Sunday, 24 August 2014

Jaulah Utaghaaaa

Day 1 :

Turun rumah pukul 8.50 pagi. Bas pukul 9.30. Umi dah start bagi ceramah, "Ingat dekat ko tesco tuh? Jauh nga rumoh kito. Doh la nok beli makanan lagi, dey ko dop tahu!" Ok dah tau perangai kalut aku dapat dari mana. Haha. Sampai stesen bas tesco pukul 9.05. Cari Moni, Afi dan Suha. Hoyeahh 9.45 gerak pi Sungai Petani. Mula mula semua hepi. Bising bas kami duk cerita macam macam. Dari result hingga ke skandal. Gelak kuat kuat tak pandang orang kiri kanan dah. Tapi sekejap je. Sampai Gerik semua mula pening kepala, semua senyap tetiba. Tak sesuai naek bas dua tingkat lalu jalan tu. Terhuyung hayang. First time rasa macam nak mabuk naek bas. Takpe buat experience. Hahah

Alhamdulillah selamat tiba di Kedah, kakak Moni, Kak Meni jemput kami kat stesen bas. Kitorang menumpang rumah Kak Meni sepanjang duk situ. Meet Ika, anak buah Moni baru umuq 4 tahun tapi petah cakap kalah oghang tua. Comeyyy betoi. Petang tu Hani bawak kami pi CMart Sg Petani, belanja kami Marry Brown. Thanks Honey ! :3

Dinner pulak Kak Meni bawak kami makan kat restoran special. Kenyang dan sedappp tehee ^__^

Day 2 :

Hari Puan Shima kawen. Konvoi ramai ramai dengan classmates and some Medical students. Berkumpul di RnR mana ntah da lupa kahkah. Keluar kereta saja amek angin. Datang dua mamat yang memang sangat lah kenal. "Weh tebalnyo make-up! Hahahahaha", "Tebalnyaaa make-up hang! hahaha", serentak diorang cakap =.= Nyampah aihh. Bukan nak tanya sihat ke tak lama tak jumpa, yang tu dulu diorang nak tegur. Pang kanggg


Basic je pun. Eyeliner tambah lipstick. Nanti bini korang pakai jugak. Kalo bukan selalu, masa kawen confirm pakai hmmm k abaikan. Tiba majlis betul betul masa rombongan laki sampai. So tak sempat nak snap picture banyak banyak. Sobsss. Masa cari parking, lalu jalan sempit sampai jatuh makcik yang lalu tepi kereta. Serius bukan kami yang langgar. Maybe makcik yang tersalah langkah hehe. Maaf makcik. Pastu ada orang ketuk tingkap kereta kita, pandang macam nak cari gaduh. Scaryyyy :O

Congratulation to our classmate, Shima and her husband. Kembar kita da kawen. So yang ni bila lagi? huwaaaa Allahualam. Takpe selagi takde orang mintak ni, duk puas puas ngan umi dulu, makan masakan umi dulu sampai gemok, gosip puas puas dengan umi dan kakak dulu, tak gituuuu? :)


Balik kenduri konvoi geng perempuan lak. Solat then pekena cendol. Aku tak berapa suka cendol, itu yang kongsi ngan Suha je hee. Lepastu baru pi Padang Besar. Tak puas lagi shopping tapi sebab dah lewat kena balik cepat. Huuuu

Day 3 :

Hani jemput kami breakfast di rumah dia sambil melawat Muhammad, adik Hani. Omey sangat. Laen kali kita jumpa lagi ye Muhammad? :)


Lepastu, Hani bawak kami jalan jalan pi Penang. Naek feri, amek gambaq dengan graffiti chantek kat bandar, lunch kat Queensbay. Seronokkkk :D



Malam, kitorang gerak balik Kelate. Alhamdulillah esoknya selamat sampai sebelum subuh.

Thank you Kak Meni, Hani dan kawan kawan. I'd such a good time there ! :)

Semalam lagi sorang classmates dah kawen. Mabruk Bihah ! Sorry tak dapat datang. Hadiah nanti ye :3

Barakallahulakum Shima, Bihah dan pasangan masing masing. Ok next turn sape pulak? Hehe jangan lupa jemput. Dah tua ghupenya kita ni. Huwaaaa tak nak tuaaaaa

Thursday, 14 August 2014

Terussss

Pertama kali dalam sejarah sejak masuk degree aku ada perasaan bila tengok result. Biasanya macam tak kisah. Redha je. Tapi kali ni rasa macam tak puas hati lebih dengan result. Sedeh, patah hati, kuciwa, dan macam macam lagi lah. Aku cuba buat macam biasa. Tengok orang bawah kita, abaikan diorang yang kat atas. Rezeki orang laen jangan amek kisah. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tapi kan kali ni rasa laen macam. Awat hang rasa lagu ni Amaliaaaa? Bila scan result sendiri tu, hancus berkecai jugak hati ni. Macam tak percaya. Gred C beratur dalam result. Subject core weyyy. Sayang. Tak pernah ada gred tu dalam result final sem atau pro exam sejak tamhidi. Emm Allah nak uji. Ujian kecik je nih. Allah nak bagi peringatan. Kau dah lagha sangat ni Amalia. Usaha kau makin tua makin ciput. Pharmaco aku bole terima lagi. Sebab memang aku tak paham subjek tu, study last minute, and both OBA and essay banyak yang tak leh buat haha. Tapi DMDT rasa macam pro hari tu essay macam bole buat. Aku target dalam B macam tu ahaks. Ni mesti sebab OBA teruk sangat sobs. Nampak tak Amalia? Kau banyak sangat main sem ni. Banyak sangat main tab :/ Nak salahkan pegang jawatan penolong kelas pun, tak de la sibuk sangat sampai tak sempat study. Kah!

Ce muhasabah diri balik. Hubungan dengan Allah? Hubungan dengan hamba Allah? Huuu. Sebab banyak bazir masa for sure. Suka menangguh. Suka makan. Zzzzz. K yang lepas biaq dia lepas. *lap ayaq mata* Apepon alhamdulilllah still lulus dan dapat teruskan perjuangan kat sini. Ntah la tak tahu nak rasa suka ke tak. Tawakkal :')

Cumaaa harapan aku selama ni nak maintain result sederhana sepanjang duk sini dah tak tercapai huwaaa. Result jatuh. Jadiii pro seterusnya kau kena bangunnnn. Usaha lebih sikit sem baru nanti. Jangan takut dengan klinik. Belum rasa dah over downnya == Pikiaq positif yaaaa

K congrats kawan kawan for your marvellous result. All the best for the next sem ! Go 6th batch go ! :3

Ok dah habes merapu baru rasa lega sikittt, assalamualaikum, tak jawab dosa jawab tanda sayangggg tata

Monday, 11 August 2014

hanadulset

Hello.

Baru balik jumpa Yan ngan Aisyah. Still maintain omei semuanya. Ahaks. Weh nak dengar satu cerita dak. I makin gemok uolls. Dalam tiga hari sebelum raya aku naek penimbang perghhhh 3 kilo bak hang naek dari hari tu. Hari tu bila? Lebih kurang awal sem 2. Aku bahagia sangat ke apa sem ni makan tak jaga. Puasa pun bole naek camtu. Ishish. Tengok gambo baru perasan awat bulat sangat aku sejak dua menjak ni. Kena buat turun balik tapi duk rumah acano nak turun huwaaaa hari ni pun lunch dua kali sobsob alhamdulillah rejeki

Tadi syiokkkk story mory. Ingat balik kenangan lama. Tapi ada kenangan tak nak ingat pun. Buat saket hati je, tak gituuu? Buang yang keruh amek yang jernih. Gigi tak pi kumpul lagi ni. Lagi kurang sebulan cuti. Follow the flow je la. Nampak macam bole penthouse gak sem baru ni. Letihnya nak naek turun tangga lagi -..- Senanya patut bagi adek adek je rumah dua tingkat ni sebab diorang muda muda lagi. Tak saket lutut, larat maen tangga ahaha

Tak sebilik dengan Yinyin dah la sem depan. Dah dua tahun sebilik. Walaupun selalu balik Gombak, tapi bila dia ada kat bilik, dia la pendengar setia. Ada cerita yang just bole share dengan Yinyin je. Kadang kadang kalau cakap pasal hati memang roomate je paham kita. Sebab bed time story sebelum tido automatically jadi heart to heart talk. Aku memang jadi serius kalo cakap bab hati. Ececece. Ada orang yang aku suka bergurau, layankan je gosip tu sume, tapi ada certain orang aku bole cakap benda serius. Sebab tu diorang tak paham aku. Budak ni serius ke gurau ntah :p Lagi pun sem depan dah tak dak housemate kelate. Yinyin paham kalo kita story mory kot kelate, Nasuha pun dah tak serumah, ottoke aku nak story mory ngan syapeeeee. Ni bukan racist nor assabiah. Cuma I still kena susun ayat kalo nak bercerita kot bahasa keyell kahkah ok it's time to be more serious. No more story telling time and focus to dentistry. Pffttttt

K. Motif apa entri kali ni tak tau. Saja nak update nak cakap aku makin gemok tu je bhahaha k annyeong nak pi makan