Saturday, 30 January 2016

Chapter 4 : Kay .

Too many things are running in my head. Esok dah kena pi kolumpo. Kejapnya cuti. Takpa. Setahun setengah lagi ye, pastu hang cuti lah lama sikit sebelum start kerja. Tapi 'setahun setengah lagi' kalo tak extend. Kalau kena extend lebih la dari setahun setengah nya. Tengok. Fikir negatif lagi =.=

Banyak sangat benda belum settle. Requirement banyak lagi nih macam mana nak penuhkan ni huhu. Competency test. Denture. Perio. Paeds. Ok semua aku slow. Sem ni pun dah kena start research. Nak selit celah mana pun tak tau. Patient pun tak cukup lagi nih. Macam tak sempat ja. K dah start pening dah. Tengok. Fikir negatif lagi. Aigoo

Tak nak kena marah lagi. Nak klinik yang tak sekalut klinik-klinik lepas. Nak buat kerja elok sikit. Nak buat kerja cepat sikit dari dulu. Nak rajin masuk lab buat gigi palsu. Nak study rajin sikit. Tak nak fikir lebih-lebih lagi. Kalau tak stop fikir lebih-lebih ni belum grad pun bole beruban satu kepala.

Stop complaining. You have made it too far to turn back. Keep going Amalia. Keep going until you can't. No. You must can.

Bismillah. Semester 8 over 10.

Wednesday, 27 January 2016

Chapter 3 : Derak .

Sekarang tengah cuti sem. Semester 7 daripada 10. Fuh sikit lagiiiii. Ye ke sikit lagi *sigh

Umi, ayah, family Adam semua takda kat rumah. Diorang pi umrah. Tinggal lah aku, kakak dan Hakim kat rumah. 

Tiga minggu sebelum cuti, masa Krismas lah lebih kurang, Mikin tetiba terdetik hati nak datang Kelantan. Dia ajak Yaya. Yaya kata susah dia nak dapat 'Go' dari ibu ayah dia. Tapi masa cuti pendek 4 hari tu dia try bagitau kat family dia, "Ibu, Lia nak pergi Kelantan," tak sangka pulak ibu ayah dia kasi. Jadi suruh la Afi booking tiket flight sama dengan kitorang Mek Kelate 5 orang nih, aku, Suha, Afi, Anne dan Moni.

Hari last exam, kitorang tido dekat surau airport, kecuali Mikin, mama dia tak kasi tido kat situ, lagi pun rumah Mikin 20 minit ja dari KLIA2. Yaya first time merasa perjalanan kitorang setiap kali cuti, naik LRT dan ERL dengan bagasi besar. Pastu tido di surau airport yang tengah malam nya memang sejuk ibarat Beijing. Yaya kata lagi sejuk dari Beijing. Nasib baik aku dah pesan awal-awal bawak baju sejuk Beijing haha

Day 1.

Sampai di Kelate dalam pukul 7.30 pagi. Kakak amek kitorang. Suha join sekali tido rumah aku. Aku suruh diorang berehat dulu. Aku nak susun plan. Mek Kelate yang lain pun duk tanya kat grup whatsapp macam mana plan derak kitorang. Disebabkan aku dah pernah rasa pergi rumah Yaya dan Mikin, aku tak nak lah diorang rasa macam aku rasa dulu. Haha. Kat rumah Yaya 3 hari 2 malam, tapi jalan pergi Melaka ja abang dia bawak. Rumah Mikin lagi lah, duduk 4 hari, tapi macam tido dan makan je kat situ, segan pulak dengan family diorang sebab rasa macam semata-mata menumpang, padahal dalam hati kita rasa nak jalan, nak pusing tempat tinggal diorang. Katanya takda kereta nak drive. Huhu k takpaa

Jadi sebab tu lah diorang datang dari jauh ni, kena lah plan baik punya. So hari first tu bawak diorang lunch dekat Pok Mat Teh Tarik Madu.




Lepas makan, kitorang pi pasar Siti Khadijah, bole lah diorang beli keropok, colek dan sambal daging. Pastu pegi pasar Buluh Kubu. Shopping sakan diorang beli telekung, baju kelawar dan kain batik.

Petang pulak, pergi Pantai Irama Bachok, bawak diorang makan ABC dan colek seafood. Malam berehat, tido awal sebab diri sendiri pun belum tido sejak sampai Kelate hari tu.

Day 2.

Hari kedua bawak Yaya Mikin Suha pusing KBMall. Nak cari makan plan asalnya tapi plot twist kedai makan kat situ semua tutup. Lupa pulak hari Jumaat. Drama sangaddddd. Plot twist lagi Suha ja yang beli baju kat situ. Pelancong rilek ja. Yela shopping mall ada apa sangat. Kat tempat masing-masing berlambak haha


Lepas beli asam dekat KBMall, kitorang lunch dekat warung mi celup dengan air kelapa. Sedap pekena air nyor masa panass panassss

Petang cari makan lagi. Pusing pasar malam Kubang Kerian. Beli nasi kerabu, kebab, kuih deram, ubi kentang pusing, kentang goreng, sotong celup tepung uncle bob, coconut shake, satar, dan green tea hipster. Makan petang semua benda yang disebut kecuali nasi kerabu. Lepas maghrib makan nasi kerabu pulak. Memang semua dah macam ikan buntal kenyang sangat. Alhamdulillah. Plan nak pergi Wakaf Che Yeh lepas Isyak, tapi tertengok cerita best dekat tv, tambah pulak kenyang sangat, tak jadi ke Wakaf Che Yeh. Haha. Rehat ja malam tu. Layan Sinister 2. Kita pulak tengah layan Sinister tu, duk sakit hati wassap dengan orang -_-

Day 3.

Hari second last. Hari Mek Kelate pusing Kelate sedunia ahahahah

Moni dan Anne datang rumah aku dalam pukul 10 pagi. Moni call, kitorang tengah tido lagi kah. Ok bangun siap-siap. Makan breakfast nasi kerabu putih Moni bawak dari rumah. Nak introduce dekat Yaya Mikin sini ada nasi kerabu warna putih jugak, nasi kerabu tumis, bukan warna biru macam biasa. Merasa lah diorang breakfast dengan nasi macam orang Kelate :3

Fikir punya fikir next plan nak gi mana, last-last pegi rumah Afi. Nak amek Afi join sekali. Anne drive. Breakfast kali kedua kat rumah Afi, makan pizza dan pisang. Tapi so sadd Afi tak nak ikot sobsob. 

Then, lunch rumah Suha kat Pasir Mas sambil hantar Suha balik. Kat rumah Suha makan tiga kali. Mula-mula goreng pisang dan kek, pastu lunch nasi dengan lauk-pauk pelbagai jenis, last mak Suha buat air lagi makan dengan biskut. Kenyang lagi. Alhamdulillah. Tapi belum klimaks makan lagi padahal. 

Pergi pantai. Buat drama sikit tak jumpa pantai yang dicari. Sesatt. Nak cari pantai yang boleh makan-makan. Last sekali masuk resort. Jumpa pak guard resort.

"Ye ado gapo dik?"
"Kami nak tempah chalet," jawab dengan yakin ja.
"Ok bolehh," jawab pakcik guard dengan senyuman.

Kitorang parking dan turun pi pantai. Masa tu pukul 3.30pm. Matahari tinggi lagi. Amek gamba jap. Bagi pelancong feel melancong sikit. Aku rilek ja. Nah belanja gamba comel kah


Habes berposing, kitorang gerak ke Kadok pi rumah Moni. Sampai ja masing-masing landing atas katil Moni jap. Masa tu pukul 5 lebih. Minum petang, makan lagi, makan keropok lekor dan karipap sedap. Lama dah tak makan keropok lekor pantai timur. Yummyy. 

Lepas solat Asar, gerak ke rumah Anne pulak. Rehat kejap sambil tunggu Maghrib. Lepas solat Maghrib makan malam. Ni klimaks makan hari tu tadaaaa nasi dagang special ordered for the pelancongg dari jauh. Aku pun melantak sesama sebab dah berapa bulan tak jumpa nasi dagang faveret. Lepas makan memang tak leh nafas semput kenyang sangat. Landing lagi dalam bilik Anne sambil layan Running Man. Sambil tunggu kereta ayah Moni sampai jemput kitorang.

Tinggai kami berempat, aku Yaya Mikin Moni teruskan aktiviti berderak kami. Pukul 10.30pm baru ayah dan mak Moni jemput, then dari rumah Moni, kitorang gerak balik rumah aku. Moni drive. On the way Moni tanya nak pi Wakaf Che Yeh ke sebab lalu on the way ke Kubang Kerian. Ok semua on! Singgah Wakaf Che Yeh. Pelancong semua sakan shopping lagi. Ada yang belikan seluar pelikat untuk pakwe, kain batik untuk mak mertua kahkahkah. Sampai dekat kedai tracksuit, beli dua dapat murah, Moni nak beli, aku pun terbeli sekali -_- Boleh laaa buat kenangan haha

Tak habes lagi derak tau. Sampai rumah aku pukul 12.00 malam. Tak perasan shopping dah pukul 11.30. Balik tu tetiba hujan lebat. Alhamdulillah sempat sampai sebelum hujan. Tapi ada date pulak lepas tu. Dah janji dengan Chemi nak keluar lepas balik. Kena sound dengan kakak, dia kata orang dalam rumah ni mana pernah keluar malam-malam. Kawasan rumah kita memang bahaya sikit ramai budak jahat. Aku masuk bilik sound tiga-tiga orang.

"Betul ke nak keluar ni? Kakak kita macam tak bagi pulak."
"Ntah. Chemi dah on the way."

Dua minit lepas tu Chemi sampai. Ok terpaksa keluar jugak. Kakak pesan jangan balik lambat. Kalau ayah ada confirm ayah tak bagi huhuhu. Belut punya pasaaii

Dia bawak kitorang makan maggie belut. Nasib baik sedap. Mula-mula nak kongsi ja, lepastu tak cukup, order lagi satu mangkuk hahahaha dasyatnyaa nafsu makan astaghfirullah

Pukul 2.30am balik. Dah pesan kat Chemi pastikan kitorang masuk rumah, tutup pintu rumah baru dia bole balik. Dia ikut macam aku suruh. Kah. Thanks belanjaa

Day 4.

Lepas Subuh, terus siap-siap, pelancong kemas beg semua, pukul 8.30am Chemi datang jemput. Bawak kitorang pi rumah dia. Breakfast nasi lemak bersinar dekat rumah dia. Itu nama nasi lemak ya, Nasi Lemak Bersinar haha

Lepas breakfast menyempat pi Bazar Tok Guru dan Pasar Siti Khadijah lagi sekali bagi chance Yaya Mikin beli barang yang still tak cukup. 

Tengahari hantar Yaya Mikin dekat airport Pengkalan Chepa. Say goodbye and done! Derak Mek Kelate done olredi!




Diorang kata puas hati, makan sedap, layanan VIP, tak rugi datang sebab selalu jalan-jalan. Haha yekeee. Ok thanks datang uolls, lain kali datang lagi. Nak tunggu kenduri kita pun boleh tapi masa kenduri kita dah tak leh nak derak sebab kita dah ada incik abam >< 

Lupa nak bagitau Day 1 and Day 2 tu of course lah bukan kita yang drive. Kakak yang drive. Thank you mek kak, i love you <3

Terima kasih jugak ibu ayah Mek Kelate semua sedia makanan untuk kami, dan jemput kami datang hehe

Kbye. Post ni panjang yeah I know :p

Friday, 8 January 2016

Chapter 2

May I write something despite of studying? I'm bored.

Dear readers, I am already 23 this year ! Kenapa cepat sangat :(

Happy new year btw. 2016. SPM 2010. Dah 5 tahun tinggal sekolah menengah. It is a strong evidence proving that I am that old. Tapi kenapa ilmu macam tak berapa banyak pun sejak 22 tahun hidup. Huhu

And there is umi who keeps pressuring me and kakak about jodoh. lol

"Umi, doa ko ore biar boleh grad dengan saem-saem, buleh habes requirement hok Dr nok deh."

"Umi doa sokmo doh. Biar dapat ngaji molep, dapat jodoh hok baik. Biar grad nanti memang jupo doh jodoh baru senang kijo umi. X sey lah habes ngaji doh tapi jodoh x jupo2 lagi. Tengok ramai saem kakyong sapa loni x nikoh lagi. Adam jupo sep dio panggil kakak buke mokcik."

Hahahahaha that's my umi. Umi orang lain tak macam umi kita. Doa lah umi. Kita ikut je Allah nak bagi bila. Sekarang ni bayang jodoh pun takda nampak. Terrrtry jodoh orang ada lah huhu. Umi tak nampak ke anak dia ni still like a spoiling immatured child. Buku sekolah pun malas baca apa lagi buku buku kehidupan. Hobi pun masih tengok korea macam hobi budak sekolah menengah hewhew

Nak jadi kanak-kanak balik. K merepek sebab nak exam. Apapun memang kena terima masa mana bole undur balik, umur kita pun makin lama makin pendek bukan makin panjang. Bila hang nak berubah ye Amalia? lol

Tuesday, 5 January 2016

Chapter 1

"Kenapa awak teruskan treatment? Awak tak dengar cakap saya ye? Kenapa awak degil ye? Saya cakap jangan teruskan kan? Discharge patient sekarang."

Terdiam student tu. Termenung ja pikir awat dia tak dengar cakap Dr. Selepas patient balik, after 10 minutes, Dr datang balik bilik tu.

"Sekarang awak nak buat macam mana benda ni? Degil ye awak ni. Awak tau tak apa awak dah buat?"

"Dr, sa..ya.." C tersedu sedan takleh teruskan ayat. Naseb baik pakai mask tapi mata tak leh menipu.

"Eh sedih pulak dia. Takpe la saya cakap dengan partner awak."

30 minit takleh stop duk menangis macam nak jatuh bola mata. Nasib baik dia duk sorang dalam bilik tu.

Dr datang lagi. Dr tepuk lengan si C.

"Dah la tu awak, jangan lah nanges. Ok saya mintak maaf. Saya risau je tadi ingat benda tu dah tak leh guna dah. Dah settle dah saya dah bincang dengan En F."

Student tu senyum dan mintak maaf tapi senyum tu tak nampak pun sebab pakai mask. Mata still merah macam mata ikan.

Ada sebab kenapa dia teruskan treatment jugak sebenarnya. Dia nak explain tapi bila dia tak diberi ruang untuk explain, air mata je la mampu keluar.

Ada kawan si C ni kata dekat C,

1) "Mudah sangat air mata jatuh. Ce jadi kental sikit. Dah la kalo nanges ja mesti depan aku"

2) "Selalu kata kau lambat. Ce tengok aku pernah ke aku kata aku lambat? So tengok aku lambat ke tak buat kerja?"

3) "Kenapa kau selalu je ada masalah ea?"

4) "Kau memang slow macam ni ea?"

Yang peliknya semua ni kengkawan laki yang tegur. Ayat kuajaq sikit tapi ada point diorang nak sampaikan.

Teguran yang tak berkait dengan klinik pun banyak ==

1) "C, kau takleh duduk leklok sikit ke dalam kelas?"

2) "C, tudung tu."

3) "C, tangan."

4) "Minum duduk, guna tangan kanan."

5) "Takyah makeup la C. Laki2 USIM tak suka pompuan pakai makeup."

Macam abang abang pulak diorang ni. Thanks anyway berani tegur huhu

Eh jap. Obvious eh C tu aku hahaha k pape je la. Wish me luck tengah study week nak final exam. Byee