Wednesday, 25 February 2015

Stuffy .

I feel stuffy inside. So I decide to write something to let the stuffiness go. I want a best friend. I want a best friend whom I can cry in front of her and let everything stuffed in my brain and heart get out of that place. I want a best friend who does not feel annoyed when I tell her my problem. I am a human. I do cry when I want to cry. There are certain times when you're overwhelmed with emotion, when you feel useless, when you feel burdened, when you feel everything you do is wrong. You will feel like there is a big rock fell onto your shoulder, but still you make efforts to stand up on your own. Just like now. Today was not a good day. When I need a shoulder to lean and say, "penatnyaa, hari ni banyak buat silap", I just hope someone will say, "it's okay. kita belajar kan. i know you can do it!" But what I got was, "betul la doc tu cakap, kena buat macamtu" "apa kau buat lama sangat? aku start lambat tapi aku dah potong kau dah." And I was like if you don't know the real story, just keep your words inside, not just uttering it. You know, sometimes words can be calming, but they also can hurt.

Nak tahu ceritanya apa? Tadi aku dah buat boxing. Dah siap. Dah sama step dengan majoriti. Tapi aku terlupa ambil sign untuk palatal finger spring. Memang salah aku pun blur sangat. Pastu pergi tunjuk dekat Dr, Dr cakap "Eh tak rapat sikit ni, tapi takpela takyah buang boxing, teruskan je," Tadi rapat maybe masa boxing aku tertolak position dia sikit. Tapi tahu tak aku baru trauma bila dapat tau markah praktikal wire bending aku rendah? Jauh sangat dari orang lain kalau dibuat dalam peratus. So aku buang balik boxing tu pastu betulkan spring. Masa buang boxing spring tu gedik pulak nak terbang. Cari cari tak jumpa. Penat tau cari dalam 10 minit gitu. Pastu bila cari atas meja tetiba dia ada pulak. Memang aku teruk dalam cari barang pun hmm. Jumpa alhamdulillah tak kena buat balik. Betulkan sekejap, then bagi Dr tengok. Dr terkejut jugak, dia kata "tadi pun dah oke la, markah dah oke. tapi takpe saya ubah lah markah awak haha" Then baru aku sambung buat boxing semula. Itu la pasal dari awal sampai akhir itu je aku buat lab hari ni. Takkan nak cerita kat setiap orang apa jadi, annoying pulak korang kena dengar aku membebel. Bila ramai tanya soalan "apa kau buat dari tadi boxing?", it just apekah? Tak bole sarcastic lagi ke? K. Emosi sikittt maybe I was thinking too much about Paeds clinic today. Tak biasa kena marah depan ramai orang, astaghfirullah awat manja sangat ni Amalia. Cuma ayat Dr deep sangat, "you don't tell her because you don't care about your patient." Hmmm if I don't care, I will keep using the probe when she scared of it. If I don't care, I don't have to be afraid when examining her molar relationship, when I have to retract her cheek that I thought she will be hurt when I do so, Ammar yang check, aku takut nak tarik kuat kuat pipi dia. Oke maybe I just don't give enough care for her. Maybe. Idk

Ya Allah, setan apa yang hasut aku down sangat hari niii k nak sambung nanges

Wednesday, 18 February 2015

Kadang kadang .

Kadang kadang nak jugak merajuk. Aku ni reti marah orang je pastu bila sembang tukar topik lain, mood dah baik oke terus. Tak berlarutan sangat pun. Tapi masa kita patut rasa touching nak la jugak try merajuk. Hmm apakan daya tak boleh, sebab kawan kan, kalau kita touching lama lama pun dengan sape lagi kita nak kawan, boring pulak haha

"Jom lah ikut kitorang pergi intervarsity, Yuyu! Jomlahhh!"
"Tak nak lah. Buat apa. Dulu aku pergi tak buat pape pun. Nak kata bagi sokongan bersorak ke apa aku bukan jenis camtu haha cari lah supporter yang betul betul reti support."
"Ala jomlah. Nanti kau sorang je duk gv. Kitorang dua dua pi intervarsity haaaa. Jomlah jomlahh"
"Jap bagi aku pikir. Dah la kena bayar niih pokai la"
"Jomlahhhh"
*buatbuatpikir*
"Hmmm ye lahhh hahahaha"
"Yeayyyy"

Terus bagi nama kat Anne.

Beberapa minggu kemudian, salah satu game terpaksa cancel hantar pasukan. Yang salah sorang dari dua orang tu tetiba tak jadi pergi. Dah lah tak bagitau orang, i tahu pun dari orang lain huaaaa ==

"Hang tak pi kaaaa?"
"Tak pergi. Aku tak main, buat apa pergi. Sampai malam pulak tu"
"Habes tu aku main kaaa? Aku pergi sebab korang pergi"
"Malas ah sebab sampai malam"
"Habestu buat apa aku pergiiiiii"

*krikkrikkkkkk

Ni cerita dua hari lepas. Nak tulis dalam blog nak cakap aku touching senanya tapi sekejap je touching so tak rasa nak tulis sangat. Hahahaha apa aku nak cakap ni hmm

K. Ngantuk ah. Penat praktikal Perio. Susah payah try buang bendalah tu, ingatkan calculus rupanya alveolar bone yang tercabut sekali dengan gigi masa extraction. Ishhh bazir masa aku jaaa. Oke nak tido. Guniteeee





Sunday, 15 February 2015

2.5

Pfff annoying nya internet slowww, tak leh nak sambung tengok Healer

Second semester of third year already. Esok dah second week. Serius aku tak perasan makin hari makin hampir habes study kat sini, ye la duk merungut lambat nak habes je sokmo, sampai la hari tu ada sedara tanya, "Yuyu berapo tahun lagi eh ngaji?" "Hmm 2 tahun setengah lagi" And then terdiam kejap. Fikir balik aah la 2 tahun setengah lagi. It's not that long. Aku ingat lagi masa aku rasa susah sangat study kat sini, tak tahu nak strive macam mana, takut dengan klinik, konfius, dan macam macam lagi la duk gedik merengek dulu dulu, masa tu aku selalu cakap pada diri sendiri, "Sabar Amalia. 4 tahun lagi duk sini." And you know what? It's 2 and a half year more left! Awat laju sangat nih? Tak nak tuaaaa huaaaaaa

Takde lah. Itula dulu takut sangat dengan klinik. Takut kenapa? Takut dengan orang. Aku takut aku buat salah dengan orang. Tapi bila dah masuk, dah jumpa patient, there's nothing to be scared of. Patient semua baik baik. Untuk 3rd year students, tak leh lebih dari 5 orang patient. Sebab Dr nak kitorang treat the patient as a whole. Pastikan setiap patient dapat rawatan yang sepenuhnya sampai gigi dia betul betul sihat. Bukan macam akak final year yang pernah amek aku jadi patient dia masa aku mula mula masuk 1st year. Bukan nak memburukkan akak tu, cuma aku baru tahu dia saja buat buat tak nampak case aku rupanya. Selepas first visit, aku rasa dia dah decide dia tak nak treat aku. Maybe sebab caries cavity aku dalam kottt. Sebab tu dia panggil aku buat scaling je masa dia takde patient untuk klinik Perio, pastu dah tak contact aku untuk next treatment. Then lagi menyedihkan dia tak masukkan balik folder aku dalam waiting list Cons. Dia just hantar dan letak je folder aku dalam almari folder patient sampai setahun lebih. And that's why aku tak dipanggil untuk tampal gigi sampai lah akhir 2nd year, gigi aku yang asalnya Class I masa 1st year dah jadi Class II. Baru lah aku cari akak lain, cakap nak buat treatment. Minggu lepas, masa akak yang baru treat aku sekarang nak buat review, aku baru bukak folder aku, dan sekarang alhamdulillah dah reti baca patient folder. Bukti akak yang dulu tak nak amek case aku, dia tak amek sign Dr pun untuk E&D. First procedure, E&D. Bukan nak suuzzhon, tapi itu je conclusion aku bole buat. Kalau tak mana mungkin dia tak ingat aku siapa, masa aku call dia waktu 2nd year tanya pasal treatment aku. Dia dah tak save nombor aku huhu, pastu suruh aku pergi kaunter tanya sendiri apa jadi pasal case aku -..- Masa tu alhamdulillah akak tu dah grad. Tahniah kakk. Oke maybe dia betul betul terlupa, takpe lah benda dah lepas, Allah je tahu apa dalam hati akak tu :) Bukan berdendam ke apa, cuma boleh jadi pengajaran. Jangan tinggal patient tergantung macam tu ya sayang, naya patient huhuhuhu

Oke. 2 tahun setengah lagi ye. Keep strong dear self! Jangan bergantung pada orang lain, bergantunglah pada diri sendiri. Jangan asyik salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri. Keep giving although no one knows what we give. Who cares? Aja aja fighting! ^^

--------------------------------------------

Haaaaaa apa lagi kalau ada garis putus putus camni dalam post aku. Hahahahahahha k :p

*Waktu berdua dengan umi kat dapur*

"Sorang umur 23 doh, sorang lagi 22. Tak dop lagi ko sapo sapo nok bawak balik rumoh? Yuyu ado gewe doh dop?"
"Takdop. Tokseyyyy geweeee hahahah"
"Oyak la toksey gitu, jadi serupo anok Cik Y** tu umur lagi tuo dari kakyong tapi dop nikoh nikoh lagi. Anok Cik L** sore lagi gitu la dulu mok dio suruh cari gewe dio duk oyak toksey loni umur 28 doh tadop gewe pun lagi. Nok ko gitu?"
"Umi, pisau ni dop taje ko? Dop lut bawe hehe"
"Saem lagi ko dop dengan **** tu? Ce tanyo dio gak. Duk saem sajo, pahtu ore duk cop awok nga dio pah bilo ore lain nok masuk? Jange jual mahal sangat gak."
"Umi, bawe ni buruk lah. Buleh guno dop ni?"
"Buwe la hok tu. Pahtu ore duk ingat awok nga dio padahal takdop gapo, pahtu nati kito sore jah duk tunggu dio, dio gi nikoh nga ore lain. Dio takpo jate. Kito ni tino. Sapo nok ko kito doh maso tuo gitu?"
"Umi, kakak pun takdop gewe lagi hahahaha"
"Kakak takpo dio banyok jate tempat dio ngaji. Awok ni umi rusim"
"Hehehehehehehehehehe" 
*dalam hati : jodoh ado doh duk mano mano tuh umi hewhewww =.=

Rasa macam kena paksa kawin. Hmmm 22 tahun umur umi kawen. Rasa macam dah tuaaaaaa huwaaaaaaa kbyeeee

Wednesday, 4 February 2015

Posting oh posting .

Yeay ! Happily married. Eh silap. Happily on holiday ! HAHAHAHAHAHA k tak lawak.

Cuti dah nak habes dah. Tinggal 5 hari je lagi lepastu dah kena balik keyell. Well that's life :3

Minggu lepas kitorang ada posting dekat Hospital Temerloh. Posting untuk subjek medical, general surgery and general medicine. It had been a great experience for me. So rasa macam nak cerita pasal posting tu. I think it gonna be a long entry btw hihihihi

Bertolak hari Isnin. Semua orang gerak dari kolumpo ke temerloh. Aku dan lagi dua kawan je dari kelate. Dia tumpangkan aku. Thanks beb. Orang laen dua jam lebih je perjalanan tapi kitorang enam jam. Sampai tu terus zzzzzz

Empat hari posting. Dua hari first untuk general surgery. Dua hari lagi untuk general medicine.

First day. Moody sikit. Aku bila je tak moody kahkah. Sebab tak suka sangat pi hospital. Kalau kat Ampang pun moody jugak. Apatah lagi Temerloh tempat tak biasa. I think I'm not born to be a medical officer. Perasaan dia macam terpaksa macam tu. Tak ikhlas. Jahatnya aku kan? Hmm tapi apa nak buat kena belajar jugak. First day tak sibuk. Free seharian. Clerk patient je. Aku lebih suka observational learning dari practical. So tengok orang clerk je kerja aku. Aku ni bukan apa. Suka cari alasan macam macam. Rasa macam ada barrier. Tak berani communicate dengan patient. Tak berani sentuh orang. Sentuh pun just untuk belajar physical examination senanya. Segan pun ada. Hmm

Second day. Sama jugak. Tengahari baru ada kelas dengan Dr kat situ. So pagi tu saja pusing, tour hospital. Nak tengok wad endoskopi mulanya. Pastu masa tunggu lif ada pakcik tegur. Kitorang kata kitorang dental student, pakcik cakap apa kata pergi klinik pergigian atau forensik. Tetiba tukar plan pi unit forensik pulak. Sampai sana ada Dr guide. Dr tu cerita macam macam. Cerita dia menarik tapi panjang sampai aku jadi menyesal pulak pergi sana. Hahah jahat kan sayaaaa T.T Tengok jam dah pukul 11.35am. Kelas kul 12. Nak lunch lagi. Orang lain still tengah syok dengar cerita Dr. Aku nak bagi hint dekat groupmate suruh keluar bilik tu sesama, tapi groupmate tak pandang aku pulak. So tunggu je la sampai 11.45. Terima kasih Dr sudi guide kami hee. Pastu makan. Tengah tengah makan ada orang call kata Dr dah masuk kelas. Terus tinggal nasi kat situ, berlari pergi wad. Hahahaaaaaa macam overrrr je. K tipu je pasal berlari tadi

Third day. Hari tu sibuk sikit. Pagi ward round. First time ward round nak dekat lima jam. Terus rasa respect sesangat dekat semua dokter sebab diorang ward round hari hari. Penat dia tak yah cakap. Bila nampak katil pesakit kosong rasa macam nak tidur terus kat situ. Tapi semangat balik bila ada pakcik kata, "Ramainya doktor hari ni. Comel comel pulak tu" Tengs pakcik hahahahahaah k perasan

Petang ada bedside teaching. Dr Foo ajar kami cara nak buat cardiovascular physical examination. Mula mula bukan maen cakap taknakkk bila semua sebut nama aku masa Dr suruh buat depan dia. Tapi bila nampak anak pakcik tu hensem terus konfiden je volunteer nak buat. HAHAHAHAHAHA dah lama kita usya dia. Dia pun senyum je. Tak tahu la dah kawen ke belum mweheheheh tak dapat Dr, anak patient pun jadi la :p

Last day. Sama macam hari sebelumnya. Ward round and bedside teaching. Hari tu memang bertekad nak jugak clerk and examine patient sendiri. Kalau tak apa guna posting jauh jauh. Segan dengan sape ntah. And finally alhamdulillah berjaya jugak atasi rasa segan tu T.T Macam clerk patient dental jugak sebenarnya. Mungkin beza dia pesakit medical dalam keadaan tak larat dan kurang baik sikit. Kekadang tak sampai hati nak ganggu pakcik nak berehat. Sebab tu cari patient yang nampak oke sikit, yang tengah tengok handphone ke, tengah baca surat khabar ke hehe

Pendek kata seronok jugak posting kat situ. Bole rasa jadi doktor macam mana walaupun sekejap. Semua nurse pelatih yang terserempak dengan aku panggil Dr. Segan jugak. Title Dr kot mana nak layak. Patient pun panggil Dr. Sedehhhhh T^T Syafakumullah. Semoga cepat sembuh pakcik, makcik, adik, abang, kakak ^^

Anyway, a big thank you to all doctors who were willing to teach us despite of their busy schedule. We are very grateful to learn something new there and we do admire all of you, Dr.

Terima kasih HosHAS :)

Tak dak gambaqqq. Busybusyyyy hahah