Sunday, 18 September 2016

Chapter 27

2 weeks after HUSM posting. Overall bole tahan best, banyak benda baru boleh belajar.

Selepas balik sini hari tu, ada orang request suruh kita tulis post pasal posting ni. Dah lama dia tunggu sekarang baru rasa nak bercerita. K k ready ye suha

First day sampai hari Sabtu. Maka sampai dalam tengahari camtu dekat airport Kota Bharu. Kakak amek kitorang dari airport pastu pergi beli tiket bas balik Kolumpo untuk Maizah. Jah partner aku untuk posting ni selama seminggu. Rare ni dapat partner dengan Jah haha. Jah tak nak balik KL naik flight maka dia mintak belikan tiket bas untuk dia. Tiket bas Mutiara habes, cuak dah Jah. Pi kaunter lain yang ramai sikit beratur beli tiket, alhamdulillah ada rezeki Jah dua tiket terakhir tinggal. Lepas beli tiket bas, kitorang pergi lah check in motel depan HUSM tu. Situ ada access card macam GV. Nak masuk mula-mula tu kena tekan intercom, bagitau kita student USIM, dia bagi je masuk. Dah naik tu masuk la bilik dia. Bilik dia selesa. Ada wifi paling penting, password ada dia tampal atas meja. Arah qiblat pulak dia tampal dalam laci meja. Bukak ja laci ada nampak label anak panah. Ada aircond. Ada TV, tapi channel sikit. Jah dah jatuh cinta dengan motel tu, sampai setiap kali aku ajak keluar lepas tu dia kata taknak, dia nak duk dalam bilik ja lol. Dah letak barang semua, balik lah rumah aku. Umi ada buat mi kari. Jadi Jah boleh la merasa mi kari umi yang classmates kitorang memang selalu makan setiap kali aku ajak diorang datang rumah kahkah. Dah habes lunch hantar Jah balik motel, dia kata segan duk rumah aku lama-lama. Ye lah kalau aku pun tak selesa duk rumah orang tak buat pape, duk tengok Adam dan Sarah main ja. Lepas hantar Jah, aku balik rumah lagi kahkahkah malam pulak baru aku balik. Sambil-sambil hantar makan malam umi masak kepada Jah. Malam tu pulun study Oral Surgery and Anatomy. Siap berkuiz dengan Jah. Dah macam malam final exam dah rasanya. Tido dengan buku terbukak kot nak kata kuat study tu hoho

Ok 1st day posting pegi hospital pukul 7 pagi. Masa tu matahari pun belum terbit. Pi bangunan oren PPSP, pusat pengajian sains pergigian. Contact Dr M, Dr kata kul 8.30 baru dia sampai. Maka pishang lah tunggu Dr M kat situ sejam setengah. Kitorang duk study lagi belek-belek nota Anatomy. Pukul 8.30 Dr M datang dan ajak kitorang masuk morning meeting. Dengan penuh specialist dan dental officer kat situ, kitorang introduce diri bagitau nama dan asal mana. Berdebor la jugak. Kitorang dua orang je kot student, rasa kecik jaaa. Morning meeting tu diorang present case weekend sebelum tu. Lepas habes morning meeting, pegi ward round. Pusing wad jenguk 3 patient hari tu. Dah habes ward round, Dr ajak kitorang pi klinik pakar. Tengok procedure macam cabut gigi, pus drainage, kes OS lah. Pukul 12 habes dah klinik, Dr kata kitorang dah boleh balik sebab petang tu takde discussion kes untuk Operation Theater (OT) besok, maksudnya takde kes surgery esok, maka takde lah pre-op discussion. Aku dan Jah pun pegi lah lunch Nasi Kak Wok depan hospital. Lepas lunch, aku call kakak suruh amek aku balik rumah ahahah Jah tak nak ikut maka Jah duk kat motel ja. Malam tu aku balik motel aku dan kakak bawak Jah makan megi belut. Malam tu takde oncall. Kita kena tahu Dr mana yang in-charge on-call, pastu kita contact Dr in-charge mintak tolong dia inform kita kalau ada kes on-call.

2nd day posting pi hospital pukul 8.15. Pergi terus kat wad bahagian maxillofacial. Ward round kejap. Lepas ward round Dr kata dah habes jadual untuk hari tu. Sebab pukul 10 pagi sampai petang sepatutnya OT. Tapi takde kes surgery hari tu. Maka balik awal lagi. Aku call kakak lagi suruh dia amek aku macam biasa. Hari second lunch dengan Jah dekat nasi kukus depan hospital tu. Pastu balik rumah lagi. Balik rumah pun aku tido jugak, tak tahu lah penat apa. Selepas maghrib kakak hantar aku balik motel. Malam tu selepas solat Isyak aku prepare nak tido dah pukul 9.30 tu. Then bunyi noti whatsapp, "Saya ada kes di red zone sekarang." Pastu kalut lah aku dan Jah siap-siap pastu berlari pegi hospital. Teruja dia takyah cakap sebab Dr kata red zone maknanya emergency sangat. Malam tu dapat tengok Dr jahit luka patient umur 6 tahun accident kena langgar motor. Tengok Dr seluk jari dia dalam luka budak tu untuk check ada foreign body tak, nampak macam sakit gilaaa huhu tapi dah bagi ubat kebas jadi adik tu rilek ja, kita yang gerun. Dia ada maxillary fracture. Pukul 11pm settle kes adik tu, Dr dapat call dari hospital lain inform dia ada kes red zone jugak sedang on the way, Dr kata kes lagi best iaitu zygomatic complex fracture and mandible fracture. Excited lah kitorang tanya Dr pukul berapa agaknya sampai, Dr kata nanti dia inform. Jah terlebih excited pulak, Jah nak solat Isyak dekat hospital pastu tunggu dekat red zone emergency. Aku ikut aje mek Jah tu tapi cari-cari surau takdak pulak. Gelap semacam, scary. Aku pun syorkan jom lah solat kat motel, Jah pun cakap oke. Selepas solat, terus kitorang pegi balik kat red zone. Tapi still senyap sunyi macam belum sampai. Kitorang tunggu dekat ruang menunggu emergency. Pukul 1 ada ambulans datang bawak patient tu. Aku dah ngantuk gila masa tu nasib baik dah sampai. Pastu kitorang pi la red zone ikut patient tu. Dr belum datang, sampai pukul 2 pagi tunggu Dr tak sampai-sampai. Sebabnya patient tu kritikal sangat, GCS dia 3 sahaja, maka dia perlukan intubation semua, Jah excited gak nak tengok intubation tu tapi aku larang dia sebab nanti specialist department lain tak suka ganggu kerja diorang, lagipun Dr yang patut kitorang ikut belum sampai. Banyak Dr Ortho, Respi semua pelik tengok kitorang tunggu kat kaunter red zone. Pastu ada sorang Dr medical tanya kitorang tunggu sape, kami jawab Dr Z. Dia pun kata tak sure dia datang pukul berapa sebab department lain banyak lagi belum settle kerja diorang. Aku pun cakap kat Jah aku ngantuk jom la balik sebab nurse Dr semua macam dah pelik tengok kita. Jah kata pukul 3 pagi lah balik. Aku pun tido lah kat situ jap sampai kul 3 Dr kami tak sampai-sampai, kami pun balik motel. Esok pagi bangun Subuh tengok ada whatsapp dari Dr pukul 4am rupanya dia baru datang, tapi masa tu kitorang dah tido mati huhu terlepas lah dari boleh tengok Dr pasang arch bar dekat patient tu. Takpe lah takde rezeki. Yelah sepatutnya kita tunggu kat motel ja, tunggu Dr whatsapp baru pergi sana. Ini stay up memang lah tak larat haihh

3rd day posting. Hari Selasa ni paling busy. First pagi tu ada talk macam research presentation by Dr pakar orthodontic kot, sebab tajuk dia pasal bone loss in Ortho treatment. Habes talk tu, kitorang pi OT. Ada kes removal of all third molars under general anesthesia. Sebelum masuk OT, kena tukar baju kita kepada baju dan seluar OT yang dia dah sediakan, tudung pun kena tukar, jadi kena bawak lah tudung sarung warna hitam. Bawak inner untuk perempuan sebab baju OT dia lengan pendek. OT kat situ cara scrubbing dia lain ada 3 kali interval, 1st interval basuh tangan sampai siku, kedua guna berus untuk bersihkan kuku, ketiga basuh tangan sampai pergelangan tangan. Ikut je scrubbing nurse ajar. Seronok jugak OT, boleh tengok surgery under GA depan mata kan. First time tengok MOS gigi atas. Pastu Dr F ada buat coronectomy dekat gigi 38 sebab root dia curved sangat, bahaya kalau nak remove semua. Kitorang assist sikit-sikit dari segi suction and irrigation. Kes OT kedua removal of impacted lower second premolars. Yang ni lama sikit sebab yang sebelah kanan gigi tu betul-betul dalam bone. Kena guttering approach dari arah lingual dan buccal. Fuh berpeluh tengok. Malam tu takde kes oncall. Boleh lah tido selepas penat OT dari pagi sampai pukul 3pm hari tu.

4th day posting. Pagi ward round macam biasa. Hari tu grand ward round. Dr fokus sikit satu-satu patient tu. Walaupun ada tiga patient ja, Dr banyak tanya pasal medication and management of patient. Ternganga jugak lah bila takleh jawab. Pukul 10 ada klinik MOS student final year situ. Kitorang tengok lah cara diorang jadi assistant MOS. Dr diorang yang jadi operator. Tapi pishang sikit sebab kes tu tak indicated untuk MOS pulak, jadi cabutan biasa ja. Tengahari balik rumah, bawak Jah sekali sebab umi ajak balik lunch nasi lemak kat rumah. Pukul 2 pi hospital balik ada combined clinic pulak. Combined clinic ni ada 7 orang patient camtu datang klinik pakar, Dr OS dan specialist Ortho akan discuss patient ni treatment plan dia cemana, kena braces dulu ke orthognathic surgery dulu. Masa tu bole tengok kes severe overjet, severe openbite. Overjet dia 13mm. Sorang lagi openbite 5mm. Kesian tengok huhu. Yang lain banyak pasal facial asymmetry, condylar hyperplasia. Boleh tambah banyak ilmu masa tu. Malam last tu pun alhamdulillah takde oncall, boleh tido dengan aman.

Hari last posting. Selepas ward round untuk kali terakhirnya ada trauma clinic. Trauma clinic bukan dekat klinik pakar biasa, kena jalan jauh sikit. Dah kat sana, tengok lah Dr review patient trauma. Ada dalam berbelas patient jugak. Dapat tengok Dr remove arch bar, ada yang remove plate. Kat situ rasa syukur tu ada sebab kesian diorang selepas accident, esthetic muka dah kurang, ada yang berkerusi roda, ada yang cachexic huhu. Alhamdulillah for what I have till today. Majoriti patient trauma ni kes eksiden motor, jadi nak nasehat kawan-kawan yang naik motor tu hati-hati lah bawak motor T.T

Tengahari selepas habes patient semua, Dr J ada buat sesi pembelajaran sikit. Dia ajar pasal pain pathway, COX2 pathway dan macam-macam lagi. Masa tu pulak umi datang hantar brownies. Terpaksa la aku menyelinap keluar dari group tu, nasib baik kitorang campur dengan final year student situ untuk trauma clinic tu, ada lah dalam 7 orang student jadi Dr tak perasan lah bila aku keluar lol. Berlari aku pi ambil cupcake dan brownies, nak bagi dekat semua Dr. Aku pun sampai kat clinic sempat lah bagi semua Dr dan staf kat situ. Sempat promote kedai kakyong jap haha. Dr J paling excited sebab dia suka brownies, duk amek gambar setiap sudut huhu. Then, sesi fotografi jap dengan semua Dr yang ada masa tu. Lepas cakap terima kasih semua maka balik lah rumah aku tengahari tu. Petang tu Jah tido ja dalam bilik aku, hahahaah aku sempat berfamily bonding kejap walaupun malam tu dah flight huhuhuhuhuhu

Malam tu hantar Jah dekat stesen bas Tesco then kakak hantar aku kat airport. Jalan lah airport KLIA2 tu sorang2 malam tu. Sampai pukul 11 malam maka aku decide untuk tido ja dekat surau airport. Pukul 5am esoknya bangun naik ERL, LRT semua. Dengan tak mandi dan pakai tudung tak gosok, selekeh gila rasa. Tunggu teksi dekat stesen LRT dalam hujan pulakk tu, hujan lebat, sadis hidup. Pukul 7.40 camtu aku sampai kampus. Belum start kelas lagi tapi dah penat macam apa =..=

Maka berakhir lah kisah posting kita alhamdulillah. Ok dah aku nak buat esaimen pulak. Minggu ni turn aku semua operator klinik. Hari ni demam dan selsema pulak, pastu senggugut pulak erghhh complete package. Doakan aku kuat menjalani hari-hari sepanjang minggu ni ameen ><