Tuesday, 7 July 2015

Bye 3rd Year !

Alhamdulillah tamat sudah tahun tiga. Boleh lepas nafas lega sepenuh-penuhnya. Takyah tahan dah. Alhamdulillah dah habes tahun terbusy as a dental student huhuhuuu. Semoga semua lulus dengan cemerlang, takde orang kena repeat dan semua masuk 4th year sesama insyaAllah :')

Tahun 3. Seriously the most toughest year everrrr. Tengok aku cerita kat blog pun boleh tahu macam mana kekusutan sepanjang tahun ni. Setiap post pasal emosi tak stabil ja haha. Ya Allah memang bersyukur sangat dah lepas semua tu. Macam tak percaya pun ada. Setahun yang paling banyak nanges. Setahun yang paling banyak kali nak give up. Setahun yang paling penat setakat ni. Setahun yang paling banyak kali rasa nak berhenti. Setahun yang paling bole kenal kawan-kawan kita macam mana. Yang paling penting setahun yang paling banyak belajar pasal diri kita. Kita boleh tahu diri sendiri ni penakut dia tahap mana, manja dia tahap mana, kental dia tahap mana, kuat dia tahap mana. Kalau sebelum ni selalu struggle dengan study, presentation, lab simulasi main dengan patung, tahun tiga ni kena pandai belajar adapt diri berhubung dengan ramai orang yang tak pernah kenal. Culture shock pun ada. Dalam hati memang sangat meronta nak keluar dari sarang ni. Tapi bila tengok balik semua tu perangai malas dan penakut sendiri yang lebih. Macam mana la nak ubah diri jadi berani sikit aku pun tak tahu. Masa exam klinikal masa tu ja adrenaline rush aku tinggi sikit bole pulak jadi berani sekejap. Tak faham jugak lol. Macam kakak cakap la, aku ni mengadu memang kalah budak kecik cakap tak nak buat bagai, tapi masa kena buat tu aku buat jugak. Kena percaya diri sendiri kot. Kena pujuk diri lebih sikit. "Sabar, sejam ja duk dengan patient tu pastu tak dah." "Sabar minggu ni ja, minggu depan dah bole balik." "Sabar, lima tahun ni ja nanti kawen kurang sikit kot rasa nak memberontak." Oops kahkah. Macam tu la lebih kurang cara pujuk diri sendiri. Nak harap orang tolong pujuk memang tak ah lol. Lagi dua tahun! Kena kejar requirement klinik zzz. Aku amek masa nak adapt dengan suasana baru lama sangat masa tahun tiga ni. Requirement klinik macam banyak gila lagi, berderettt lagi nak penuhkan. Takpe doa bebanyak. May Allah ease our path. Semoga semua dapat graduate sama-sama tahun 2017 nanti insyaAllah. Go 6th batch go !

Ayuh kejar 10 malam terakhir Ramadhan. Cepat je dia berlalu. Exam saja dah tiga minggu lebih :(
Jom fokus buat amal banyak banyak, doa banyak banyakkk insyaAllah sempat lagi manfaatkan bulan mulia ni ameen ^^

Yeay esok balik Kelate. Cuti ni nak hibernate kot sikit. Bye bloggie for a time being :)

No comments: