Saturday, 29 November 2014

Superheroes saya

18 tahun berkepit dengan umi ayah. Bukan mudah bagi mereka lepaskan aku merantau seorang diri di negeri orang. 18 tahun umi ayah jaga depan mata. Agak-agak senang ke?

Masa kecik-kecik, boleh main dalam kawasan halaman rumah je. Luar pagar bahaya, banyak motor. Petang-petang memang tak main dengan kawan-kawan, main dengan kakak dan adik je. Umi tak bagi aku masuk apa-apa sukan pun dekat sekolah. Sebab umi tahu aku ni lembik. Tak boleh jatuh sikit, kalau tak patah tangan, pengsan. Pernah masuk hospital sebab jatuh pengsan masa main kejar-kejar dengan adik. Umi tak bagi kami buat kerja rumah. Basuh baju, gosok baju sekolah, masak, kemas rumah, semua umi buat. Dari kecik sampai habes SPM, semua umi buat. Umi kata, kerja kami adik-beradik hanya belajar, tuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sampai besar, semua benda buat dengan umi. Shopping baju, beg, semua umi pilih. Pergi klinik tak kira klinik biasa ke klinik gigi ke, umur dah 17 tahun pun mesti umi masuk bilik doktor jugak, bagitau chief complaint dekat dokter. Pergi medical check-up nak masuk universiti pun umi temankan. Masuk bilik X-ray pun umi teman. Test JPJ pun umi ayah datang teman. Sejak dapat lesen sampai sekarang, aku nak drive sendiri pun umi still tak bagi-bagi. Teringat masa tamhidi, masa umi ayah hantar aku kat stesen bas Kota Bharu, nak balik Nilai. Masa tu tengah tunggu bas. Ayah solat Isyak dekat masjid tepi stesen bas. Kami bukak semua pintu kereta, bagi angin masuk. Nampak umi duduk termenung je kat tempat tepi driver. Umi duk lap air mata. Mungkin umi tengah fikir, sorang demi sorang anak umi pergi belajar jauh-jauh. Umi :(
Sejak duk jauh, setiap hujung minggu umi akan tanya aku duduk dengan sape kat asrama? Makan apa? Ada orang teman tak? Yaya balik tak? Sebab umi nak pastikan aku tak duk sorang-sorang, ada orang jagakan aku untuk dia.

Ayah. Orang yang paling mementingkan pelajaran dan pendidikan agama kami adik-beradik. Ayah hantar kami kat tadika Pasti masa kecik, make sure pelajaran pertama kami dapat ialah alif ba ta, bukan setakat ABC. Ayah hantar kami kelima-lima adik beradik bersekolah di Maahad walaupun umi ayah bukan berasal dari keluarga yang mengutamakan pendidikan agama. Masa umur bawah tujuh tahun, setiap malam ayah cerita kisah sang arnab dan kura-kura buat bedtime story. Cerita sama setiap hari pun kami tak pernah rasa bosan. Ayah ajar kami baca Quran mula dari umur 6 tahun. Ayah wajibkan anak-anak perempuan ayah pakai tudung sejak umur 8 tahun. Maghrib solat berjemaah jadi rutin harian keluarga kami. Ayah buat kelas tuisyen malam ajar kami Matematik dan Sains dekat ruang tamu. Pendidikan seni pun ayah ajar supaya anak-anak dia pandai melukis. Ayah bina rumah kami dengan titik peluh sendiri. Buat wiring elektrik rumah pun ayah sendiri. Setiap kali kami saket, ayah lah yang berulang alik ke hospital atau farmasi, sampai anak dia sihat balik. Masa kami kecik, kalau umi saket, ayah lah yang akan masak untuk kami adik-beradik. Sweet kan ayah? Bila Dato' cakap dalam kelas, 60 tahun ke atas dikira warga emas, sekeras-kerasnya aku jawab taaaaak! Ayah saya masih muda! Dan ayah saya tetap akan muda! Setiap kali cuti, ayah tunjuk gigi dia, tanya sempat ke Yuyu cabut gigi ayah. Aku jawab of course la sempat ayah. 3 tahun lagi. Nanti Yuyu cabut gigi ayah ye :) 

Empat bulan sekali baru berkesempatan jumpa dengan mereka, boleh nampak mereka makin hari makin berusia. Rindu. Nak jadi macam dulu lagi. Nak putar balik masa biar boleh tengok umi ayah hari-hari lagi. Tapi apakan daya tanggungjawab aku makin besar. And life must go on. Peliharalah mereka dalam rahmatMu sentiasa ya Allah.

Ingat, walaupun diri kita tak de maknanya pun dekat seseorang tu, do remember our parents who always think us as a precious thing which not anyone can touch easily. Otherwise, that person should be guilty enough and apologize to our parents for playing with their children's precious heart. Sepatutnya lah kan :)

Ok. Nak jadi macam umi. Dan nak suami macam ayah, insyaAllah :3

Rindu Umi. Rindu Ayah. Fi hifzillah ^_^

1 comment: