Sunday, 28 December 2014

The bad me .

Semalam. Ada family day dekat air terjun serendah. Rasa berat hati nak pergi tapi tetap gagahkan diri. Haha over sangad. Takde lah. Cuma duk terfikir family kat Kelate. Huuuu. Banjir tahun ni bukan banjir biasa. Allah nak uji rakyat Kelantan. Kubang Kerian antara kawasan tertinggi negeri, memang dikenali kawasan kalis banjir la. Termasuk rumah kuning. Tapi tahun ni Kubang Kerian pun banjir. Semalam air paras lutut. Hari ni tak tahu la. Sejak banjir selalu keep updating dengan kakak. Rumah kuning dalam bahaya katanya. Sebabtu sekarang kakak, ayah, atim, abe, kak liya, sarah semua balik rumah che kat pasir puteh. Rumah che pun selalu kalis banjir. InsyaAllah rumah che tak banjir jugak kali ni. Ramai lari pi sana. Sampai bekalan makanan dah habes. Makanan asas macam roti dah habes, duit mesin atm pun dah habes. Ya Allah bantulah mereka T.T

Sebab tu la semalam mula mula aku rasa oke lagi. Think positive family semua selamat insyaAllah. Masa senamrobik, Dalila mai tarik aku keluar padang tu and then dia bisik tolong dia jaga checkpoint untuk game treasure hunt. Aku cakap oke lah. Sebab aku tak de mood nak maen sedangkan kepala duk fikir family kat kampung. Game goes on.


Habes game, masa untuk kemas kemas. We prepared 10 balloons for each group. So there were approximately 100 balloons. I choose to pecahkan belon pastu kutip sisa dia. Takkan nak buang belon dengan air camtu kan. Ramai tengok pastu duk jerit dari seberang sungai, "jangan lah pecah belon lagi, bole maen pasni!" Banyak la kau. Macam la korang nak bersihkan lepas maen. Mesti lagi kotor nanti. Silap aku pakai kasut kain yang bertutup dan bertali. Sebab aku ingat aku maen game so tak pakai selipar. Habes la basah kasut dan stokin. Mood aku dah start bertukar. Sebab rasa tak selesa. Sampai petang duk pakai kasut basah macam tu. Duk tepi sungai tengok air laju teringat banjir. Kasut basah je pun dah merungut. Orang yang kena banjir lagi lah teruk. Baju seluar semua basah. I hate myself for complaining. Aku jadi down tetiba. Call kakak nak update keadaan. Nak bukak group whatsapp family tak bole, tak de line internet. K. Nak balik Kelate. I miss my family so much. My mood slowly became worse. No smile at my face at all. I feel like crying. And everyone was happy. Semua duk bergambar hepi hepi. Like everything's fine. I kept my feeling myself. Nak amek gambar group, aku lari. Satu, sebab nak avoid someone. Dua, aku tak maen buat apa amek gamba sekali. Tiga, diorang tak kisah pun aku ada ke tak. Macam pelik aku sorang duk berdiri kat situ, orang lain semua duk makan hamper. Mood aku masa tu macam, lonely nya. Lepastu ada amek gamba untuk ajk jaga checkpoint. Oh wait. Aku tolong je, bukan aku yang jaga. Orang yang ajak aku tolong dia bukannya ajak aku amek gamba pun. Dia pergi sorang sorang dengan ajk yang lain. Aku rasa setan duk hasut aku masa tu. "aku ni tunggul kayu ke. mana mana tempat pun sume orang tak nak aku. oke fine" Mood nak bergamba 100% hilang. I feel like a loser. Aku pun pi tepi group Yaya. Just sebab ada Yaya. Cuba bergurau dengan Ajim. Nak hilangkan mood loser yang overwhelming tu. I keep repeating "nak balik" over and over again. I hate my wet shoes. I hate when I feel like I am nothing to everyone. People saw me. And asked "what's wrong?" I replied, "saket belakang" "letih". People keep snapping the pictures. Mikin ngan Yaya duk tarik aku amek gamba sama. "Buat apa datang kalo tak nak amek gamba sekali?" "SAPE KATA AKU NAK DATANG?! AKU CAKAP TAK NAK, TAK NAK LA. JANGAN SAMPAI AKU NANGIS KAT SINI" They're shocked. Diorang lepas tangan aku. Diorang kenal aku, kalau mood aku tak baek, leave me alone before I turn into a monster. And yeay masa untuk balik. Naek je bas semua orang dah tidur. Rain started pouring. Mood aku macam hujan, just can't stand it anymore. Nanges terus kat situ. Peduli apa orang tengok. Aku dah letih pura pura kuat. Sampai gv, aku tak expect orang yang aku rasa penting untuk aku cakap dia lupa pasal aku. Makin teruk rasa saket hati. Oke solat, calm down, sleep. Fin.

And there you go. Itu la sebab aku down semalam. Maaf kalau tak balas senyuman sesape :)

Sunday, 14 December 2014

Omnomnom

Tak suka tengok cermin dua tiga hari ni =.=

Lambatnya burn nak hilang =__________=

Bukti suka maen air. Rela burn muka asalkan boleh mandi swimming pool lama-lama lagi-lagi bebass sebab dia kolam tertutup. Ada kitorang je kat situ. Best sangaaaaddddd. Biasanya aku ni paling pantang duk tempat panas, mesti bawak payung, tak nak muka burn la konon. Sebab tu tak masuk sukan hahah. Sekali burn memang teruk aku kena. Kulit gelap kan banyak melanocytes. Sekali kena Vitamin D haaaa habeslah legam pastu lambat hilang. Tapi sebab boleh maen kolam, rela burn weh hebat takkk hahahaha. Suka berendam je senanya. Berenang tak reti. Hari tu Moni, Shima, Daddy, Khairine ngan Mikin duk ajar aku berenang. Bersungguh diorang ajar. Moni paling tak leh tahan dia tarik aku pi tempat dalam pastu ajar aku balancekan diri. Basic la sebelum belajar berenang kena tau mengapungkan diri. Betul ke term "mengapungkan"? zzzzz tapi yang tu pun aku tak leh buat haha. Rasa je Moni lepas aku, terus gelabah, nak lemas banyak kali kot naseb baek Moni tarik T______T Takut senanya. Nak belajar berenang tapi penakut, so memang takleh buat pape dahhh zzzzzzzzzzz

Anyway seronok sangat main air. Nak dekat 4 jam rasanya kahkahkah thanks Mira bawak kitorang mandi kolam. And opekos mekaseh Khairine bawak geng kembara as usually. Dah la minggu ni paling banyak habes duit jalan-jalan cari makan sana sini haha tapi makan sedap berbaloiiiii apaaa :)

Haaa aku dah treat first patient. Dah tampal gigi orang betul. Ya Allah macam tak percaya, alhamdulillah things went well. Tapi ni baru start-up, panas-panas badan dulu. Banyak lagi benda kena belajar. Takpe kita belajar slow-slow ye. Be strong Amalia, Allah kan ada ^^

---------------------------------

"Lelaki ni senang je. Jangan ada apa-apa relationship pun dengan lelaki. Bila dia nak serius, dia datang jumpa parents terus." 

Ingat tu. Jangan ikat apa-apa dengan mana-mana lelaki. Depa ni bukan boleh percaya sangat pun. Harap sangat kawan yang couple tak amek serius dengan so-called-boyfriend diorang tu hmmm. Semoga Allah bagi hidayah dekat kita semua insyaAllah.

Final dah dekat. Fokus Amalia fokus !

Thursday, 4 December 2014

Asdfghjkl

Jap ea nak membebel jap.

Aku ni bukanlah pembersih sangat pun, bukan rajin sangat pun, tapi seriously aku tak leh duduk kat tempat yang messy dan kotoqqq T.T Nak nanges tau dak tak tahu nak tegur orang laen macam mana. Ingatkan semua dah besaq semua dah boleh pikiaq sendiri. Common sense je senanya. Tapi macam tak leh pikiaq je. Dah cakap kat whatsapp, and semua dah balas "oke :) terima kaseh bagi peringatan" bagai tu. Aku bukan tak appreciate tapi lagi appreciate kalau orang baiki apa yang kita tegur. Tapi anak orang ni, kita tak leh nak membebel depan2, kalau anak kita sendiri memang kena la kalau tak jaga kebersihan rumah. Rumah penting kot. Balik2 penat kelas semua pastu nampak rumah kemaen lagi bersepah, rasa nak baling je meja ke luar tingkap. Faham sibuk, faham sangattt tapi orang laen pun sibuk oke je buat tugas masing2 hmmm. Susah lah. Sabar itu sebahagian dari iman. Kebersihan pun sebahagian dari iman jugak. Jadi tak tahu nak sabar biar je orang tak jaga kebersihan rumah, ataupun jadi tak sabar pi tegur depan2 biar melekat dalam kepala semua orang jalankan tugas masing2 sampai rumah jadi sentiasa bersih. Haaaa dilema tau dakkk huwaaaaa. K dah tidoq esok ward round pastu lab pastu klinik. Thursday please be nice to me :3