Tuesday, 21 July 2015

Potpetpotpet

Don't mock someone on his/her look. Aku pantang benar. Walaupun tak cakap depan2, cakap dekat social media ja, still avoid it please. Gemuk. Perkataan ni paling pantang huhu. Sebab aku gemuk memang mudah terasa. Walaupun ramai cakap aku dah kurus, tapi aku still rasa aku gemuk dan aku pernah gemuk betul sebab tu la sensitif sikit. Jangan duk kata anak orang gemuk ke apa sebab hang tak tau Allah boleh balas balik apa yang kau cakap. Badan kurus kau sekarang tu tak ke mana pun. Lepas kawen potensi besar nak gemuk. Anak kau pun kau tak tau gemuk ke tak nanti. Kau belum tau baby kau sendiri nanti jenis merengek nak susu 24 jam ke apa. Jangan duk kata kat anak orang, tak baik. Adam besar so aku tahu macam mana perasaan orang kata anak buah aku gemuk. Belum lagi perasaan mak dia sendiri. Besar or sihat oke lagi. Tapi gemuk atau buncit memang jangan guna wey. Karma will hit you back. Sama la macam duk kata hang kurus ke apa, macam mana perasaan orang yang berisi betul kalau dia baca status tu. Kita ada kawan yang selalu cakap dia huduh la, tak cantik la, bila nak amek gambar selalu dia lari. Semua sebab kata-kata orang lain yang buat dia rasa inferior. Orang duk set mindset yang cantik tu putih, kurus, mata besar. Aku tak perasan pun aku berubah tapi raya ni ramai sangat sedara mara dan jiran yang puji aku cantik la sekarang makin putih, bukan nak perasan tapi sentap ada lah, huduh sangat ke aku dulu? Buruk sangat ke kalau gemuk dan hitam? Mentaliti orang. Sedihnya. Aku rasa aku takde la putih tapi aku pakai BB cream sikit lipstick merah sikit. Sebab tu facial contour aku naik sikit. Cehh ahaha sorry ada unsur riak sikit. Jangan perasan sangat bila kau putih maybe kau muka tua, jangan perasan bila kau kurus maybe kau sebenarnya keding, jangan perasan sangat bila kau cantik pakai makeup sebab bila bersihkan makeup tu sama je dengan orang lain. Senang cerita jangan pandang rendah kat orang la. Jangan duk jaja kelebihan diri dekat social media sangat. Aku jaja sikit pasal aku tadi sebab nak bagi contoh kahkahkah lagipun ini semua duniawi dan sementara haktuihh

Nak cakap pasal karma ni. It really happens tau. Dulu ada orang duk kata benci orang couple ni macam mana la bole duk ngadu dekat boyfriend 24 jam, murah la apa la, memang betul tapi cara kutuk kau tu macam yakin sangat hang takkan buat benda sama. Tengok tengok dah couple sekarang ni. Dah tahu salah tapi still buat. Jangan cakap "I love you" dekat mana2 laki sebelum korang kawen. Kau yakin macam mana yang dia tu memang orang yang bakal kau kawen? Tak elok. Mahalkan sikit "I love you" hang tu. Aku pun menyesal jugak buat manja dengan certain orang yang aku suka. Tak pernah cakap "i love you" pun tapi kadang-kadang tergedik la jugak, jeles tu tak yah cakap la lol. Lagipun dia pun concern pasal aku. Tapi bila tengok dia bukan layan aku sorang je macamtu aku rasa baik aku jadi brutal dengan semua orang. Kesian suami aku. Aku tak nak laki aku nanti layan orang lain. Same goes to him mesti dia tak nak aku layan laki lain. Salah sebenarnya assume yang orang tertentu tu bakal kau kawen and take care of him as your partner awal-awal. It's wrong. Buat rilek sudah. Ada jodoh ada lah takde jodoh ada orang yang lebih baik untuk diri masing-masing. Just keep praying.

Ok dah penat membebel. Memang ayat sentap sikit so nak mintak maaf zahir dan batin. Selamaaaaat haaaaariiiii rayaaaaaaaa


No comments: