Wednesday, 23 December 2015

Lost .

hai. in ortho lecture right now. tapi takleh fokus. petang ni balik kelate yahooo. semalam terdetik nak update pasal beberapa hari ni ramai left grup kelas tapi busy malam tadi tak sempat nak update hikhik

i'm not in a place to give advice but still i just want to say something about it. straight to the point ya. aku tak suka cara sesetengah orang yang jenis left group kelas bila ada problem sikit. bukan bawak berbincang dengan kawan kawan tapi tetiba lepas gaduh sikit, terus left. macam budak-budak gaduh ja. ce terangkan sikit sebelum left tu takda la terpinga-pinga orang lain.

pastu duk post ayat sedapkan hati di media sosial. then makin ramai orang terasa dengan status yang tak dituju dekat dia pun. masalah pun jadi makin besaq dan tak selesai sampai ke sudah. masalah sebenarnya kecik ja. tapi ada orang suka sangat generalizekan orang. sorang dua ja yang sakitkan hati dia, tapi dia generalizekan sekelas tak puas hati dengan dia lol. ce try tanya orang lain "betul ke aku ni macam dia cakap?"

tak tuju kat sape2 sebab ramai sangat dah buat macam ni. tahu dak bila left group ni kalo ada announcement apa-apa jadi ketinggalan orang tu jadinya. admin grup pun kena masukkan dia balik dalam group heh

yang paling takleh terima nya ada jugak orang yang baru lepas dilantik pegang jawatan, pastu tetiba cakap kat grup "sorry for everything" then left group. serius tak faham awat lagu tu. tak jadi pape pun kalo jadi penolong kelas. aku yang tak berapa ada leadership skill pun pernah jadi. tak busy sangat pun. ketua kan ada. kita jadi penolong je. moga moga hati dia terbuka la sikit lepasni ameen

k dah habes membebel. maaf kalau ada terguris perasaan sesapa. peringatan untuk diri sendiri yang suka bad mood jugak ;)


Friday, 11 December 2015

Searching ...

Tengah mencari kelebihan diri. Insecure dengan semua orang. Bukan sahaja dari segi luaran fizikal malah dari segi dalaman. Senang cerita, dah la tak lawa, budi pekerti pun tak seberapa, pemalas, nak kata pandai pun tak.

Setiap hari duk kata dekat diri sendiri, "Itulaa masuk lagi dentistry. Diri tu tak pandai, nak kejar kawan-kawan yang pandai teori dan praktikal memang la susah. Pastu balik kelas duk melagha ja kerjanya. Bila nak jadi hebat kalau tak usaha?!"

A home person like me yang selama ni duduk bagai di bawah katak tempurung bila dah keluar melihat dunia, bila umi ayah tak lagi menjaga depan mata, serius hancur diri yang lama.

Bila pikir balik dulu aku takdelah tak pandai, ceh, pemalas pun tak, selalu buat kerja rumah cikgu bagi on time, study pun bole tahan rajin berbanding sekarang. Bukan nak riak, tapi dulu sekolah rendah selalu dapat nombor 1, UPSR 5A, UPKK 7A, PMRU 10A, PMR 9A, SMU 10 Mumtaz, pastu SPM 11A. Pendek kata memang kerja kutip A je sepanjang sekolah. Takde B pun dalam exam penting, alhamdulillah boleh bagi umi ayah happy. Tapi kenapa sekarang midsem yang syllabus belajar dua bulan ja pun bole dapat C, hujung minggu tak study, selalu meronggeng, selalu bazir duit layan movie dekat cinema, assignment last minute baru sentuh, dalam kelas tak fokus, dalam klinik buat kerja slow, malam exam/test tak study. Apakahhh

Dulu competitiveness aku kemain tinggi, sebab tu boleh lagi jadi top10 dalam batch yang ada lebih kurang 450 orang pelajar. Mana competitiveness yang dulu? Kenapa aku sekarang tak rasa urgent pun bila kawan kawan study, bila kawan kawan rajin buat kerja lab, bila ramai orang dapat A dalam exam, bila kawan kawan busy struggling siapkan clinical requirement? Why me becoming other person whyyyyyyyyyyy

Kena betulkan niat belajar balik :( 
Tak sayang umi ayah dah ke? :( 
Tak nak bagi umi ayah happy dah ke? :( 
Kau gila ke apa Amalia jadi negatif duapulohpatjam sehari? Meroyan hilang laki ke mendee
Wahai diri, sila kutip that 'A' dari segi teori dan praktikal banyakbanyakkkkk pleaseeee

Being an adult changes me a lot. I think one of the solution is being at HOME sebab kat sekolah dulu kita bukan budak asramaa. Tapi cemanaaa wey rumah kita jauhhh eii benci.

Ya Allah tolong aku T.T

Tuesday, 24 November 2015

Buyaaa igee

"Umi, sero nok balik jah krismas nanti. Seminggu lepas tu study week seminggu sero nok balik jugop. Tapi orang lain toksey balik."

"Tok payoh la balik kalu sore gak. Bukan ado orang nok hantar pun gi airport. Lagipun maso tu musim banjir. Tak payoh balik lah."

"Tapi ore duk sore lah sini. Semua housemate balik. Takut duk sore."

"Gi rumoh Nasuha lah kalu duk sore. Tok payoh balik."

"Tok sedap duk rumah orang lain. Sebab barang kito duk kat rumoh sendiri."

Can you imagine? Your mom told you not to come home. Sem ni aku tak pernah balik Kelate lagi. Not even once. Tak tahu nak describe macam mana lagi level homesick aku. Mental breakdown tau tak. Lagi sakit jiwa raga bila housemate orang dekat. Diorang boleh balik setiap minggu. So don't you dare to speak about your homesick to me please. Tahun depan nak serumah dengan budak Kelate. Bukan nak assabiyah tapi at least tak duk sorang macam tunggul kayu dekat rumah sendiri.

I'm 22 already. Teksi ada ja. Tapi umi still tak bagi aku naik teksi sorang sorang. Takkan nak bantah cakap umi. Ajak kakak datang amek aku then balik sekali. Tapi kakak exam masa tu. What should I do? Rasa nak meletup bila bila masa ja ni. Sape sape pun aku boleh sembur bila mood aku macam ni. Hahahahah marah ni marahh

Tengah lecture Prostho. Tapi tak leh fokus. Ok jom fokus balik.

Friday, 13 November 2015

Tale of a Little Traveller

Little ke? Kah

Baru balik dari Beijing. Lebih kurang seminggu yang lalu. Educational trip for a week from 1 November to 7 November. Program wajib pelajar tahun 4 setiap tahun. Tahun ni giliran batch kami. Tapi tanggungan majoriti duit sendiri -_-

Bila orang tanya best ke tak Beijing? Bagi aku tiga hari first je bole tahan best. Lepastu hambar ibarat daun pokok gugur di musim luruh. Meh nak story mory sikit. 

1 November bertolak ke Beijing, flight pukul 7 malam. Perut meragam hari tu sebab dua hari duk makan banyak Baba ngan Mak Siti belanja. Indigestion rasanya. Dalam flight pulak dia bagi makan 2 kali. Dinner dah nasi, supper pun nasi. Loya tekak atas flight tu huuu


2 November. Day 1 lah bak kata iger hipster. Sampai Beijing pukul 2 pagi lebih. Berkenalan dengan tour guide nama Michael, orang China yang bole cakap bahasa Melayu. Mula-mula kata berkumpul pukul 9.30 pagi. Memang semua orang bukak whatsapp dalam tido pun, aku ngan Yaya je tak normal tak bukak whatsapp masa tido, so selamba je nak pergi breakfast pakai baju tido. Nasib baik terserempak dengan beberapa kawan dekat lif.

"Eh kenapa korang dah pakai lawa lawa? Baru pukul 8."
"Korang tak bukak whatsapp ke? Kan kena berkumpul pukul 8.30."

Maka terlepas la breakfast di hari pertama. Tak sempat mandi wey, harap mandi pukul 2.30 pagi masa sampai tu je harhar ok la tu kannnn, kan musim sejukk

Ok. Penat la nak tulis. Biar gambar berbicara :3

Day 1




Day 2






Day 3








Day 4





Day 5



Nampak tak semakin nak balik semakin sikit gambar? Sebab akhir-akhir tu dah tak berapa best. Tempat melawat pun banyak shopping ja. Kita mana suka sangat shopping ni. Barang pun mahal. Dan suhu sejuk sangatttt. Suhu paling rendah 1 darjah celcius. Hari last tu turun salji. Malam-malam nak tido pun sejuk, lagi-lagi heater tak berapa jadi. Masa tu memang rindu negara sendiri haha. Satu lagi rindu makanan Malaysia. Makanan dekat Beijing banyak sayur terutamanya lada benggala, dan majoriti makanan masinnn. Nak jumpa ayam dalam lauk diorang potong kecik-kecik, tak berapa puas. Daging dan seafood memang tak dak nampak langsung. Tak berapa hepi la tastebud aku dekat sana.

Tapi yang paling tak suka tandas takda paip. Mula-mula tu macam tak boleh nak terima paip takda, kena bawak botol kosong isi air dekat sink kat tandas haha. Pengalaman macam ni mana lagi nak dapat wey. Ada cleaner marah pulak kitorang guna air, basah lantai toilet, marah kot bahasa Cina pulak tu, ingat kitorang faham kot entahla. Kitorang buat bodo je la. Kalau amek wudhu dekat sink of course la basah lantai dan kawasan sink tu sikit alahai. Merah muka diorang marah dan membebel. Nasib baik diorang tak pukul kitorang dengan batang mop huhu

Ada satu lagi cerita best. Tentang John laknatullah. Eh. Haha. Macam ni ceritanya. Hari last tu tour guide ada bawak kitorang pergi kedai Pearl dan Jed. Pearl yang bulat warna putih yang duk dalam tiram tu. Dekat situ tetiba tour guide tak masuk sekali. Pekerja kedai bawak kitorang masuk satu bilik, cerita pasal pearl ni. Tapi diorang guna bahasa isyarat sebab katanya tunggu guru yang reti bahasa English datang. Pelik jugak kenapa si Michael tak masuk sekali, boleh dia jadi translator. Tempat lain dia ada sekali. Pastu masuk lah si John ni yang reti speaking omputeh sikit. Dia kata dia anak tauke kedai pearl tu. Tengok pakaian dia memang nampak macam anak tauke. Oke la. Then dia cerita dia baru habes study pasal jed. Dia pun cerita lagi pasal dia ada problem dengan ayah dia. Ayah dia suruh teruskan legasi kedai, tapi John kata dia tak minat.

Dalam hati kita, "Wow macam dalam cerita Korea, tak sangka wujud cerita macam ni."

John ni suka buat lawak, dan dia kutuk peniaga dekat tempat lain, dia cakap semua tipu je pasal jed tu, jangan percaya. Maka ramai la kawan-kawan aku duk kata "Jujur la dia ni." Habes semua duk bercrush dengan si John, tapi aku tak lah not my tastee haha.

Jeng jeng jeng lepastu John suruh pekerja dia ambil satu kotak cincin pearl, dia kata nak bagi free sorang satu dekat kitorang sebab kitorang layan dia dengan baik. Muka pekerja-pekerja dia sangat la pandai buat reaction, semua terkejut dan tak bagi John bagi free. "But this is 100 yuan per unit," kata pekerja ituu. Kitorang lagi la duk berwowwow sebab dapat benda free. Hahahahaha lawak balik kalau ingat. Dia bawak kitorang masuk satu bilik lagi, dia kata jangan beli sebab harganya mahal. "This is not business. They are my friends," pesan John kepada pekerja dia. Semua duk angguk.

Dekat bilik yang penuh dengan cincin, gelang, dan rantai tu John tetiba kata dia nak turunkan harga special untuk kami. dari 2800 yuan jadi 400 yuan. Rantai loket pearl tu pulak dua 100 yuan. Apa lagi semua macam semut duk hurung pekerja John berminat nak beli benda tu. Aku ajak Yaya pergi toilet sebab not my taste la gelang rantai bagai ni, tak pernah rasa nak pakai pun lol. Tapi tak sangka pulak lamaaa gilaaa dekat situ. Aku pun try la jenguk-jenguk apa benda diorang duk khusyukk sangat duk pilih. Tengok loket pearl tu macam cantik pulak, 50 yuan je satu. 50 yuan bersamaan RM30 la lebih kurang. Maka aku beli lah untuk diri sendiri, Yaya beli satu. Duk fikir pasal umi kakyong kakak semua macam aku mana pernah nampak diorang pakai rantai ni, tak jadi la beli untuk orang lain. Nampak cincin 20 yuan, aku beli la satu untuk umi. Orang lain borong kot, ada beli empat lima enam rantai gelang satu. Ada sampai habes 1000 yuan dekat situ.

Lambat sangat tunggu diorang duk shopping, aku keluar awal, alang-alang main salji. Tunggu Yaya, dia kata nak amek gambar dengan John dulu. Mikin pun sama. Pffff. Nasib baik ada Khairine kat luar bole la duk tangkap gambar. Tapi sejuk sangat salji nihh so aku masuk bas, lama la jugak tunggu si Yaya Mikin yang tak habes dengan John diorang. Dalam hati,"Tengok-tengok John bukan anak tauke baru nanges semua lol." Naik bas pun duk dengar orang lain duk cakap pasal John. Dekat tempat seterusnya pun tak habesss pujiii John John Johnnnn

Ingat ada sorang kawan kata,

"Bagus la John ni, ayah dia pun bagus ajar John macam tu." 
Aku balas,"Jap. Kenapa korang percaya dia kata pearl dia ori, dan korang fikir kedai lain salah? Haha."
"Tak dengar ke dia cakap tadi cara tau pearl tu ori bila gesek sesama pearl keluar serbuk macam ni," diorang duk gores pearl sesama sendiri then keluar serbuk putih.
"Tengok-tengok ayat tu dia tipu ja. Hahahahaha"
"Eh tak lah. Kalau dia tipu boleh jadi penipu terhebat di dunia," jawab dia dengan yakinnya.

Ok fine. Maka balik lah ke Malaysia malam hari kelima tu. Alhamdulillah sampai Glenview tengahari 7 November :)

Terima lah satu whatsapp dari Ain, link website tentang drama di kedai pearl Beijing. Blogger tu duk pesan hati-hati bila pergi Beijing. Tour guide banyak menipu sebab diorang dapat komisyen dari kerajaan bila pelancong beli di kedai-kedai kerajaan diorang. Semua kedai yang kami pergi, kedai jed, bamboo, silk dan pearl semua kedai kerajaan. Tapi gambar anak tauke dalam blog tu bukan John yang kami kenal tapi orang lain kahhhh. Drama diorang ni dah bertahun diorang guna tapi tak tersebar luas jadi masih diteruskan hingga ke hari ni. Aku gelakkkk je sepanjang baca website tu. Pastu ramai duk mengamuk dekat grup whatsapp sebab crush diorang penipu terhebat di dunia HAHAHAHAHHAHAHA joke of the year la wey. Tapi aku pun beli jugakk so tak leh nak gelak mana. Nasi sudah jadi bubur. Tak kan nak pi Beijing lagi semata mata nak pi tonyoh si John tu kannn, redha je lah. Rupanya pearl diorang jual memang ori tapi low grade sangat. Bukan gred A yang dikatakan oleh John yang kononnyaaa anak tauke lol. Harga pearl yang kitorang beli bole dapat jauh lagi rendah di kedai mana-mana. Kalau kat Malaysia rasanya harga belas-belas ringgit je kot sebenarnya.

Nasib baik weh beli dekat kedai pearl ja. Ada kawan kita beli di setiap kedai yang disebut tu, bila dah beli baru tau kain silk tu sama je dengan kain biasa, kain lap bamboo tu tak hilang pun kesan dakwat kekal sebab yang diorang demonstrate dakwat sementara, jed tu bole dapat harga murah lagi dekat kedai biasa, dan macam macam lagi lah penipuan orang kafir ni.

Ok panjang pulak membebel. Maka berakhirlah educational trip kami yang sangat educate kami bahawa jangan percaya dekat peniaga negara sanaaa. John is everywhereee. Beli dekat Malaysia je laaa

Olaaa

Saturday, 10 October 2015

Just .

   "Orang tanya gelak pulak. Betul ke nak jadi Dr ni?" Dr tanya bila aku tak boleh jawab soalan dalam klinik.
   
   Aku hanya tersenyum dan mampu ketawa. Aku tak reti menipu. Itu kelemahan aku. Soalan tu aku tahu sangat jawapannya. Cuma takkan nak bagitau Dr pulak kan. That's why aku tak jawab. Kalau aku jawab confirm aku menipu.

   Bila junior mintak nasihat, kita selalu pesan "Masa ni lah kawan penting. Support kawan tu penting. Kita nak naik tahun sama-sama, nak graduate sama-sama."

   Kelakar kan? Sebab kenyataannya depan kawan-kawan sendiri kita macam hipokrit pun ada. Selalu gelak, macam takde masalah, selalu gosip, selalu gurau pasal crush. Kawan sepatutnya ada di waktu senang dan susah. Tapi selalunya waktu senang je kot share dengan kawan-kawan :) Dan aku perasan bila jadi gedik, baru la ada benda nak sembang dengan diorang. Balik kelas masing-masing dengan komitmen masing-masing. Semua dengan gadget masing-masing. Hujung minggu semua pakat balik. Except me. And then I'm becoming more and more introvert. Katil jadi kawan baik. Tempat tadahan hujan when things go hard. Even the roommates don't know about my homesick. Bila busy boleh lari dari perasaan nak balik tu, tapi bila hari cuti, bila semua orang balik, you don't know how hard me struggling alone. I cannot act like a strong person anymore because there is no one around to show off. Bila ada orang takkan kita nak tunjuk kita lemah, ye dak? I miss Yan Affaf Adnin. Those who I can cry in front of them whenever I need someone beside me. Those who I can share about feeling being away from home. Sebab kami semua orang jauh. Roommate tak berapa jauh ni dua minggu tak balik dah bising nak balik. So how can I tell them?

   Things are not well. Almost two months started clinic for this semester, my requirement is in static. No restoration be done, neither Cons nor Paeds. No new patient with many cases. Denture patient is still in review stage. No new patient for denture. No patient for root canal treatment. Haven't start any treatment in Perio. And I'm struggling alone. My family doesn't know. They can't know. Even cannot call umi dan ayah. Hearing their voice just make me wanna cry like a baby. The roommates don't know. The friends also don't know. Gwaenchana. Everybody has their own problem.

But you do know. I am telling you this. Keep it as a secret, please. Because I am a strong girl in a big world :)

Two years more. Insya Allah everything will go fine. Allah ada.

Saturday, 3 October 2015

Yeoja .

Pompuan ni unik macam alien. Dia pun tak faham awat dia jadi lagu tu. Aku tak tahu orang lain cemana tapi mood swing aku unpredictable sungguh. Bole imagine dak masa tengah2 lecture CD, Dr duk ajar pasal biostatistic, aku duk teresak-esak nanges. Maybe histogram, frequency polygon bagai tu ibarat drama melankolik untuk jiwa aku. Air mata tak stop pulak tu. Naseb baik duk belakang. Sahre kat sebelah pun tak nampak rasanya kah.

Ada satu ketika tu jadi nak marah orang tetiba. Masa tu mulut jadi diam tak cakap apa2. Macam alien kan? Aneh zzzzzzz

Pastu bila mood elok cakap banyak sangat pulak. Bila semua geng mood baik lagi lah. Macam joyah semuanya duk bercerita.

Satu lagi duk insecure tak sudah. "Cantiknyaaa." "Lemah lembutnyaaaaa." "Kurusnyaaaaa." Nampaknya kena tunggu ada suami la kot, bila ada orang adore kita baru hilang insecure nya. Maybe. Kot. I kata kot ye.

Kita yang perempuan sendiri pun tak faham kaum kitorang, apatah lagi lelaki yang selalu cakap tak faham pompuan lol

Weh tengah boring niiii. Semua roommate balik. Nak balik gakk. Pakwe pun tak mesej sakit pulak hati kita kahh k tipu ja, mana ada pakwe kbye

*Buat Nasuha silent reader yang setia jangan duk quote ayat blog orang sangat lah. Buat ayat sendiriiii pleaseee hahaha

Sunday, 27 September 2015

Geumanhaja .


Hearts are complicated. They are difficult to be solved and I don’t know how. Prayer is the best way to solve it. But it’s still blank and something is off. Maybe my good deeds are inadequate, I don’t know. I am not waiting, my heart is. I did my best and I am still doing my best. There are multitrillion people in this world, whyyyy does it feel like it is tied tightly only at that place, which I don't know whether it might be or might not be its true place. 3 years are not a short period, somehow I am a little bit tired from being like this all the time. 3 years or maybe more idk. Maybe for you this is a playground, but to me it is something I should think of. It is quite bothersome sometimes. What can we do, dear? We cannot read the future. It is not my intention to think and be bothered by this thing but still I can’t control my own heart. I think all people around who are supporting us together put me in a more awkward position. I don’t understand this situation. It is blurry. 3 years are enough dear self. I should stop. That’s not my place. I should. Seriously. 

Tuesday, 22 September 2015

Rindu .

"Ingat tak masa tamhidi dulu kita mana dapat lecture note. Biology baca buku, setiap minggu kuiz. Sekarang buku pun takde."

"Itula. Math belajar guna projector ja. Chemistry pulak Madam suruh salin nota. Fizik pun sama"

"Sekarang masuk lecture, tengok slide, yang masuk dalam kepala 10% ja kot. Sebab tahu dapat hardcopy lecture note boleh baca sendiri nanti."

"Student sekarang tunggu kena suap ja. Tak usaha sendiri."

"Kita lah tu. Hahaha"

Rindu zaman tamhidi. Zaman tak bergantung kepada gadjet dan teknologi. Zaman takde smartphone. Zaman rajin study. Mana diri yang lamaaaaa :(

Hari ni kelas takde dari pukul 8 pagi sampai 2 petang. Rare. Takde kelas boring pulak hahah

Ok tahun ni kita tak balik raya haji. Jumaat ada klinik. Raya di perantauan je lah. Sobs

Thursday, 17 September 2015

Saض

Hati kena sado. Tapi nak jadi sado tu banyak exercise dan perlu masa yang panjang baru lah jadi sado. Ingatkan boleh rehat sikit sejak masuk year 4. Rupanya sebaliknya. Klinik setiap hari dah macam rutin harian, dah macam doktor betul. Minggu ni semua klinik aku jadi operator. Penat jugak walaupun assistant lagi penat berlari amek instruments. Jadi operator ni kena kuat mental. Kena tiptop ilmu baru lah bole jawab soalan-soalan supervisor. Dr kata dah year 4 tak sama dah dengan year 3. Student year 4 ni sepatutnya tahap yang bole buat discussion dengan Dr, bukan hanya dapat arahan dari Dr, yang hanya ikut macam robot. Kena berubah ni. Kena beli reference book banyak-banyak. Bukan bergantung kepada lecture note ja. Google drive kelas rosak sikit, dah tak leh access lecture note kesayangan. Sikitnya usaha nak timba ilmu. Nanti graduate semua keputusan kat tangan kita. Mana ada Dr lagi nak supervise. Kita yang kena urus semua benda. Nak pakai material apa, nak guna teknik apa, prosedur apa T.T

Setiap hari mengeluh panjang. Banyak kali jugak nangis tak tentu pasal. Adoi. Dah year 4, sikit lagiiiii Amalia. Tak baik mengeluh, takda gunanya, belajar biasa la tu ada up and down, kena bersyukur Allah izinkan kita isi masa lapang kita dengan benda bermanfaat. Moga-moga boleh sumbang something kepada ummah kelak :) Rasa matured pulak :3

Btw, a piece of advice la nak bagi sikit, peringatan untuk diri sendiri jugak yang selalu bad mood tetiba kahkah. Bila kita rasa down or penat cemana pun, jangan layan kawan macam sampah please. Orang senyum kita senyum. Orang tanya jawab lah walaupun sepatah. Jangan buat orang rasa bersalah tak tentu pasal. Eh kasar sangat ke macam sampah hehe. Sebab dia buat tak heran bila orang tanya macam kita ni takde nilai hmm. Bukan sahaja tak jawab soalan, pandang pun tak. Nak kata suara perlahan dia tak dengar memang tipu la kan. Tahu ayu tapi takda la kita seayu tu hoho. Semua orang penat. Semua orang sakit kaki. Kot. Ni tak sure. Tapi aku sakit kaki la jugak. Sebab gemuk kot. Kaki kecik ja saiz 3.5, tapi kena tampung body weight yang beghaattt ni, opekoss lah kaki mudah lenguh. Nilai berat tak leh mention kat sini lol. Normal la penat. Semuaaa penaattt. Sape tak penat tu memang sado la tu nak buat cemana. Sampai rumah rehat, tido lah lama mana pun sampai pagi besok pun takpa, tak kesah. Bukan ke senyum itu sedekah, comey apa senyum. The most handsome and most beautiful face is when someone wears his/her smile :) Cair kita tau. Ikut la ikhlas ke tak, tak kesah jugakk. Sebab tu aku suka gelak, sebab rasa comey ja gelak, harhar terrr riak pulak kbye

Nak buat post ni drama air mata senanya tapi muka nangis buruk wey jangan imagine please

Sunday, 30 August 2015

Tips for 3rd Year juniors. kah poyonya :p

Hai :

Oke hari ni kita nak tulis pasal tips jadi budak dental 3rd year. Takdela tips sangat tapi nak cerita pasal 3rd year macam mana ja sebenarnya heheheh

Awal-awal 3rd year selalunya musim competency test. Practical exam benda yang selalu korang buat dalam optech tu. Buat rilek ja. Buat macam dalam optech, jangan gelabah. Competency test EnD, cons, endo, amek impression, dan lain-lain. Banyak test tapi yang paling penting korang bole build up teamwork dengan partner masing-masing. Fail pun takpa, ada masa untuk repeat competency test. Buat betul-betul, fikir macam hang tengah buat procedure tu untuk patient. Akak masa test ni nervous takyah cakap la, tapi paling spoil posture dekat dental chair. Selalu ja doktor datang dan tegur posture kena tegak, nanti sakit belakang. Susah nak buat indirect vision. Sampai sekarang tak mahir lagi huhu

Preparation untuk klinik pulak, banyakkan doa supaya Allah datangkan compliant patient untuk kita. Patient yang senang datang dan tak buat alasan untuk tak datang appointment. Allah je yang tentukan siapa dan macam mana personaliti patient tu. Tapi kalau dapat patient yang kurang compliant pun tak susah, boleh kita belajar cemana nak handle patient tu, ye dak? Experience is the best teacher :)

Then, atur jadual klinik dengan partner. Minggu ni minggu hang, minggu depan minggu aku. Beli planner, set kat situ bila klinik korang jadi operator, bila jadi assistant. Pastu tulis besar-besar nama patient dekat tarikh yang korang set appointment. Call patient paling lambat seminggu sebelum klinik tau. Pastu ingatkan balik dua hari or sehari sebelum klinik. Ramai je patient yang cancel hari appointment, itu memang kita takleh buat apa, mintak outpatient je lah, itu pun kalo ada. Nasib masing-masing hehe

Dah pasal klinik, akademik pulak ye. 3rd year ni takde apa selain tahun general medicine dan general surgery. Tahun ni korang boleh rasa jadi medical doctor tu cemana. Habes kelas, pi hospital, clerk patient, belajar cara examine patient. Seriously akak paling tak suka part ni lol. Segan nak check orang huhu. Korang jangan jadi macam akak ye. Clerk dan examine la seramai mungkin. Kalau segan, jadi la macam akak, clerk dua tiga orang patient je sepanjang setahun belajar, sikit je ilmu dan pengalaman akak dapat. Masa physical exam final pun terpinga-pinga nak buat respiratory examination =.= Nasehat kita dekat korang, beranikan diri bila doktor mintak volunteer, then kuatkan fizikal dan mental korang. Memang penat sangat tahun tiga ni sebab selalu ulang alik hospital. Kadang-kadang nak kejar OT lab prostho, lepas bedside teaching dekat hospital pun rela balik kampus semula nak buat kerja lab. Kelas kat hospital pun sampai malam kadang-kadang sebab ikut jadual doktor kat sana. Tapi jangan risau sangat, penat pun boleh hidup lagi. Kawan-kawan akak pun ramai suka subjek GM GS ni. Dah rindu dah diorang dengan subjek ni. Tapi akak tak lah hoho

Kerja lab ortho dan prostho jangan lupa. Kalau bole bawak balik, bawak balik lah buat kat gv. Takde la slow macam akak huuu. Buat senaman tangan bagi lembut tangan korang buat wire bending ortho ye. Luka masa wire bending biasa la tu, korang sado kan :)

Yang paling sedih pasal 3rd year nih, takde masa sangat nak study. Weekend je kot masa free. Tu pun selalu ada kelas ganti. Hari sekolah biasa bila dah penat memang balik tu tido lah kejenya huhu. So dalam kelas jangan hilang fokus. Jangan tido dalam kelas, tahan ja ngantuk tu sampai tiba masa tido atas katil kat gv. Dalam kelas je korang sempat belajar betul-betul. Jangan jadi macam akak yang kurang fokus nih, C beratur la dalam result dental subject korang nanti T.T

Ok apa lagi ye haha. Tu je lah kot. Kalo kita teringat pape nanti kita tambah yeee

Tahniah semua lulus pro exam year 2. Welcome to clinical year. Good luck korang ! :3

Thursday, 20 August 2015

Jentik sikit .

Hai. Private kejap sebab saja buat2 macam dah delete blog. Nak tengok orang ingat kita lagi tak bila kita kata kita delete blog. Hoho. Emosi tak stabil sebab entahlah hati ni tak reti kawal perasaan sangat.

Hari ni dapat result pro exam tahun 3. Alhamdulillah lulus, boleh teruskan pengajian tapi serius pointer dan ranking dalam kelas jatuh tergelincir jauh gila. Jatuh 14 anak tangga. Tak kisah pasal ranking senanya sebab yang penting semua orang pass semua orang boleh naik year. InsyaAllah kengkawan yang bakal resit paper minggu depan dapat lepas semua. Cuma sedeh kot bila ayah tengok result kita huhu. Bukan tergolong dalam top10 batch lagi. Lagi-lagi hampir separuh subjek dapat C berderet. Hmm.

Takpe Amalia. Kata someone, bukan selalu kita boleh duk dekat atas. Kena ada jugak orang yang duduk di bawah. Biar kita semua sama-sama dapat rasa cemana duduk dekat atas dan cemana duduk di bawah. Mungkin kita rasa effort dan tawakkal kita dah tinggi, tapi kita mungkin lupa ada kuasa lagi besar boleh takdirkan semua benda :) Effort aku sepanjang semester mungkin sangat kurang cuma study last minute macam biasa. Lagi-lagi takde study week. Allah jentik hang sikit ja ni nak bagi ujian dan peringatan. Alhamdulillah. Bukan Dia buat kau fail pun kan Amalia.

Buat adik-adik junior, study leklok. Be strong. Tahun 1 dan tahun 2 memang bole honeymoon tapi beware jugak. Tahun 3 memang sibuk tapi seriously markah klinik tinggi tau. Merangkumi 20%. Stabilkan theory dan practical. Akak ni patient ramai yang selalu fail to attend. Itu yang effect markah klinik sikit. Subjek klinik yang boleh skor masa sem 1 habes semua jatuh untuk pro ni. Sebab sem 1 tak masukkan markah klinik lagi. Markah lab ortho pun effect markah theory ni rasanya. Macam biasa la kerja lab teruk sikit. Takpe kita belajar kan? :) Untuk general surgery maybe sebab long case hari tu dapat dokter yang mahal markah. Group kitorang semua dapat bawah 30 per 50. Tapi group dengan dokter lagi satu majoriti 40 per 50 ke atas. So nasib korang la. Doa lah semoga Dr buka hati dia bagi markah banyak. Haha. Kalau nak tips dari akak mintak ja, nanti iolls buat entri tips untuk uolls harhar

K tu ja. Thanks sebab sudi lawat blog buruk ni lagi. Heee btw kita dah deactivate twitter. Sebab selalu sakit hati. Lagipun selalu tweet ja study ke laut. Kan dah year 4. Hmmm

Monday, 3 August 2015

Hmm

Nak cerita benda gedik sikit, jangan baca, buang masa kah. Aku ada seorang kawan. Dia pernah kecewa. Lelaki tu macam mempermainkan dia. Pastu kan dia jumpa orang baru. Sekarang dia takut nak rapat lama-lama sebab takut jadi macam dulu punya. Maka meroyan la dia setiap malam. Antara yang jadi mangsa dengar dia meroyan aku la hahahahaha. Aku tak tahu la weh. Kalau aku, tanya terus laki tu nak serius tak. Kalau dia kata tak ready ke tak prepare lagi ke maksudnya dia tak nak serius la tu. Ye lah takkan dia nak cakap direct dia tak nak serius dengan hang ye dak? Mesti berlapik sikit. Kawan aku kata dia malu nak tanya. Aku offerkan diri nak tanya lagipun aku pun dah friend facebook dengan laki tu senang ja tanya, tapi dia tak nak zzzz. Pastu duk melayan je la skang. Duk main hint hint tu camtu ja. Tak ke mana pun duk berhint nih. Takut kita ja yang salah interpret hint, naya. Penat duk dengar orang meroyan ni sebab geram hahah. Dah la dia bukan jenis ada hobi, tak tengok cerita korea, baking pun tak suka, maka kerja dia fikir pasal benda ni je la. Tapi rasanya kalau dia dapat jawapan bukan boleh buat apa pun sekarang ni. Kena habeskan study dulu. Bukan laki tu bole masuk minang hang skang pun lol. Itulah pompuan. Fikir banyak. Aku pun dah penat fikir. Fikir negatif je tau pastu menyusahkan diri sendiri. Sebab dah ramai sangat kawan sebaya kawen so kerja syaitan apa lagi duk sibuk duk cocok kita. Setiap kali nak move on mesti gagal. Setiap kali nak jauhkan diri mesti kita yang meroyan. Susah jadi perempuan. Laki apa tahu huuu. Takpelah. Doakan lah semoga dia dipercepatkan jodoh boleh lah kita makan nasi minyak lagi :)

Tuesday, 21 July 2015

Potpetpotpet

Don't mock someone on his/her look. Aku pantang benar. Walaupun tak cakap depan2, cakap dekat social media ja, still avoid it please. Gemuk. Perkataan ni paling pantang huhu. Sebab aku gemuk memang mudah terasa. Walaupun ramai cakap aku dah kurus, tapi aku still rasa aku gemuk dan aku pernah gemuk betul sebab tu la sensitif sikit. Jangan duk kata anak orang gemuk ke apa sebab hang tak tau Allah boleh balas balik apa yang kau cakap. Badan kurus kau sekarang tu tak ke mana pun. Lepas kawen potensi besar nak gemuk. Anak kau pun kau tak tau gemuk ke tak nanti. Kau belum tau baby kau sendiri nanti jenis merengek nak susu 24 jam ke apa. Jangan duk kata kat anak orang, tak baik. Adam besar so aku tahu macam mana perasaan orang kata anak buah aku gemuk. Belum lagi perasaan mak dia sendiri. Besar or sihat oke lagi. Tapi gemuk atau buncit memang jangan guna wey. Karma will hit you back. Sama la macam duk kata hang kurus ke apa, macam mana perasaan orang yang berisi betul kalau dia baca status tu. Kita ada kawan yang selalu cakap dia huduh la, tak cantik la, bila nak amek gambar selalu dia lari. Semua sebab kata-kata orang lain yang buat dia rasa inferior. Orang duk set mindset yang cantik tu putih, kurus, mata besar. Aku tak perasan pun aku berubah tapi raya ni ramai sangat sedara mara dan jiran yang puji aku cantik la sekarang makin putih, bukan nak perasan tapi sentap ada lah, huduh sangat ke aku dulu? Buruk sangat ke kalau gemuk dan hitam? Mentaliti orang. Sedihnya. Aku rasa aku takde la putih tapi aku pakai BB cream sikit lipstick merah sikit. Sebab tu facial contour aku naik sikit. Cehh ahaha sorry ada unsur riak sikit. Jangan perasan sangat bila kau putih maybe kau muka tua, jangan perasan bila kau kurus maybe kau sebenarnya keding, jangan perasan sangat bila kau cantik pakai makeup sebab bila bersihkan makeup tu sama je dengan orang lain. Senang cerita jangan pandang rendah kat orang la. Jangan duk jaja kelebihan diri dekat social media sangat. Aku jaja sikit pasal aku tadi sebab nak bagi contoh kahkahkah lagipun ini semua duniawi dan sementara haktuihh

Nak cakap pasal karma ni. It really happens tau. Dulu ada orang duk kata benci orang couple ni macam mana la bole duk ngadu dekat boyfriend 24 jam, murah la apa la, memang betul tapi cara kutuk kau tu macam yakin sangat hang takkan buat benda sama. Tengok tengok dah couple sekarang ni. Dah tahu salah tapi still buat. Jangan cakap "I love you" dekat mana2 laki sebelum korang kawen. Kau yakin macam mana yang dia tu memang orang yang bakal kau kawen? Tak elok. Mahalkan sikit "I love you" hang tu. Aku pun menyesal jugak buat manja dengan certain orang yang aku suka. Tak pernah cakap "i love you" pun tapi kadang-kadang tergedik la jugak, jeles tu tak yah cakap la lol. Lagipun dia pun concern pasal aku. Tapi bila tengok dia bukan layan aku sorang je macamtu aku rasa baik aku jadi brutal dengan semua orang. Kesian suami aku. Aku tak nak laki aku nanti layan orang lain. Same goes to him mesti dia tak nak aku layan laki lain. Salah sebenarnya assume yang orang tertentu tu bakal kau kawen and take care of him as your partner awal-awal. It's wrong. Buat rilek sudah. Ada jodoh ada lah takde jodoh ada orang yang lebih baik untuk diri masing-masing. Just keep praying.

Ok dah penat membebel. Memang ayat sentap sikit so nak mintak maaf zahir dan batin. Selamaaaaat haaaaariiiii rayaaaaaaaa


Tuesday, 7 July 2015

Bye 3rd Year !

Alhamdulillah tamat sudah tahun tiga. Boleh lepas nafas lega sepenuh-penuhnya. Takyah tahan dah. Alhamdulillah dah habes tahun terbusy as a dental student huhuhuuu. Semoga semua lulus dengan cemerlang, takde orang kena repeat dan semua masuk 4th year sesama insyaAllah :')

Tahun 3. Seriously the most toughest year everrrr. Tengok aku cerita kat blog pun boleh tahu macam mana kekusutan sepanjang tahun ni. Setiap post pasal emosi tak stabil ja haha. Ya Allah memang bersyukur sangat dah lepas semua tu. Macam tak percaya pun ada. Setahun yang paling banyak nanges. Setahun yang paling banyak kali nak give up. Setahun yang paling penat setakat ni. Setahun yang paling banyak kali rasa nak berhenti. Setahun yang paling bole kenal kawan-kawan kita macam mana. Yang paling penting setahun yang paling banyak belajar pasal diri kita. Kita boleh tahu diri sendiri ni penakut dia tahap mana, manja dia tahap mana, kental dia tahap mana, kuat dia tahap mana. Kalau sebelum ni selalu struggle dengan study, presentation, lab simulasi main dengan patung, tahun tiga ni kena pandai belajar adapt diri berhubung dengan ramai orang yang tak pernah kenal. Culture shock pun ada. Dalam hati memang sangat meronta nak keluar dari sarang ni. Tapi bila tengok balik semua tu perangai malas dan penakut sendiri yang lebih. Macam mana la nak ubah diri jadi berani sikit aku pun tak tahu. Masa exam klinikal masa tu ja adrenaline rush aku tinggi sikit bole pulak jadi berani sekejap. Tak faham jugak lol. Macam kakak cakap la, aku ni mengadu memang kalah budak kecik cakap tak nak buat bagai, tapi masa kena buat tu aku buat jugak. Kena percaya diri sendiri kot. Kena pujuk diri lebih sikit. "Sabar, sejam ja duk dengan patient tu pastu tak dah." "Sabar minggu ni ja, minggu depan dah bole balik." "Sabar, lima tahun ni ja nanti kawen kurang sikit kot rasa nak memberontak." Oops kahkah. Macam tu la lebih kurang cara pujuk diri sendiri. Nak harap orang tolong pujuk memang tak ah lol. Lagi dua tahun! Kena kejar requirement klinik zzz. Aku amek masa nak adapt dengan suasana baru lama sangat masa tahun tiga ni. Requirement klinik macam banyak gila lagi, berderettt lagi nak penuhkan. Takpe doa bebanyak. May Allah ease our path. Semoga semua dapat graduate sama-sama tahun 2017 nanti insyaAllah. Go 6th batch go !

Ayuh kejar 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat je dia berlalu. Exam saja dah tiga minggu lebih :(
Jom fokus buat amal banyak banyak, doa banyak banyakkk insyaAllah sempat lagi manfaatkan bulan mulia ni ameen ^^

Yeay esok balik Kelate. Cuti ni nak hibernate kot sikit. Bye bloggie for a time being :)

Sunday, 21 June 2015

!

"Susah la nak start study. Aku try baca tapi tak masuk-masuk"
"Ce check diri balik. Maybe kau ada buat salah kat Allah. Taubatlah."

Makin sibuk kita mengejar urusan dunia, makin jauh kita dengan Allah, makin jauh kita dengan mak ayah. Sedarkah kita setiap hari asyik duk fikir pasal klinik, assignment, hospital, exam, dan sebagainya. Umi whatsapp tanya hari ni makan apa? Balik kelas malam tu baru sempat balas. Ayah tanya Yuyu hari ni bukak puasa dengan apa? Nak ikan merah masak gulai ke nanti ayah hantarkan? Walaupun ayah just bergurau, tapi maksudnya ayah ingat pasal aku. Aku pulak terlalu sibuk dengan urusan dunia, lupa tanggungjawab sebagai anak. Ya Allah, betul ke jalan yang aku ambil ni? Kenapa aku rasa aku makin jauh dengan orang yang sepatutnya aku dekat? Kenapa aku terlalu taksub tentang hal dunia yang sebenarnya tak bawak aku ke mana pun. Redha Allah terletak di bawah redha umi ayah. Aku pernah dengar ustaz cakap Allah ukur keberhasilan orang tua mendidik anaknya melalui tiga benda. Allah akan tanya mak ayah kita kelak. Pertama sudahkah anakmu mentauhidkan Allah atau tidak? Kedua adakah anakmu melakukan syirik kepada Allah? Ketiga adakah pendidikan yang kamu beri kepada anakmu membuat anakmu taat kepada Allah SWT? Dentistry. Kalau fikir balik dalam sehari berapa kali kita ingat Allah atau berapa kali kita ingat kerja duniawi, study, esaimen, klinik bagai tu? Nanti ayah umi yang kena bertanggungjawab :( Sudahkah kita menjadi anak yang baik kepada mak ayah kita? Tepuk dada, tanya iman sendiri. Allahhummaghfirlana dzunubana wa liwalidaina warhamhuma kama rabbayana soghira.

Friday, 19 June 2015

Kun .

Bila Allah kata itu bukan rezeki kita, maka benda tu memang bukan rezeki kita :)

Pagi tadi Dr cakap awal tahun 4 kena jugak ada patient untuk case single canal rct. Cari la sampai jumpa. Usaha lah macam mana sampai dapat. Macam macam kepala fikir. Aku kan selalu jadi antara orang yang paling lambat buat kerja klinik. Jadi hati aku terdetik macam mana kalau nasib aku tahun depan sama je kurang bertuah macam sem ni. Hm. Allahualam. Selepas kelas, aku keluar kelas pastu terlihat sorang kawan tengah tanya Dr pasal patient dia. Rupanya tentang patient cons dia yang aku bagi dia masa dia takde patient cons dulu. Masa tu aku tengah tunggu borang waiting list patient aku hantar belum dapat, then aku tanya kawan lain ada patient lebih tak, ada sorang bagi aku patient dia. Aku amek patient tu dan telfon makcik tu kata berminat. Sehari selepas tu, dapat borang waiting list. Patient aku dah ramai masa tu then aku offer dekat orang lain patient yang baru aku dapat tu. Then aku bagi la dekat kawan yang aku cerita tadi. Rezeki dia. Berbalik kepada cerita hari ni aku dengar Dr kata pada dia "so awak boleh buat rct untuk dua2 gigi. dan awak dapat dua crown." Terkilan kejap. Sebab patient yang aku amek instead of patient yang ada 2 case rct tu, aku panggil makcik tu 2 kali fta then aku terminate camtu ja. Patient yang aku bagi kawan pulak compliance and has rct case. Rasa tak apa yang aku rasa? Kurang bertuah kan aku? Mungkin sebab aku tak ikhlas belajar kerana Allah. Allahu. Dulu pun pernah dapat patient cabutan yang ada kes rct. Tapi aku tak tahu pulak kita bole amek outpatient yang ada kes rct jadi patient kita. Dah hantar folder baru tahu huhu. Allah kata dia pun bukan rezeki aku. Mungkin belum masanya Allah nak bagi. Rezeki kita Allah yang tentukan.

Minggu lepas pun sama. Mikin tengah cari assistant untuk klinik cabutan gigi. Hari tu mood tak baek sikit sebab banyak kerja tak siap. Aku tolak offer Mikin dan kata hari ni kita nak buat twinblock nak duk lab ja. Sebab keselfishan aku, Mikin masa tu cabut 5 gigi sekaligus. Kalau aku jadi assistant dia, mungkin bole pujuk sikit bagi aku satu gigi pun takpe sebab aku baru cabut 2 gigi. Requirement nak 5 gigi. Nampak tak aku tolak rezeki Allah dah bagi. Astaghfirullah. Mungkin hati ni dah kotor sangat. Allah bagi depan mata aku tolak sebelah mata ja huu.

Sabar lah wahai diri. Kau kan tak reti sabar. Bulan puasa ni ce belajar sabar sikit. Allah uji sikit je ni. Yeahhhhh

K dah bateri hp dah habes. Annyeong doakan kitorang tengah exam lagi niii. Ok selamat berpuasa ;3



Friday, 12 June 2015

Kena .

Human makes mistake. So do I. Tak perlu sebenarnya rasa down sebab takleh issue denture sem ni ke apa. Ramai lagi belum issue. Tapi manusia sebenarnya harap dia tak buat silap tu. So do I. Rasa bersalah sebab tak buat kerja lab betul-betul. Rasa bersalah sebab pakcik tak leh raya dengan gigi baru. Aku takde la menyesal sangat buat kerja lab overtime selepas kelas habes pukul 5 sampai maghrib setiap hari, banyak hari tak makan tengahari sebab nak buat denture, tengok-tengok masa issue tetiba midline shift. Cuma menyesal selalu tidur lepas balik asrama setiap hari. Bazir masa. Tak sempat study. Siapa salah? Diri sendiri yang lembik. Dah la selalu susahkan partner kena tolong orang yang annoying macam aku ni. Aku memang annoying dan slow. Maaf.

Aku tak start langsung lagi study. Lagi tiga hari nak exam. Hari first exam OSCE empat subjek sekaligus. Nak baca bila? Memang tawakkal je mampu. GM GS banyak kot. Dah nak exam long case short case. Tawakkal tanpa usaha sungguh-sungguh. Kalau Allah takdirkan fail, siapa salah? Diri sendiri la yang suka study last minute. 

Biasa nangis dekat rumah ja. Minggu ni emosi sangat maybe sebab PMS sekali, kat kampus pun hari-hari nangis depan kawan. Nak marah orang ja rasa. Tapi bila rasa bersalah nak marah orang, tahan sengsorang sampai nangis tak pasal-pasal. Bila ada tak puas hati dengan kawan sikit, nangis. Bila klinik ada problem sikit, nangis. Bila semua benda tak jadi macam kita nak, nangis. Tak malu betul nangis depan orang ramai. Dah la susah nak stop. Susah betul nak control diri. Lembik. Tak kuat langsung mental. Kena belajar lagi konsep redha. Kena praktis lagi.

Everyone has their own stories. So do I. Semua orang ada masalah. Dan semua orang ada cara masing-masing untuk relieve stress bila ada problem. Maybe aku kena letak running man or return of superman dalam tab. Senang bila nak nangis stres ke apa bukak video tengok daehan minguk manse, and wear that poker face again.

Saturday, 6 June 2015

AAAAAAAAAAAA

I am not that strong. Bole imagine upcoming week ni cemana. Case presentation GM, presentation OPOM, bedside teaching GM GS, submit twin-block, issue denture, clinics, lab work, study sebab exam lagi seminggu, semuuuuaaaa minggu depan. Kadang-kadang sampai terfikir bestnya kalau ada tangan banyak bole buat banyak benda dalam satu masa. Macam mana nak jadi kuat :(

Balik kelas dah Maghrib. Then terus terjun atas katil. Tak sempat nak study. Apa nak jadi pro exam kali ni? Macam mana result yang bakal aku dapat? Short case long case pun aku belum practice betul-betul. Abdomen ja faham sikit. CVS dan respiratory examination aku dah ingat ingat lupa. I have to seek help from someone T.T Tak suka tau pergi hospital sentuh-sentuh orang. Belajar subjek medical sangat asdfghjkl bagi aku sebab memang dari dulu tak suka. Alhamdulillah tak amek medik. Lebih rela amek subjek medical untuk 3 tahun daripada seumur hidup. Thank you Allah for leading me to this path despite of medic T.T

Huuuuu taknak minggu depan please. Boleh tak skip bulan 6 ni? Masuk bulan 7 terus. Best cikeddd takyah exam cuti raya terus. There is no day passed without tears. Things are too hard. Aku rasa bukan aku sorang tapi semua kawan aku pun sama. Orang kelate kata "okss la senapas lagi tu" maksudnya "tahanlah senafas lagi tu". But this 'nafas' is too difficult to take. When things are too hard, and I don't know what should I do, I tend to do what I want. Maksud aku biasanya kalau dekat-dekat exam, emosi aku tak stabil, aku akan tengok korea, persetankan semua assignment and study. Tengok return of superman and running man. Boleh lagi la aku gelak walaupun gelak tak ikhlas. Tapi bila aku buat macam tu bukan ke bazir masa? Dah la masa limited. Susahnya. Time please go faster please. Walaupun memang dah cepat sangat masa berlalu. Kalau hari ni Isnin misalnya, tuptap kelas klinik kelas BT labwork kelas klinik tap tap dah Jumaat. Kejap ja. Lagi lah takde masa nak study. Ouh whyyyyyyyyy

Doakan aku tak jadi gila minggu depan. Level homesick dah kritikal tapi nak buat cemana takda masa nak balik. Dah dua tahun selalu balik setiap study week sebab nak release stress. Tahun ni takde study week. Doakan aku baik-baik aja, semoga Allah jauhi diri ini dari aneurysm yang dah jadi kes common skang ni bila tak cukup tido. Nauzubillah. Aku memang kena stay-up hari-hari dah kot start minggu ni. Kena pecut gear 5 terus. Kalau tak dah memang tak sempat nak pick up. Lagi seminggu nak exam, exam sebulan sampai 7/7.

Rabbiyassirwalatu'assir ya Allah yusahhil alaina jami'i tullabil tibbil asnan in sya Allah T_________________T

Btw thank you for the surprise cake. Macam mana awak tahu kita suka surprise sweet camtu ahaks k gedik maceh ea :)

Sunday, 24 May 2015

Only if.

Only me is suffering. It's unfair. I want to forget everything. I don't want to be a loser. Waiting for something that won't be coming. Watching you being the sweet talker with the other soul. It's quite painful for me, crying hard while hoping you will stop. Pro exam syndrome is coming again. I think I should just block up someone who I should. I should make this blog private again. Before I'm starting to doodle up some stories which are not worth to be remembered. I should let that part of me go. That part of me who likes to be clingy. I should be independent. If you want to fall down, just fall down alone Amalia. Get up by yourself. Do not depend on the others. Experience should be the best teacher. Ya Allah lead me to a straight path, may You make things easy for me. The denture, the twin block, the assignments, the final exams, the general surgery and general medicine long case and short case examination and many more. Allahuyusahhil.

Saturday, 2 May 2015

Goals .

Sorry selalu private blog harhar biasa la tu kalau private tandanya emosi tak stabil mana la tu. Sekarang alhamdulillah okay la sikit sebab kita balik kelate lagi hiks. Tapi besok dah kena balik keyell dah. Takpelah. Dah takdir aku. Aku redha. Go on with the flow je la. Nak risau apa sebab Allah yang tentukan semua, insyaAllah itu yang terbaik untuk kita. Kalo penat, rehat, tido. Kalo serabut fikir requirement, fikir patient selalu fail to attend last minute, jangan fikir. Kita merancang, Allah tentukan. Kalau dah Allah takdirkan kita tak cukup requirement, kena extend, kena repeat paper ke apa, kena redha. Kita dah usaha semampu boleh. Buat apa nak takut? Kalau dulu ini yang kita nak. Kalau dulu ini jugak yang kita selalu doa harap Allah makbulkan. Aku yang mintak nak masuk dentistry, Allah makbulkan alhamdulillah. Just go with the flow, Amalia. Ada la tu rezeki patient kat mana-mana. Walaupun sekarang maybe kau akan lalu jalan ni sorang-sorang, and there's no one beside you. Sebab aku rasa aku menyusahkan orang bila aku selalu cerita masalah aku dekat dia. Dan rupanya dia tak kesah pun. Takpe. Allah ada. Allah tahu bila masa kau tak kuat. Allah ada bila kau nangis sorang-sorang dalam bilik. Allah ada bila kau ketap bibir masa nangis dalam selimut tahan takut roommate dengar. Allah ada bila kau rasa sakit hati ingat balik apa yang orang buat dan apa yang kau buat. Allah dengar. Allah nampak. Aku dah penat. Penat dengan semua orang. Hmm

Aku ada cita-cita baru. Nak diet. Hahahahaa ini memang tetiba. Tukar genre cerita sikit. Sebab aku rasa baju, jeans semua makin ketat. Confirm dah makin gemuk. Tengok pipi la kan. Azim pun duk kata aku gemuk, bulat, dagu dua dan sebagainya. Annoying -_- Yelah oke jom buat beberapa goals.

1. Jauhi air manis. Jom puasa air manis. Sejak 2nd year aku rasa setiap hari dua kali minum air manis. Breakfast and lunch. Patut la gemuk pfff
2. Makan kuantiti sikit. Dulu masa aku diet aku bole pulak  restrict portion makanan aku jadi 1 senduk nasi ja. Kena tahan nafsu dari tambah nasi macam dulu la kot.
3. Exercise. Skipping rope ada tapi tak guna. Skipping elok untuk jantung dan bakar lemak senanya. Dah lama tak exercise. Sebab busy. Balik kelas selalu tido. Last skipping masa nak naik Gunung Ledang. Kah. Aku tahu jantung aku dah tak berapa sihat sebab selalu mudah mengah sekarang ni. Badan pun rasa berat ja. Skipping ja mampu sebab aku ni takde bakat sukan. Pernah try pingpong, coach geram aku tak pandai main. Pernah try badminton, coach geram bila dia explain rules game pun aku tak faham sampai ke sudah. Nak jogging pusing kampung, takdak orang nak teman. Takpela exercise sendiri ja senang.
4. Avoid snacking. Suka sangat makan keropok dan biskut masa duk depan laptop. Sebabtu gemuk ya ampunnn
5. Kena selalu tengok cermin biar bagi sedar diri sendiri gemuk sikit. Kannnn

Belanja gambar tamhidi sikeeeett. Ni sebelum misi diet dulu. Sekarang semakin hampir macam ni balik. Lol T.T


K dah. Apa aku merepek ni? Kbye

Tuesday, 21 April 2015

asdfghjkl

Terbangun. Tak leh tido balik. Hari ni pergi sekolah. Rutin harian kembali macam biasa. Orang kata kita kena bersyukur. Fikir ramai lagi orang nak duduk tempat kita. Aku kata meh la tukar tempat. Aku macam tak sanggup lagi nak duk sini. Rasa tak ikhlasnya tinggi sangat. Tak tahu apa jadi. Loss identity ke cemana ntah. Seminggu cuti yang buat aku rasa bahagia sangat sebab tak perlu berurusan dengan ramai manusia. Seminggu cuti yang buat aku sedar betapa gembiranya diri aku bila berada di rumah. Masuk kelas, rasa tak layaknya duk sini. Banyak benda tak tahu. Banyak benda yang kena baca sendiri. Tapi tak tahu nak baca kat mana. Dan tak tahu bila nak baca. Penat. Nak bertahan. Duk pujuk diri, sikittttt lagi nak habes walaupun sebenarnya lama lagi. Tapi penat sangat. Macam bole jadi gila lama-lama. Mengeluh ja mampu. Dah penat jadi kuat. Seriously hati ni memang meronta-ronta nak berhenti belajar. Tapi bila fikir mana lah ada duit nak bayar JPA balik memandai ja nak berhenti susahkan umi ayah. Patutlah besar ganjaran orang yang menuntut ilmu. Tapi bila ikhlas tu takleh nak dapat, memang penat je lah kita dapat hari-hari. Kadang-kadang terfikir best jugak kalau ada dissociative identity disorder. Cipta personaliti lain sebab nak lari dari kehidupan biasa hmm. Belum call patient untuk minggu ni. Serius rasa down teruk dari dulu. Nak jadi positif, but I can't. Bangun Amalia. But how? :'(

Tuesday, 14 April 2015

Gwaenchana .

When two persons share same feeling towards each other, I thought they should keep their feeling like people always said, "jaga hati", and keep trusting each other? Am I wrong?

Is she a toy? He keeps telling her to accept other guy that easily like she does not have any right to choose her partner. Is her heart a toy? "Don't expect too much, don't hope too much." "If there's a man your family chose for you, keep going" Is her heart a stone? Does she have to accept someone who she does not want to be with just like that? Is it that easy for him to give her up? Is she a cheap thing? You can give, you can get. Does he know how the girl feels when she realized that? "Like we are close." So it is not that close to him but it is for her. "I guess we can't be too close after this." Does he know how much her heart hurts listening to it? How about him? Does he okay with it? Does he feel alright when giving her part of heart that he received to another guy that easily? Does he really fine?

So it's not the same feeling I guess.

Friday, 20 March 2015

Wake up !

Good morning :)

I'm having headache since yesterday but it doesn't being relieved by sleep. I want to do my assignment but I do not bring fullscrap paper home. Huuu

Yesterday was a gloomy day for me. Because I was being deceived by my patient. She agreed to receive the treatment a week before, and when I reminded her two days ago she said she will come in, but three hours before treatment time, she informed that she does not interested in coming anymore. I think it's a normal thing for the seniors, but it is something new for me. That feeling like being cheated is seriously not cool. It's normal for us to be rejected when calling the patients. There are some of them already pick up the phone but when they hear our voice, they reject the call. Yea it is their right. We have to respect their right no matter what happens. I sighed to a friend, saying that I already terminated 6 cases including this one. Then she answered "I have 18 patients, terminated 12 cases, ongoing 6 cases." Ohmygoddd. And I realized how small my effort is compared to her. When we are tired from clinic, we sighed. However, when we do not have patients to treat, we also sighed. Humans. Do not know how to be grateful. I have a friend who has three compliant patients for one subject. They are her first three patients. Seriously a little bit jealous in her but then I realized it might be a gift from Allah for her good deeds. I've done a lot of wrongdoings yet I asked for Allah makes things easy for me. Such a loser, Amalia. This might be a punishment, or a test from Him. Allah blessed us with many things. Just believe in Him, He knows what the best for us.

Sometimes, I'm looking for the hikmah. How good it would be if I have being accepted in USM instead of USIM. USM is just 5 minutes away from my house. I can make all my family members becoming my patients like my friends have done here. Ayah can be my extraction and perio patient. I can make a new denture for Umi. Completing Class I and Class II restoration requirement from Hakim and Kakyong. Class III and IV restoration from Kakak. Scaling Abe. Adam for Paeds. How nice it could be! :(

Ok just think it as a practice. My real patients in the future are also strangers, not only family members lol =.= 

K got to go. I have clinic at 9 ! Tata

Wednesday, 18 March 2015

Blues .

I think I have Wednesday blues.
Every week, on every Wednesday there's something feel off.
Nak balik.
I miss my parents.
I want to run far from this place.
But how?
I already took the pledge.
Penat lah selalu kena pakai eyeliner pi kelas sebab mata sembap.
I think I should meet a psychiatrist.
Because that fake smile that I wear everyday is very scary, even to myself.
And wearing that "3rd year dental student" title walaupun tak layak.
Ikhlas. One more thing which is not easy to achieve. More to 'terpaksa' than 'ikhlas'.
And clingy. I think it becomes a habit for me to be very clingy to that person. Annoying kan aku? I'm sorry and I will try my best not to bother you anymore hmm

Sunday, 15 March 2015

.

Hmm.
Hebatnya keluarga bakal kakak ipar dia.
Mesti pilihan family dia untuk dia pun sama.
What I've been thinking all these years?
Such a big dream that I have.
It's okay.
You're okay right dear self?
I'm okay :')


Wednesday, 25 February 2015

Stuffy .

I feel stuffy inside. So I decide to write something to let the stuffiness go. I want a best friend. I want a best friend whom I can cry in front of her and let everything stuffed in my brain and heart get out of that place. I want a best friend who does not feel annoyed when I tell her my problem. I am a human. I do cry when I want to cry. There are certain times when you're overwhelmed with emotion, when you feel useless, when you feel burdened, when you feel everything you do is wrong. You will feel like there is a big rock fell onto your shoulder, but still you make efforts to stand up on your own. Just like now. Today was not a good day. When I need a shoulder to lean and say, "penatnyaa, hari ni banyak buat silap", I just hope someone will say, "it's okay. kita belajar kan. i know you can do it!" But what I got was, "betul la doc tu cakap, kena buat macamtu" "apa kau buat lama sangat? aku start lambat tapi aku dah potong kau dah." And I was like if you don't know the real story, just keep your words inside, not just uttering it. You know, sometimes words can be calming, but they also can hurt.

Nak tahu ceritanya apa? Tadi aku dah buat boxing. Dah siap. Dah sama step dengan majoriti. Tapi aku terlupa ambil sign untuk palatal finger spring. Memang salah aku pun blur sangat. Pastu pergi tunjuk dekat Dr, Dr cakap "Eh tak rapat sikit ni, tapi takpela takyah buang boxing, teruskan je," Tadi rapat maybe masa boxing aku tertolak position dia sikit. Tapi tahu tak aku baru trauma bila dapat tau markah praktikal wire bending aku rendah? Jauh sangat dari orang lain kalau dibuat dalam peratus. So aku buang balik boxing tu pastu betulkan spring. Masa buang boxing spring tu gedik pulak nak terbang. Cari cari tak jumpa. Penat tau cari dalam 10 minit gitu. Pastu bila cari atas meja tetiba dia ada pulak. Memang aku teruk dalam cari barang pun hmm. Jumpa alhamdulillah tak kena buat balik. Betulkan sekejap, then bagi Dr tengok. Dr terkejut jugak, dia kata "tadi pun dah oke la, markah dah oke. tapi takpe saya ubah lah markah awak haha" Then baru aku sambung buat boxing semula. Itu la pasal dari awal sampai akhir itu je aku buat lab hari ni. Takkan nak cerita kat setiap orang apa jadi, annoying pulak korang kena dengar aku membebel. Bila ramai tanya soalan "apa kau buat dari tadi boxing?", it just apekah? Tak bole sarcastic lagi ke? K. Emosi sikittt maybe I was thinking too much about Paeds clinic today. Tak biasa kena marah depan ramai orang, astaghfirullah awat manja sangat ni Amalia. Cuma ayat Dr deep sangat, "you don't tell her because you don't care about your patient." Hmmm if I don't care, I will keep using the probe when she scared of it. If I don't care, I don't have to be afraid when examining her molar relationship, when I have to retract her cheek that I thought she will be hurt when I do so, Ammar yang check, aku takut nak tarik kuat kuat pipi dia. Oke maybe I just don't give enough care for her. Maybe. Idk

Ya Allah, setan apa yang hasut aku down sangat hari niii k nak sambung nanges

Wednesday, 18 February 2015

Kadang kadang .

Kadang kadang nak jugak merajuk. Aku ni reti marah orang je pastu bila sembang tukar topik lain, mood dah baik oke terus. Tak berlarutan sangat pun. Tapi masa kita patut rasa touching nak la jugak try merajuk. Hmm apakan daya tak boleh, sebab kawan kan, kalau kita touching lama lama pun dengan sape lagi kita nak kawan, boring pulak haha

"Jom lah ikut kitorang pergi intervarsity, Yuyu! Jomlahhh!"
"Tak nak lah. Buat apa. Dulu aku pergi tak buat pape pun. Nak kata bagi sokongan bersorak ke apa aku bukan jenis camtu haha cari lah supporter yang betul betul reti support."
"Ala jomlah. Nanti kau sorang je duk gv. Kitorang dua dua pi intervarsity haaaa. Jomlah jomlahh"
"Jap bagi aku pikir. Dah la kena bayar niih pokai la"
"Jomlahhhh"
*buatbuatpikir*
"Hmmm ye lahhh hahahaha"
"Yeayyyy"

Terus bagi nama kat Anne.

Beberapa minggu kemudian, salah satu game terpaksa cancel hantar pasukan. Yang salah sorang dari dua orang tu tetiba tak jadi pergi. Dah lah tak bagitau orang, i tahu pun dari orang lain huaaaa ==

"Hang tak pi kaaaa?"
"Tak pergi. Aku tak main, buat apa pergi. Sampai malam pulak tu"
"Habes tu aku main kaaa? Aku pergi sebab korang pergi"
"Malas ah sebab sampai malam"
"Habestu buat apa aku pergiiiiii"

*krikkrikkkkkk

Ni cerita dua hari lepas. Nak tulis dalam blog nak cakap aku touching senanya tapi sekejap je touching so tak rasa nak tulis sangat. Hahahaha apa aku nak cakap ni hmm

K. Ngantuk ah. Penat praktikal Perio. Susah payah try buang bendalah tu, ingatkan calculus rupanya alveolar bone yang tercabut sekali dengan gigi masa extraction. Ishhh bazir masa aku jaaa. Oke nak tido. Guniteeee





Sunday, 15 February 2015

2.5

Pfff annoying nya internet slowww, tak leh nak sambung tengok Healer

Second semester of third year already. Esok dah second week. Serius aku tak perasan makin hari makin hampir habes study kat sini, ye la duk merungut lambat nak habes je sokmo, sampai la hari tu ada sedara tanya, "Yuyu berapo tahun lagi eh ngaji?" "Hmm 2 tahun setengah lagi" And then terdiam kejap. Fikir balik aah la 2 tahun setengah lagi. It's not that long. Aku ingat lagi masa aku rasa susah sangat study kat sini, tak tahu nak strive macam mana, takut dengan klinik, konfius, dan macam macam lagi la duk gedik merengek dulu dulu, masa tu aku selalu cakap pada diri sendiri, "Sabar Amalia. 4 tahun lagi duk sini." And you know what? It's 2 and a half year more left! Awat laju sangat nih? Tak nak tuaaaa huaaaaaa

Takde lah. Itula dulu takut sangat dengan klinik. Takut kenapa? Takut dengan orang. Aku takut aku buat salah dengan orang. Tapi bila dah masuk, dah jumpa patient, there's nothing to be scared of. Patient semua baik baik. Untuk 3rd year students, tak leh lebih dari 5 orang patient. Sebab Dr nak kitorang treat the patient as a whole. Pastikan setiap patient dapat rawatan yang sepenuhnya sampai gigi dia betul betul sihat. Bukan macam akak final year yang pernah amek aku jadi patient dia masa aku mula mula masuk 1st year. Bukan nak memburukkan akak tu, cuma aku baru tahu dia saja buat buat tak nampak case aku rupanya. Selepas first visit, aku rasa dia dah decide dia tak nak treat aku. Maybe sebab caries cavity aku dalam kottt. Sebab tu dia panggil aku buat scaling je masa dia takde patient untuk klinik Perio, pastu dah tak contact aku untuk next treatment. Then lagi menyedihkan dia tak masukkan balik folder aku dalam waiting list Cons. Dia just hantar dan letak je folder aku dalam almari folder patient sampai setahun lebih. And that's why aku tak dipanggil untuk tampal gigi sampai lah akhir 2nd year, gigi aku yang asalnya Class I masa 1st year dah jadi Class II. Baru lah aku cari akak lain, cakap nak buat treatment. Minggu lepas, masa akak yang baru treat aku sekarang nak buat review, aku baru bukak folder aku, dan sekarang alhamdulillah dah reti baca patient folder. Bukti akak yang dulu tak nak amek case aku, dia tak amek sign Dr pun untuk E&D. First procedure, E&D. Bukan nak suuzzhon, tapi itu je conclusion aku bole buat. Kalau tak mana mungkin dia tak ingat aku siapa, masa aku call dia waktu 2nd year tanya pasal treatment aku. Dia dah tak save nombor aku huhu, pastu suruh aku pergi kaunter tanya sendiri apa jadi pasal case aku -..- Masa tu alhamdulillah akak tu dah grad. Tahniah kakk. Oke maybe dia betul betul terlupa, takpe lah benda dah lepas, Allah je tahu apa dalam hati akak tu :) Bukan berdendam ke apa, cuma boleh jadi pengajaran. Jangan tinggal patient tergantung macam tu ya sayang, naya patient huhuhuhu

Oke. 2 tahun setengah lagi ye. Keep strong dear self! Jangan bergantung pada orang lain, bergantunglah pada diri sendiri. Jangan asyik salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri. Keep giving although no one knows what we give. Who cares? Aja aja fighting! ^^

--------------------------------------------

Haaaaaa apa lagi kalau ada garis putus putus camni dalam post aku. Hahahahahahha k :p

*Waktu berdua dengan umi kat dapur*

"Sorang umur 23 doh, sorang lagi 22. Tak dop lagi ko sapo sapo nok bawak balik rumoh? Yuyu ado gewe doh dop?"
"Takdop. Tokseyyyy geweeee hahahah"
"Oyak la toksey gitu, jadi serupo anok Cik Y** tu umur lagi tuo dari kakyong tapi dop nikoh nikoh lagi. Anok Cik L** sore lagi gitu la dulu mok dio suruh cari gewe dio duk oyak toksey loni umur 28 doh tadop gewe pun lagi. Nok ko gitu?"
"Umi, pisau ni dop taje ko? Dop lut bawe hehe"
"Saem lagi ko dop dengan **** tu? Ce tanyo dio gak. Duk saem sajo, pahtu ore duk cop awok nga dio pah bilo ore lain nok masuk? Jange jual mahal sangat gak."
"Umi, bawe ni buruk lah. Buleh guno dop ni?"
"Buwe la hok tu. Pahtu ore duk ingat awok nga dio padahal takdop gapo, pahtu nati kito sore jah duk tunggu dio, dio gi nikoh nga ore lain. Dio takpo jate. Kito ni tino. Sapo nok ko kito doh maso tuo gitu?"
"Umi, kakak pun takdop gewe lagi hahahaha"
"Kakak takpo dio banyok jate tempat dio ngaji. Awok ni umi rusim"
"Hehehehehehehehehehe" 
*dalam hati : jodoh ado doh duk mano mano tuh umi hewhewww =.=

Rasa macam kena paksa kawin. Hmmm 22 tahun umur umi kawen. Rasa macam dah tuaaaaaa huwaaaaaaa kbyeeee

Wednesday, 4 February 2015

Posting oh posting .

Yeay ! Happily married. Eh silap. Happily on holiday ! HAHAHAHAHAHA k tak lawak.

Cuti dah nak habes dah. Tinggal 5 hari je lagi lepastu dah kena balik keyell. Well that's life :3

Minggu lepas kitorang ada posting dekat Hospital Temerloh. Posting untuk subjek medical, general surgery and general medicine. It had been a great experience for me. So rasa macam nak cerita pasal posting tu. I think it gonna be a long entry btw hihihihi

Bertolak hari Isnin. Semua orang gerak dari kolumpo ke temerloh. Aku dan lagi dua kawan je dari kelate. Dia tumpangkan aku. Thanks beb. Orang laen dua jam lebih je perjalanan tapi kitorang enam jam. Sampai tu terus zzzzzz

Empat hari posting. Dua hari first untuk general surgery. Dua hari lagi untuk general medicine.

First day. Moody sikit. Aku bila je tak moody kahkah. Sebab tak suka sangat pi hospital. Kalau kat Ampang pun moody jugak. Apatah lagi Temerloh tempat tak biasa. I think I'm not born to be a medical officer. Perasaan dia macam terpaksa macam tu. Tak ikhlas. Jahatnya aku kan? Hmm tapi apa nak buat kena belajar jugak. First day tak sibuk. Free seharian. Clerk patient je. Aku lebih suka observational learning dari practical. So tengok orang clerk je kerja aku. Aku ni bukan apa. Suka cari alasan macam macam. Rasa macam ada barrier. Tak berani communicate dengan patient. Tak berani sentuh orang. Sentuh pun just untuk belajar physical examination senanya. Segan pun ada. Hmm

Second day. Sama jugak. Tengahari baru ada kelas dengan Dr kat situ. So pagi tu saja pusing, tour hospital. Nak tengok wad endoskopi mulanya. Pastu masa tunggu lif ada pakcik tegur. Kitorang kata kitorang dental student, pakcik cakap apa kata pergi klinik pergigian atau forensik. Tetiba tukar plan pi unit forensik pulak. Sampai sana ada Dr guide. Dr tu cerita macam macam. Cerita dia menarik tapi panjang sampai aku jadi menyesal pulak pergi sana. Hahah jahat kan sayaaaa T.T Tengok jam dah pukul 11.35am. Kelas kul 12. Nak lunch lagi. Orang lain still tengah syok dengar cerita Dr. Aku nak bagi hint dekat groupmate suruh keluar bilik tu sesama, tapi groupmate tak pandang aku pulak. So tunggu je la sampai 11.45. Terima kasih Dr sudi guide kami hee. Pastu makan. Tengah tengah makan ada orang call kata Dr dah masuk kelas. Terus tinggal nasi kat situ, berlari pergi wad. Hahahaaaaaa macam overrrr je. K tipu je pasal berlari tadi

Third day. Hari tu sibuk sikit. Pagi ward round. First time ward round nak dekat lima jam. Terus rasa respect sesangat dekat semua dokter sebab diorang ward round hari hari. Penat dia tak yah cakap. Bila nampak katil pesakit kosong rasa macam nak tidur terus kat situ. Tapi semangat balik bila ada pakcik kata, "Ramainya doktor hari ni. Comel comel pulak tu" Tengs pakcik hahahahahaah k perasan

Petang ada bedside teaching. Dr Foo ajar kami cara nak buat cardiovascular physical examination. Mula mula bukan maen cakap taknakkk bila semua sebut nama aku masa Dr suruh buat depan dia. Tapi bila nampak anak pakcik tu hensem terus konfiden je volunteer nak buat. HAHAHAHAHAHA dah lama kita usya dia. Dia pun senyum je. Tak tahu la dah kawen ke belum mweheheheh tak dapat Dr, anak patient pun jadi la :p

Last day. Sama macam hari sebelumnya. Ward round and bedside teaching. Hari tu memang bertekad nak jugak clerk and examine patient sendiri. Kalau tak apa guna posting jauh jauh. Segan dengan sape ntah. And finally alhamdulillah berjaya jugak atasi rasa segan tu T.T Macam clerk patient dental jugak sebenarnya. Mungkin beza dia pesakit medical dalam keadaan tak larat dan kurang baik sikit. Kekadang tak sampai hati nak ganggu pakcik nak berehat. Sebab tu cari patient yang nampak oke sikit, yang tengah tengok handphone ke, tengah baca surat khabar ke hehe

Pendek kata seronok jugak posting kat situ. Bole rasa jadi doktor macam mana walaupun sekejap. Semua nurse pelatih yang terserempak dengan aku panggil Dr. Segan jugak. Title Dr kot mana nak layak. Patient pun panggil Dr. Sedehhhhh T^T Syafakumullah. Semoga cepat sembuh pakcik, makcik, adik, abang, kakak ^^

Anyway, a big thank you to all doctors who were willing to teach us despite of their busy schedule. We are very grateful to learn something new there and we do admire all of you, Dr.

Terima kasih HosHAS :)

Tak dak gambaqqq. Busybusyyyy hahah

Wednesday, 14 January 2015

Doakan .

Dah dua hari final exam. 3 papers done. Another 9 papers more to go. Dua hari exam ni struggle dalam dewan exam sorang-sorang. Struggle tahan sakit. Sakit badan dari belakang sebelah kanan sampai abdomen sebelah kanan. Rasanya sebab angin. Seminggu study week rutin pemakanan tak stabil. Nasi goreng kosong sekali setiap hari. No veggies, no fruit for a week. Kuantiti dan frekuensi food intake tak macam biasa. Maka jadilah gastrik. Perut aku memang manja pfff. Memang dari kecik kena gastrik kalau ada triggering factor. Distended abdomen. Nampak la angin dia. Nausea. Nak burp tapi tak lepas. Kadang-kadang pening. Selain tak jaga makan, maybe jugak sebab sepanjang study week hampir 12 jam sehari meniarap. Position favourite study, meniarap hadap laptop atas katil. Hadap handphone pun meniarap. Masa tidur je baring. Maybe benda ni buat angin berkumpul kat bahagian abdomen. Harap-harap tu je lah sebabnya. Tak nak sebab lain, nauzubillah. Ujian. Selain struggle jawab exam, kena struggle tahan sakit. Nak jawab exam pun tak selesa. Satu tangan pegang pen tulis jawapan, satu tangan lagi urut perut. Ada masa terasa nak muntah tetiba. Rasa macam nak lari pi toilet jugak masa tu. Tapi bila fikir balik bazir masa, so pejam mata, tahan je. Penat. Allahu. Moga diberi kesihatan esok dan hari seterusnya.

So aku cerita ni sebab nak mintak sesiapa baca entri ni tolong doakan aku sihat. Terima kasih T.T

Thursday, 8 January 2015

Road .


Where is this road I'm taking leading me to?
Where that place is?
I don't know but I'm walking this road today too

I wonder if people all have their chosen way to go or if they make their own ways?
I don't know but I'm walking this road like this again

I wonder why I am standing on this road I am at right now?
If this is the right way to go?
If my dreams will come true at the end of this road?

I wonder what really gives me pleasure?
Money, reputation, or the ones I love?
I want to know but I can't figure it out yet

I want to say that this is my road, with confidence and believe in my faith, 
And never turn back, never regret my choices
I want to walk like that but i still don't have any confidence

What am i dreaming of?
Who is that dream for?
If those dreams come true would I really be happy?
Where am i really going right now?

I wonder why I am standing on this road i am at right now, why this road?
If this is my right way, is this really my right way?
If my dreams will come true at the end of this road, will my dreams come true?
What am i dreaming of? Who is that dream for? What am i dreaming of?
If those dreams come true would i really be happy?
Where am i.. really going right now?

cc : Road