Tuesday, 19 April 2016

Chapter 16

I don't have time to update my blog. It means I am busy right now. Ye ye jek. Buat-buat busy maybe. Malas lebih dari busy. Busy dengan research proposal. Busy dengan esaimen. Busy dengan klinik. Busy dengan keluhan yang tak habes-habes lol. Nama pun student gini la hidup nya. Bila kerja busy dia sama jugak.

Busy tapi kita ni suka lari dari busy, itu yang buat kita jadi malas. Tengok cerita Descendants of the Sun menyempat pulak. Layan Running Man dan Return of Superman rilek ja. Kesian partner research aku dapat aku yang tak serius buat kerja jadi partner dia huu

Bila nak akhir sem ni biasa lah semua pakat busy ye dak? Kot ye pun busy jangan la sampai lupa jaga penampilan. Aku pun tak jaga sangat tapi busy kan tak kemas sikit oke la. Cuma bau tu jaga la sikit. Hahahahaha

Kita pi sekolah naik bas. Dah 4 tahun memang setia dengan bas sekolah ja. Dulu naik kete Yiyin tapi sejak year 3 memang hari-hari lah naik bas. Dulu selalu 7.45 kahkah tapi sekarang bole nampak perubahan sikit la naik bas pukul 7.20 hewhew

Pukul berapa naik bas tu bukan point aku. Point aku cuma pasal bau badan tu. Naik bas biasa la lari sikit turun tangga nak kejar bas pagi-pagi. Tapi bila dah naik bas pagi-pagi dah bau kepam cemana nak hadap lagi 8 jam nak duk kat sekolah. Dik, haha aku panggil dik sebab semua muka tak kenal yang naik bas jadi confirm junior, ni akak nak bagitau dekat Giant kan dia ada jual banyak deodorant. Perfume pun banyak. Lagi-lagi bila tudung adik-adik besar sikit kan, tahap pengumpulan bau tu lagi tinggi, takkan nak jumpa patient nanti dengan bau tak sedap kan? :) Tak nak la orang luar mengata dokter atau dentist U kita ni busuk-busuk. Beli yang spray tu "zap" kanan "zap" kiri kejap ja dah siap bau wangi sikit. At least bila balik tu naik bas takde la sakit hidung kawan yang duk sebelah adik dalam bas. Hidung akak pun selamat dik. Akak bila seharian penat klinik kelas semua confirm sakit kepala petang tu. Jadi bila balik sekolah naik bas duk tepi adik yang tak perasan pasal bau dia yang tak berapa sedap tu bertambah la pening akak huhu.

Tolong akak ye.

Regards,
#sispening

Dah macam confession universiti yang fofular dekat fb dah kenapa harharhar

3 comments:

sakuraviolet93 said...

lol amalia. yang ni memang post paling kelakar amalia pernah buat. xleh tahan dengan ayat 'zap' situ sikit sini sikit hahahahah. keep it up XD

nik amalia nasrulliana said...

haha yeye jee oke tengs eh tapi tu pujian ke lol

sakuraviolet93 said...

Ye pujian la tuu. Hahahah