Thursday, 20 August 2015

Jentik sikit .

Hai. Private kejap sebab saja buat2 macam dah delete blog. Nak tengok orang ingat kita lagi tak bila kita kata kita delete blog. Hoho. Emosi tak stabil sebab entahlah hati ni tak reti kawal perasaan sangat.

Hari ni dapat result pro exam tahun 3. Alhamdulillah lulus, boleh teruskan pengajian tapi serius pointer dan ranking dalam kelas jatuh tergelincir jauh gila. Jatuh 14 anak tangga. Tak kisah pasal ranking senanya sebab yang penting semua orang pass semua orang boleh naik year. InsyaAllah kengkawan yang bakal resit paper minggu depan dapat lepas semua. Cuma sedeh kot bila ayah tengok result kita huhu. Bukan tergolong dalam top10 batch lagi. Lagi-lagi hampir separuh subjek dapat C berderet. Hmm.

Takpe Amalia. Kata someone, bukan selalu kita boleh duk dekat atas. Kena ada jugak orang yang duduk di bawah. Biar kita semua sama-sama dapat rasa cemana duduk dekat atas dan cemana duduk di bawah. Mungkin kita rasa effort dan tawakkal kita dah tinggi, tapi kita mungkin lupa ada kuasa lagi besar boleh takdirkan semua benda :) Effort aku sepanjang semester mungkin sangat kurang cuma study last minute macam biasa. Lagi-lagi takde study week. Allah jentik hang sikit ja ni nak bagi ujian dan peringatan. Alhamdulillah. Bukan Dia buat kau fail pun kan Amalia.

Buat adik-adik junior, study leklok. Be strong. Tahun 1 dan tahun 2 memang bole honeymoon tapi beware jugak. Tahun 3 memang sibuk tapi seriously markah klinik tinggi tau. Merangkumi 20%. Stabilkan theory dan practical. Akak ni patient ramai yang selalu fail to attend. Itu yang effect markah klinik sikit. Subjek klinik yang boleh skor masa sem 1 habes semua jatuh untuk pro ni. Sebab sem 1 tak masukkan markah klinik lagi. Markah lab ortho pun effect markah theory ni rasanya. Macam biasa la kerja lab teruk sikit. Takpe kita belajar kan? :) Untuk general surgery maybe sebab long case hari tu dapat dokter yang mahal markah. Group kitorang semua dapat bawah 30 per 50. Tapi group dengan dokter lagi satu majoriti 40 per 50 ke atas. So nasib korang la. Doa lah semoga Dr buka hati dia bagi markah banyak. Haha. Kalau nak tips dari akak mintak ja, nanti iolls buat entri tips untuk uolls harhar

K tu ja. Thanks sebab sudi lawat blog buruk ni lagi. Heee btw kita dah deactivate twitter. Sebab selalu sakit hati. Lagipun selalu tweet ja study ke laut. Kan dah year 4. Hmmm

4 comments:

Anonymous said...

awak menghilang kat mana? rindu nak baca diary online awak kat twt tu huhu. comeback soon bebeh ��

nik amalia nasrulliana said...

hahaha. i have come back yesterday awak oi cuma follower dan following tak recover lagi. thanks for missing me hahahhahahh

noor hidayah said...

hai akak, nanti update la tips nak naik 3rd year ye huhu

nik amalia nasrulliana said...

eh ada permintaan la. haha. oke insyaAllah nanti akak update :)