul ke tak. Suka cari kesalahan orang. Suka guna perkataan kesat. Kalau aku dengan kawan sendiri pun tak de nya nak guna kata kesat tu, apatah lagi orang yang kita tak pernah kenal, tak pernah jumpa. Bukan nak cakap aku baek ke apa, ramai macam tu tapi yang bukan macam tu ni yang jadi problem. Mana budi bahasa? Kata orang Islam. Islam tak ajar umatnya cakap benda benda teruk. Yang jenis suka share and RT kesalahan orang. Dia pakat share je. Tak tahu pun sahih ke tidak. Tak tahu awat orang tu buat macam tu. Tak tahu ea kalau cerita tu salah dah jadi fitnah. Cepat je share. Tak paham korang ni jenis pakat compete sape post isu hot dulu ke apa. Pfftttt. Lepastu bila ada sumber laen cakap "saya saksi kejadian tu, sebenarnya dia tak salah blablablabla", haaaa habes semua pi share yang tu pulak. Baru duk backup "aku tahu dah budak ni baek orangnya, tak mungkin buat macam tu blablablabla". Mudah sangat percaya orang. Betul ke tak orang tu saksi ntah. Puasa pun duk sibuk kutuk orang. Tak paham dengan keyboard warriors =.=

Apa kata husnuzzhon awal awal lagi? Jangan lepas habes kutuk baru tarik balik. Padahal dah share kat orang laen. Pastu orang yang dah dapat berita tu still tak tahu cerita tu salah, dosa fitnah masih lagi berpanjangan. Do change, Malaysians :) Kat Palestin sana hari hari kena bom, berjuang menentang zionis laknatullah. Kita buat apa? Dari duk sibuk gelakkan orang, kutuk orang, caci orang, lebih baek doakan untuk saudara saudara kita kat Gaza. Ada jugak tak puas hati pasal boikot. Awak tak nak boikot sudah. Tapi tak yah persoalkan berhasil ke tak boikot. At least kami ada jugak usaha nak lingkupkan Israel walaupun kecik je usaha tu. Awak bukan nak amek tahu pun ekonomi Israel macam mana lepas boikot, duk mengomen je tau hmmm insaflah kawan T.T

Eh ni memang tak de kaitan ngan Sarah hahahahaha k byeee

No comments: