Wednesday, 3 February 2016

Chapter 5

Aku takde la manja sangat selalu homesick nak balik. Baru seminggu datang sini nak balik lagi minggu depan. Bising dekat twitter tiket habes semua sebab lewat dapat jadual, lambat tahu cuti raya cina 4 hari.

Orang tak tau aku nak balik sangat kali ni sebab dah lama tak jumpa umi ayah. Sem lepas hampir satu sem tak balik sebab mid sem break pergi Beijing. 

Balik 4 hari cuti krismas seminggu sebelum study week. Tapi masa tu ada kenduri sepupu dua hari. Hari first cuti sebelah perempuan, hari akhir cuti sebelah laki dekat rumah ayah long. Umi busy bila kenduri. Hari kenduri sebelah laki semua sibuk. Semua duk rumah ayah long termasuk umi ayah busy layan sedara mara. Last2 ayah sorang hantar aku balik rumah. Pastu ayah keluar pi masjid solat asar. Aku first time packing dengan takde orang kat rumah, takde umi yang carikan barang yang aku tak jumpa. Tak puas cuti hari tu.

Study week tak boleh balik sebab takde orang nak teman balik. Cuti sem seminggu last week pulak umi ayah pergi umrah. Dan tak jumpa sampai lah sekarang.

Kalau aku tak balik cuti raya cina ni jadi kena tunggu dua bulan lagi sebelum mid sem break pulak. Kalau sampai mid sem break tak balik2, maka jadinya hampir 10 bulan tak cuti dengan umi ayah. Nak dekat setahun tau dakkk T.T

Jadi jangan cakap aku manja pleasee huhu. Family aku bukan bole datang keyell macam tu ja nak amek aku. Kami bukannya ada duit berkepuk-kepuk just untuk bayar tiket flight aku. So aku kena lah pandai cari jalan balik sendiri bila tiket bas flight semua sold out.

May Allah ease. Moga2 aku dapat balik dengan jayanya hujung minggu ni. Doakan :(

No comments: