Sunday, 15 February 2015

2.5

Pfff annoying nya internet slowww, tak leh nak sambung tengok Healer

Second semester of third year already. Esok dah second week. Serius aku tak perasan makin hari makin hampir habes study kat sini, ye la duk merungut lambat nak habes je sokmo, sampai la hari tu ada sedara tanya, "Yuyu berapo tahun lagi eh ngaji?" "Hmm 2 tahun setengah lagi" And then terdiam kejap. Fikir balik aah la 2 tahun setengah lagi. It's not that long. Aku ingat lagi masa aku rasa susah sangat study kat sini, tak tahu nak strive macam mana, takut dengan klinik, konfius, dan macam macam lagi la duk gedik merengek dulu dulu, masa tu aku selalu cakap pada diri sendiri, "Sabar Amalia. 4 tahun lagi duk sini." And you know what? It's 2 and a half year more left! Awat laju sangat nih? Tak nak tuaaaa huaaaaaa

Takde lah. Itula dulu takut sangat dengan klinik. Takut kenapa? Takut dengan orang. Aku takut aku buat salah dengan orang. Tapi bila dah masuk, dah jumpa patient, there's nothing to be scared of. Patient semua baik baik. Untuk 3rd year students, tak leh lebih dari 5 orang patient. Sebab Dr nak kitorang treat the patient as a whole. Pastikan setiap patient dapat rawatan yang sepenuhnya sampai gigi dia betul betul sihat. Bukan macam akak final year yang pernah amek aku jadi patient dia masa aku mula mula masuk 1st year. Bukan nak memburukkan akak tu, cuma aku baru tahu dia saja buat buat tak nampak case aku rupanya. Selepas first visit, aku rasa dia dah decide dia tak nak treat aku. Maybe sebab caries cavity aku dalam kottt. Sebab tu dia panggil aku buat scaling je masa dia takde patient untuk klinik Perio, pastu dah tak contact aku untuk next treatment. Then lagi menyedihkan dia tak masukkan balik folder aku dalam waiting list Cons. Dia just hantar dan letak je folder aku dalam almari folder patient sampai setahun lebih. And that's why aku tak dipanggil untuk tampal gigi sampai lah akhir 2nd year, gigi aku yang asalnya Class I masa 1st year dah jadi Class II. Baru lah aku cari akak lain, cakap nak buat treatment. Minggu lepas, masa akak yang baru treat aku sekarang nak buat review, aku baru bukak folder aku, dan sekarang alhamdulillah dah reti baca patient folder. Bukti akak yang dulu tak nak amek case aku, dia tak amek sign Dr pun untuk E&D. First procedure, E&D. Bukan nak suuzzhon, tapi itu je conclusion aku bole buat. Kalau tak mana mungkin dia tak ingat aku siapa, masa aku call dia waktu 2nd year tanya pasal treatment aku. Dia dah tak save nombor aku huhu, pastu suruh aku pergi kaunter tanya sendiri apa jadi pasal case aku -..- Masa tu alhamdulillah akak tu dah grad. Tahniah kakk. Oke maybe dia betul betul terlupa, takpe lah benda dah lepas, Allah je tahu apa dalam hati akak tu :) Bukan berdendam ke apa, cuma boleh jadi pengajaran. Jangan tinggal patient tergantung macam tu ya sayang, naya patient huhuhuhu

Oke. 2 tahun setengah lagi ye. Keep strong dear self! Jangan bergantung pada orang lain, bergantunglah pada diri sendiri. Jangan asyik salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri. Keep giving although no one knows what we give. Who cares? Aja aja fighting! ^^

--------------------------------------------

Haaaaaa apa lagi kalau ada garis putus putus camni dalam post aku. Hahahahahahha k :p

*Waktu berdua dengan umi kat dapur*

"Sorang umur 23 doh, sorang lagi 22. Tak dop lagi ko sapo sapo nok bawak balik rumoh? Yuyu ado gewe doh dop?"
"Takdop. Tokseyyyy geweeee hahahah"
"Oyak la toksey gitu, jadi serupo anok Cik Y** tu umur lagi tuo dari kakyong tapi dop nikoh nikoh lagi. Anok Cik L** sore lagi gitu la dulu mok dio suruh cari gewe dio duk oyak toksey loni umur 28 doh tadop gewe pun lagi. Nok ko gitu?"
"Umi, pisau ni dop taje ko? Dop lut bawe hehe"
"Saem lagi ko dop dengan **** tu? Ce tanyo dio gak. Duk saem sajo, pahtu ore duk cop awok nga dio pah bilo ore lain nok masuk? Jange jual mahal sangat gak."
"Umi, bawe ni buruk lah. Buleh guno dop ni?"
"Buwe la hok tu. Pahtu ore duk ingat awok nga dio padahal takdop gapo, pahtu nati kito sore jah duk tunggu dio, dio gi nikoh nga ore lain. Dio takpo jate. Kito ni tino. Sapo nok ko kito doh maso tuo gitu?"
"Umi, kakak pun takdop gewe lagi hahahaha"
"Kakak takpo dio banyok jate tempat dio ngaji. Awok ni umi rusim"
"Hehehehehehehehehehe" 
*dalam hati : jodoh ado doh duk mano mano tuh umi hewhewww =.=

Rasa macam kena paksa kawin. Hmmm 22 tahun umur umi kawen. Rasa macam dah tuaaaaaa huwaaaaaaa kbyeeee

2 comments:

Anonymous said...

perlu kawin untuk menstabilkn hormon..

NikAmaliaNasrulliana said...

huhhhhhh sibokkkkk tenuk niiii -_____-