Monday, 3 August 2015

Hmm

Nak cerita benda gedik sikit, jangan baca, buang masa kah. Aku ada seorang kawan. Dia pernah kecewa. Lelaki tu macam mempermainkan dia. Pastu kan dia jumpa orang baru. Sekarang dia takut nak rapat lama-lama sebab takut jadi macam dulu punya. Maka meroyan la dia setiap malam. Antara yang jadi mangsa dengar dia meroyan aku la hahahahaha. Aku tak tahu la weh. Kalau aku, tanya terus laki tu nak serius tak. Kalau dia kata tak ready ke tak prepare lagi ke maksudnya dia tak nak serius la tu. Ye lah takkan dia nak cakap direct dia tak nak serius dengan hang ye dak? Mesti berlapik sikit. Kawan aku kata dia malu nak tanya. Aku offerkan diri nak tanya lagipun aku pun dah friend facebook dengan laki tu senang ja tanya, tapi dia tak nak zzzz. Pastu duk melayan je la skang. Duk main hint hint tu camtu ja. Tak ke mana pun duk berhint nih. Takut kita ja yang salah interpret hint, naya. Penat duk dengar orang meroyan ni sebab geram hahah. Dah la dia bukan jenis ada hobi, tak tengok cerita korea, baking pun tak suka, maka kerja dia fikir pasal benda ni je la. Tapi rasanya kalau dia dapat jawapan bukan boleh buat apa pun sekarang ni. Kena habeskan study dulu. Bukan laki tu bole masuk minang hang skang pun lol. Itulah pompuan. Fikir banyak. Aku pun dah penat fikir. Fikir negatif je tau pastu menyusahkan diri sendiri. Sebab dah ramai sangat kawan sebaya kawen so kerja syaitan apa lagi duk sibuk duk cocok kita. Setiap kali nak move on mesti gagal. Setiap kali nak jauhkan diri mesti kita yang meroyan. Susah jadi perempuan. Laki apa tahu huuu. Takpelah. Doakan lah semoga dia dipercepatkan jodoh boleh lah kita makan nasi minyak lagi :)

No comments: