Sunday, 28 December 2014

The bad me .

Semalam. Ada family day dekat air terjun serendah. Rasa berat hati nak pergi tapi tetap gagahkan diri. Haha over sangad. Takde lah. Cuma duk terfikir family kat Kelate. Huuuu. Banjir tahun ni bukan banjir biasa. Allah nak uji rakyat Kelantan. Kubang Kerian antara kawasan tertinggi negeri, memang dikenali kawasan kalis banjir la. Termasuk rumah kuning. Tapi tahun ni Kubang Kerian pun banjir. Semalam air paras lutut. Hari ni tak tahu la. Sejak banjir selalu keep updating dengan kakak. Rumah kuning dalam bahaya katanya. Sebabtu sekarang kakak, ayah, atim, abe, kak liya, sarah semua balik rumah che kat pasir puteh. Rumah che pun selalu kalis banjir. InsyaAllah rumah che tak banjir jugak kali ni. Ramai lari pi sana. Sampai bekalan makanan dah habes. Makanan asas macam roti dah habes, duit mesin atm pun dah habes. Ya Allah bantulah mereka T.T

Sebab tu la semalam mula mula aku rasa oke lagi. Think positive family semua selamat insyaAllah. Masa senamrobik, Dalila mai tarik aku keluar padang tu and then dia bisik tolong dia jaga checkpoint untuk game treasure hunt. Aku cakap oke lah. Sebab aku tak de mood nak maen sedangkan kepala duk fikir family kat kampung. Game goes on.


Habes game, masa untuk kemas kemas. We prepared 10 balloons for each group. So there were approximately 100 balloons. I choose to pecahkan belon pastu kutip sisa dia. Takkan nak buang belon dengan air camtu kan. Ramai tengok pastu duk jerit dari seberang sungai, "jangan lah pecah belon lagi, bole maen pasni!" Banyak la kau. Macam la korang nak bersihkan lepas maen. Mesti lagi kotor nanti. Silap aku pakai kasut kain yang bertutup dan bertali. Sebab aku ingat aku maen game so tak pakai selipar. Habes la basah kasut dan stokin. Mood aku dah start bertukar. Sebab rasa tak selesa. Sampai petang duk pakai kasut basah macam tu. Duk tepi sungai tengok air laju teringat banjir. Kasut basah je pun dah merungut. Orang yang kena banjir lagi lah teruk. Baju seluar semua basah. I hate myself for complaining. Aku jadi down tetiba. Call kakak nak update keadaan. Nak bukak group whatsapp family tak bole, tak de line internet. K. Nak balik Kelate. I miss my family so much. My mood slowly became worse. No smile at my face at all. I feel like crying. And everyone was happy. Semua duk bergambar hepi hepi. Like everything's fine. I kept my feeling myself. Nak amek gambar group, aku lari. Satu, sebab nak avoid someone. Dua, aku tak maen buat apa amek gamba sekali. Tiga, diorang tak kisah pun aku ada ke tak. Macam pelik aku sorang duk berdiri kat situ, orang lain semua duk makan hamper. Mood aku masa tu macam, lonely nya. Lepastu ada amek gamba untuk ajk jaga checkpoint. Oh wait. Aku tolong je, bukan aku yang jaga. Orang yang ajak aku tolong dia bukannya ajak aku amek gamba pun. Dia pergi sorang sorang dengan ajk yang lain. Aku rasa setan duk hasut aku masa tu. "aku ni tunggul kayu ke. mana mana tempat pun sume orang tak nak aku. oke fine" Mood nak bergamba 100% hilang. I feel like a loser. Aku pun pi tepi group Yaya. Just sebab ada Yaya. Cuba bergurau dengan Ajim. Nak hilangkan mood loser yang overwhelming tu. I keep repeating "nak balik" over and over again. I hate my wet shoes. I hate when I feel like I am nothing to everyone. People saw me. And asked "what's wrong?" I replied, "saket belakang" "letih". People keep snapping the pictures. Mikin ngan Yaya duk tarik aku amek gamba sama. "Buat apa datang kalo tak nak amek gamba sekali?" "SAPE KATA AKU NAK DATANG?! AKU CAKAP TAK NAK, TAK NAK LA. JANGAN SAMPAI AKU NANGIS KAT SINI" They're shocked. Diorang lepas tangan aku. Diorang kenal aku, kalau mood aku tak baek, leave me alone before I turn into a monster. And yeay masa untuk balik. Naek je bas semua orang dah tidur. Rain started pouring. Mood aku macam hujan, just can't stand it anymore. Nanges terus kat situ. Peduli apa orang tengok. Aku dah letih pura pura kuat. Sampai gv, aku tak expect orang yang aku rasa penting untuk aku cakap dia lupa pasal aku. Makin teruk rasa saket hati. Oke solat, calm down, sleep. Fin.

And there you go. Itu la sebab aku down semalam. Maaf kalau tak balas senyuman sesape :)

2 comments:

Anonymous said...

hopefully you are feeling better today...love you :)

NikAmaliaNasrulliana said...

thank you :)