Tuesday, 21 April 2015

asdfghjkl

Terbangun. Tak leh tido balik. Hari ni pergi sekolah. Rutin harian kembali macam biasa. Orang kata kita kena bersyukur. Fikir ramai lagi orang nak duduk tempat kita. Aku kata meh la tukar tempat. Aku macam tak sanggup lagi nak duk sini. Rasa tak ikhlasnya tinggi sangat. Tak tahu apa jadi. Loss identity ke cemana ntah. Seminggu cuti yang buat aku rasa bahagia sangat sebab tak perlu berurusan dengan ramai manusia. Seminggu cuti yang buat aku sedar betapa gembiranya diri aku bila berada di rumah. Masuk kelas, rasa tak layaknya duk sini. Banyak benda tak tahu. Banyak benda yang kena baca sendiri. Tapi tak tahu nak baca kat mana. Dan tak tahu bila nak baca. Penat. Nak bertahan. Duk pujuk diri, sikittttt lagi nak habes walaupun sebenarnya lama lagi. Tapi penat sangat. Macam bole jadi gila lama-lama. Mengeluh ja mampu. Dah penat jadi kuat. Seriously hati ni memang meronta-ronta nak berhenti belajar. Tapi bila fikir mana lah ada duit nak bayar JPA balik memandai ja nak berhenti susahkan umi ayah. Patutlah besar ganjaran orang yang menuntut ilmu. Tapi bila ikhlas tu takleh nak dapat, memang penat je lah kita dapat hari-hari. Kadang-kadang terfikir best jugak kalau ada dissociative identity disorder. Cipta personaliti lain sebab nak lari dari kehidupan biasa hmm. Belum call patient untuk minggu ni. Serius rasa down teruk dari dulu. Nak jadi positif, but I can't. Bangun Amalia. But how? :'(

No comments: