Thursday, 14 August 2014

Terussss

Pertama kali dalam sejarah sejak masuk degree aku ada perasaan bila tengok result. Biasanya macam tak kisah. Redha je. Tapi kali ni rasa macam tak puas hati lebih dengan result. Sedeh, patah hati, kuciwa, dan macam macam lagi lah. Aku cuba buat macam biasa. Tengok orang bawah kita, abaikan diorang yang kat atas. Rezeki orang laen jangan amek kisah. Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tapi kan kali ni rasa laen macam. Awat hang rasa lagu ni Amaliaaaa? Bila scan result sendiri tu, hancus berkecai jugak hati ni. Macam tak percaya. Gred C beratur dalam result. Subject core weyyy. Sayang. Tak pernah ada gred tu dalam result final sem atau pro exam sejak tamhidi. Emm Allah nak uji. Ujian kecik je nih. Allah nak bagi peringatan. Kau dah lagha sangat ni Amalia. Usaha kau makin tua makin ciput. Pharmaco aku bole terima lagi. Sebab memang aku tak paham subjek tu, study last minute, and both OBA and essay banyak yang tak leh buat haha. Tapi DMDT rasa macam pro hari tu essay macam bole buat. Aku target dalam B macam tu ahaks. Ni mesti sebab OBA teruk sangat sobs. Nampak tak Amalia? Kau banyak sangat main sem ni. Banyak sangat main tab :/ Nak salahkan pegang jawatan penolong kelas pun, tak de la sibuk sangat sampai tak sempat study. Kah!

Ce muhasabah diri balik. Hubungan dengan Allah? Hubungan dengan hamba Allah? Huuu. Sebab banyak bazir masa for sure. Suka menangguh. Suka makan. Zzzzz. K yang lepas biaq dia lepas. *lap ayaq mata* Apepon alhamdulilllah still lulus dan dapat teruskan perjuangan kat sini. Ntah la tak tahu nak rasa suka ke tak. Tawakkal :')

Cumaaa harapan aku selama ni nak maintain result sederhana sepanjang duk sini dah tak tercapai huwaaa. Result jatuh. Jadiii pro seterusnya kau kena bangunnnn. Usaha lebih sikit sem baru nanti. Jangan takut dengan klinik. Belum rasa dah over downnya == Pikiaq positif yaaaa

K congrats kawan kawan for your marvellous result. All the best for the next sem ! Go 6th batch go ! :3

Ok dah habes merapu baru rasa lega sikittt, assalamualaikum, tak jawab dosa jawab tanda sayangggg tata

No comments: