Friday, 12 August 2016

Chapter 25

Bismillah.

The first post since being a final year student ewah ewahh

I am not in a position to say how do I feel being in the final year. Kalau korang nak tahu, ce imagine, 2 minggu berlalu, dalam otak ni hari-hari berputar ligat di pelosok penjuru, duk mencari cahaya petunjuk, cari penyelesaian untuk buat plan terbaik for the final year, the lassssttt year to be here (do say InsyaAllah for me huhu)

Yes I know I was like 24 hours complaining yet there are many other beautiful things to be grateful about :)

Perasan dak weih? Duk mengadu complain itu ini nombor satu tapi nikmat lain bertimbun Allah bagi kita tak mention pulak. Kesusahan kira satu per satu tak tinggal sedikit habuk pun tapi kesenangan Allah bagi kita tak pernah kira pulak. Nak contoh?

Selalu mengadu penat belajar hari-hari. Balik kelas terbongkang terus. Padahal pesakit yang duk dalam wad hospital doa hari-hari supaya cepat boleh keluar wad, boleh buat kerja, boleh belajar macam kita.

Selalu mengadu takde duit. Duit JPA dalam bank tu apa? Daun?

Selalu mengadu gemuk. Awat? Ingat orang kurus ni dia happy sangat ke dia kurus tak gemok-gemok?

Selalu mengadu tak cantik. Ingat sikit kaki tangan mata hidung lelangit semua cukup, tak sedar ke orang yang kurang upaya berharap ada kaki tangan mata hidung lelangit cukup macam kita jugak.

Selalu mengadu kenapa lelaki yang kita suka tak suka kita balik. Bersyukur lah Allah lindungi kita daripada gelumang dosa couple atau hubungan ana enti yang kononnya uhibbuki fillah.

Selalu mengadu takde patient. Patient lain yang selalu boleh datang appointment tu apa? Kucing?

Selalu mengadu slow dalam praktikal. Tapi siap jugak masa dateline. Lemah praktikal, tapi teori boleh jugak lulus walaupun start study hari sebelum exam. Usaha tak sehebat orang lain, usaha cuma study syllabus satu tahun dalam masa sehari, tapi Allah bagi markah lebih kurang dengan orang lain. Bukan riak ni. Tapi nak kata Allah maha adil.

Selalu mengadu sedih kerja klinik tak kena itu ini. Sedar sikit dunia ni Allah yang punya, diri kita pun Allah yang punya. Kita rancang, tapi Dia penentu.

Selalu mengadu patient tak datang appointment. Sebenarnya patient ibarat jodoh. Ahahahahaha. Jap jangan kecoh dulu. Serius ni. Dua-dua patient dan jodoh adalah rezeki kita. Kita tak tahu bila tiba masa kita, bila giliran kita. Bila kita akan dapat patient gigi palsu tu, bila kita akan dapat patient pulpotomy tu, bila kita akan dapat patient CDP tu, bila kita nak habeskan requirement berkepuk lagi tu, tak habesss tau kalau nak fikir "Bila" ni. 

Bab rezeki kita hanya mampu berdoa "Ya Allah murahkan rezeki kami", Allah dah tetapkan, rezeki datang bila itu semua kerja Tuhan, bukan kerja kita untuk pertikaikan. Bukan kerja kita nak pikir hari-hari "Bila nak sampaiii niii".

Nak tau dak betapa stressnya aku duk fikir pasal "Bila" ni, sampai dua bulan lebih hormon tak stabil. Kalau tiga bulan masih tak normal, kena pergi klinik kot -.- Lama dia tak datang ni tunggu lah bila dia mai, mesti sakitt huhu tanakkkk

Selalu mengadu pasal kena duk asrama Sri Pandan. "Duk sp blablabla", tapi yang ni.... jap nak fikir hmmm mungkin ada hikmah Allah nak bagi tapi lambat sikit. Tunggu sat noh

Ok take a deep breath. Critical year. Many things to ponder of. Remember that although we have our own plan, but Allah is the best planner. Put your tawakkal in Allah, He already had a beautiful plan for each of us :))

Let's say alhamdulillah. Keep calm and enjoy your final year, Amalia ;D haha poyo gilaaa enjoy hotak hangg

3 comments:

Anonymous said...

bila awak nak update blog niii hewhew

Anonymous said...

ble nak update lagi? Miss u huhu - not person above

nik amalia nasrulliana said...

sabar ye peminat2 i sekalian. i kan retiss busy ciked sekarang ni hoho