Sunday, 30 August 2015

Tips for 3rd Year juniors. kah poyonya :p

Hai :

Oke hari ni kita nak tulis pasal tips jadi budak dental 3rd year. Takdela tips sangat tapi nak cerita pasal 3rd year macam mana ja sebenarnya heheheh

Awal-awal 3rd year selalunya musim competency test. Practical exam benda yang selalu korang buat dalam optech tu. Buat rilek ja. Buat macam dalam optech, jangan gelabah. Competency test EnD, cons, endo, amek impression, dan lain-lain. Banyak test tapi yang paling penting korang bole build up teamwork dengan partner masing-masing. Fail pun takpa, ada masa untuk repeat competency test. Buat betul-betul, fikir macam hang tengah buat procedure tu untuk patient. Akak masa test ni nervous takyah cakap la, tapi paling spoil posture dekat dental chair. Selalu ja doktor datang dan tegur posture kena tegak, nanti sakit belakang. Susah nak buat indirect vision. Sampai sekarang tak mahir lagi huhu

Preparation untuk klinik pulak, banyakkan doa supaya Allah datangkan compliant patient untuk kita. Patient yang senang datang dan tak buat alasan untuk tak datang appointment. Allah je yang tentukan siapa dan macam mana personaliti patient tu. Tapi kalau dapat patient yang kurang compliant pun tak susah, boleh kita belajar cemana nak handle patient tu, ye dak? Experience is the best teacher :)

Then, atur jadual klinik dengan partner. Minggu ni minggu hang, minggu depan minggu aku. Beli planner, set kat situ bila klinik korang jadi operator, bila jadi assistant. Pastu tulis besar-besar nama patient dekat tarikh yang korang set appointment. Call patient paling lambat seminggu sebelum klinik tau. Pastu ingatkan balik dua hari or sehari sebelum klinik. Ramai je patient yang cancel hari appointment, itu memang kita takleh buat apa, mintak outpatient je lah, itu pun kalo ada. Nasib masing-masing hehe

Dah pasal klinik, akademik pulak ye. 3rd year ni takde apa selain tahun general medicine dan general surgery. Tahun ni korang boleh rasa jadi medical doctor tu cemana. Habes kelas, pi hospital, clerk patient, belajar cara examine patient. Seriously akak paling tak suka part ni lol. Segan nak check orang huhu. Korang jangan jadi macam akak ye. Clerk dan examine la seramai mungkin. Kalau segan, jadi la macam akak, clerk dua tiga orang patient je sepanjang setahun belajar, sikit je ilmu dan pengalaman akak dapat. Masa physical exam final pun terpinga-pinga nak buat respiratory examination =.= Nasehat kita dekat korang, beranikan diri bila doktor mintak volunteer, then kuatkan fizikal dan mental korang. Memang penat sangat tahun tiga ni sebab selalu ulang alik hospital. Kadang-kadang nak kejar OT lab prostho, lepas bedside teaching dekat hospital pun rela balik kampus semula nak buat kerja lab. Kelas kat hospital pun sampai malam kadang-kadang sebab ikut jadual doktor kat sana. Tapi jangan risau sangat, penat pun boleh hidup lagi. Kawan-kawan akak pun ramai suka subjek GM GS ni. Dah rindu dah diorang dengan subjek ni. Tapi akak tak lah hoho

Kerja lab ortho dan prostho jangan lupa. Kalau bole bawak balik, bawak balik lah buat kat gv. Takde la slow macam akak huuu. Buat senaman tangan bagi lembut tangan korang buat wire bending ortho ye. Luka masa wire bending biasa la tu, korang sado kan :)

Yang paling sedih pasal 3rd year nih, takde masa sangat nak study. Weekend je kot masa free. Tu pun selalu ada kelas ganti. Hari sekolah biasa bila dah penat memang balik tu tido lah kejenya huhu. So dalam kelas jangan hilang fokus. Jangan tido dalam kelas, tahan ja ngantuk tu sampai tiba masa tido atas katil kat gv. Dalam kelas je korang sempat belajar betul-betul. Jangan jadi macam akak yang kurang fokus nih, C beratur la dalam result dental subject korang nanti T.T

Ok apa lagi ye haha. Tu je lah kot. Kalo kita teringat pape nanti kita tambah yeee

Tahniah semua lulus pro exam year 2. Welcome to clinical year. Good luck korang ! :3

2 comments:

noor hidayah said...

Thanksss akak!! Muahs!! Teruuuuus smngt nk masuk 3rd year!!

nik amalia nasrulliana said...

welkamssss. hahaha semangat ini lah yang kita perlukannn 😊