Thursday, 25 February 2016

Chapter 9

"Lia, mudah sangat down ni."

Hari ni Dr F dapat detect kita punya kelemahan yang paling besaq. Suka buat ayat negatif, itulah Amalia. lol

Drama hari ni tak jumpa canal orifice lepas buat access cavity. Caries dia kot distal. Coronal build up pun distal. Mana la tahu canal orifice dia kat mesial huhu

Diri sendiri tak dapat locate. Cari dalam masa dua jam tak jumpa-jumpa. Dr lalu ja mengadu,

"Tak jumpa lah Dr."
"Cuba lagi. Boleh tu."

Cari lagi. Liana pun tolong cari sama-sama sebab dia geram kita tak jumpa padahal dah cukup dalam cavity tu. Tak jumpa jugak. Lagi frust bila sejam sebelum tu dah jumpa tapi bila keluarkan file tak jumpa balik apakah

"Tak boleh la Dr." Then Dr amek glove tolong locate. Sekejap ja Dr cari dah jumpa. Tapi orifice tu tak nampak bila tengok kot direct vision. Kena indirect guna cermin, biasanya indirect ni gigi atas ja, so bila gigi bawah lagi kekok teramat. Nampak canal tapi tak leh masukkan file tuu sebab tak tahu kanan kiri dalam cermin kot mana adoi annoying tahu dak

"Lia, boleh tak?"
"Tak boleh Dr."
"Besarkan distal sikit biar senang Lia masukkan file."

Alhamdulillah last-last jumpa gak. Nak buat coronal flarring.

"Dr kalau cavity saya tak cantik macam ni, saya nak buat coronal flarring kat sini ye Dr?"
"Aah. Tak apa asalkan dapat straight line access nanti."

Tuptaptuptap habes klinik. Patient dah balik. Assistant kemas barang. Aku tulis folder patient.

Dr F datang.

"Lia macam mana? Oke?"
"Oke Dr hehe."
"Mudah down sangat Lia ni. Jangan macam tu. Depan patient kita jangan cakap tak boleh, tak cantik ke apa, nanti patient tak percaya kita. Nanti dia fikir kerja kita tak bagus."

Alamak. Kantoi pulakk

"Semangat sikit Lia. Bolehh. Kita belajar kan. Jangan down macam tu. Nasib baik patient tadi Cina kan dia tak faham kot hehe."

Maka berhuhuhu lah kita. Nak buat cemana dah memang inferior cenggini T_____T

No comments: