Tuesday, 24 November 2015

Buyaaa igee

"Umi, sero nok balik jah krismas nanti. Seminggu lepas tu study week seminggu sero nok balik jugop. Tapi orang lain toksey balik."

"Tok payoh la balik kalu sore gak. Bukan ado orang nok hantar pun gi airport. Lagipun maso tu musim banjir. Tak payoh balik lah."

"Tapi ore duk sore lah sini. Semua housemate balik. Takut duk sore."

"Gi rumoh Nasuha lah kalu duk sore. Tok payoh balik."

"Tok sedap duk rumah orang lain. Sebab barang kito duk kat rumoh sendiri."

Can you imagine? Your mom told you not to come home. Sem ni aku tak pernah balik Kelate lagi. Not even once. Tak tahu nak describe macam mana lagi level homesick aku. Mental breakdown tau tak. Lagi sakit jiwa raga bila housemate orang dekat. Diorang boleh balik setiap minggu. So don't you dare to speak about your homesick to me please. Tahun depan nak serumah dengan budak Kelate. Bukan nak assabiyah tapi at least tak duk sorang macam tunggul kayu dekat rumah sendiri.

I'm 22 already. Teksi ada ja. Tapi umi still tak bagi aku naik teksi sorang sorang. Takkan nak bantah cakap umi. Ajak kakak datang amek aku then balik sekali. Tapi kakak exam masa tu. What should I do? Rasa nak meletup bila bila masa ja ni. Sape sape pun aku boleh sembur bila mood aku macam ni. Hahahahah marah ni marahh

Tengah lecture Prostho. Tapi tak leh fokus. Ok jom fokus balik.

Friday, 13 November 2015

Tale of a Little Traveller

Little ke? Kah

Baru balik dari Beijing. Lebih kurang seminggu yang lalu. Educational trip for a week from 1 November to 7 November. Program wajib pelajar tahun 4 setiap tahun. Tahun ni giliran batch kami. Tapi tanggungan majoriti duit sendiri -_-

Bila orang tanya best ke tak Beijing? Bagi aku tiga hari first je bole tahan best. Lepastu hambar ibarat daun pokok gugur di musim luruh. Meh nak story mory sikit. 

1 November bertolak ke Beijing, flight pukul 7 malam. Perut meragam hari tu sebab dua hari duk makan banyak Baba ngan Mak Siti belanja. Indigestion rasanya. Dalam flight pulak dia bagi makan 2 kali. Dinner dah nasi, supper pun nasi. Loya tekak atas flight tu huuu


2 November. Day 1 lah bak kata iger hipster. Sampai Beijing pukul 2 pagi lebih. Berkenalan dengan tour guide nama Michael, orang China yang bole cakap bahasa Melayu. Mula-mula kata berkumpul pukul 9.30 pagi. Memang semua orang bukak whatsapp dalam tido pun, aku ngan Yaya je tak normal tak bukak whatsapp masa tido, so selamba je nak pergi breakfast pakai baju tido. Nasib baik terserempak dengan beberapa kawan dekat lif.

"Eh kenapa korang dah pakai lawa lawa? Baru pukul 8."
"Korang tak bukak whatsapp ke? Kan kena berkumpul pukul 8.30."

Maka terlepas la breakfast di hari pertama. Tak sempat mandi wey, harap mandi pukul 2.30 pagi masa sampai tu je harhar ok la tu kannnn, kan musim sejukk

Ok. Penat la nak tulis. Biar gambar berbicara :3

Day 1




Day 2






Day 3








Day 4





Day 5



Nampak tak semakin nak balik semakin sikit gambar? Sebab akhir-akhir tu dah tak berapa best. Tempat melawat pun banyak shopping ja. Kita mana suka sangat shopping ni. Barang pun mahal. Dan suhu sejuk sangatttt. Suhu paling rendah 1 darjah celcius. Hari last tu turun salji. Malam-malam nak tido pun sejuk, lagi-lagi heater tak berapa jadi. Masa tu memang rindu negara sendiri haha. Satu lagi rindu makanan Malaysia. Makanan dekat Beijing banyak sayur terutamanya lada benggala, dan majoriti makanan masinnn. Nak jumpa ayam dalam lauk diorang potong kecik-kecik, tak berapa puas. Daging dan seafood memang tak dak nampak langsung. Tak berapa hepi la tastebud aku dekat sana.

Tapi yang paling tak suka tandas takda paip. Mula-mula tu macam tak boleh nak terima paip takda, kena bawak botol kosong isi air dekat sink kat tandas haha. Pengalaman macam ni mana lagi nak dapat wey. Ada cleaner marah pulak kitorang guna air, basah lantai toilet, marah kot bahasa Cina pulak tu, ingat kitorang faham kot entahla. Kitorang buat bodo je la. Kalau amek wudhu dekat sink of course la basah lantai dan kawasan sink tu sikit alahai. Merah muka diorang marah dan membebel. Nasib baik diorang tak pukul kitorang dengan batang mop huhu

Ada satu lagi cerita best. Tentang John laknatullah. Eh. Haha. Macam ni ceritanya. Hari last tu tour guide ada bawak kitorang pergi kedai Pearl dan Jed. Pearl yang bulat warna putih yang duk dalam tiram tu. Dekat situ tetiba tour guide tak masuk sekali. Pekerja kedai bawak kitorang masuk satu bilik, cerita pasal pearl ni. Tapi diorang guna bahasa isyarat sebab katanya tunggu guru yang reti bahasa English datang. Pelik jugak kenapa si Michael tak masuk sekali, boleh dia jadi translator. Tempat lain dia ada sekali. Pastu masuk lah si John ni yang reti speaking omputeh sikit. Dia kata dia anak tauke kedai pearl tu. Tengok pakaian dia memang nampak macam anak tauke. Oke la. Then dia cerita dia baru habes study pasal jed. Dia pun cerita lagi pasal dia ada problem dengan ayah dia. Ayah dia suruh teruskan legasi kedai, tapi John kata dia tak minat.

Dalam hati kita, "Wow macam dalam cerita Korea, tak sangka wujud cerita macam ni."

John ni suka buat lawak, dan dia kutuk peniaga dekat tempat lain, dia cakap semua tipu je pasal jed tu, jangan percaya. Maka ramai la kawan-kawan aku duk kata "Jujur la dia ni." Habes semua duk bercrush dengan si John, tapi aku tak lah not my tastee haha.

Jeng jeng jeng lepastu John suruh pekerja dia ambil satu kotak cincin pearl, dia kata nak bagi free sorang satu dekat kitorang sebab kitorang layan dia dengan baik. Muka pekerja-pekerja dia sangat la pandai buat reaction, semua terkejut dan tak bagi John bagi free. "But this is 100 yuan per unit," kata pekerja ituu. Kitorang lagi la duk berwowwow sebab dapat benda free. Hahahahaha lawak balik kalau ingat. Dia bawak kitorang masuk satu bilik lagi, dia kata jangan beli sebab harganya mahal. "This is not business. They are my friends," pesan John kepada pekerja dia. Semua duk angguk.

Dekat bilik yang penuh dengan cincin, gelang, dan rantai tu John tetiba kata dia nak turunkan harga special untuk kami. dari 2800 yuan jadi 400 yuan. Rantai loket pearl tu pulak dua 100 yuan. Apa lagi semua macam semut duk hurung pekerja John berminat nak beli benda tu. Aku ajak Yaya pergi toilet sebab not my taste la gelang rantai bagai ni, tak pernah rasa nak pakai pun lol. Tapi tak sangka pulak lamaaa gilaaa dekat situ. Aku pun try la jenguk-jenguk apa benda diorang duk khusyukk sangat duk pilih. Tengok loket pearl tu macam cantik pulak, 50 yuan je satu. 50 yuan bersamaan RM30 la lebih kurang. Maka aku beli lah untuk diri sendiri, Yaya beli satu. Duk fikir pasal umi kakyong kakak semua macam aku mana pernah nampak diorang pakai rantai ni, tak jadi la beli untuk orang lain. Nampak cincin 20 yuan, aku beli la satu untuk umi. Orang lain borong kot, ada beli empat lima enam rantai gelang satu. Ada sampai habes 1000 yuan dekat situ.

Lambat sangat tunggu diorang duk shopping, aku keluar awal, alang-alang main salji. Tunggu Yaya, dia kata nak amek gambar dengan John dulu. Mikin pun sama. Pffff. Nasib baik ada Khairine kat luar bole la duk tangkap gambar. Tapi sejuk sangat salji nihh so aku masuk bas, lama la jugak tunggu si Yaya Mikin yang tak habes dengan John diorang. Dalam hati,"Tengok-tengok John bukan anak tauke baru nanges semua lol." Naik bas pun duk dengar orang lain duk cakap pasal John. Dekat tempat seterusnya pun tak habesss pujiii John John Johnnnn

Ingat ada sorang kawan kata,

"Bagus la John ni, ayah dia pun bagus ajar John macam tu." 
Aku balas,"Jap. Kenapa korang percaya dia kata pearl dia ori, dan korang fikir kedai lain salah? Haha."
"Tak dengar ke dia cakap tadi cara tau pearl tu ori bila gesek sesama pearl keluar serbuk macam ni," diorang duk gores pearl sesama sendiri then keluar serbuk putih.
"Tengok-tengok ayat tu dia tipu ja. Hahahahaha"
"Eh tak lah. Kalau dia tipu boleh jadi penipu terhebat di dunia," jawab dia dengan yakinnya.

Ok fine. Maka balik lah ke Malaysia malam hari kelima tu. Alhamdulillah sampai Glenview tengahari 7 November :)

Terima lah satu whatsapp dari Ain, link website tentang drama di kedai pearl Beijing. Blogger tu duk pesan hati-hati bila pergi Beijing. Tour guide banyak menipu sebab diorang dapat komisyen dari kerajaan bila pelancong beli di kedai-kedai kerajaan diorang. Semua kedai yang kami pergi, kedai jed, bamboo, silk dan pearl semua kedai kerajaan. Tapi gambar anak tauke dalam blog tu bukan John yang kami kenal tapi orang lain kahhhh. Drama diorang ni dah bertahun diorang guna tapi tak tersebar luas jadi masih diteruskan hingga ke hari ni. Aku gelakkkk je sepanjang baca website tu. Pastu ramai duk mengamuk dekat grup whatsapp sebab crush diorang penipu terhebat di dunia HAHAHAHAHHAHAHA joke of the year la wey. Tapi aku pun beli jugakk so tak leh nak gelak mana. Nasi sudah jadi bubur. Tak kan nak pi Beijing lagi semata mata nak pi tonyoh si John tu kannn, redha je lah. Rupanya pearl diorang jual memang ori tapi low grade sangat. Bukan gred A yang dikatakan oleh John yang kononnyaaa anak tauke lol. Harga pearl yang kitorang beli bole dapat jauh lagi rendah di kedai mana-mana. Kalau kat Malaysia rasanya harga belas-belas ringgit je kot sebenarnya.

Nasib baik weh beli dekat kedai pearl ja. Ada kawan kita beli di setiap kedai yang disebut tu, bila dah beli baru tau kain silk tu sama je dengan kain biasa, kain lap bamboo tu tak hilang pun kesan dakwat kekal sebab yang diorang demonstrate dakwat sementara, jed tu bole dapat harga murah lagi dekat kedai biasa, dan macam macam lagi lah penipuan orang kafir ni.

Ok panjang pulak membebel. Maka berakhirlah educational trip kami yang sangat educate kami bahawa jangan percaya dekat peniaga negara sanaaa. John is everywhereee. Beli dekat Malaysia je laaa

Olaaa