Sunday, 24 April 2016

Chapter 17

"Mana parking ni? Ini parking premier kan?"
"Aah depan lagi Del."
"Eh dah keluar la. Thank you. See you again."
"Lol Del kena pusing balik la nampaknya."
"Hahahahahaha," semua orang gelak sakan bila tak jumpa jalan masuk parking mall, kecuali aku. 

Aku rasa tak sedap tekak tetiba, sepanjang perjalanan sebelum tu cuma abdominal cramp macam biasa. Maybe sebab Del pusing cari parking mall tu dah dua kali, tambah dengan bonggol banyak dan tinggi-tinggi pulak tu. Sarapan makan Chocopie 2 biji, lupa nak beli makanan untuk hujung minggu, ye la duk busy ja sepanjang minggu lepas. Nasib baik Del ajak keluar lunch kalau tak memang berlapar lah aku. Tapi masa sampai mall tu dah nak dekat pukul 2.30pm. Late lunch.

Dah parking. Masuk mall. Aku pegang pemegang eskalator ketat-ketat. Dah masuk mall nampak ramai sangat manusia, shopping mall tu dah la besaq gedabak dan aircond dia kuat. Masa tu aku jalan oke lagi. Tetiba rasa cramp yang sakit sangat.

"Adoi lupa pulak bawak panadol. Tadi dah ingat," aku cakap dalam hati. Nampak farmasi Caring sebelah kanan, Watson sebelah kiri.

"Baik beli panadol sekarang sebelum lagi sakit bila jalan jauh dari tempat jual panadol," lepas nekad dalam hati nak beli panadol tang-tang tu jugak aku tanya orang lain kot-kot ada bawak.

"Anne, ado bawak panadol dop?"
"Takdop. Bakpo?"
"Ado la hehe. Nab? Ada panadol?"
"Ada sebijik ja."
"Mikin, Del ada bawak panadol tak?"
"Takde"
"Ok jap ye kita nak beli panadol," laju je aku jalan masuk Watson.
"Kenapa?" Mikin jerit. Aku jawab guna bahasa isyarat bagitau rasa loya nak muntah.

Masuk Watson. Cari panadol. Aku start berpeluh-peluh. Campur sejuk sampai ketar tangan. Tak jumpa panadol. Nampak Mikin masuk cari sekali. Aku try jalan pi kaunter, biasanya panadol ada dekat situ. Ramai orang beratur panjang kat kaunter. Aku pusing balik cari Mikin nak mintak tolong Mikin belikan. Mata aku tetiba berpinar-pinar, telinga rasa bingit, tak dengar pape. Aku makin pening. Nampak Mikin jalan ke arah aku.

"Mikin, belikan untuk kita.. kita rasa nak pengsan" masa tu serius suara aku sendiri pun aku tak dengar apatah lagi suara Mikin. Tangan kanan aku berpaut dekat rak tepi aku, tangan kiri pegang Mikin. Aku try imbang badan aku dari jatuh.

"Dah pucat dah muka hang ni Yuyu. Tangan pun dah berpeluh-peluh."

"Anne, Nab, Del, datang sini papah Yuyu ni!" Mikin jerit.
"Eh bakpo Yuyu?" "Yuyu kau oke tak?" sayup-sayup je dengar suara diorang, muka diorang aku tak nampak, kaki aku jalan tak straight, lutut terketar-ketar. Diorang papah aku keluar Watson pergi kedai Bata. Kedai kasut biasa ada kerusi tempat duduk. Aku duduk kat situ sambil minum air kosong Mikin bawak dari rumah. Selagi tak dapat panadol serius tak hilang mata berpinar aku. Alhamdulillah tak lama, selepas 2 minit Mikin datang. Aku amek panadol. Cramp lagi sampai rasa nak muntah.

"Mikin kita nak pergi toilet."
"Toilet kat mana ye?" terpinga-pinga diorang carikan toilet untuk aku. Jalan dah macam apa kena papah pi toilet huhu

Then, pergi kedai makan sebab aku rasa pening dan cramp lagi. Order makanan paling cepat sampai tapi tak boleh telan pulak makanan tu. Order green tea panas. Alhamdulillah lepas 10 minit, mata aku dah clear, telinga pun dah dengar. Aku rasa aku low blood pressure, tak pun hypoglycemia sebab tak makan pagi tu lagi-lagi period pain. Do you know period pain can be as serious as this? Aku dah pernah period pain sampai nak pitam macam ni tapi dah lama tak kena. Ini kali ketiga, yang paling last masa form 2 kot.

Seriously no joke senggugut ni. Beruntung orang yang tak pernah ada period pain. Abdominal and leg cramp dah biasa tapi bila nak pitam buat aku takut jugak. Ye lah bila kita pengsan macam-macam boleh jadi kan huhu. The first day selalu klimaks. Ada kawan yang bila period pain muntah, ada yang cirit birit, ada yang tak larat sampai takleh jalan, ni semua serius betul-betul sakit, kitorang tak tipu. Lelaki tak faham, selalu ingat kitorang ponteng kelas saja buat alasan. Paham dak tengah sakit pastu tambah emosi tak stabil. Itu yang selalu emo sikit. Cuba lah memahami kaum kami please. Do forgive us bila termarah ke apa bila PMS yang selalu seminggu sebelum dan bila dah period. Jadi dua minggu sebulan la jugak emosi kitorang tak berapa stabil. 

Conclusionnya di sini please bear with us guys hahaha thank you

No comments: