Friday, 12 June 2015

Kena .

Human makes mistake. So do I. Tak perlu sebenarnya rasa down sebab takleh issue denture sem ni ke apa. Ramai lagi belum issue. Tapi manusia sebenarnya harap dia tak buat silap tu. So do I. Rasa bersalah sebab tak buat kerja lab betul-betul. Rasa bersalah sebab pakcik tak leh raya dengan gigi baru. Aku takde la menyesal sangat buat kerja lab overtime selepas kelas habes pukul 5 sampai maghrib setiap hari, banyak hari tak makan tengahari sebab nak buat denture, tengok-tengok masa issue tetiba midline shift. Cuma menyesal selalu tidur lepas balik asrama setiap hari. Bazir masa. Tak sempat study. Siapa salah? Diri sendiri yang lembik. Dah la selalu susahkan partner kena tolong orang yang annoying macam aku ni. Aku memang annoying dan slow. Maaf.

Aku tak start langsung lagi study. Lagi tiga hari nak exam. Hari first exam OSCE empat subjek sekaligus. Nak baca bila? Memang tawakkal je mampu. GM GS banyak kot. Dah nak exam long case short case. Tawakkal tanpa usaha sungguh-sungguh. Kalau Allah takdirkan fail, siapa salah? Diri sendiri la yang suka study last minute. 

Biasa nangis dekat rumah ja. Minggu ni emosi sangat maybe sebab PMS sekali, kat kampus pun hari-hari nangis depan kawan. Nak marah orang ja rasa. Tapi bila rasa bersalah nak marah orang, tahan sengsorang sampai nangis tak pasal-pasal. Bila ada tak puas hati dengan kawan sikit, nangis. Bila klinik ada problem sikit, nangis. Bila semua benda tak jadi macam kita nak, nangis. Tak malu betul nangis depan orang ramai. Dah la susah nak stop. Susah betul nak control diri. Lembik. Tak kuat langsung mental. Kena belajar lagi konsep redha. Kena praktis lagi.

Everyone has their own stories. So do I. Semua orang ada masalah. Dan semua orang ada cara masing-masing untuk relieve stress bila ada problem. Maybe aku kena letak running man or return of superman dalam tab. Senang bila nak nangis stres ke apa bukak video tengok daehan minguk manse, and wear that poker face again.

No comments: