Tuesday, 21 June 2016

Chapter 21

That's it. 4th year done ! :) ALHAMDULILLAH

One year more with this drama and I'm so done! Yeay you can do it, Amalia!

Ok nak cakap apa ye. Nak bagi conclusion ke kata-kata penutup ke apa ni.

How's my 4th year?

Satu jawapan ja. Unpredictable. Serius weh penat tahun 4 lain dengan tahun 3. Senior kata tahun honeymoon tapi takde maknanya nak berhoneymoon, busy jugak klinik pagi sampai petang hari-hari. Malam tido jugak, tak sempat study jugak :) Tahun 4 ni serius tahun klinikal betul. Lecture tutorial sikit ja. Klinik banyak tapi rezeki patient tu. Allah dah tetapkan rezeki kita, ada patient tak semua Allah dah tetapkan, tinggal usaha je nak cari patient sendiri kot celah mana. Waiting list poliklinik kita semua dah kosong, jadi memang kena cari sendiri la sekarang. Be prepared ye semua adik-adik junior.

How's my clinical requirement?

Start dengan Cons clinic, klinik tampalan, tampalan dah lama tak buat sebab lama buat rawatan akar gigi yang memerlukan banyak appointment. Dah siap satu rawatan akar, alhamdulillah walaupun dengan ujian kepayahan macam-macam Allah uji sepanjang siapkan kes aunty tu akhirnya boleh jugak siap satu kes. Satu patient lagi ongoing ntah la nak panggil bila. Ada dapat patient Prostho baru yang ada gigi untuk rawatan akar pulak hmm nak bagi sape ye. Tahun depan nak tambah rawatan akar gigi geraham pulak hmm

Paeds, klinik kanak-kanak, harapkan competency test hari tu lulus boleh la lulus amek exam, requirement memang ke laut semua. Fissure sealant dan PRR ja dah terlebih dari requirement. Tampalan biasa kanak-kanak baru dua, cabutan baru satu, rawatan akar kanak-kanak ada patient hari tu tapi uncooperative pulak. Kena cari kes baru hmm takpe takda rezeki :)

Prostho baru siap 2 unit gigi palsu, 13 more to go. Macam mana nak siapkan 13 gigi palsu dalam masa sisa setahun lagi aku pun tak tahu, Allah je tahu :) Klinik Fixed Prostho, gigi palsu kekal, aku ada patient 2 orang tapi dua-dua kena refer tak leh start buat lagi maka 0 lah lagi requirement aku.

Untuk klinik Perio, klinik penyakit gusi, patient gingivitis ada 2, periodontitis 2 orang, tapi jadi masalah jugak bila sorang dah refuse treatment, 3 orang lagi amat susah nak panggil untuk datang appointment hmm.

Oral surgery, klinik cabut gigi, alhamdulillah dah cabut 9 gigi sepanjang jadi student dekat sini. More to go next year. Harapnya dapat banyak patient cabutan lagi insyaAllah.

Klinik Ortho, untuk braces, requirement tahun 4 dah settle alhamdulillah, twin-block(removable braces) dah bagi patient sorang walaupun budak tu hilangkan pulak appliance tu haih akak buat susah-susah dik huhu, insyaAllah sambung tahun depan pulak.

Klinik OPOM, oral pathology/penyakit dalam mulut, alhamdulillah boleh lah cukup makan lebih kurang dengan klinik Ortho :)

That's all for my requirement. Luls very dare of me to share it with you guys haha

What's else? Year 4 ni banyak kejutan sebenarnya. Aku tetiba masuk sukan fakulti buat pertama kali, jadi AJK untuk event besar universiti, dan break up hahahahahahahahahahahahah

Ok dah jangan sedih-sedih. Ready for going back home next week. Waiting for viva. Harap-harap semua lulus exam dan dapat naik tahun 5 insyaAllah :D

2 comments:

hidayah_daisy said...

Akak, kalo de patient single ect lebih, boleh la kasi kt saye.... hihihooo :)

nik amalia nasrulliana said...

haiii akak baru bacaa haha cuti kan lama x bukak blog. ok kalau pt tu bole refer akak bg awak ye kes rct tu sbb akak da bukak e&d dia hmm