Sunday, 14 February 2016

Chapter 6

Ceritanya begini. Aku memang tak pernah masuk sukan sepanjang hidup ni. Maksud aku bola jaring ke bole tampar ke badminton ke pingpong ke olahraga ke aku memang tak pernah main pun kat sekolah. Kecuali badminton selalu main depan rumah dengan family. Sebab masa kecik2 dulu kawasan lapang depan rumah aku jadi court badminton so abang selalu bawak kawan-kawan dia main depan rumah. Ayah pun selalu main dengan kitorang. Memang kerja sambut bulu tangkis je la, peraturan memang idok tahu. Aku tak main sukan sebabnya dulu aku ni lembik. Kalau jatuh je pengsan terus, pernah masuk hospital lepas jatuh masa berlari dalam rumah.

Sejak hari tu, umi pun buat peraturan, "Yuyu, jangan masuk sukan." Abang, kakak-kakak aku semua main hoki masa sekolah rendah. Aku je tak, lembik sampai ke sudah. Sijil sukan ada ja, sebab aku antara top student sekolah, cikgu buatkan sijil palsu, nak bagi kita point kokurikulum. Kah

Masa study week hari tu kawan-kawan ajak main badminton, aku pun on lah. Dengan niat nak exercise sikit, bagi lemak tepu ni hancur. Kemaruk pulak sampai setiap hari pi main badminton, siap beli raket RM15 dekat tesco sorang satu. Sabtu ni ada lawan badminton rumah sukan. Tetiba pulak ketua team kata aku ada potensi. Bola aku boleh sambut, cuma satu je, aku ni tak reti smash. Aku cakap kat ketua team aku main saja-saja ja, tak nak masuk bertanding. Kalau dah terdesak takda orang, baru aku masuk. Tuptup tetiba nama aku naik untuk main single -_____-

Wey. Aku tak suka bertanding. Sebab aku mudah emo. Hahahah. Main saja-saja kira mata pun selalu salahkan pasukan lawan bagi bola masa aku tak ready. Dah la aku ni takda semangat berpasukan. Kalau orang tengok bola negeri sendiri duk main, aku rilek ja takda nak jerit sorak ke apa. Semalam masa bowling pun aku duk dekat pasukan lain, takda kawan kat pasukan sendiri. Kecuali la kalau pakwe main, pandai pulak aku support dari dalam lubuk hati ni kahkah k gurau ja

K takpalah. Buat niat main nak kurus je lah. Ada Yaya kot, tak larat aku nak lawan si Yaya. Jadi, jangan salahkan aku ye kalo Molar dapat nombor last lagi macam bowling semalam. Kah!

No comments: