Sunday, 24 August 2014

Jaulah Utaghaaaa

Day 1 :

Turun rumah pukul 8.50 pagi. Bas pukul 9.30. Umi dah start bagi ceramah, "Ingat dekat ko tesco tuh? Jauh nga rumoh kito. Doh la nok beli makanan lagi, dey ko dop tahu!" Ok dah tau perangai kalut aku dapat dari mana. Haha. Sampai stesen bas tesco pukul 9.05. Cari Moni, Afi dan Suha. Hoyeahh 9.45 gerak pi Sungai Petani. Mula mula semua hepi. Bising bas kami duk cerita macam macam. Dari result hingga ke skandal. Gelak kuat kuat tak pandang orang kiri kanan dah. Tapi sekejap je. Sampai Gerik semua mula pening kepala, semua senyap tetiba. Tak sesuai naek bas dua tingkat lalu jalan tu. Terhuyung hayang. First time rasa macam nak mabuk naek bas. Takpe buat experience. Hahah

Alhamdulillah selamat tiba di Kedah, kakak Moni, Kak Meni jemput kami kat stesen bas. Kitorang menumpang rumah Kak Meni sepanjang duk situ. Meet Ika, anak buah Moni baru umuq 4 tahun tapi petah cakap kalah oghang tua. Comeyyy betoi. Petang tu Hani bawak kami pi CMart Sg Petani, belanja kami Marry Brown. Thanks Honey ! :3

Dinner pulak Kak Meni bawak kami makan kat restoran special. Kenyang dan sedappp tehee ^__^

Day 2 :

Hari Puan Shima kawen. Konvoi ramai ramai dengan classmates and some Medical students. Berkumpul di RnR mana ntah da lupa kahkah. Keluar kereta saja amek angin. Datang dua mamat yang memang sangat lah kenal. "Weh tebalnyo make-up! Hahahahaha", "Tebalnyaaa make-up hang! hahaha", serentak diorang cakap =.= Nyampah aihh. Bukan nak tanya sihat ke tak lama tak jumpa, yang tu dulu diorang nak tegur. Pang kanggg


Basic je pun. Eyeliner tambah lipstick. Nanti bini korang pakai jugak. Kalo bukan selalu, masa kawen confirm pakai hmmm k abaikan. Tiba majlis betul betul masa rombongan laki sampai. So tak sempat nak snap picture banyak banyak. Sobsss. Masa cari parking, lalu jalan sempit sampai jatuh makcik yang lalu tepi kereta. Serius bukan kami yang langgar. Maybe makcik yang tersalah langkah hehe. Maaf makcik. Pastu ada orang ketuk tingkap kereta kita, pandang macam nak cari gaduh. Scaryyyy :O

Congratulation to our classmate, Shima and her husband. Kembar kita da kawen. So yang ni bila lagi? huwaaaa Allahualam. Takpe selagi takde orang mintak ni, duk puas puas ngan umi dulu, makan masakan umi dulu sampai gemok, gosip puas puas dengan umi dan kakak dulu, tak gituuuu? :)


Balik kenduri konvoi geng perempuan lak. Solat then pekena cendol. Aku tak berapa suka cendol, itu yang kongsi ngan Suha je hee. Lepastu baru pi Padang Besar. Tak puas lagi shopping tapi sebab dah lewat kena balik cepat. Huuuu

Day 3 :

Hani jemput kami breakfast di rumah dia sambil melawat Muhammad, adik Hani. Omey sangat. Laen kali kita jumpa lagi ye Muhammad? :)


Lepastu, Hani bawak kami jalan jalan pi Penang. Naek feri, amek gambaq dengan graffiti chantek kat bandar, lunch kat Queensbay. Seronokkkk :D



Malam, kitorang gerak balik Kelate. Alhamdulillah esoknya selamat sampai sebelum subuh.

Thank you Kak Meni, Hani dan kawan kawan. I'd such a good time there ! :)

Semalam lagi sorang classmates dah kawen. Mabruk Bihah ! Sorry tak dapat datang. Hadiah nanti ye :3

Barakallahulakum Shima, Bihah dan pasangan masing masing. Ok next turn sape pulak? Hehe jangan lupa jemput. Dah tua ghupenya kita ni. Huwaaaa tak nak tuaaaaa

2 comments:

Erma Fazira said...

tak sabar yg kak amalia punya majlis pula..weeee

NikAmaliaNasrulliana said...

hmmmmmmmmmm kita pun tak sabar hahahah