Saturday, 2 May 2015

Goals .

Sorry selalu private blog harhar biasa la tu kalau private tandanya emosi tak stabil mana la tu. Sekarang alhamdulillah okay la sikit sebab kita balik kelate lagi hiks. Tapi besok dah kena balik keyell dah. Takpelah. Dah takdir aku. Aku redha. Go on with the flow je la. Nak risau apa sebab Allah yang tentukan semua, insyaAllah itu yang terbaik untuk kita. Kalo penat, rehat, tido. Kalo serabut fikir requirement, fikir patient selalu fail to attend last minute, jangan fikir. Kita merancang, Allah tentukan. Kalau dah Allah takdirkan kita tak cukup requirement, kena extend, kena repeat paper ke apa, kena redha. Kita dah usaha semampu boleh. Buat apa nak takut? Kalau dulu ini yang kita nak. Kalau dulu ini jugak yang kita selalu doa harap Allah makbulkan. Aku yang mintak nak masuk dentistry, Allah makbulkan alhamdulillah. Just go with the flow, Amalia. Ada la tu rezeki patient kat mana-mana. Walaupun sekarang maybe kau akan lalu jalan ni sorang-sorang, and there's no one beside you. Sebab aku rasa aku menyusahkan orang bila aku selalu cerita masalah aku dekat dia. Dan rupanya dia tak kesah pun. Takpe. Allah ada. Allah tahu bila masa kau tak kuat. Allah ada bila kau nangis sorang-sorang dalam bilik. Allah ada bila kau ketap bibir masa nangis dalam selimut tahan takut roommate dengar. Allah ada bila kau rasa sakit hati ingat balik apa yang orang buat dan apa yang kau buat. Allah dengar. Allah nampak. Aku dah penat. Penat dengan semua orang. Hmm

Aku ada cita-cita baru. Nak diet. Hahahahaa ini memang tetiba. Tukar genre cerita sikit. Sebab aku rasa baju, jeans semua makin ketat. Confirm dah makin gemuk. Tengok pipi la kan. Azim pun duk kata aku gemuk, bulat, dagu dua dan sebagainya. Annoying -_- Yelah oke jom buat beberapa goals.

1. Jauhi air manis. Jom puasa air manis. Sejak 2nd year aku rasa setiap hari dua kali minum air manis. Breakfast and lunch. Patut la gemuk pfff
2. Makan kuantiti sikit. Dulu masa aku diet aku bole pulak  restrict portion makanan aku jadi 1 senduk nasi ja. Kena tahan nafsu dari tambah nasi macam dulu la kot.
3. Exercise. Skipping rope ada tapi tak guna. Skipping elok untuk jantung dan bakar lemak senanya. Dah lama tak exercise. Sebab busy. Balik kelas selalu tido. Last skipping masa nak naik Gunung Ledang. Kah. Aku tahu jantung aku dah tak berapa sihat sebab selalu mudah mengah sekarang ni. Badan pun rasa berat ja. Skipping ja mampu sebab aku ni takde bakat sukan. Pernah try pingpong, coach geram aku tak pandai main. Pernah try badminton, coach geram bila dia explain rules game pun aku tak faham sampai ke sudah. Nak jogging pusing kampung, takdak orang nak teman. Takpela exercise sendiri ja senang.
4. Avoid snacking. Suka sangat makan keropok dan biskut masa duk depan laptop. Sebabtu gemuk ya ampunnn
5. Kena selalu tengok cermin biar bagi sedar diri sendiri gemuk sikit. Kannnn

Belanja gambar tamhidi sikeeeett. Ni sebelum misi diet dulu. Sekarang semakin hampir macam ni balik. Lol T.T


K dah. Apa aku merepek ni? Kbye

No comments: