Wednesday, 28 June 2017

Chapter 35

After a while, more stories are revealed. The truth is also exposed. Whatever. I have forgotten about that bullshit already. Siap kena tuduh aku "playing victim" lagi. Takpelah tak kesah. Terasa lah jugak bila dia cakap camtu tapi whatever la weh dia nak cakap apa. Tak nak ambil hati dia pun lulz

By the way I didn't expect that there were so many people read my previous post and felt sorry for me haha. Many of them privately messaged me telling me some calm words. I appreciate your words. Seriously thank you :') I am okay. I am doing fine alhamdulillah. Tapi serius nak cakap aku dah tak suka si fulan tu lah, cuma rasa kena diperbodohkan hidup-hidup oleh si fulanah, sebabtu aku meroyan minggu lepas. Ramai cakap pasal jodoh ja maybe sebab post aku tu banyak cerita pasal perasaan aku sebelum ni kot, jadi orang ingat kita sedeh sebab lelaki. Nonono. Dua tiga hari ja aku ambil untuk recover sebab tak percaya perbuatan girl bestfriend aku tu, so lepastu dah okay. Mintak maaf pun dah settle da semua. Anyway, selamat hari raya maaf zahir batin buat yang mengenali diri ini. Aku memang annoying sikit, garang pun ada sikit hmm tak tahu lah sikit ke banyak tapi yang penting maafkan aku ye korang?

Aku takleh tidur sebenarnya ni. Dah pukul tiga pagi mata ni duk terkebil-kebil. Aku ni memang dah move on dari cerita minggu lepas tapi kadang-kadang tu banyak pulak flashback nya. Korang nak tahu tak benda aku paling menyesal dalam 24 tahun aku hidup ni apa? Satu, mudah percaya orang. Dua, mudah suka orang. Tiga, jaga jodoh orang. Yang first tu biaq pi lah orang yang suka menipu tu tanggung lah dosa menipu dia sendiri antara dia dan Tuhan. Yang second, takleh nak kawal hati ni kotoq sangat dah kot Allahu. Tapi yang ketiga ni paling annoying dengan diri sendiri bila ingat balik. That moment when your sincere feeling is not appreciated hmm don't feel good when this thought crosses my mind right now.

Only Allah knows how sincere and how innocent I was. Kenapa innocent? Haha meh nak bagi contoh. Ada beberapa kali tu bila lelaki tu hilang barang penting contohnya folder patient pastu logbook klinik, aku cari tau. Yang logbook tu pernah aku cari satu kelas, dalam beg semua orang, last-last jumpa kat dalam kotak kawan lain. Bila jumpa aku habaq kat dia aku jumpa tapi aku cakap aku terjumpa padahal aku cari. Bodoh piang betul. Pastu kalau dia injured sebab main sukan, risau aku memang melebih lah, pernah pi bagi minyak panas kat dia. Keesokannya kat kampus mesti tengok kaki dia yang sakit tu oke tak jalan semua. Pastu kalau ada aku bawak brownies ke cupcake ke mesti lastnya aku simpan untuk dia pastu aku bagi kat kawan yang duk sebelah dia dalam kelas. Siap pesan, "Kongsi dengan dia ye." Pernah dapat buah limau dari Dr, pernah dapat coklat dari parents classmate yang pi Makkah, aku pi letak atas meja dia dulu sebelum meja orang lain ya ampun hahah. Yang lebih innocent lagi, aku banyak kali salotep logbook klinik dia yang terkoyak rabak. Nampak atas meja dia macam apa ntah logbook dia nak hancur. Aku salotep satukan balik susun ikut mukasurat betul-betul. Pastu letak balik tempat asal. Yang ni takde orang tau rasanya lol. Biasalah crush sekelas camni lah. Tapi ni lah nak habaq takyah lah weh try hard sangat. Ahahahaha serius rasa bazir masa -..- Jangan risau, dia pun baik ngan aku masa tu. Yelah dia sangat baik sampai aku perasan dia suka aku, padahal dia suka bestfriend aku kahkahkahkah

Ok tu je lah saja mengimbau memori. Nak delete dah ni memori dengan dia. Dah move on katakan. Kang ingat aku tak move on lagi. Dah move on lahh saja ja nak cerita sebab benda ni kelakar bagi aku lol. Ok *tekan button delete*

Bye assalamualaikum :)

No comments: