Wednesday, 4 February 2015

Posting oh posting .

Yeay ! Happily married. Eh silap. Happily on holiday ! HAHAHAHAHAHA k tak lawak.

Cuti dah nak habes dah. Tinggal 5 hari je lagi lepastu dah kena balik keyell. Well that's life :3

Minggu lepas kitorang ada posting dekat Hospital Temerloh. Posting untuk subjek medical, general surgery and general medicine. It had been a great experience for me. So rasa macam nak cerita pasal posting tu. I think it gonna be a long entry btw hihihihi

Bertolak hari Isnin. Semua orang gerak dari kolumpo ke temerloh. Aku dan lagi dua kawan je dari kelate. Dia tumpangkan aku. Thanks beb. Orang laen dua jam lebih je perjalanan tapi kitorang enam jam. Sampai tu terus zzzzzz

Empat hari posting. Dua hari first untuk general surgery. Dua hari lagi untuk general medicine.

First day. Moody sikit. Aku bila je tak moody kahkah. Sebab tak suka sangat pi hospital. Kalau kat Ampang pun moody jugak. Apatah lagi Temerloh tempat tak biasa. I think I'm not born to be a medical officer. Perasaan dia macam terpaksa macam tu. Tak ikhlas. Jahatnya aku kan? Hmm tapi apa nak buat kena belajar jugak. First day tak sibuk. Free seharian. Clerk patient je. Aku lebih suka observational learning dari practical. So tengok orang clerk je kerja aku. Aku ni bukan apa. Suka cari alasan macam macam. Rasa macam ada barrier. Tak berani communicate dengan patient. Tak berani sentuh orang. Sentuh pun just untuk belajar physical examination senanya. Segan pun ada. Hmm

Second day. Sama jugak. Tengahari baru ada kelas dengan Dr kat situ. So pagi tu saja pusing, tour hospital. Nak tengok wad endoskopi mulanya. Pastu masa tunggu lif ada pakcik tegur. Kitorang kata kitorang dental student, pakcik cakap apa kata pergi klinik pergigian atau forensik. Tetiba tukar plan pi unit forensik pulak. Sampai sana ada Dr guide. Dr tu cerita macam macam. Cerita dia menarik tapi panjang sampai aku jadi menyesal pulak pergi sana. Hahah jahat kan sayaaaa T.T Tengok jam dah pukul 11.35am. Kelas kul 12. Nak lunch lagi. Orang lain still tengah syok dengar cerita Dr. Aku nak bagi hint dekat groupmate suruh keluar bilik tu sesama, tapi groupmate tak pandang aku pulak. So tunggu je la sampai 11.45. Terima kasih Dr sudi guide kami hee. Pastu makan. Tengah tengah makan ada orang call kata Dr dah masuk kelas. Terus tinggal nasi kat situ, berlari pergi wad. Hahahaaaaaa macam overrrr je. K tipu je pasal berlari tadi

Third day. Hari tu sibuk sikit. Pagi ward round. First time ward round nak dekat lima jam. Terus rasa respect sesangat dekat semua dokter sebab diorang ward round hari hari. Penat dia tak yah cakap. Bila nampak katil pesakit kosong rasa macam nak tidur terus kat situ. Tapi semangat balik bila ada pakcik kata, "Ramainya doktor hari ni. Comel comel pulak tu" Tengs pakcik hahahahahaah k perasan

Petang ada bedside teaching. Dr Foo ajar kami cara nak buat cardiovascular physical examination. Mula mula bukan maen cakap taknakkk bila semua sebut nama aku masa Dr suruh buat depan dia. Tapi bila nampak anak pakcik tu hensem terus konfiden je volunteer nak buat. HAHAHAHAHAHA dah lama kita usya dia. Dia pun senyum je. Tak tahu la dah kawen ke belum mweheheheh tak dapat Dr, anak patient pun jadi la :p

Last day. Sama macam hari sebelumnya. Ward round and bedside teaching. Hari tu memang bertekad nak jugak clerk and examine patient sendiri. Kalau tak apa guna posting jauh jauh. Segan dengan sape ntah. And finally alhamdulillah berjaya jugak atasi rasa segan tu T.T Macam clerk patient dental jugak sebenarnya. Mungkin beza dia pesakit medical dalam keadaan tak larat dan kurang baik sikit. Kekadang tak sampai hati nak ganggu pakcik nak berehat. Sebab tu cari patient yang nampak oke sikit, yang tengah tengok handphone ke, tengah baca surat khabar ke hehe

Pendek kata seronok jugak posting kat situ. Bole rasa jadi doktor macam mana walaupun sekejap. Semua nurse pelatih yang terserempak dengan aku panggil Dr. Segan jugak. Title Dr kot mana nak layak. Patient pun panggil Dr. Sedehhhhh T^T Syafakumullah. Semoga cepat sembuh pakcik, makcik, adik, abang, kakak ^^

Anyway, a big thank you to all doctors who were willing to teach us despite of their busy schedule. We are very grateful to learn something new there and we do admire all of you, Dr.

Terima kasih HosHAS :)

Tak dak gambaqqq. Busybusyyyy hahah

2 comments:

Anonymous said...

boring

NikAmaliaNasrulliana said...

ppffffffffffffffffff