Wednesday, 23 December 2015

Lost .

hai. in ortho lecture right now. tapi takleh fokus. petang ni balik kelate yahooo. semalam terdetik nak update pasal beberapa hari ni ramai left grup kelas tapi busy malam tadi tak sempat nak update hikhik

i'm not in a place to give advice but still i just want to say something about it. straight to the point ya. aku tak suka cara sesetengah orang yang jenis left group kelas bila ada problem sikit. bukan bawak berbincang dengan kawan kawan tapi tetiba lepas gaduh sikit, terus left. macam budak-budak gaduh ja. ce terangkan sikit sebelum left tu takda la terpinga-pinga orang lain.

pastu duk post ayat sedapkan hati di media sosial. then makin ramai orang terasa dengan status yang tak dituju dekat dia pun. masalah pun jadi makin besaq dan tak selesai sampai ke sudah. masalah sebenarnya kecik ja. tapi ada orang suka sangat generalizekan orang. sorang dua ja yang sakitkan hati dia, tapi dia generalizekan sekelas tak puas hati dengan dia lol. ce try tanya orang lain "betul ke aku ni macam dia cakap?"

tak tuju kat sape2 sebab ramai sangat dah buat macam ni. tahu dak bila left group ni kalo ada announcement apa-apa jadi ketinggalan orang tu jadinya. admin grup pun kena masukkan dia balik dalam group heh

yang paling takleh terima nya ada jugak orang yang baru lepas dilantik pegang jawatan, pastu tetiba cakap kat grup "sorry for everything" then left group. serius tak faham awat lagu tu. tak jadi pape pun kalo jadi penolong kelas. aku yang tak berapa ada leadership skill pun pernah jadi. tak busy sangat pun. ketua kan ada. kita jadi penolong je. moga moga hati dia terbuka la sikit lepasni ameen

k dah habes membebel. maaf kalau ada terguris perasaan sesapa. peringatan untuk diri sendiri yang suka bad mood jugak ;)


Friday, 11 December 2015

Searching ...

Tengah mencari kelebihan diri. Insecure dengan semua orang. Bukan sahaja dari segi luaran fizikal malah dari segi dalaman. Senang cerita, dah la tak lawa, budi pekerti pun tak seberapa, pemalas, nak kata pandai pun tak.

Setiap hari duk kata dekat diri sendiri, "Itulaa masuk lagi dentistry. Diri tu tak pandai, nak kejar kawan-kawan yang pandai teori dan praktikal memang la susah. Pastu balik kelas duk melagha ja kerjanya. Bila nak jadi hebat kalau tak usaha?!"

A home person like me yang selama ni duduk bagai di bawah katak tempurung bila dah keluar melihat dunia, bila umi ayah tak lagi menjaga depan mata, serius hancur diri yang lama.

Bila pikir balik dulu aku takdelah tak pandai, ceh, pemalas pun tak, selalu buat kerja rumah cikgu bagi on time, study pun bole tahan rajin berbanding sekarang. Bukan nak riak, tapi dulu sekolah rendah selalu dapat nombor 1, UPSR 5A, UPKK 7A, PMRU 10A, PMR 9A, SMU 10 Mumtaz, pastu SPM 11A. Pendek kata memang kerja kutip A je sepanjang sekolah. Takde B pun dalam exam penting, alhamdulillah boleh bagi umi ayah happy. Tapi kenapa sekarang midsem yang syllabus belajar dua bulan ja pun bole dapat C, hujung minggu tak study, selalu meronggeng, selalu bazir duit layan movie dekat cinema, assignment last minute baru sentuh, dalam kelas tak fokus, dalam klinik buat kerja slow, malam exam/test tak study. Apakahhh

Dulu competitiveness aku kemain tinggi, sebab tu boleh lagi jadi top10 dalam batch yang ada lebih kurang 450 orang pelajar. Mana competitiveness yang dulu? Kenapa aku sekarang tak rasa urgent pun bila kawan kawan study, bila kawan kawan rajin buat kerja lab, bila ramai orang dapat A dalam exam, bila kawan kawan busy struggling siapkan clinical requirement? Why me becoming other person whyyyyyyyyyyy

Kena betulkan niat belajar balik :( 
Tak sayang umi ayah dah ke? :( 
Tak nak bagi umi ayah happy dah ke? :( 
Kau gila ke apa Amalia jadi negatif duapulohpatjam sehari? Meroyan hilang laki ke mendee
Wahai diri, sila kutip that 'A' dari segi teori dan praktikal banyakbanyakkkkk pleaseeee

Being an adult changes me a lot. I think one of the solution is being at HOME sebab kat sekolah dulu kita bukan budak asramaa. Tapi cemanaaa wey rumah kita jauhhh eii benci.

Ya Allah tolong aku T.T