Sunday, 24 July 2016

Chapter 24

Hai uolls. Selamat hari raya maaf zahir batin :)

Cuti semester 8 dah nak habes, tinggal lagi seminggu. Dear final year, I'm coming *emoji excited*

Hari ni kita nak buat ala-ala confession IIUM tu hahahahahaha

Ok frankly speaking, kebanyakan confession kat page tu semua pasal jodoh. Complain pasal fizikal buruk, pastu kaitan dengan jodoh jugak, susah cari jodoh, jodoh tak setia dan sebagainya. Pastu pasal kawen muda, jodoh jugak haha. Yes I know, umur 20-an memang la itu ja pikiaq. Ye aku faham semua orang nak kawen. Aku dengan geng aku pun selalu jugak duk nak kawen nak kawen walaupun calon tak dak kahkahkah. Umur 23 kot, perempuan pulak, mesti la fikir pasal anak nak berapa orang nanti, nanti kawen lambat anak masuk universiti kita dah tua la apa, jauh sangat kami fikir masa depan nih hahahahaa. Tapi itula apa kata tukar mindset sikit. Dunia dah berubah. Perang sana perang sini. Ekonomi makin lama makin teruk. Kita patut fikir pasal masa depan kita. Belajar rajin-rajin. Cari kerja, sumbang something useful for society, angkat darjat Melayu, angkat martabat Islam, tolong saudara Islam yang teraniaya. Nak main twitter facebook takpe, nak main bola takpe, nak tengok korea takpe, nak main PokemonGo takpe buat hobi, jangan over sangat sampai lalai dan lupa matlamat hidup.

Ada jodoh, kawen lah. Sama-sama usaha capai matlamat dengan pasangan hidup. Till jannah gitu. Yang tak sampai jodoh lagi, nak meroyan takpe tapi jangan over sangat fikirnya. Aku 23 tahun hidup takde pakwe, 23 tahun hidup takde laki approach, 23 tahun hidup takde lelaki bagitahu "hai saya suka awak", boleh je hidup. Bahagia ja alhamdulillah. Pernah cuba serius dengan lelaki. Sekali baru seumur hidup. Tapi kena friendzone haha. Mungkin sebab kita tak cantik, chubby *taknakmengakugemuk*, agama tak seberapa, garang, pastu banyak membebel pulak. Ala cantik tu subjektif. Ada yang kata "Cantiknya dia," ada kata "Tak cantik lah, macam tenuk ja." Sekejap je cantik, lepas kawen ada anak, kat rumah jaga anak tak sempat pun nak melawa walaupun depan lelaki yang kita suka iaitu suami kita haha amende lah aku ni selalu imbas masa depan =.= Selalu insecure tengok orang cantik. Padahal itu luarannya. Banyak betul masa pakai makeup, edit gambar guna filter semua, tandas berdaki entah-entah tak sempat nak bersihkan huhu ok tak baik buruk sangka huhu. Agama tak seberapa ni, usaha lah lagi untuk perbaiki amal ibadat wahai si Amalia. Garang kat luar je, dalam hati ada taman bunga hewhew. Banyak membebel takde ubat sorry.

Takpe, tak mati pun kena reject, boleh je move on. Bukan dia sorang je lelaki atas muka bumi ni. Parents and siblings kan ada. Dah puas hidup dengan family ke? Lain lah kalau takde family maybe perlu la kot cari pasangan hidup huhu be strong bebeh.

Mungkin ramai orang tak faham. But being single ok what? Bole pergi shopping dengan kakak, umi, kawan-kawan. Orang masuk brands outlet cari t-shirt laki kat pakwe, kita cari baju tu untuk kita sendiri. Maklumlah t-shirt pompuan singkat semuanya. T-shirt labuh pulak selalu ada "i am muslimah", corak bunga-bunga kat tepi pulak hmm. Aku nak jadi designer t-shirt muslimah yang tak berapa krikkrikk lah nanti. Blouse , kemeja labuh lain ye dengan t-shirt. T-shirt ni nak pakai malam-malam pergi kedai makan ke apa, takkan nak pakai blouse malam-malam. K perlu ke aku explain.

Conclusion nya di sini, berubahlah wahai teman-teman ku, apa aku melalut pagi-pagi buta ni hahahaahahahahaa