Monday, 8 September 2014

Tips .

Wakakaka. Bukan tips sangat pun. Kita bukan best student nak bagi tips bagai nih. Cuma bila ramai adek junior tanya "Tahun 2 ni macam mana ea akak?" Meh la nak cerita sikit. Tak tahu la ada orang baca ke tak. Tapi masa diorang mula mula masuk dulu ramai jugak tegur, "Akak yang ada blog tu eh?" hihihi aah akak lettew. K sorry tergedikkk

Korang kena bersyukur tau berjaya masuk second year. Bukan senang :) Tahun 2 ni sibuk tapi tak sesibuk tahun 3. Tahun 2 ni scary tapi tak sescary tahun 3. Tahun 2 tak banyak presentation tapi banyak kerja luar kelas. Eh yeke. Ntah tapi selalu sibuk la. Ke aku yang menyibukkan diri hmm

Subjek paling best tak laen tak bukan ialah Patho. Sebab macam Physio. Dia macam cerita dongeng gitu. Ada plot cerita. Cuma physio watak baek baek. Patho watak antagonist banyak. Kena rajinkan diri baca buku reference Robbin, baru bole faham. Dictionary kena letak tepi buku. Banyak bombastic words. Ehehek. Lecture dengar leklok. Fokus betul betul Dr Mohit cerita. Pendek kata patho besttt. Soalan exam pun terjangka la jugak alhamdulillah :3

Microbiology. Pasal kuman bakteria kulat yang comey lotey tu. Rupa diorang lebih kurang. Tapi nama diorang panjang, kalah nama akak. Kena hafal. Tapi bole la tahan. Ingat yang popular popular je. Akak tak minat sangat tapi bila study nak dekat exam tu baru berminat sikit. Best la bole tau diorang sebabkan penyakit apa, dia suka duk kat mana. Belajar virus dalam microbiology tetiba buat akak jadi particular sikit bila nak makan kat tempat orang ramai. Takut virus hepatitis. Lol. Lecture tak fokus sangat pun sebab belajar laju zzzzz

Pharmacology. Tatottt. Pasal ubat. Bila dalam body kita dia bergerak macam mana, dia bagi effect acano. Mula mula sem 1 oke lagi. Still bole ikut. Akir sem 1 sampai habes tahun 2. Kah! Allah saja bole tolong kita masa tu. Nasehat akak, cewah akak sangaddd, korang jangan la study pharmaco last minute. Siksa tauuu. Nak paksa otak copy paste masa nak dekat exam, jangan harap hewhew. Ikut cara kawan akak, dia buat nota pharmaco setiap kali habes lecture. Semua tajuk dia buat. Pastu baca berkali kali. Pro exam hari tu dia dapat A. Selamat mencuba :) Akak tak leh cuba, saya sangat malasss T.T

Optech. Sem 1 scary. Sem 2 best. Walaupun dua dua banyak cobaan dan rintangan bhahah over. Sem 1 tebuk tebuk gigi, belajar restore gigi. Sem 2 buat denture. Dalam lab optech ni satu je kena ingat. Korang jangan tengok kawan yang laen. Biar je diorang cepat dari kita. Kita dah usaha tapi kita memang slow worker, so kita tak leh nak buat apa, just proceed dengan kerja kita. Akak pernah nanges dua tiga kali dalam lab sebab kerja tak diapprove Dr heee. Belum klinik dah nanges pffttt. Sebenarnya dalam belajar, kita compete dengan diri kita sendiri, bukan orang laen. Kita kena lawan diri kita yang satu lagi, yang selalu mudah give up tu. Lawan dia. Cakap kita bolehhhh. Kita slow pun slow lah. Tapi jangan slow sangat. Tertinggal kereta api susah pulak nak kejar, memang kena tunggu kereta api seterusnya la jawabnya. Dapat masuk gerabak yang paling last pun tak pe, asalkan kita bole masuk jugak kereta api tu. Dengar dengar batch korang ada perubahan sikit, tapi takpe, move on jekkk.Good luck korang ! ^____^

K subjek apa lagi? Dmdt? Kena baca McCabe punya story book. Buat bed time story insyaAllah bole skor :D Tapi akak tak skor pun huuu. Kawan akak ada yang skor. Dia study macam mana i pun tak tahu. Tapi dia rajin baca buku lah. Akak ni terima lecture notes je bulat bulat. Buku reference tak berapa paham. So akak tak baca, padan la muka tak dapat skor hikhik. Dmdt penting untuk klinik nanti. Akakss pun kena baca nak masuk klinik nih. Dr mesti tanya balik material ni properties dia macam mana? Kenapa guna material ni? Kalo patient tertelan nak buat apa? Haaaaaa. K kena prepare ni huwaaaa

CD, ingat index baek baek. Penting tu. Bhsc, baca dan guna logik akal.

DNI simple je. Ingat konsep. Hahah poyonya aku

Pastu tahun dua ni sem last belajar Arab dan English. Uishhhh rindu nak belajar Arab :(

Aku ni sedap bagi ceramah kat orang tunjuk hebat, padahal diri sendiri hampeh. Tengah cuak jugak ni. Senior pakat kata "Welcome to the busiest year as a dental student!" Hah sudahhh. Aku rasa dah tiba masa kena cari supporter setia. Kalau tak acano nak struggle sorang sorang kat sini huhuhuhuhu. K saja buat alasan mintak umi carikan orang untuk kita hihi pffttt aku harap tak dak orang baca sampai habes :p

6 comments:

Anonymous said...

Thanks kak. Sgt membantu. Huhu

NikAmaliaNasrulliana said...

Sama sama. Gud luck :)

Anonymous said...

Titew bce smpy abissss..wah,, thanx akaksss..ure my idol..slmt mnempuh tawn 3 n slmt ber 'move on'..hiksss

NikAmaliaNasrulliana said...

nyampahhh. ni mesti suhotttt =.= hahahaha

Erma Fazira said...

uhuuu. bestnya tips akak. hebak r!!!! goodluck third year akak~~

NikAmaliaNasrulliana said...

erkkk biasa biasa aja dong ahahaha good luck jugak :)