Sunday, 21 June 2015

!

"Susah la nak start study. Aku try baca tapi tak masuk-masuk"
"Ce check diri balik. Maybe kau ada buat salah kat Allah. Taubatlah."

Makin sibuk kita mengejar urusan dunia, makin jauh kita dengan Allah, makin jauh kita dengan mak ayah. Sedarkah kita setiap hari asyik duk fikir pasal klinik, assignment, hospital, exam, dan sebagainya. Umi whatsapp tanya hari ni makan apa? Balik kelas malam tu baru sempat balas. Ayah tanya Yuyu hari ni bukak puasa dengan apa? Nak ikan merah masak gulai ke nanti ayah hantarkan? Walaupun ayah just bergurau, tapi maksudnya ayah ingat pasal aku. Aku pulak terlalu sibuk dengan urusan dunia, lupa tanggungjawab sebagai anak. Ya Allah, betul ke jalan yang aku ambil ni? Kenapa aku rasa aku makin jauh dengan orang yang sepatutnya aku dekat? Kenapa aku terlalu taksub tentang hal dunia yang sebenarnya tak bawak aku ke mana pun. Redha Allah terletak di bawah redha umi ayah. Aku pernah dengar ustaz cakap Allah ukur keberhasilan orang tua mendidik anaknya melalui tiga benda. Allah akan tanya mak ayah kita kelak. Pertama sudahkah anakmu mentauhidkan Allah atau tidak? Kedua adakah anakmu melakukan syirik kepada Allah? Ketiga adakah pendidikan yang kamu beri kepada anakmu membuat anakmu taat kepada Allah SWT? Dentistry. Kalau fikir balik dalam sehari berapa kali kita ingat Allah atau berapa kali kita ingat kerja duniawi, study, esaimen, klinik bagai tu? Nanti ayah umi yang kena bertanggungjawab :( Sudahkah kita menjadi anak yang baik kepada mak ayah kita? Tepuk dada, tanya iman sendiri. Allahhummaghfirlana dzunubana wa liwalidaina warhamhuma kama rabbayana soghira.

Friday, 19 June 2015

Kun .

Bila Allah kata itu bukan rezeki kita, maka benda tu memang bukan rezeki kita :)

Pagi tadi Dr cakap awal tahun 4 kena jugak ada patient untuk case single canal rct. Cari la sampai jumpa. Usaha lah macam mana sampai dapat. Macam macam kepala fikir. Aku kan selalu jadi antara orang yang paling lambat buat kerja klinik. Jadi hati aku terdetik macam mana kalau nasib aku tahun depan sama je kurang bertuah macam sem ni. Hm. Allahualam. Selepas kelas, aku keluar kelas pastu terlihat sorang kawan tengah tanya Dr pasal patient dia. Rupanya tentang patient cons dia yang aku bagi dia masa dia takde patient cons dulu. Masa tu aku tengah tunggu borang waiting list patient aku hantar belum dapat, then aku tanya kawan lain ada patient lebih tak, ada sorang bagi aku patient dia. Aku amek patient tu dan telfon makcik tu kata berminat. Sehari selepas tu, dapat borang waiting list. Patient aku dah ramai masa tu then aku offer dekat orang lain patient yang baru aku dapat tu. Then aku bagi la dekat kawan yang aku cerita tadi. Rezeki dia. Berbalik kepada cerita hari ni aku dengar Dr kata pada dia "so awak boleh buat rct untuk dua2 gigi. dan awak dapat dua crown." Terkilan kejap. Sebab patient yang aku amek instead of patient yang ada 2 case rct tu, aku panggil makcik tu 2 kali fta then aku terminate camtu ja. Patient yang aku bagi kawan pulak compliance and has rct case. Rasa tak apa yang aku rasa? Kurang bertuah kan aku? Mungkin sebab aku tak ikhlas belajar kerana Allah. Allahu. Dulu pun pernah dapat patient cabutan yang ada kes rct. Tapi aku tak tahu pulak kita bole amek outpatient yang ada kes rct jadi patient kita. Dah hantar folder baru tahu huhu. Allah kata dia pun bukan rezeki aku. Mungkin belum masanya Allah nak bagi. Rezeki kita Allah yang tentukan.

Minggu lepas pun sama. Mikin tengah cari assistant untuk klinik cabutan gigi. Hari tu mood tak baek sikit sebab banyak kerja tak siap. Aku tolak offer Mikin dan kata hari ni kita nak buat twinblock nak duk lab ja. Sebab keselfishan aku, Mikin masa tu cabut 5 gigi sekaligus. Kalau aku jadi assistant dia, mungkin bole pujuk sikit bagi aku satu gigi pun takpe sebab aku baru cabut 2 gigi. Requirement nak 5 gigi. Nampak tak aku tolak rezeki Allah dah bagi. Astaghfirullah. Mungkin hati ni dah kotor sangat. Allah bagi depan mata aku tolak sebelah mata ja huu.

Sabar lah wahai diri. Kau kan tak reti sabar. Bulan puasa ni ce belajar sabar sikit. Allah uji sikit je ni. Yeahhhhh

K dah bateri hp dah habes. Annyeong doakan kitorang tengah exam lagi niii. Ok selamat berpuasa ;3



Friday, 12 June 2015

Kena .

Human makes mistake. So do I. Tak perlu sebenarnya rasa down sebab takleh issue denture sem ni ke apa. Ramai lagi belum issue. Tapi manusia sebenarnya harap dia tak buat silap tu. So do I. Rasa bersalah sebab tak buat kerja lab betul-betul. Rasa bersalah sebab pakcik tak leh raya dengan gigi baru. Aku takde la menyesal sangat buat kerja lab overtime selepas kelas habes pukul 5 sampai maghrib setiap hari, banyak hari tak makan tengahari sebab nak buat denture, tengok-tengok masa issue tetiba midline shift. Cuma menyesal selalu tidur lepas balik asrama setiap hari. Bazir masa. Tak sempat study. Siapa salah? Diri sendiri yang lembik. Dah la selalu susahkan partner kena tolong orang yang annoying macam aku ni. Aku memang annoying dan slow. Maaf.

Aku tak start langsung lagi study. Lagi tiga hari nak exam. Hari first exam OSCE empat subjek sekaligus. Nak baca bila? Memang tawakkal je mampu. GM GS banyak kot. Dah nak exam long case short case. Tawakkal tanpa usaha sungguh-sungguh. Kalau Allah takdirkan fail, siapa salah? Diri sendiri la yang suka study last minute. 

Biasa nangis dekat rumah ja. Minggu ni emosi sangat maybe sebab PMS sekali, kat kampus pun hari-hari nangis depan kawan. Nak marah orang ja rasa. Tapi bila rasa bersalah nak marah orang, tahan sengsorang sampai nangis tak pasal-pasal. Bila ada tak puas hati dengan kawan sikit, nangis. Bila klinik ada problem sikit, nangis. Bila semua benda tak jadi macam kita nak, nangis. Tak malu betul nangis depan orang ramai. Dah la susah nak stop. Susah betul nak control diri. Lembik. Tak kuat langsung mental. Kena belajar lagi konsep redha. Kena praktis lagi.

Everyone has their own stories. So do I. Semua orang ada masalah. Dan semua orang ada cara masing-masing untuk relieve stress bila ada problem. Maybe aku kena letak running man or return of superman dalam tab. Senang bila nak nangis stres ke apa bukak video tengok daehan minguk manse, and wear that poker face again.

Saturday, 6 June 2015

AAAAAAAAAAAA

I am not that strong. Bole imagine upcoming week ni cemana. Case presentation GM, presentation OPOM, bedside teaching GM GS, submit twin-block, issue denture, clinics, lab work, study sebab exam lagi seminggu, semuuuuaaaa minggu depan. Kadang-kadang sampai terfikir bestnya kalau ada tangan banyak bole buat banyak benda dalam satu masa. Macam mana nak jadi kuat :(

Balik kelas dah Maghrib. Then terus terjun atas katil. Tak sempat nak study. Apa nak jadi pro exam kali ni? Macam mana result yang bakal aku dapat? Short case long case pun aku belum practice betul-betul. Abdomen ja faham sikit. CVS dan respiratory examination aku dah ingat ingat lupa. I have to seek help from someone T.T Tak suka tau pergi hospital sentuh-sentuh orang. Belajar subjek medical sangat asdfghjkl bagi aku sebab memang dari dulu tak suka. Alhamdulillah tak amek medik. Lebih rela amek subjek medical untuk 3 tahun daripada seumur hidup. Thank you Allah for leading me to this path despite of medic T.T

Huuuuu taknak minggu depan please. Boleh tak skip bulan 6 ni? Masuk bulan 7 terus. Best cikeddd takyah exam cuti raya terus. There is no day passed without tears. Things are too hard. Aku rasa bukan aku sorang tapi semua kawan aku pun sama. Orang kelate kata "okss la senapas lagi tu" maksudnya "tahanlah senafas lagi tu". But this 'nafas' is too difficult to take. When things are too hard, and I don't know what should I do, I tend to do what I want. Maksud aku biasanya kalau dekat-dekat exam, emosi aku tak stabil, aku akan tengok korea, persetankan semua assignment and study. Tengok return of superman and running man. Boleh lagi la aku gelak walaupun gelak tak ikhlas. Tapi bila aku buat macam tu bukan ke bazir masa? Dah la masa limited. Susahnya. Time please go faster please. Walaupun memang dah cepat sangat masa berlalu. Kalau hari ni Isnin misalnya, tuptap kelas klinik kelas BT labwork kelas klinik tap tap dah Jumaat. Kejap ja. Lagi lah takde masa nak study. Ouh whyyyyyyyyy

Doakan aku tak jadi gila minggu depan. Level homesick dah kritikal tapi nak buat cemana takda masa nak balik. Dah dua tahun selalu balik setiap study week sebab nak release stress. Tahun ni takde study week. Doakan aku baik-baik aja, semoga Allah jauhi diri ini dari aneurysm yang dah jadi kes common skang ni bila tak cukup tido. Nauzubillah. Aku memang kena stay-up hari-hari dah kot start minggu ni. Kena pecut gear 5 terus. Kalau tak dah memang tak sempat nak pick up. Lagi seminggu nak exam, exam sebulan sampai 7/7.

Rabbiyassirwalatu'assir ya Allah yusahhil alaina jami'i tullabil tibbil asnan in sya Allah T_________________T

Btw thank you for the surprise cake. Macam mana awak tahu kita suka surprise sweet camtu ahaks k gedik maceh ea :)