Friday, 19 June 2015

Kun .

Bila Allah kata itu bukan rezeki kita, maka benda tu memang bukan rezeki kita :)

Pagi tadi Dr cakap awal tahun 4 kena jugak ada patient untuk case single canal rct. Cari la sampai jumpa. Usaha lah macam mana sampai dapat. Macam macam kepala fikir. Aku kan selalu jadi antara orang yang paling lambat buat kerja klinik. Jadi hati aku terdetik macam mana kalau nasib aku tahun depan sama je kurang bertuah macam sem ni. Hm. Allahualam. Selepas kelas, aku keluar kelas pastu terlihat sorang kawan tengah tanya Dr pasal patient dia. Rupanya tentang patient cons dia yang aku bagi dia masa dia takde patient cons dulu. Masa tu aku tengah tunggu borang waiting list patient aku hantar belum dapat, then aku tanya kawan lain ada patient lebih tak, ada sorang bagi aku patient dia. Aku amek patient tu dan telfon makcik tu kata berminat. Sehari selepas tu, dapat borang waiting list. Patient aku dah ramai masa tu then aku offer dekat orang lain patient yang baru aku dapat tu. Then aku bagi la dekat kawan yang aku cerita tadi. Rezeki dia. Berbalik kepada cerita hari ni aku dengar Dr kata pada dia "so awak boleh buat rct untuk dua2 gigi. dan awak dapat dua crown." Terkilan kejap. Sebab patient yang aku amek instead of patient yang ada 2 case rct tu, aku panggil makcik tu 2 kali fta then aku terminate camtu ja. Patient yang aku bagi kawan pulak compliance and has rct case. Rasa tak apa yang aku rasa? Kurang bertuah kan aku? Mungkin sebab aku tak ikhlas belajar kerana Allah. Allahu. Dulu pun pernah dapat patient cabutan yang ada kes rct. Tapi aku tak tahu pulak kita bole amek outpatient yang ada kes rct jadi patient kita. Dah hantar folder baru tahu huhu. Allah kata dia pun bukan rezeki aku. Mungkin belum masanya Allah nak bagi. Rezeki kita Allah yang tentukan.

Minggu lepas pun sama. Mikin tengah cari assistant untuk klinik cabutan gigi. Hari tu mood tak baek sikit sebab banyak kerja tak siap. Aku tolak offer Mikin dan kata hari ni kita nak buat twinblock nak duk lab ja. Sebab keselfishan aku, Mikin masa tu cabut 5 gigi sekaligus. Kalau aku jadi assistant dia, mungkin bole pujuk sikit bagi aku satu gigi pun takpe sebab aku baru cabut 2 gigi. Requirement nak 5 gigi. Nampak tak aku tolak rezeki Allah dah bagi. Astaghfirullah. Mungkin hati ni dah kotor sangat. Allah bagi depan mata aku tolak sebelah mata ja huu.

Sabar lah wahai diri. Kau kan tak reti sabar. Bulan puasa ni ce belajar sabar sikit. Allah uji sikit je ni. Yeahhhhh

K dah bateri hp dah habes. Annyeong doakan kitorang tengah exam lagi niii. Ok selamat berpuasa ;3



No comments: